DzikirTariqatAhmadiah

[:>>>+-(*BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*ASSALAAMU'ALAIKUM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*ASSALAAMU'ALAIKUM*)-+<<<:]

Halkerin.

Selamat MenZiarahi Ke Blog Halkerin.

BarangSiapa Yang BerKeMahuan+BerKePerluan Kopi+Pes (Juga MeLakukan Sedikit SeBanyak Modifikasi) IntiPati+IntiSari Yang TerKandung Di Sesawang Ini, Bisa Aja Terus DiLaksana Kan, Enggak Butuh Mohon KeIzinan Dari Sang Empunya Blog Ini. Hak Cipta Non+TerPelihara.

Malah Kalian DiGalak Kan Untuk BerKongsi Maklumat-Maklumat Yang Bisa KeDapatan Di Dalam Blog Ini Di Laman-Laman Peribadi Kalian Seperti FaceBook, Twitter, Blog, Web Dan Lain-Lain. Tiada Larangan Sama SeKali.

*DAN LAGI, BLOG HALKERIN INI MUNGKIN AKAN TERPADAM DARI ALAM ONLINE INI PADA BILA2 MASA. KALAU RASA BERMANFAAT, SILA COPY & SAVE, KALAU RASA BULL$H!+, SILA ABAI KAN.

Sekian Sahaja, PemBeriTahuan Yang Ingin hamba Khabar Kan. Salam Gemilang, Cemerlang & TerBilang hamba Ucap Kan Kepada Kalian. Semuga Kita Semua Senantiasa BerAda Di Dalam KeRahmatan Ilahi, DiBerkati ALLOOH Dan BerWujud Di Dalam KeRedhoan-Nya.

JAZAKUMULLOOHU KHOIRON KATSIIROO, WABAAROKALLOOHU FIIKUM, WABILLAAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH, WASSALAAMU"ALAIKUM WAROHMATULLOOHI WABAROKAATUHU WAMAGHFIROTULLOOHU WARIDHOLLOOHI AJMA"IIN.

Followers.

Mesej Kepada Para PengIkut.

Jangan MengIkuti hamba. Ikuti Lah (Pimpinan + Bimbingan + Kawalan) ALLOOH + DriSenDri. Insya'ALLOOH.....
IP

[:>>>+-(*CARIAN@SEARCH*)-+<<<:]

Jumaat, Oktober 16, 2009

Berkenaan KEIKHLASAN Kalbu.




Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan Surah Al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah SAW dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasulullah SAW berkata, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga Al-Quran!”

Dari Al-Muwatta’, diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra.; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah SAW, lalu Baginda Nabi SAW mendengar seseorang membaca Surah Al-Ikhlas. Baginda berkata, “Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Wajib apakah Ya Rasulullah?” Baginda menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).

Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang membaca Surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Quran.” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).

Dari Abu Hurairah ra. - Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa membaca ‘Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Quran”. “Barangsiapa yang membaca Surah Al-Ikhlas 3x (tiga kali), maka seakan-akan dia telah membaca Al-Quran keseluruhannya”. (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy) “Barangsiapa yang membaca Surah Al-Ikhlas 11x (sebelas kali), ALLAH SWT membangunkan rumah untuknya di Syurga.” (Hadith Riwayat Ahmad dan Muadz bin Aras).

Dari Ubay Ibn Ka’ab - Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas 1x (satu kali), maka ALLAH SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada ALLAH SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya - dari - pahala seperti pahala Syuhada (Orang Mati Syahid)”. ”Ketika aku (Rasulullah SAW) Israk ke langit, maka aku telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur ke barat (masyrik ke maghrib). Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca Surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca Surah tersebut, maka berkata mereka “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca Surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.” (Riwayat Ibnu Abbas). “Demi ALLAH yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya 'Qul Huwallahu Ahad' itu tertulis di sayap Malaikat Jibril as, ‘Allahus Somad’ itu tertulis di sayap Malaikat Mikail as, ‘Lam Yalid Walam Yuulad’ tertulis pada sayap Malaikat Izrail as, ‘Walam Yakullahu Kufuwan Ahad’ tertulis pada sayap Malaikat Israfil as.”






DALAM satu Hadis Qudsi, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

Sesungguhnya ALLAH SWT berfirman: "Akulah yang paling tidak memerlukan sekutu. Sesiapa mengamalkan sesuatu dan menyengutuinya dengan yang lain (selain daripada-Ku), maka bahagian-Ku adalah untuk yang lain itu, kerana aku tidak menerima kecuali apa yang dikerjakan dengan Ikhlas untuk-Ku". Demikianlah betapa pentingnya Ikhlas dalam menjalani hidup yang semata-mata untuk beribadat kepada ALLAH. Ikhlas menentukan penerimaan amal ibadat. Tanpa Ikhlas, satu-satu amalan itu ditolak oleh ALLAH SWT.

Ikhlas bermaksud, menumpukan niat bagi setiap kerja ibadat atau amalan semata-mata kerana ALLAH, bersama ALLAH dan untuk ALLAH. Ikhlas yang sebenar-benarnya Ikhlas sudah tentulah bersih hati daripada unsur riya', nifaq dan ‘ujub. Antara ayat-ayat lain dalam Al-Quran yang memperkatakan tentang Ikhlas ialah :

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dalam mengikhlaskan agama (ibadah) kepada-Nya”. (Surah al-Zumar:11); Katakanlah: “Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan agamaku kepada-Nya”. (Surah Az-Zumar:14);Dan tiadalah mereka disuruh melainkan supaya menyembah Allah serta mengikhlaskan agama kepada-Nya. (Surah al-Bayyinah : 5).

Ulama’ terdahulu membahagikan Ikhlas itu kepada dua, berdasarkan matlamat amalan yang dilakukan:

Pertama, Ikhlas Beramal.
Kedua, Ikhlas Menuntut Pahala.


Ikhlas Beramal:

Maksud Ikhlas beramal ialah keikhlasan mengerjakan amalan / ibadat semata-mata untuk mencapai matlamat:

menghampirkan diri dan hati (taqarrub) kepada ALLAH SWT;
menjunjung tinggi atau mengagungkan perintah ALLAH SWT;
merelakan atau memperkenankan seruan ALLAH SWT.
Matlamat-matlamat pencapaian ibadah tersebut adalah selari dengan dorongan ijtihad dan iktikad yang betul dan selaras dengan firmah ALLAH yang mafhumnya:

Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan semesta alam. (Surah Al-An'am: 162) Amalan yang dikerjakan secara Ikhlas beramal ini kosong daripada niat mengharapkan sesuatu pulangan atau balasan manfaat, sama ada di dunia mahupun di akhirat. Malah amalan itu sampai tidak dikehendaki dapat dilihat oleh Iblis agar tidak diganggu-gugat atau dirosakkan oleh musuh Manusia itu bahkan tidak juga dikehendaki dapat dilihat dan dicatatkan oleh Malaikat. Hendaknya biarlah amalan itu termasuk dalam ilmu ALLAH SWT sahaja. Inilah darjat Ikhlas yang paling tinggi.

Niat Ikhlas beramal hendaklah serentak dengan bermulanya amalan yang dikerjakan dan hendaklah berterusan. Tidak termasuk dalam Ikhlas beramal, jika niatnya terkemudian atau selepas amalan.

Lawan Ikhlas beramal ialah nifaq, iaitu iktikad dan perlakuan orang munafik yang berpura-pura menghampirkan diri kepada ALLAH tetapi sebanarnya mengaitkan amalannya dengan yang lain daripada ALLAH. Nifaq itu membatalkan amalan, sekali gus terkeluar jauh daripada lingkungan qurbah dengan ALLAH SWT.


Ikhlas Menutut Pahala:

Maksud Ikhlas menuntut pahala pula ialah mengharapkan pulangan atau manfaat akhirat iaitu pahala untuk menempah hidup bahagia di syurga dan untuk dijauhkan daripada seksaan (azab) di neraka, iaitu sebagai ganjaran daripada amalan ibadat / kebajikan yang dikerjakan. Matlamat ini selari dengan firman ALLAH yang mafhumnya :

Katakanlah : “Sesungguhnya aku takut, jika aku mendurhakai Tuhanku, akan azab hari yang besar. (al-An’am : 15) Lawan Ikhlas menuntut pahala ialah riya’, iaitu mengharapkan manfaat jangka pendek di dunia yang lumrahnya datang daripada manusia atau makhluk ALLAH yang lain. Riya’ merupakan penyakit kalbu yang merosakkan Ikhlas lantas memusnahkan amalan.

Dalam menghuraikan perbezaan di antara dua jenis Ikhlas tersebut, Imam al-Ghazali mengatakan : “Ikhlas beramal itu semata-mata menjadikan amalan itu sebagai wahana untuk bertaqarrub kepada ALLAH SWT dan tidak menuntut sesuatu yang lain. Manakala Ikhlas menuntut pahala itu lebih mengharapkan amalan diterima oleh ALLAH di samping berkehendak kepada ganjaran pahalanya.

Para Hawariyyun (pengikut-pengikut Nabi Isa as) bertanya kepada Nabi Isa as, "Bagaimanakah orang-orang yang Ikhlas itu dengan amalan mereka?".

Nabi Isa as berkata, "Mereka beramal kerana ALLAH dan tidak berhajat kepada pujian daripada manusia".

Membicarakan tentang Ikhlas, Para Ulama mengaitkannya dengan amalan berikut:

1. Ibadat Zahir (amalan jasmaniyah / khususiyah), seperti Solat, Puasa, Haji, Umrah dan sebagainya. Dalam ibadat zahir ini diperlukan kedua-dua jenis Ikhlas tersebut (Ikhlas beramal dan Ikhlas menuntut pahala).

2. Ibadah Batin (amalan batiniyah), iaitu seperti Jujur, Amanah, Setia, Tafwidh dan sebagainya. Tidak timbul soal Ikhlas dalam ibadat batin ini, kerana sifatnya sendiri sudah merupakan ciri Ikhlas. Tanpa Ikhlas tidak wujud sifat jujur, misalnya. Dalam ibadat ini akan timbul nifaq dan riyak apabila pengamalnya mengharapkan manfaat dunia, untuk mendapat pujian, sanjungan dan penghormatan manusia.

3. Amalan harus yang dikerjakan untuk membantu kerja ibadat yang lain, khususnya ibadat zahir tersebut. Contohnya, makan, minum, tidur dan sebagainya. Dalam ibadat ini hanya terdapat Ikhlas jenis yag kedua sahaja, iaitu Ikhlas menuntut pahala.

Menurut Imam Al-Ghazali Rahimahullah: Dalam kebanyakan ibadat ada kaitan dengan kedua-dua jenis Ikhlas, yakni Ikhlas beramal dan Ikhlas menuntut pahala. Ini termasuklah ibadat yang wajib dan sunat. Dalam ibadat yang harus yang dikerjakan untuk membantu ibadat wajib atau sunat, hanya terdapat sejenis Ikhlas sahaja, iaitu ikhlas menuntut pahala. Kerana, ibadah yang harus itu bukan bertujuan qurbah, tetapi hanya untuk membantu atau membolehkan ibadah zahir atau amalan khususiyah itu dikerjakan.

Waktu niat Ikhlas menuntut pahala boleh terkemudian daripada mengerjakan amalan yang berkenaan. Sebahagian ulama mengatakan, waktunya ialah sebaik-baik sahaja selesai mengerjakan sesuatu amalan. Ketika itulah ditentukan sesuatu amalan itu sama ada dikerjakan dengan Ikhlas atau dengan riak. Sebab, riak sewaktu mengerjakan ibadat itu mungkin diubah kepada Ikhlas selepas mengerjakan ibadat itu. Keihkhlasan ini diterima selagi matlamat riak belum tercapai. Umpamanya jika kita mengerjakan ibadat untuk mendapat pujian orang (satu contoh riak), selagi kita belum menerima pujian itu, kita boleh menukarkannya kepada Ikhlas. Tetapi apabila sudah mendapat pujian (matlamat riak telah tercapai), maka terjatuhlah dalam riak dan sia-sialah ibadat itu.

Darjat Ikhlas yang paling rendah:

Di samping Ikhlas beramal dan Ikhlas menuntut pahala, ada satu lagi jenis Ikhlas yang dikatakan paling rendah darjatnya. Ikhlas jenis yang ketiga ini khusus kepada niat mengerjakan amal ibadat untuk keselamatan diri dan keselesaan atau kesenangan hidup di dunia. Contohnya, mengerjakan Solat Sunat Hajat, Solat Sunat Istisqa’, membaca doa, ayat-ayat atau surah-surah tertentu dalam Al-Quran semata-mata untuk mendapat manfaat segera duniawi daripada ALLAH SWT (manfaat yang harus, tidak bercanggah dengan larangan agama, tetapi tidak termasuk matlamat Ikhlas beramal dan Ikhlas menuntut pahala yang tersebut).

Kesimpulan:

Adalah wajib kita mengerjakan amal ibadat dengan Ikhlas dan hendaklah sentiasa sedar, bahawa tergeraknya hati dan anggota kita mengerjakan ibadat itu adalah di bawah Taufik dan Hidayah ALLAH SWT. Dengan hal yang demikian, amalan kita, Insya'ALLAH, akan diterima dan disempurnakan pahalanya oleh ALLAH SWT. Sebaliknya, jika kita tidak Ikhlas mengerjakan ibadat dan merasakan segala tindak-tanduk mengerjakan amalan yang baik itu adalah berpunca daripada diri kita sendiri, maka kita terjatuh ke dalam riak dan ujub. Riak, ujub dan nifaq itu membinasakan amal ibadat yang berkenaan, sedangkan Ikhlas sering menjernihkan kekeruhan segala amalan, menghapuskan ingatan dan keinginan kepada segala kesukaan dan kesenangan (kepentingan nafsu sendiri) dan mengekalkan perhubungan dengan ALLAH SWT, terutama kalau keikhlasan itu Ikhlas beramal. Selain itu Ikhlas juga menjadi benteng untuk mempertahankan diri daripada godaan dan tipu daya syaitan. ALLAH SWT berfirman, maksudnya:

Berkata (Iblis), "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan aku sesat, pasti aku menjadikan mereka memandang baik (terhadap perbuatan maksiat) di muka bumi ini dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali di kalangan hamba-hamba-Mu yang Mukhlis (Ikhlas)." - (al-Hijr : 39 - 40). Justeru, amat besar kerugian yang akan menimpa mereka yang bukan Mukhlis dan tidak Ikhlas mengerjakan amal ibadat mereka. Virus riyak akan memusnahkan amalan mereka.



Berilmu tanpa amal tidak akan melahirkan sifat Warak, Zuhud, dan Taqwa. Berilmu dan Beramal tetapi tidak bersifat IKHLAS seperti amalan yang dilakukan itu tidak memberi kesan kepada pembentukan sahsiah dan peribadi yang baik. IKHLAS merupakan puncak/induk daripada gagasan Sifat-Sifat MAHMUDAH yang terpuji, yang sepatutnya dimiliki dan diamalkan oleh setiap individu dari kalangan Manusia dan Jin, yang mengakui dirinya MenTauhidkan ALLAH SWT dan berpegang teguh dengan 2 Kalimah Syahadah (Diakui Di Dalam Hati, Dilafazkan Melalui Mulut Dan Dilaksanakan Melalui Amal Perbuatan).

Sifat IKHLAS hanya akan terbentuk pada diri seseorang andainya ia mempunyai sifat Ihsan, Amanah, Merendah Diri (Tawadhu'), yakni 'Humble' orangputeh bilang, dan Sifat-Sifat MAHMUDAH lain yang terpuji. Maka, atas asbab inilah Sifat IKHLAS itu adalah Paling Tinggi Martabatnya+Maqamnya+Darjatnya, menjadikan Manusia & Jin yang bersifat demikian, langsung tidak sekali-kali boleh diperdaya oleh Iblis dan Syaitan laknatullah. Manusia & Jin (beragama ISLAM) yang seperti inilah, yang mendapat Inayah dan Ma'unah langsung dari ALLAH SWT, serta dilindungi dan dikawal rapi oleh Para Malaikat-Nya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan