Untuk mengelakkan kenderaan daripada berlanggar atau mengalami kemalangan, lakukanlah kaedah amalan seperti mana berikut:
1. Sediakan Air di dalam satu bekas.
2. Setelah disediakan Air, bacalah Al-Fatihah 3x, Al-Ikhlas 3x, Al-Falaq 3x dan An-Nas 3x. Setiap selesai 3x bacaan ayat Surah yang dinyatakan, hendaklah ditiupkan ke dalam air.
3. Sesudah melakukan perkara yang disebutkan di atas, jiruskan air itu ke atas kereta/kenderaan kita dengan memulakannya dari arah berikut:
a. Mulakan dari bahagian kanan pemandu hingga ke bahagian hadapan.
b. Dari bahagian hadapan ke bahagian kiri.
c. Dari bahagian kiri ke bahagian belakang.
d. Dari bahagian belakang pusing sehingga sampai ke bahagian tempat duduk pemandu kembali.

Apabila kita selesai melakukan petua amalan seperti yang dijelaskan di atas, Insya'ALLAH, kenderaan kita tidak akan mengalami kemalangan yang besar.
Makluman:
Petua Amalan yang diterangkan di atas itu hanya perlu dilakukan 1x sahaja pada awal waktu kita membeli kenderaan kita. Bagi yang sudah memiliki kenderaan, boleh teruskan sahaja melakukan Petua Amalan ini dari sekarang. Cukup sekadar diamalkan 1x sahaja.

(Click To Enlarge)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan