DzikirTariqatAhmadiah

[:>>>+-(*BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*ASSALAAMU'ALAIKUM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*ASSALAAMU'ALAIKUM*)-+<<<:]

Halkerin.

Selamat MenZiarahi Ke Blog Halkerin.

BarangSiapa Yang BerKeMahuan+BerKePerluan Kopi+Pes (Juga MeLakukan Sedikit SeBanyak Modifikasi) IntiPati+IntiSari Yang TerKandung Di Sesawang Ini, Bisa Aja Terus DiLaksana Kan, Enggak Butuh Mohon KeIzinan Dari Sang Empunya Blog Ini. Hak Cipta Non+TerPelihara.

Malah Kalian DiGalak Kan Untuk BerKongsi Maklumat-Maklumat Yang Bisa KeDapatan Di Dalam Blog Ini Di Laman-Laman Peribadi Kalian Seperti FaceBook, Twitter, Blog, Web Dan Lain-Lain. Tiada Larangan Sama SeKali.

*DAN LAGI, BLOG HALKERIN INI MUNGKIN AKAN TERPADAM DARI ALAM ONLINE INI PADA BILA2 MASA. KALAU RASA BERMANFAAT, SILA COPY & SAVE, KALAU RASA BULL$H!+, SILA ABAI KAN.

Sekian Sahaja, PemBeriTahuan Yang Ingin hamba Khabar Kan. Salam Gemilang, Cemerlang & TerBilang hamba Ucap Kan Kepada Kalian. Semuga Kita Semua Senantiasa BerAda Di Dalam KeRahmatan Ilahi, DiBerkati ALLOOH Dan BerWujud Di Dalam KeRedhoan-Nya.

JAZAKUMULLOOHU KHOIRON KATSIIROO, WABAAROKALLOOHU FIIKUM, WABILLAAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH, WASSALAAMU"ALAIKUM WAROHMATULLOOHI WABAROKAATUHU WAMAGHFIROTULLOOHU WARIDHOLLOOHI AJMA"IIN.

Followers.

Mesej Kepada Para PengIkut.

Jangan MengIkuti hamba. Ikuti Lah (Pimpinan + Bimbingan + Kawalan) ALLOOH + DriSenDri. Insya'ALLOOH.....
IP

[:>>>+-(*CARIAN@SEARCH*)-+<<<:]

Sabtu, September 05, 2009

Petanda Kita Bakal Melakukan Penghijrahan Dari Alam Dunia Ke Alam Barzakh, Mengikut Tafsiran Para Ulama'.



Adapun tanda-tanda kematian mengikut Para Ulama' adalah Benar dan Wujud cuma amalan dan ketaqwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada Keluarga Baginda SAW dan Para Sahabat r.a. secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda Nabi SAW.

Imam Ghazali Rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wudhu'nya serta kafannya sekali, cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya, iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut.

Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya ALLAH SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap ALLAH SWT.

Walaubagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang ISLAM sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan ALLAH nyawa mereka ini akan terus direntap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada ALLAH SWT. Adapun tanda-tanda sebelum hari mati ini terbahagi kepada beberapa keadaan dalam tempoh jarak waktu yang tertentu:


Tanda 100 hari.
Ini adalah tanda pertama dari ALLAH SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun, semua orang ISLAM akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 hari.
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy ALLAH SWT. Maka malaikat Maut (Izrael a.s.) akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah beliau akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


Tanda 7 hari.
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


Tanda 3 hari.
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 hari.
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda Akhir.
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Iktibar.
Sesungguhnya, marilah kita semua bertaqwa dan berdoa kepada ALLAH SWT, semoga kita termasuk dalam golongan orang-orang yang dipilih oleh ALLAH yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda bakal menghadapai hari kematian kita ini, semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada kepada ALLAH SWT mahupun kepada sesama manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun, sesuai dengan Sifat ALLAH SWT Yang Maha Berkuasa dan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah, yakni dengan memperbanyakkan lakukan Amalan-Amalan yang Baik & Soleh dengan Hati yang IKHLAS mengharapkan KEREDHAAN ALLAH SWT, serta melalui Doa yang penuh dengan kesungguhan yang mendalam & kuat lagi tinggi serta khusyuk, iaitu samada Doa dari diri kita sendiri mahupun doa dari insan-insan yang lain.

Di antara perkara yang boleh mengubah ketetapan di Lauh Mahfuz ialah Doa dan Amalan yang baik, berdasarkan sabda Baginda Nabi Muhammad Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tiada yang boleh menolak takdir selain Doa (yang Ikhlas) dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali amal perbuatan yang baik." (Mafhum Hadis Sahih).

Namun, ianya adalah bergantung sepenuhnya kepada ketentuan & kehendak ALLAH SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa mudah-mudahan Insya'ALLAH kita diberi Hidayah dan Petunjuk oleh ALLAH SWT serta Kelapangan Masa dan Kesihatan Tubuh Badan dan juga Kewarasan & Kebijaksanaan Akal Fikiran juga Kekuatan Iman dalam usaha kita untuk mencari keredhaan ALLAH SWT di dunia ini sebagai bekalan & persiapan untuk kita berpindah ke alam barzakh serta seterusnya berhijrah ke alam akhirat.

Segala yang Baik dan Benar itu datangnya dari ALLAH SWT dan segala kekurangan & kelemahan itu datangnya dari diri kita sendiri.

Wallahu'alam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan