
Ummul Kitab, yakni Al-Fatihah (ditakrifkan juga sebagai AL-ASAS) adalah merupakan salah satu Rukun dalam Solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah Solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan Ilmu Tajwid. Bukan setakat bacaannya sahaja yang rosak malah Solat Fardhu yang kita kerjakan juga Tidak Sah bahkan lebih bahaya daripada itu, kita barangkali menyebut nama atau nama-nama syaitan di dalam Solat kita (Astaghfirullaah). Berikut diperturunkan nama-nama syaitan yang dilaknat wujud di dalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.
Nama-nama syaitan tersebut:

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNA" (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA"
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS
6. IYA (disebut tanpa sabdu) sepatutnya IYYA. IYA bermaksud 'matahari' Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!(Astaghfirullaah).
7. SIROOTHOLLADZII......... sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti, iaitu dibaca senafas/satu nafas, tanpa berhenti di AN-"AMTA-"ALAIYHIM, yakni bermula dari SIROOTHOLLADZII sehingga WALADDHOOOOLLIIIINN. Contoh seperti bacaan Al-Fatihah yang dibaca oleh Syeikh Misyari di side banner sebelah kanan itu.
8. AMIN......... hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA... dua harakat, MIN...... 3 harakat, mudah-mudahan sebutan 'Amin' kita bersamaan dengan sebutan 'Amin' Para Malaikat yang turut mengaminkan, Insya'ALLLAH...
Sempurnakanlah Bacaan Al-Fatihah kita mulai kini.
Wallahu'alam...
Salam..
BalasPadamerm, bes peringatan ni untuk mereka yg tak menyedari mcm sye:)
Wa'alaikumussalam.
BalasPadamOK latu. Maklum2kanlah pd Saudara-Saudari SeIslam+SeIman kita yg lain-lain juga, supaya mereka juga wujud ketahuan mengenainya, TK.
Salam Sabtu+Salam Bersatu.