YAYASAN SEKOLAH AL-QURAN KUALA LUMPUR(513036-P) THE FOUNDATION SCHOOL OF AL-QURAN KUALA LUMPUR.
Pengajian Al-Quran secara PERCUMA & terbuka untuk semua golongan dewasa, Lelaki & Perempuan (13 Tahun ke atas) dari peringkat Asas sehingga Khatam, Insya'ALLAH.
*Ditubuhkan sejak tahun 1998.
*Tidak dikenakan sebarang yuran.
*Dikendalikan oleh Guru-Guru Al-Hafiz dan Graduan IPT dari dalam & luar negara serta pemegang tauliah JAWI.
*Terbuka kepada semua golongan dewasa berusia 13 tahun & ke atas (lelaki & perempuan).
*Bermula dari pukul 8 pagi hingga 10 malam setiap hari, kecuali hari Jumaat (tutup).
*Kelas pengajian ialah selama 2 jam seminggu.
*Bermula dari Iqra' 1 hingga Iqra' 6.
*Peserta yang Lulus Pengajian akan diberi Sijil Khatam Al-Quran.
*Pengambilan sepanjang tahun mengikut kekosongan.
*Bilik yang selesa & berhawa dingin.
Program pengajian Al-Quran & Asas Iqra’ bertajwid.
Waktu Pengajian.
Sesi Pagi. a) 8.00-9.00 pg b) 9.15-10.15 pg c) 10.30-11.30 pg d) 11.45-12.45 tgh e) 1.00-2.00 ptg
Sesi Petang. a) 3.30-4.30 ptg b) 5.00-6.00 ptg c) 6.05-7.05 ptg d) 8.00-9.00 mlm e) 9.10-10.10 mlm.
Jadual Pengajian:
1 jam, 2 kali seminggu pada hari tersebut. Isnin & Selasa, Rabu & Khamis, Sabtu & Ahad. (Jumaat tutup).
Lokasi Pengajian:
Yayasan Sekolah Al-Quran Kuala Lumpur, Tingkat 7.7, 7.8, Wisma Warisan, Jalan Yap Ah Shak, 50300 Kuala Lumpur. (Belakang Hotel Sheraton Imperial & Bank Pembangunan, Jln Sultan Ismail) (Bertentangan Kurnia Insurans).
Untuk maklumat lanjut YSAQKL hubungi: TEL: (Pejabat) 03 - 2691 3286. Fax: 03 - 2698 1715.
*Antara Kelebihan & Fadhilat membaca Al-Quran:
1. Mukjizat yang masih terpelihara untuk dibaca serta diamalkan.
2. Membacanya dengan betul adalah ibadat dan diberi pahala yang sangat besar. (1 huruf = 10 kebajikan/pahala).
3. Syafaat di dunia. Al-Quran dapat membersihkan titik-titik hitam yang menyelubungi hati & memberi ketenangan jiwa.
4. Syafaat di alam barzakh & akhirat. Seperti Surah Al-Mulk, Surah Al-Kahfi dan sebagainya.
5. Diharapkan orang yang membaca Al-Quran dengan ikhlas dan betul akan dapat ganjaran dan petunjuk dari ALLAH SWT. Insya' ALLAH...
Map Location URL:
http://www.streetdirectory.net.my/malaysia/kl/travel/travel_id_2670/travel_site_372/
*Very Near From LRT DANG WANGI Station (Kelana Jaya Line), Just A Walking Distance.
Makluman: Pejabat dibuka & boleh dikunjungi serta talian telefon pejabat boleh dihubungi pada setiap hari (kecuali hari Jumaat) dari pukul 8 pagi sehingga 9:30 malam.
Kelas Pengajian Tajweed Al-Quran Di Pandan Utama, Ampang.
AL-QURAN STORY.
This is a beautiful story. May our hearts be openned by it. Why do we read Quran, even if we can't understand a single Arabic word???? An old man lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson.
Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Qur'an. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could. One day the grandson asked, 'Grandpa! I try to read the Qur'an just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?' The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, 'Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water.' The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, 'You'll have to move a little faster next time,' and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead. The old man said, 'I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough,' and he went out the door to watch the boy try again. At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would Leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, 'See Grandpa, it's useless!' 'So you think it is useless?' The old man said, 'Look at the basket.' The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out. 'Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of ALLAH in our lives.' If you feel this posting is worth reading, please forward to your contacts/friends. Prophet Muhammad (pbuh) says: 'The one who guides to good will be rewarded equally'.
FADHILAT AL-QURAN.
Surah Al-Israa' (17), Ayat 9.
Di dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Pada hari Kiamat nanti, di hadapan ALLAH SWT tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya".
Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima ALLAH. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.
Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.
Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!" Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat" . "
Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga".
Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.
Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan ALLAH. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia.
ALLAH telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji ALLAH itu adalah benar. Dekatilah Al-Quran dan jadikanlah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat.
Semoga ALLAH SWT memberikan kita restu dan hidayahNya. (AMIIINN).
AL-QURAN PERIBADI MUSLIM (Click To Enlarge).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan