DzikirTariqatAhmadiah

[:>>>+-(*BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*ASSALAAMU'ALAIKUM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*ASSALAAMU'ALAIKUM*)-+<<<:]

Halkerin.

Selamat MenZiarahi Ke Blog Halkerin.

BarangSiapa Yang BerKeMahuan+BerKePerluan Kopi+Pes (Juga MeLaku Kan Sedikit SeBanyak Modifikasi) IntiPati+IntiSari Yang TerKandung Di Sesawang Ini, Bisa Aja Terus DiLaksana Kan, Enggak Butuh Mohon KeIzinan Dari Sang Empunya Blog Ini. Hak Cipta Non-TerPelihara.

Malah Kalian DiGalak Kan Untuk BerKongsi Maklumat-Maklumat Yang Bisa KeDapatan Di Dalam Blog Ini Di Laman-Laman Peribadi Kalian Seperti FaceBook, Twitter, Blog, Web Dan Lain-Lain. Tiada Larangan Sama SeKali.

*DAN LAGI, BLOG HALKERIN INI MUNGKIN AKAN TERPADAM DARI ALAM ONLINE INI PADA BILA2 MASA. KALAU RASA BERMANFAAT, SILA COPY & SAVE (DENGAN KADAR SEGERA), KALAU RASA BULL$H!+, SILA ABAI KAN.

*DEKLARASI:- Untuk PengeTahuan Kalian, Blog Halkerin Ini Bukan Lah Blog Hak Milik Peribadi Saya (Amin Fadzlan). Saya (Amin Fadzlan) Hanya Lah MeRupa Kan Salah SeOrang Author / Operator / Deliverer Di Blog Halkerin, Insya'ALLOOH. Lau Tak Silap Saya, Blog Halkerin Ini Adalah Blog Hak Milik BerSama SeKalian Qaum Light Forces, Insya'ALLOOH. Dan Lagi, Lau Tak Silap Saya, Blog Halkerin Ini Juga DiJaga Dan DiPantau Serta DiKawal Selia Oleh The Federation Of Light, Insya'ALLOOH. Sekian Sahaja, PemBeriTahuan Yang Ingin Hamba Khabar Kan. Salam Gemilang, Cemerlang & TerBilang Hamba Ucap Kan KePada Kalian. SeMoga Kita Semua Senantiasa BerAda Di Dalam KeRahmatan Ilahi, DiBerkati ALLOOH Dan BerWujud Di Dalam KeRedhoan-Nya.

JAZAKUMULLOOHU KHOIRON KATSIIROO, WABAAROKALLOOHU FIIKUM, WABILLAAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH, WASSALAAMU"ALAIKUM WAROHMATULLOOHI WABAROKAATUHU WAMAGHFIROTULLOOHU WARIDHOLLOOHI AJMA"IIN.

Followers.

Mesej Kepada Para PengIkut.

Jangan MengIkuti Hamba. Ikuti Lah (Pimpinan + Bimbingan + Kawalan) ALLOOH + DriSenDri. Insya'ALLOOH.....
IP

[:>>>+-(*CARIAN@SEARCH*)-+<<<:]

Memaparkan catatan dengan label SIRAH.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SIRAH.. Papar semua catatan

Rabu, Jun 08, 2016

Pemikiran Strategik MELAYU.

Madah Seloka ADDP.

Pemikiran Strategik MELAYU.

madahselokaaddp.blogspot.my



Perkhabaran EKSKLUSIF Tok ADDP - Perihal : GRAND MASTER (i.i / integrated islam) - KHALIFAH MELAYU / ISLAM, NEW WORLD ORDER (i.i / integrated islam) : Sejak merdeka 1957 hingga kini, walaupun PERJANJIAN KEMERDEKAAN itu adalah di antara MAJLIS RAJA RAJA MELAYU dengan Kerajaan BRITISH dan BUKANNYA di antara Orang Politik yakni Rakyat Jelata, dan PERJANJIAN KEMERDEKAAN itu juga di atas nama PERSEKUTUAN TANAH MELAYU dan BUKANNYA di atas nama MALAYsia yang kemudiannya ditubuhkan pada 1963, tetapi terkilannya yang memegang "KUASA" PEMERINTAHAN dan PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN adalah PARLIMEN MALAYsia yakni SISTEM PEMERINTAHAN DEMOKRASI BERPARLIMEN yang berpaksikan RIBA' dan RASUAH yang dicipta oleh FREEMASON dan ILLUMINATI dan bukannya MAJLIS RAJA RAJA MELAYU yakni SISTEM PEMERINTAHAN RAJA MELAYU BERPERLEMBAGAAN itu sendiri !!!

Perkara itu berlaku adalah disebabkan oleh faktor KEWANGAN yang pada masa itu ianya dilihat menyebelahi kepada SISTEM PEMERINTAHAN DEMOKRASI BERPARLIMEN, dan ianya DIDALANGI oleh Empayer KEWANGAN dan EKONOMI Keluarga Yahudi ROTHSCHILD se Dunia ketika itu !!! Yang mana kemudiannya SISTEM PEMERINTAHAN DEMOKRASI BERPARLIMEN tersebut digerakkan dan dimainkan oleh RAKYAT JELATA yang dikenali sebagai ORANG POLITIK hingga kini !!! Maka itulah kenapa dikalangan ORANG POLITIK / RAKYAT JELATA yang telah dididik dengan SISTEM DAJJAL yakni SISTEM BEREBUT JAWATAN, apabila mereka mendapat KUASA JAWATAN maka mereka akan MEMBOLOT HARTA BENDA sebuas yang mungkin sepertimana binatang BUAS !!! Atau dengan kata lainnya : NAFSU NAFSI untuk KEPENTINGAN PERIBADI mereka dan ahli keluarga mereka dengan tidak memperdulikan KEPENTINGAN KEBAJIKAN MAJORITI RAKYAT JELATA yang telah MENGANGKAT mereka sebelum itu !!! Malahan menjadikan MAJORITI RAKYAT JELATA yang MENYOKONG dan MENDOKONG mereka itu sebagai PERISAI untuk mereka mempertahankan KUASA dan KEDUDUKAN mereka itu selama yang mereka mahukan !!!

Namun begitu perkara perkara KEJI sebegini TIDAK berlaku malah TIDAK AKAN BERLAKU kepada SISTEM PEMERINTAHAN RAJA MELAYU BERPERLEMBAGAAN yang diterajui oleh MAJLIS RAJA RAJA MELAYU !!! Ini adalah kerana MAJLIS RAJA RAJA MELAYU terikat dengan SISTEM PERLEMBAGAAN yang termaktub di dalam SISTEM PEMERINTAHAN RAJA MELAYU BERPERLEMBAGAAN itu sendiri yang TIDAK memerlukan kepada SISTEM PILIHANRAYA UMUM di dalam menentukan kedudukan RAJA RAJA MELAYU sepertimana Orang Orang Politik di dalam SISTEM PEMERINTAHAN DEMOKRASI BERPARLIMEN selama ini !!! Di atas KESEDARAN itu, maka marilah kita semua MAJORITI RAKYAT JELATA kembali semula MENYOKONG dan MENDOKONG serta MENGANGKAT semula SISTEM PEMERINTAHAN RAJA MELAYU BERPERLEMBAGAAN kerana SISTEM ini telah pun mendapat semula KEWANGANNYA yang AMAT BESAR jumlahnya itu yang BEBAS dari RIBA' dan RASUAH, dari hasil USAHA dan DITERAJUI dan DIKAWAL dari "sebalik tabir" oleh Orang Orang MELAYU MALAYsia yang berketurunan "RAJA RAJA SEBENAR" yang dipimpin oleh BIG BOSS / KING OF THE KING mereka iaitu : GRAND MASTER (i.i / integrated islam) - KHALIFAH MELAYU / ISLAM, NEW WORLD ORDER (i.i / integrated islam) !!! Untuk mengetahui cerita selanjutnya tentang siapakah diri GRAND MASTER (i.i / integrated islam) - KHALIFAH MELAYU / ISLAM, NEW WORLD ORDER (i.i / integrated islam) tersebut, silalah ke Blog Tok ADDP di : madahselokaaddp.blogspot.com
Sekian dari akudtgdrpantek @ ADDP dan tak lupo...heheee


DONGENG Tok ADDP - Perihal : GRAND MASTER (integrated islam) - KHALIFAH MELAYU (ISLAM), NEW WORLD ORDER (integrated islam) : RAJA itu umpama DUA (2) BUAH PERMATA pada SEBENTUK CINCIN !!! Adapun RAJA itu umpama ganti kepada MAHA PENCIPTA (ALLAH swt) di dalam Dunia !!! Oleh yang demikian, "SOKONGLAH dan DOKONGLAH" SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN RAJA BERPERLEMBAGAAN mulai "SEKARANG" !!! Mana tahu "KEMUNGKINAN BESAR" di dalam tempoh waktu terdekat ini ianya akan mengambil alih "KUASA MENTADBIR NEGARA" daripada Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen melalui KUASA ASET dan KEWANGAN MEGA milik GRAND MASTER (integrated islam) - KHALIFAH MELAYU / ISLAM, NEW WORLD ORDER (integrated islam) yang kini telah pun berada di dalam SISTEM PERBANKAN NEGARA ??? Justeru itu marilah kita "TINGGALKAN" segala bentuk KEPERCAYAAN dan SOKONGAN serta DOKONGAN terhadap SISTEM PEMERINTAHAN DEMOKRASI BERPARLIMEN mulai "SEKARANG", kerana ianya telah MENJAJAH JIWA MANUSIA di Dunia selama ini dengan senjata "RIBA' dan RASUAH-nya" itu !!!! Untuk mengetahui kisah "DONGENG" selanjutnya tentang siapakah diri GRAND MASTER (integrated islam) - KHALIFAH MELAYU (ISLAM), NEW WORLD ORDER (integrated islam) yang dimaksudkan oleh Tok ADDP itu, silalah ke Blog Tok ADDP di : madahselokaaddp.blogspot.com





*Sila Baca Di Sini Juga Untuk PenCerahan Yang Lebih Jelas (http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=485421&highlight=bani+tamim&page=46)

Ahad, Mei 08, 2011

KePerkasaan Saidina "Ali Ibni Abi Talib k.w r.a.

KePerkasaan Saidina "Ali Ibni Abi Talib k.w r.a.

Salam KeDahsyatan.


Just Have A Look At The Image Below And Focus On It. The Picture Had Tells The Story. Such A Remarkable World History Ever Made! (Click To Enlarge The View).





Sumber PerOlehan Gambar:- http://petikanbuku.blogspot.com/2011/02/saidina-ali-catat-rekod-dunia.html (RIPLEY'S BELIEVE IT OR NOT:)


Ada Lagi Yang Lain-Lain.

http://petikanbuku.blogspot.com/2011/02/special-maulid-nabi-insan2-mulia-dalam.html

(*Nota: Even OrangPuteh Pun Catat, Rekod Dan Akui KeHebatan Dan KeUnggulan ISLAM Ini.)


SeBerat 850LB (Pound), BerSamaan Dengan + - 385KG! hamba Juga Ada Pernah TerBaca/TerDengar Namun Dah Tak Ingat BerSumber Dari Mana, Yang Mana Ada Riwayat Atau Mungkin Juga Dari PenCeritaan Dahulu-Kala Oleh 'Orang-Orang Lama' Sejak Turun-Temurun, Mengatakan Bahawa Berat Pedang Dzulfaqor "Ali Itu Pun, Sudah BerAda Dalam Lingkungan Kira-Kira 176LB (80KG)!

The Most Powerful Potentate (Penguasa) In All History! Indeed. Namun..... Hakikatnya..... Masih Ada Manusia Yang Lebih Perkasa Dari Imaamul Muhtadiin, Saidina "Ali Ibni Abi Talib k.w.

Jumaat, Mei 06, 2011

Sahabat: Abu Ubaidah Ibnu Al-Jarrah r.a.

Kenali Dan Cintai Sahabat: Abu Ubaidah Ibnu Al-Jarrah r.a.





Sabda Rasulullah SAW: “Bagi setiap umat mempunyai orang kepercayaan, dan orang kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah Ibnu Al-Jarrah”


Seorang lelaki yang peramah, sangat bertawadhu’, sangat pemalu, tetapi jika suatu masalah datang menerpanya dan perkara genting menghalangnya, maka dia akan berubah laksana singa yang mengaum menampakkan taring dan kuku-kukunya. Dia menyerupai hujung pedang yang kilatan dan sambarannya, mirip ketajaman dan kekuatannya.

Dia adalah orang kepercayaan umat Muhammad SAW, nama sebenar beliau adalah Amir Ibnu Abdullah Al-Jarrah Al-Fihri Al-Quraisy. Beliau Juga Adalah Antara Salah SeOrang Pahlawan Dan Panglima Islam Yang Utama Lagi Gagah Berani, Dari Zaman Awal KeBangkitan Islam BerSama Nabi Muhammad SAW Hingga Zaman Pemerintahan Khulafa' Ar-Rasyidin Yang Kedua, Yakni Amiirul Mu'miniin, Saidina Umar Al-Khattab r.a.

Abu Ubaidah termasuk dalam kalangan As-Sabiqunal Awwaluun, memeluk Islam sehari selepas Abu Bakar As-Siddiq, keislamannya di tangan As-Siddiq. Abu Bakar membawanya, membawa Abdurrahman bin Auf, Uthman bin Mazh’un dan Al-Arqam bin Abu Al-Arqam kepada baginda Rasulullah. Maka mereka mengikrarkan Kalimah Syahadah di hadapan baginda.

Abu Ubaidah hidup di Makkah dengan ujian berat yang menimpa dirinya bersama kaum muslimin dari awal hingga akhir, sementara dia tetap berdiri tegak dan tegar dalam menghadapinya. Semata-mata membela Allah dan RasulNya dalam setiap kesempatan.

Namun ujian Abu Ubaidah di perang Badar adalah ujian paling berat yang tidak pernah terdetik dalam benak hati sesiapa pun.

Sabtu, Oktober 02, 2010

Sirah Nabi Musa Membelah Laut.

Sirah Nabi Musa Membelah Laut.

(Sekadar Hiasan. SUBHANALLAAH, Nice Picture Art)


Moses might not have parted the Red Sea, but a strong east wind that blew through the night could have pushed the waters back in the way described in biblical writings and the Koran, U.S. researchers reported on Tuesday. Skip related content

Sabtu, Jun 26, 2010

Besarnya Hikmah Dari Amalan BerSedekah.

Besarnya Hikmah Dari Amalan BerSedekah.






Sirah Ini Berlaku Pada Zaman Pemerintahan Kerajaan Nabi ALLAH Sulaiman as.

Ahad, Jun 13, 2010

Perihal Kasyaf Dan Karomah Para Waliyullah.

KASYAF.


Kasyaf adalah salah satu Karomah atau kelebihan yang diberikan ALLAH kepada hamba-hambaNya yang dikasihiNya. Apa yang ingin disebut di sini adalah kasyaf yang dianugerahkan Tuhan kepada kekasihNya atau waliNya. Walaupun tidak dinafikan, ada kasyaf yang didapati oleh orang awam, kasyaf sebegitu boleh menipu dan merosakkan diri mereka. Kasyaf itu jika tidak dipimpin dan dijaga, nescaya menjadi Istidraj kepada mereka.

Bagi Wali ALLAH ini, hal-hal kasyaf sebenarnya telah pun dijanjikan ALLAH seperti mana dalam sebuah hadis qudsi, ALLAH SWT berfirman yang maksudnya: "Orang yang mendekatkan diri kepadaKu, mengerjakan yang fardhu dan yang sunat, sehingga Aku cinta kepada mereka lalu Aku menjadi pendengaran mereka dan Aku menjadi penglihatan mereka.".

Sabtu, September 05, 2009

Asal-Usul Solat Fardhu 5 Waktu.



ASAL USUL SOLAT FARDHU.....


SUBUH.
Orang yang pertama mengerjakan Solat Subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu tatkala beliau keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara petama yang dilihatnya ialah kegelapan dan beliau berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh keluar Nabi Adam lalu beliau pun bersembahyang 2 rakaat.

Rakaat 1: Bersyukur beliau kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat 2: Bersyukur beliau kerana siang telah menjelma.



ZOHOR.
Orang yang pertama mengerjakan Solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala ALLAH SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim a.s. empat rakaat.

Rakaat 1: Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat 2: Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat 3: Bersyukur dengan bermohon akan keredhaan ALLAH SWT.
Rakaat 4: Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.



ASAR.
Orang yang pertama mengerjakan Solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala beliau dikeluarkan dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus a.s. di tepi pantai sedang waktu itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus a.s. lalu bersembahyang empat rakaat kerana beliau telah diselamatkan ALLAH SWT dari 4 kegelapan iaitu:

Rakaat 1: Kegelapan dengan kesalahan.
Rakaat 2: Kegelapan dengan air laut.
Rakaat 3: Kegelapan dengan malam.
Rakaat 4: Kegelapan dengan perut ikan Nun.



MAGHRIB.
Orang yang pertama mengerjakan Solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. tatkala dikeluarkan oleh ALLAH SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya sedang pada waktu ketika itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa a.s. lalu bersembahyang 3 rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan itu, iaitu:

Rakaat 1: Untuk menafikan ketuhanan selain dari ALLAH SWT Yang Maha Esa.
Rakaat 2: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Maryam yang dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat 3: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu Satu iaitu ALLAH SWT jua, tiada dua tiga.



ISYAK.
Orang yang pertama mengerjakan Solat Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa a.s. tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. ALLAH SWT lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa a.s. empat rakaat tanda bersyukur. Empat dukacitanya itu ialah:

Rakaat 1: Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat 2: Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat 3: Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat 4: Dukacita terhadap anak Firaun.

Selasa, Ogos 11, 2009

Luqmanul Hakim. Kata-Katanya Seribu Hikmah.


Luqmanul Hakim dikenali sebagai manusia yang sering meninggalkan peringatan serta manfaat menerusi kata-katanya. Beliau merupakan seorang bapa yang sentiasa menasihati anaknya dengan kata-kata berhikmah. Dan kata-kata itu adalah wajar diambil iktibar oleh kita semua.

Pernah suatu ketika, beliau mengajak anaknya keluar ke pasar. Beliau mengenderai seekor keldai manakala anaknya pula mengekorinya dengan berjalan kaki.

“Teruknya orang tua ini, anaknya yang kecil dibiarkan berjalan kaki sedangkan dia bersenang-lenang menunggang keldai,” kedengaran suara dari sekumpulan manusia yang melihat mereka.

” Wahai anakku, dengarkah engkau apa yang mereka perkatakan itu?” tanya Luqmanul Hakim kepada anaknya.

“Dengar ayah,” jawab anaknya sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Sekarang engkau naiklah ke atas keldai ini, biar ayah menariknya,” katanya sambil mengangkat anaknya ke atas belakang keldai.

“Nampakkah kalian betapa anak yang tak pandai mengenang budi ayahnya yang sudah tua. Disuruhnya ayahnya menarik keldai sedangkan dia yang masih muda menunggangnya, sungguh tidak patut,” kata sekumpulan manusia lain yang mereka temui di tengah, perjalanan.

“Dengarkah engkau apa yang mereka perkatakan?” tanya Luqmanul Hakim kepada anaknya.

Anaknya mengiyakan pertanyaannya itu.

“Sekarang engkau turun dari keldai ini, dan kita sama-sama berjalan kaki,” kata Luqmanul Hakim. Anaknya segera turun dari keldai.

Tak berapa lama kemudian mereka bertemu pula dengan sekumpulan manusia yang lain. “Alangkah bodohnya orang yang menarik keldai itu. Keldai untuk dikenderai dan dibebani dengan barang-barang, bukan untuk diseret seperti lembu dan kambing,” kata mereka.

“Dengarkah engkau apa yang mereka kata?” tanya Luqmanul Hakim kepada anaknya lagi.

“Dengar ayah.”

“Kalau begitu marilah kita berdua naik ke atas belakang keldai ini,”

Tidak berapa lama selepas itu mereka terdengar perbualan sekumpulan orang yang lain pula. “Sungguh tidak bertimbang rasa mereka ini, keldai yang kecil ditunggangi berdua!” kata mereka.

Luqmanul Hakim lalu bertanya kepada anaknya, “Adakah engkau dengar apa yang mereka perkatakan?”

“Ya ayah, saya dengar.”

“Kalau begitu marilah kita dukung keldai ini,” kata Luqmanul Hakim.

Dengan bersusah payah mengikat keempat-empat kaki, akhirnya mereka berjaya mendukung keldai itu. Dan dalam keadaan itu jugalah mereka mula berjalan, dengan bebanan menanggung seekor keldai. Apabila orang ramai melihat gelagat mereka berdua, mereka ketawa terbahak-bahak. “Ha! ha! ha! Hei! Lihatlah orang gila mendukung keldai!”

“Dengarkah engkau apa yang mereka katakan?” dia bertanya kepada anaknya lagi.

“Dengar ayah,” jawab anaknya.

Mereka meletakkan keldai itu ke tanah. Beliau pun menyatakan hikmah di sebalik peristiwa tadi, “Anakku, begitulah lumrah manusia. Walau apapun yang engkau lakukan, engkau tidak akan terlepas dari kata-kata mereka. Tidak kira benar atau salah, mereka tetap akan mengata.”

“Ingatlah anakku bila engkau bertemu kebenaran janganlah engkau berubah hati hanya kerana mendengar kata-kata orang lain. Yakinlah dengan diri sendiri dan gantung harapanmu kepada ALLAH SWT.”

Luqmanul Hakim pernah berwasiat kepada anaknya sebelum beliau meninggalkan dunia yang fana ini. “Wahai anakku, janganlah engkau makan kecuali makanan yang sedap sahaja. Berkahwinlah selalu dan binalah rumahmu di seluruh pelosok bumi ini.”

Anaknya seolah-olah tidak percaya dengan wasiat ayahnya itu. Tetapi mungkin juga ada mafhum tersirat di sebalik kata-kata itu, fikirnya. Setelah ayahnya selesai dikebumikan dia berjumpa dengan seorang teman rapat ayahnya, lalu meminta penjelasan berkenaan kata-kata wasiat ayahnya itu dengan penuh sangsi.

“Ayahmu memang benar,” kata teman ayahnya.

Dia semakin bingung dengan jawapan itu lalu bertanya, “Apakah maksud pakcik?”

“Wasiat ayahmu yang pertama bermaksud janganlah engkau makan kecuali apabila telah benar-benar lapar, kerana apabila engkau sudah terlalu lapar engkau akan merasa makanan yang engkau makan itu begitu lazat dan engkau akan bersyukur dengannya.”

“Berkenaan wasiat ayahmu yang kedua pula, hendaklah kamu selalu berkelana, kerana apabila engkau bertemu semula dengan isterimu setelah lama terpisah, engkau akan berasa seperti baru berkahwin.


Dan wasiat ketiganya, yang menyuruh engkau membina sebanyak-banyaknya rumah ialah, carilah sahabat seramai mungkin. Apabila engkau telah bersahabat dengan seseorang maka rumahnya akan menjadi seperti rumahmu sendiri dan rumahmu juga sudah seperti rumahnya.”

Setelah mendengar penjelasan itu barulah dia faham maksud sebenar dan kata-kata ayahnya, yang pada mulanya dianggap aneh itu. Memang luar biasa Insan yang bergelar Luqmanul Hakim ini, katanya satu hikmahnya seribu. (SUBHANALLAAH).

Ahad, Ogos 09, 2009

Sirah. Hanya Seorang Hajinya Mabrur.



Perbincangan Dua Malaikat.........

Ketika Abdullah bin Mubarak melakukan haji, beliau tertidur di Masjidil Haram, dalam tidurnya beliau bermimpi melihat dua orang Malaikat turun dari langit. Berkata seorang Malaikat kepada seorang lagi:

"Berapa ramai orang-orang yang mengerjakan Haji pada tahun ini?"
Berkata Malaikat yang seorang lagi: "Enam ratus ribu orang."

Bertanya Malaikat yang bertanya: "Antara 600,000 ribu orang yang pergi Haji itu berapakah yang diterima Haji mereka?"

Berkata Malaikat yang menjawab: "Di antara 600,000 ribu itu hanya seorang sahaja Hajinya diterima, namanya ialah Muwaffaq, beliau tinggal di Damsyik. Beliau adalah seorang Tukang Kasut, beliau tidak dapat menunaikan Haji, tetapi Hajinya diterima. Maka berkat Haji Muwaffaq kesemua 600,000 yang mengerjakan Haji diterima."

Abdullah yang sedang tidur terkejut dari tidurnya maka dengan segera beliau berangkat ke Damsyik, sampai sahaja beliau di Damsyik beliau mencari-cari Tukang Kasut yang disebutkan dalam mimpinya dan akhirnya beliau dapat mencari rumah Tukang Kasut itu. Apabila sampai di hadapan pintu rumah Tukang Kasut itu, maka Abdullah mengetuk pintu. Pintu pun di buka dan keluar seorang lelaki dari dalam.

Abdullah bertanya kepada lelaki itu: "Apa nama saudara?" Berkata lelaki itu: "Nama saya Muwaffaq." Abdullah bertanya: "Tolong terangkan kepadaku amalan apakah yang telah kamu lakukan sehingga mencapai darjat yang tinggi?"

JawabMuwaffaq: "Sebenarnya aku ingin menunaikan Haji, tetapi oleh sebab keadaanku maka aku tidak dapat menunaikan Haji. Tetapi dengan cara mendadak aku mendapat wang 300 dirham dari kerja menampal sepatu, lalu aku niat untuk menuniakan Haji pada tahun ini."

"Isteriku pula sedang hamil, suatu hari isteriku tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ia ingin memakan makanan yang terbau itu (mengidam), lalu aku pergi ke rumah jiranku dan aku ketuk pintu. Kemudian keluar seorang wanita, maka aku pun beritahu hajat isteriku itu kepadanya."

Jiranku itu berkata: "Oleh kerana kamu tidak tahu keadaanku maka aku terpaksa memberitahumu, sebenarnya anak-anak yatim ku sudah tiga hari tidak makan oleh itu aku keluar mencari makanan. Sewaktu aku mencari makanan aku bertemu dengan bangkai himar, maka aku potong sebahagian dagingnya lalu aku masak, maka makanan ini adalah halal untuk kami dan haram untuk kamu."

Apabila aku dengar sahaja kata-kata wanita itu maka aku pulang ke rumah dan mengambil 300 dirham yang ada padaku lalu aku berikan kapada wanita itu dan aku katakan kepadanya: "Belanjakan wang ini untuk anak-anakmu. Dan aku berkata pada diriku: Hajiku di muka pintu rumahku (Rumah jiranku) maka ke manakah aku akan pergi...?"

Wahai Saudara Saudari Umat Muhammad SAW yang SeAgama (ISLAM) dengan hamba, ALLAH SWT tidak memandang pada harta yang kita miliki tetapi Dia memandang pada niat hati yang luhur lagi suci.

Pernah seorang Sahabat r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah, tunjukkanlah padaku amal perbuatan yang mana bila aku amalkan, aku akan masuk syurga."

Sabda Rasulullah SAW: "Jadilah kamu orang yang Baik (Soleh)."
Sahabat r.a. itu bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh mengetahui bahawa aku ini orang yang Baik?"

Sabda Rasulullah SAW: "Tanyalah pada jiran tetanggamu, kalau mereka berkata kamu baik, maka baiklah kamu. Kalau mereka mengatakan kamu buruk, maka buruklah kamu."

Khamis, Ogos 06, 2009

Kisah Malaikat Yang Membawa Catatan Amal.




Telah berkata Mu’az bahawa Rasulullah SAW katanya: “Aku akan menceritakan kepada kamu semua sebuah hadith yang belum pernah diceritakan oleh mana-mana Nabi pun kepada umatnya, jika kamu ingat-ingat bererti akan berguna bagimu dan jika kamu mendengar dan tidak ingat-ingat bererti putuslah hujahmu disisi Allah SWT pada hari kiamat.” Sabda Rasulullah SAW lagi: “Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan 7 malaikat sebelum menjadikan langit dan bumi setiap langit ada seorang malaikat dan setiap pintu ada penjaganya dari mereka.

Malaikat yang mencatat amal akan mencatat amal seseorang hamba itu dari pagi hingga petang dan kemudiannya membawa naik ke langit amalnya dengan bercahaya bagaikan matahari hingga sampai ke langit dunia dengan perkiraan amal seorang hamba itu cukup baik dan banyak,tiba-tiba malaikat berkata:” Berhentilah! Dan lemparkan amal ke muka orangnya dan katakan semoga Allah tidak mengampunkan padamu, aku bahagian ghibah, sedang ia selalu menggibah orang-orang muslim kerana itu aku tidak mengizinkan ia melintasi tempat ini kepada lain-lainku.”


Lalu malaikat hafhadah yang lainnya membawa naik amal hamba yang lain bercahaya terang sehingga sampai ke langit kedua malaikat berkat: “Berhenti! Dan lemparkan amal orang itu ke mukanya dan katakana bahawa Allah SWT tidak mengampunkan baginya sebab ia beramal untuk mencari kemewahan dunia. Dan berkata lagi malaikat tersebut: “Aku adalah bahagian urusan dunia, aku tidak dapat membiarkan amalnya melintasi daripadaku.

Setelah itu naiklah pula malaikat yang membawa amal hamba yang dihiasi dengan sedekah dan sembahyang,sampai kagum malaikat hafadhah. Apabila sampai langit yang ketiga, maka berkata malaikat disitu: “Berhenti! Dan lemparkan amal orang itu ke mukanya dan katakana bahwa Allah tidak mengampunkan baginya.” Berkata malaikat itu lagi: ”Aku adalah bahagian sombong, dan setiap orang yang beramal tetapi menyombongi orang di majlis-majlis mereka ,maka Allah SWT telah menyuruh aku tidak melepaskan amal orang melebihi ku kepada orang yang lain.

Kemudian malaikat hafadhah membawa amal orang yang berkilauan bagaikan bintang kerana ia bertasbih dan berpuasa apabila telah sampai pada langit yang keempat, lalu berkata malaikat di situ: “Berhenti! Dan lemparkan amal orang itu ke muka nya dan katakan padanya Allah SWT tidak mengampun kan baginya.” Berkata malaikat itu lagi: “Aku adalah bahagian bangga diri, Allah SWT telah menyuruh aku supaya tidak membiarkan amalnya melebihi dariku kepada yang lain. Lalu dilemparkan amal orang tiu ke mukanya di sertai kutukan laknat selama tiga hari.

Setelah itu naik pula malaikat hafadhah yang lain dengan membawa amal hamba yang dihantar oleh malaikat bagai pengantin yang akan dihantar kepada isterinya. Lalu sampai ke langit yang kelima, penuh dengan jihad sembahyang,lalu berkat malaikat yang bertugas di situ “Berhenti! Dan lemparkan amal orang itu ke mukanya dan pikulkan atas bahunya sebab dahulu dia menghasut orang yang belajar bab beramal kerana Allah SWT, ia hasad dengki pada mereka dan selalu mencaci mereka dipikulkan di atas bahunya sambil dilaknat seumur hidupnya.

Kemudian datang lagi Malaikat hafadhah yang lain dengan membawa amal hamba yang dilengkapi dengan wudhuk dan sembahyang malam yang banyak apabila sampai pada langit yang keenam maka berkata malaikat yang bertugas di situ katanya. “Berhenti! Dan lemparkan amal orang itu ke muka nya.” Berkata malaikat itu lagi: “aku adalah malaikat bahagian rahmat,orang itu tidak mempunyai rasa rahmat pada sesiapa pun, bahkan bila ia melihat orang terjerumus ke dalam lembah dosa atau bahaya dia mengejek dan mencemuh orang itu. Dan Allah SWT telah menyuruh aku supaya amalnya tidak boleh melampau aku.

Datang malaikat hafadhah yang lain dengan membawa amal hamba yang penuh dengan kejujuran dan kerajinan dan warak serta bercahaya bagaikan kilat, setelah sampai pada langit yang ke tujuh, maka berkata malaikat yang bertugas di situ: “Berhenti! Dan lemparkan amal orang itu ke mukanya dan tutupkan hatinya, aku adalah malaikat bahagian hijab, menutup jalan tiga amal yang bukan kerana Allah SWT, sebab dia hanya menginginkan kedudukan dan nama di majlis dan di kota-kota, oleh itu aku telah diperintahkan oleh Allah SWT supaya tidak melepaskan amal itu melebihi daripadaku.

Kemudian datang malaikat hafadhah yang lain dengan membawa amal hamba yang berhias dengan akhlak dan diam serta dengan zikir yang banyak dihantar oleh malaikat sehingga sampai di bawah Arsy, lalu mereka bersaksi atas semua amal itu, lalu Allah berfirman: “kamu mencatat amal hambaKu dan Aku yang mengawasi hatinya dia tidak beramal untuk keredhaanKu, dia beramal untuk selainKU maka ia mendapat laknat (kutukanKu)” berkata semua malaikat yang menyaksikan tadi: “memang selayaknya ia mendapat laknatMu dan laknat kami.” Berkata penduduk langit: “ia mendapat laknat Allah SWT dan laknat tujuh petala langit dan bumi serta laknat kami.”



Setelah mendengar apa yang Rasulullah SAW ceritakan itu maka Mu’az pun menangis dan ia berkata: “Ya Rasulullah SAW, apakah yang harus aku buat?” Rasulullah SAW bersabda: “Hai Mu’az, ikutilah jejak Nabimu dan teguhkan keyakinanmu walaupun amalmu kurang, hentikan lidah mu dari berkata-katakan hal saudaramu, hendaklah selalu ingat akan dosa-dosamu dan jangan kamu tanggungkan dosa itu pada orang lain (iaitu jika kamu bersalah jangan menuduh orang lain), jangan memuji-muji dirimu dengan memburukkan orang lain dan jangan sombong diri dengan merendahkan saudara-saudaramu dan jangan beramal untuk dilihat atau dipuji orang.”
Sumber rujukan: Himpunan Kisah-kisah Malaikat (Muhammad Isa Selamat).

Isnin, Jun 08, 2009

CHIEF SEGALA PAHLAWAN (IMAMUL MUHTADIN).


(Gambar Sekadar Hiasan)

Saidina Ali Abi Talib k.w. merupakan antara Sahabat r.a. yang paling dicintai oleh Rasulullah SAW. Beliau ialah seorang manusia yang luar biasa yang mempunyai Ilmu bagaikan Lautan. Rasulullah SAW pernah bersabda "Aku adalah Kota Ilmu dan Ali adalah Pintunya. Maka sekiranya kamu ingin memasuki Kota Ilmu, maka kamu masuklah melalui Pintu itu". Dan di dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda "Jika kamu ingin melihat pengetahuan Nabi Adam a.s., kesusahan fikiran Nabi Nuh a.s., Sifat-Sifat Nabi Ibrahim a.s., Ibadat dan doanya Nabi Musa a.s., umur Nabi Isa a.s. dan suluh Ilmunya Muhammad SAW, lihatlah kepada orang yang datang ini." Sambil Baginda SAW menunjukkan ke arah Saidina Ali k.w.

Saidina Ali k.w. pernah menyebut:

"Sesunguhnya barang siapa yang meninggalkan Jihad di jalan ALLAH dan menzahirkan penentangannya yang selama ini disembuyikan, maka dia berada di pinggir kemusnahan melainkan jika ALLAH SWT mengurniakan padanya dengan nikmatnya, maka takutilah ALLAH SWT dan perangilah orang yang berusaha memamadamkan Nur Islam (Cahaya Agama ALLAH SWT), orang yang tersilap, orang yang sesat dan orang-orang zalim yang melakukan kejahatan iaitu orang yang tidak membaca Al-Quran dan tidak juga mereka itu orang yang faham akan agamanya serta tidak pula Alim Ulama' mengetahui tentang Takwil."

Dalam satu lagi riwayat Saidina Ali k.w. telah berkata:

"Bersedialah kamu berangkat menghadapi musuh. Sesungguhnya Jihad adalah Wasilah mendekatkan diri kepada ALLAH SWT dan jalan untuk memperolehi keredhaanNya, ke atas mereka yang kehairanan terhadap hak (agama), tidak mengetahui mengenai Al-Kitab (Al-Quran) yang mengubah-ubah agama, mereka yang buta di dalam perbuatan yang melampaui batas dan terkambus di dalam kesesatan. Maka bersiap-sedialah dengan tentera berkuda setakat yang kamu mampu untuk menjaga sempadan negeri dan bertawakallah kepada ALLAH SWT dan memadailah hanya ALLAH SWT sebagai SeBaik-Baik Wakil dan Pelindung bagi diri kita."




PAHLAWAN SEGALA PAHLAWAN- Saidina Ali Abi Talib k.w. (bah. 1).

Apabila berbicara tentang dunia persilatan, tidak lengkap rasanya ilmu pengetahuan seseorang pesilat sekiranya dia tidak mengetahui serba sedikit tentang ‘penghulu’ kepada segala pendekar iaitu Imamul Muhtadin Saidina Ali ibni Abi Talib Karamallahu Wajhah.

Ketokohan Saidina Ali sebagai pendekar terunggul di dunia terbukti dalam Perang Uhud. Sewaktu pasukan Islam terpukul hebat, beliaulah yang paling gigih mempertahankan Rasulullah SAW hingga terdengar suara malaikat Jibril berkata: “Tiada pedang selain Zulfiqar dan tiada pahlawan selain Ali.” Rasanya tidak ada lagi mana-mana pesilat walaupun sehebat Dato’ Laksamana Hang Tuah yang mendapat pengiktirafan daripada malaikat Jibril.

Pedang Zulfiqar asalnya milik Rasulullah SAW yang kemudiannya digunakan oleh Saidina Ali. Sebahagian ulama mengatakan bahawa pedang inilah Raja Segala Besi. Selepas Saidina Ali dibunuh secara curi, pedang Zulfiqar ini turut lenyap dan ada riwayat mengatakan yang ia akan muncul semula pada akhir zaman. Wallahu'alam.

Pengaruh Saidina Ali dapat dilihat dalam silat-silat Melayu yang mendakwa aliran mereka mempunyai permainan pedang Saidina Ali, jeritan muktamad Saidina Ali, buah-buah penangkap Saidina Ali dan sebagainya. Memang sewajarnyalah ada pihak-pihak tertentu yang membuat kajian tentang sejauh manakah pengaruh menantu Rasulullah SAW ini dalam seni beladiri di nusantara.

Orang Arab memang terkenal dengan syair. Orang pertama yang mendendangkan syair tentang kasih-sayang kepada Nabi Muhammad ialah bapa Saidina Ali sendiri iaitu Abu Talib, yang terkenal sebagai pembela Rasulullah SAW dalam menghadapi kaum kafir Quraisy.

Sewaktu isterinya (Fatimah) mengandungkan Saidina Ali, Rasulullah telah menyatakan hasrat baginda untuk mengahwini anak dalam kandungan itu sekiranya perempuan. Abu Talib bersetuju. Dia juga mencadangkan agar Rasulullah sendiri mengasuh bayi itu hingga besar jika lelaki pula.

Setelah cukup masanya, Fatimah pergi berdoa di hadapan Ka’abah. Tuhan menunjukkan kemuliaan kepada anak itu apabila Saidina Ali sendiri dilahirkan di dalam Ka’abah. Kelahiran dalam Ka’abah itu adalah yang pertama dan yang terakhir dalam sejarah umat manusia.

Fatimah menamakan bayi lelaki itu Haidarah, yang bermaksud singa. Rasulullah SAW tiba selepas itu lalu menamakannya pula sebagai Ali. Ketika itu Rasulullah berusia tiga puluh tahun. Saidina Ali mempunyai nama gelaran ‘Abu Turab’ yang diberi oleh Rasulullah SAW bermaksud ‘Bapak Pasir/ Debu/ Tanah’. Gelaran ini diperolehi kerana Rasulullah tersua Saidina Ali yang sedang berbaring di atas tanah di Masjid Nabawi lalu terus dipanggil baginda, “Ya Abu Turab’. Kemudian Rasulullah menyapu tanah yang melekat di punggung Saidina Ali.

Dalam peristiwa lain, Saidina Ali pernah tidur di bawah sebatang pokok kerana letih berperang. Dia baring di atas tanah tanpa beralaskan apa-apa. Rasulullah kejutkannya dengan memanggil nama tersebut. Sumber lain mengatakan yang Saidina Ali jika merasa marah dengan isterinya (Fatimah- anak Rasulullah), dia diam sahaja lalu membawa hati dengan pergi ke masjid dan berbaring di atas tanah. Sekiranya Rasulullah melihat keadaan ini, tahulah baginda yang Saidina Ali ada krisis dengan isterinya yang memerlukan bantuan baginda.


PAHLAWAN SEGALA PAHLAWAN- Saidina Ali Abi Talib k.w. (bah. 2).

Bagaimanakah fizikal pendekar agung ini? Tubuhnya agak rendah dan gemuk (berisi). Kedua bahunya lebar. Tangannya berurat. Dadanya lebar dengan perut yang agak besar. Jari-jemarinya halus tetapi kuat. Bentuk sebegini bolehlah disamakan dengan fizikal ahli angkat berat pada zaman ini.

Matanya lebar, bundar, hitam dan sayu. Raut wajahnya menarik dan selalu tersenyum. Berkulit sawo matang. Kepalanya culah. Ketika berjalan banyak condong ke depan. Pergerakannya lincah dan tangkas.

Pernah berkahwin dengan sembilan orang wanita dan dianugerahkan Allah lebih kurang tiga puluh orang anak. Beberapa orang anak lelakinya gugur syahid dalam pembunuhan zalim di medan Karbala.

Dikatakan Saidina Ali adalah orang pertama yang memeluk Islam. Rasulullah diangkat sebagai Rasul pada hari Isnin dan Saidina Ali Islam keesokannya. Namun ada juga pendapat mengatakan Siti Khadijah (isteri Nabi) yang memeluk Islam terlebih dahulu. Memeluk Islam dalam umur lapan ke dua belas tahun. Namun sebelum itu beliau tidak pernah menyembah berhala.

Dikenali juga dengan nama ‘Qadhim’ di kalangan kafir Quraisy yang bermaksud Si Tukang Gigit. Pemuka-pemuka Quraisy yang segan untuk bertindak ke atas Nabi Muhammad kerana Abu Talib masih hidup, telah menghasut agar anak-anak kecil melontar batu kepada baginda. Sudah tentulah Abu Talib tidak dapat menahan perlakuan budak-budak.

Namun begitu Saidina Ali sentiasa melindungi Rasulullah. Dia akan mengejar budak-budak tadi lalu menggigit telinga dan hidung mereka. Budak-budak itu tidak berani melawan Saidina Ali kerana dia memang handal bergusti. Abu Talib sering mengumpulkan anak-anaknya untuk bergusti sesama sendiri dan Saidina Alilah juaranya.

Saidina Ali boleh dikatakan orang yang paling mahir bahasa Arab sesudah Rasulullah kesan asuhan baginda terhadapnya dari kecil hinggalah dewasa sedangkan Rasulullah merupakan orang Arab yang terfasih.

Selain seorang pendekar, Saidina Ali juga seorang yang pandai akal. (Ada pendapat mengatakan perkataan ‘pendekar’ itu asalnya pandai akal/ pendek akal/ panjang akal. Jika benar akhir perkataan ‘pendekar’ itu ‘akal’, sudah tentulah orang sebelah utara menyebut ‘pendekar’ dengan ‘pendekai’. Tetapi mereka menyebut ‘pendekar’ sebagai ‘pendekaq’. Maksudnya, hujung perkatan ‘pendekar’ itu bukanlah ‘akal’ atau huruf ‘lam’ tetapi tetap huruf R atau ‘ra’ jawi membuatkan pendapat tersebut boleh diketepikan).

Kebijaksanaan beliau menjawab pertanyaan rumit secara terus dan lancar ketika itu juga amat menakjubkan. Pernah diajukan masalah dua orang yang si A mempunyai 5 keping roti sementara si B ada 3 keping. Kemudian datang si C makan bersama-sama mereka. Setelah makan si C bayar 8 dirham. Bagaimanakah pembahagian yang paling adil untuk A dan B?

Kalau mengikut pertimbangan kita, sudah tentulah A mendapat 5 dirham dan B 3 dirham. Namun Saidina Ali tanpa menggunakan mesin kira terus menjawab ketika itu juga bahawa A mendapat 7 dirham dan B pula hanya 1 dirham. Ternyata inilah pembahagian yang paling adil (sila fikirkan sendiri).

Pernah juga sewaktu berada di atas mimbar, orang bertanyakan jarak di antara Timur dengan Barat. Melihat kepada keadaan ketika itu sudah tentulah soalan tersebut bertujuan menguji beliau. Saidina Ali memberikan jawapan yang sesuai dengan soalan berbentuk menguji itu: “Jarak antara Timur dengan Barat adalah jarak perjalanan matahari dalam masa sehari.”

Ada juga orang bertanyakan jarak pemisah di antara yang hak dengan yang batil. Jawan beliau: “Jaraknya ialah empat jari (iaitu jarak antara mata dengan telinga). Yang hak itu dapat dilihat dengan mata dan yang batil itu (biasanya) didengar oleh telinga.”

Saidina Ali juga merupakan guru utama ilmu-ilmu fiqh. Ini dapat dibuktikan melalui sanad berikut: Imam Ahmad (pengasas mazhab Hambali) belajar daripada Imam Syafie yang belajar daripada Imam Malik (pengasas mazhab Maliki) yang belajar daripada Rabi’ah yang belajar daripada Ikrimah yang belajar daripada Ibnu Abbas yang belajar daripada Saidina Ali.

Begitu juga dengan sanad ini: Imam Abu Hanifah (pengasas mazhab Hanafi) belajar daripada Jaafar As Shadiq yang belajar daripada Muhammad Al Baqir yang belajar daripada Zainul Abidin yang belajar daripada Saidina Ali.

Dengan itu, kesemua Imam Mazhab yang empat sebenarnya mengambil ilmu daripada Saidina Ali. Sudah semestinyalah seorang yang ingin memperjuangkan dunia persilatan turut memahirkan diri dalam bidang keagamaan agar tidak tersalah jalan di kemudian hari.


PAHLAWAN SEGALA PAHLAWAN- Saidina Ali Abi Talib k.w. (bah. 3).

Ketika Saidina Umar dan para sahabat buntu fikiran memikirkan permulaan taqwim Islam, mereka minta pendapat Saidina Ali. Terus dijawabnya dengan lancar, “Tetapkan saja mulai hari hijrahnya Rasulullah SAW.” Itulah taqwim yang kita gunakan hingga ke hari ini.

Saidina Ali pernah berkata, “Seandainya semua orang Arab maju hendak menyerang aku, aku tak akan lari.” Kata-kata ini adalah untuk menunjukkan keperibadiannya yang sebenar, bukan bertujuan menunjuk-nunjuk. Begitu juga dengan katanya: “Tidak ada orang yang selamat berduel denganku.”

Setiap kali berduel (lawan pedang satu sama satu), beliau pasti akan menang. Tidak ada satu rekod pun menunjukkan yang beliau kalah menjadikannya ‘undefeated’. Terbunuhnya Saidina Ali hanyalah secara pukul curi pada waktu gelap.

Kekuatannya boleh dilihat dalam peristiwa beliau mencantas badan Ibnu Wudd (pendekar Quraisy) hingga terputus dua dengan sekali hayunan pedang sahaja sedangkan musuhnya ketika itu memakai baju zirah (besi). Begitu juga dengan Marhab (pendekar Yahudi) yang terbelah kepalanya terus ke rahang sedangkan dia memakai topi besi dengan sekali hayunan pedang. Ini membuatkan musuh-musuhnya begitu gentar kerana mereka tahu, dengan berbaju zirah dan bertopi besi pun tidak akan selamat jika lawan mereka Saidina Ali.

Marilah kita renungkan bagaimanakah kentalnya semangat juang Saidina Ali apabila beliau ditanya: “Apakah engkau tidak berhasrat untuk membeli seekor kuda pacuan (yang akan digunakan dalam peperangan?.” Jawabnya: ‘Aku tidak memerlukan kuda pacuan kerana aku tidak akan lari daripada menghadapi musuh yang menyerang dan tidak akan menyerang musuh yang lari.”

Pada zaman itu, pihak musuh akan merasa bangga sekiranya ada di kalangan ahli keluarga mereka yang terbunuh di tangan Saidina Ali kerana ini menunjukkan keberanian berhadapan dengan pendekar teragung Rasulullah SAW. Sebaliknya wajah mereka akan berubah apabila mendapat tahu yang ahli keluarga mereka terbunuh bukan di tangan beliau.

Bagaimanakah Saidina Ali boleh menjadi begitu kuat dan gagah lagi perkasa? Sebenarnya kegagahan beliau wujud sejak zaman bayi lagi. Apabila dibedung oleh ibunya, kain bedung akan terbuka. Kemudian dibedung pula dengan dua helai kain, pun terbuka juga. Akhirnya dia dibiarkan tidak berbedung.

Ketika berhijrah ke Madinah, Saidina Ali bersama dua orang lelaki membawa serombongan wanita yang semuanya bernama Fatimah.Tiba-tiba muncul lapan orang kafir Quraisy yang menunggang kuda. Hanya Saidina Ali saja yang berani mencabut pedang berhadapan dengan mereka. Salah seorang musuh menyerang lalu ditetak oleh Saidina Ali terus terbelah tubuhnya apabila pedang beliau tembus dari atas ke pelana kuda. Alangkah hebatnya! Ini membuatkan ketujuh-tujuh musuh lagi bertempiaran lari bersama kuda-kuda mereka.

Saidina Ali sangat kuat beribadah. Di dahinya ada kulit yang tebal kehitam-hitaman tanda beliau membanyakkan sujud kepada Allah SWT. Cucu beliau yang bernama Zainal Abidin solat seratus rakaat sehari tetapi sering mengeluh kerana belum lagi mencapai taraf ibadah datuknya.

Kata Khalifah Umar bin Abdul Aziz, khalifah dari Dinasti Umaiyah juga Mujaddid kurun pertama Hijrah: “Orang yang paling zuhud di dunia ialah Saidina Ali bin Abi Talib.” Menurut Ibnu Abbas, Saidina Ali mempunyai empat kelebihan:
1. Beliau adalah orang pertama yang solat bersama dengan Rasulullah SAW.
2. Sentiasa membawa panji Rasulullah SAW dalam pelbagai peperangan.
3. Orang yang paling banyak memberi perlindungan kepada Nabi SAW dalam peperangan.
4. Beliau memandikan dan memasukkan sendiri jenazah Rasulullah SAW ke dalam liang lahad.

Sebagai seorang pendekar yang terhormat, beliau tidak bersifat pendendam. Sebelum meninggal dunia, beliau berpesan supaya orang yang menikamnya dilayan dengan baik dan diberikan pengadilan yang sewajarnya. Jangan ganggu keluarga pembunuhnya.

Pernah seorang khawarij (musuh Saidina Ali dan Muawiyah) datang bertanyakan masalah syariat Islam kepada Ibnu Abbas. Dia mendapat jawapan yang sangat memuaskan hati lalu berkata: “Sesungguhnya aku belum pernah terjumpa orang yang lebih cerdas daripada engkau.” Jawab Ibnu Abbas: “Ya, tapi aku sendiri belum pernah melihat orang yang lebih cerdas daripada Saidina Ali.” Orang itu berlalu dengan muka yang masam.

Pernah juga seorang perempuan mengadu kepada Saidina Umar kononnya dia dirogol oleh seorang lelaki kacak dengan memberikan bukti air mani yang melekat di kain dan pahanya. Saidina Umar minta pendapat Saidina Ali lalu Saidina Ali menuangkan air panas kepada cairan tersebut. Cairan itu membeku dan ternyata ia adalah putih telur. Perempuan itu dihukum kerana memfitnah. Sabda Rasulullah SAW dalam hadith baginda: “Barangsiapa (yang menganggap) aku ini pemimpinnya, maka Ali adalah pemimpinnya (juga).” (Turmizi, Nasa’i, Ahmad dan lain-lain).

Saidina Ali juga merupakan model ‘sunnah’ yang paling utama memandangkan beliau tinggal bersama-sama Rasulullah SAW sejak kecil lagi.


*KEGAGAHAN SAIDINA ALI ABI TALIB KARAMALLAAHU WAJHAH.

Bukti kegagahan dan kependekaran Saidina Ali terlalu banyak untuk diriwayatkan. Di antaranya ialah beliau berjaya merempuh dan memecahkan pintu kubu Yahudi Bani Khaibar seorang diri sedangkan terdapat dua puluh orang musuh yang menahannya dari dalam. Lebih dahsyat lagi, sebelah pintu yang sebegitu besar dan berat itu dibuatnya perisai tangan.

Sewaktu pembukaan Kota Mekah, terdapat sebuah berhala yang besar di atas Ka’abah. Saidina Ali berjaya menolaknya jatuh sedangkan sepuluh orang pejuang yang berpadu tenaga gagal berbuat demikian sebelum itu.

Dalam satu peperangan lain, sebuah mata air tertindih dengan batu yang sangat berat. Tiada siapa pun yang dapat mengalihkannya kecuali Saidina Ali.

Sewaktu kanak-kanak, salah seorang rakannya telah terjatuh ke dalam lubang yang dalam. Saidina Ali mengangkat rakannya itu dengan menghulurkan sebelah kaki sahaja.

Dalam Perang badar, tujuh puluh orang musuh berjaya dibunuh oleh tentera Islam. Tiga puluh empat daripadanya maut di tangan Saidina Ali.

Dalam Perang Uhud pula, beliau menewaskan dua belas orang musuh dalam pertandingan satu sama satu sebelum peperangan bermula.

Dalam Peperangan Khandaq, seorang pahlawan Quraisy yang termasyhur bernama Amru Ibnu Abdi Wudd dengan niat mengejek melangkah parit seorang diri ke tempat tentera Islam. Dia meminta duel. Tiada seorang pun tentera Muslimin yang berani bersuara kerana mereka tahu betapa handalnya Ibnu Wudd.

Namun begitu sikap Saidina Ali amat berlainan. Tiga kali Ibnu Wudd mencanangkan duel tanpa jawapan tetapi setiap kali itulah pula Saidina Ali bergerak ke hadapan untuk menyahut cabarannya. Cuma dia dihalang oleh Rasulullah memandangkan Ibnu Wudd bukan calang-calang pendekar.

Setelah mendesak beberapa kali Rasulullah pun mengizinkan beliau pergi dengan hati yang berat. Sungguh di luar dugaan, Ibnu Wudd terputus dua badannya walaupun mereka baru berbalas beberapa kali tetakan. Terus luntur semangat musyrikin Quraisy.

Sungguhpun beliau pendekar segala pendekar, tetapi beliau tidak membina kekayaan sebagaimana pendekar moden hari ini. Saidina Ali tidak pernah tinggal di dalam rumah batu (sedangkan orang Arab lain biasanya berumah batu). Tidak pernah makan makanan yang lazat-lazat. Tidak pernah memakai pakaian yang halus dan mahal, semuanya kasar-kasar belaka.

Dalam usaha untuk menjadi seorang pejuang silat, ikutilah contoh kezuhudan, keberanian, kealiman, kebijaksanaan, ketaqwaan dan lain-lainnya sebagaimana yang ditunjukkan oleh Saidina Ali.

Akhirnya, kita menutup riwayat ringkas Saidina Ali r.a. ini dengan dua buah cerita menarik. Cerita pertama disampaikan oleh seorang pakar tempur dari Ipoh, Perak.

Tersebut dalam sebuah kitab lama, kononnya Saidina Ali pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah, adakah lagi pahlawan yang lebih handal bermain pedang daripada aku?” Jawab baginda: “Ya, ada”.

Saidina Ali begitu terkejut dengan jawapan tersebut lalu meminta Rasulullah menunjukkan pahlawan itu kepadanya agar dapat dia bertukar-tukar fikiran dan menguji kehandalan masing-masing. Rasulullah meminta Saidina Ali pergi saja ke suatu tempat terpencil keesokan harinya. Di sana dia akan menemui pahlawan yang dikatakan itu.

Saidina Ali pergi ke sana lalu terlihat seorang lelaki yang menutup wajahnya dengan kain (bertopeng) sedang berlatih jurus-jurus pedang seorang diri. Saidina Ali pun memperkenalkan dirinya dan menyatakan tujuan kedatangannya.

Pahlawan itu tidak keberatan lalu mereka pun berbalas tetakan dan tikaman pedang. Akhirnya Saidina Ali tewas. Saidina Ali akur bahawa memang ada lagi orang yang lebih handal daripada dirinya.

Sebaik-baik sahaja topengnya dibuka, ternyata pahlawan tersebut ialah Rasulullah SAW sendiri! Kisah ini bersesuaian sekali dengan riwayat para sahabat yang mengatakan Saidina Alilah orang yang paling banyak melindungi Rasulullah dalam peperangan. Namun begitu apabila keadaan terlalu mendesak, beliau sendiri pula turut berlindung di belakang Rasulullah.

Cerita kedua, yang saya yakin hanyalah mainan kata orang-orang tua dahulu kala disampaikan oleh seorang ustaz di Trong, Perak. Kononnya, asal biji buah gajus/ janggus/ jambu ketereh itu berada di luar buahnya adalah kerana terkejut dengan pekikan muktamad Saidina Ali lalu terus tersembul keluar sehinggalah ke hari ini. Wallahu'alam.

P/S:
Hamba ada terbaca dalam satu sumber Ilmiah (Maaf, hamba dah tak ingat dari mana) meriwayatkan bahawa, Saidina Ali k.w. & juga Saidina Hamzah r.a., ada berguru & menuntut Ilmu2 Seni & Kemahiran Peperangan & Pertempuran, dari Chief Malaikat, yakni Jibril a.s.

Jadi, tidak hairan & tidak mustahil mengapa tiada musuh yang selamat apabila bertempur "face to face" & "one on one" dengan kedua-dua Pahlawan Teragung ini.

Walaupun kedua-dua Pahlawan Terbilang ini seperguruan, & memiliki KEDERAT/KEKUATAN yang teramat sangat jauh melampaui kederat manusia normal, namun kenyataannya....... Walau segagah-gagah Saidina Ali k.w., perkasa lagi Saiyyidus Syuhada' (Penghulu@Chief Para Syuhada'), Saidina Hamzah r.a.

Gambaran Hasil Lukisan Saidina Ali k.w. (Wallahu'alam...)


Sumber Perolehan Ketahuan.
http://www.syedazahar.com/2008/04/lukisan-saidina-ali-ra.html

Wallahu'alam...