[:>>>+-(*BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*ASSALAAMU'ALAIKUM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*ASSALAAMU'ALAIKUM*)-+<<<:]

Halkerin.

Selamat MenZiarahi Ke Blog Halkerin.

BarangSiapa Yang BerKeMahuan+BerKePerluan Kopi+Pes (Juga MeLakukan Sedikit SeBanyak Modifikasi) IntiPati+IntiSari Yang TerKandung Di Sesawang Ini, Bisa Aja Terus DiLaksanakan, Enggak Butuh Mohon KeIzinan Dari Sang Empunya Blog Ini. Hak Cipta Non+TerPelihara.

Malah Kalian DiGalakkan Untuk BerKongsi Maklumat-Maklumat Yang Bisa KeDapatan Di Dalam Blog Ini Di Laman-Laman Peribadi Kalian Seperti FaceBook, Twitter, Blog, Web Dan Lain-Lain. Tiada Larangan Sama SeKali.

Sekian Sahaja, PemBeriTahuan Yang Ingin hamba Khabarkan. Salam Gemilang, Cemerlang & Terbilang hamba Ucapkan Kepada Kalian. Semuga Kita Semua Senantiasa BerAda Di Dalam KeRahmatan Ilahi, DiBerkati ALLAH Dan BerWujud Di Dalam KeRedhaan-Nya.

JAZAKALLOOHU KHOIRON KATSIIRO, WABAAROKALLOOHU FIIKUM, WABILLAAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH, WASSALAAMU'ALAIKUM WAROHMATULLOOHI WABAROKAATUH.

Followers.

Mesej Kepada Para PengIkut.

Jangan MengIkuti hamba. Ikutilah ALLOH + DriSenDri. Insya'ALLOH.....

WORLD ISLAMIC CHAMBER OF COMMERCE AND WORLD BAITUL MAL.

WORLD ISLAMIC CHAMBER OF COMMERCE AND WORLD BAITUL MAL.

WICC&amp;WorldBaitulMal

HIMPUNAN 1001 ILMU BERGUNA.

HIMPUNAN 1001 ILMU BERGUNA.

Himpunan1001IlmuBerGuna

[:>>>+-(*CARIAN@SEARCH*)-+<<<:]

Memuatkan ...

Ahad, September 27, 2009

Three Tough Questions.



There was a young man who went overseas to study for quite a long time. When he returned, he asked his parents to find him a religious scholar or any expert who could answer his Three Questions.

Finally, his parents were able to find a Muslim scholar.

"Who are you? Can you answer my questions?," asked the young man.

"I am one of ALLAH (Subhanahu wa Ta'ala)'s slaves and Insya'ALLAH (God willing), I will be able to answer your questions," replied the Scholar.

"Are you sure? A lot of Professors and experts were not able to answer my questions," replied the young boy.

"I will try my best, with the help of ALLAH (Subhanahu wa Ta'ala)"

"I have 3 questions," began the boy.

1. Does God exist? If so, show me His shape.

2. What is takdir (fate)?

3. If syaitan (Devil) was created from the fire, why at the end he will be thrown to hell that is also created from fire. It certainly will not hurt him at all, since Syaitan (Devil) and the hell were created from fire. Did God not think of it this far?

Suddenly, the Scholar slapped the young man's face very hard!

The young man, who was shocked and hurt by the slap became confused, "Why do are you angry at me?" he asked.

"I am not angry," answered the scholar, "The slap is my answer to your three questions."

"I really don't understand," the young man said. He was really confused.

The scholar began to explain, "How did you feel after I slapped you?," he asked.

"Of course, I felt the pain. it hurt," he replied.

"So do you believe that pain exists?" the scholar asked.

"Yes."

"Now Show me the shape of the pain!" said the wise Scholar.

"I cannot," the young man replied.

"That is my first answer. All of us feel God's existence without being able to see His shape... Last night, did you dream that you will be slapped by me?," the scholar replied.

"No"

"Did you ever think that you will get a slap from me, today?," the scholar continued.

"No."

"That is takdir (fate)........" The scholar continued, "My hand that I used to slap you, what is it created from?"

"It is created from flesh," replied the young man.

"How about your face, what is it created from?"

"Flesh, as well" replied the young man.

"How did you feel after I slapped you?"

"In pain."

"Even though Syaitan (Satan) and Jahunnum (Hell-fire) were created from fire, if ALLAH wants, Insya'ALLAH (God willing), the Hell-fire will become a very painful place for Syaitan (Devil)" ended the wise Scholar.

The wise Scholar had answered all three of the tough questions by one slap.

Sabtu, September 26, 2009

Fadhilat & Hikmat AYAT SERIBU DINAR.

AYAT SERIBU DINAR.



Mafhum Ayat:

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri sepenuhnya kepada ALLAH, maka ALLAH cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya ALLAH tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. ALLAH telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Surah At-Talaq (65), Ayat 2 dan 3.


Ini Ayat Seribu Dinar namanya, ayat ini diamalkan oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi ALLAH Khidir (Balya) as ketika berlayar di laut dengan berkata berkat dari amalan ayat ini, hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.

Ayat ini mengandungi seribu faedah sekiranya diamalkan setiap kali selepas Solat Fardhu, Insya’ALLAH akan memperolehi banyak faedah & pelbagai manfaat.

Antara Fadhilat & Hikmat AYAT SERIBU DINAR.

*Barangsiapa yang beramal dengan ayat ini, ALLAH SWT akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, ALLAH SWT akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak disangka-sangka dan ALLAH SWT menunaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada ALLAH, terlindung daripada segala bala bencana di darat dan di laut juga di udara serta di mana-mana sahaja kita berada.

*Dibacakan ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3x dan dihembuskan kepada sipesakit itu dan dijampi pada air sebanyak 3x lalu diberi minum, Insya'ALLAH sipesakit akan sembuh.

*Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh durjana, beramallah selalu dengan ayat ini setiap selepas Solat Fardhu, mudah-mudahan kita mendapat pertolongan dan perlindungan dari ALLAH SWT terhadap segala kesusahan & penganiayaan yang dialami.

*Sekiranya pergi bertempur, masuk berperang & berjihad Fisabilillaah menentang musuh-musuh, tiada lut oleh terbakar (kepanasan api), jika dipukul dengan besi tiada mudharat dan tiada binasa dari sebarang benda & segala sesuatu yang bahaya serta lahir kederat (kekuatan) gagah dan keberanian serta kewibawaan yang hebat dan luarbiasa sehingga digeruni sekalian lawan & musuh.

Marilah kita beramal dengan Ayat Seribu Dinar ini dan bertawakal kepada ALLAH, membaca ayat ini (minimum 1x, sebaik-baiknya 3x) setiap selesai Solat Fardhu, ketika hendak tidur dan ketika hendak keluar dari rumah, Insya'ALLAH mudah-mudahan akan dapat memperolehi banyak ganjaran daripadaNya.

Selasa, September 15, 2009

Al-Kisah Seorang Guru Dengan Seorang Anak Muridnya.




Saya sangat mengagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan. Air mata sahaja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 petang, kelihatan seorang anak lelaki sedang berlari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Belum pun pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula bergenang.
"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh.
Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"
Dia terkejut dan wajahnya berubah.
"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju
dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya
"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"
"Mak pesan, jangan meminta-minta dari orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada
orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu,
......."

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu. Cerita-cerita begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang Guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara-perkara berikut:



i. Solat Sunat.
ii. Puasa Sunat.
iii. Berdzikir.
iv. Bersedekah.
v. Mengusap Rambut Anak-Anak Yatim.
vi. Mendengar Cerita-Cerita & Sejarah Pengalaman Dari Kesusahan Orang Lain.
vii. Membantu Golongan Insan-Insan Yang Dalam Kesusahan & Kaum Fakir Miskin Yang Perlukan Bantuan.


Wallahu'alam...

Rawatan Kecantikan Kulit Muka (Classic Method).

Rawatan Kecantikan Kulit Muka (Classic Method).



Bahan-Bahan yang diperlukan ialah:-

*Daun Pisang (untuk kegunaan 3 hari, 1 hari 1 kali).
*Batang Keladi (untuk kegunaan 3 hari, 1 hari 1 kali).
*Daun Pandan 3 helai.
*Air Masak 2 Botol.

Bila dah ada barang-barang tu boleh la hubungi Talian Hotline saya (*019-3090904*) atau terus datang ke rumah untuk menjalani rawatan.

*Bayaran SeIkhlas Hati.

Abg Roza, Profesional Facial Therapist (hehehe).

Isnin, September 14, 2009

Petua Menghilangkan Rasa Mengantuk.

Petua Menghilangkan Rasa Mengantuk.

Ayat Inti dari sebahagian keratan Ayatul Kursi, Surah Al-Baqarah (2), Ayat 255.



Maksudnya:
"Yang tidak mengantuk usahkan tidur."

Petua:
Jika kita berasa mengantuk, maka bacalah ayat di atas. Dibaca 3x sambil diusap dan ditekan pada pangkal hidung (di antara kedua-dua belah mata).

Rahsia Nombor Peribadi.



Orang Cina memang cukup taksub dengan nombor 8. Mereka percaya nombor 8 ada ong. Tapi ada juga kepercayaan dalam masyarakat India mempercayai bahawa nombor 8 adalah lambang kematian.

Hakikatnya, ramai orang percaya nombor boleh membawa keburukan dan kebaikan. Ramai yang mempercayai nombor mempunyai semangat atau tenaga semula jadi tertentu yang boleh membawa keburukan atau kebaikan kepada seseorang. Jadi, jangan terkejut kalau ada orang gunakan nombor tertentu untuk menjadikan dirinya bertuah.

Ada satu artikel yang menerangkan tentang peranan nombor dan hubung kaitnya dengan manusia. Menurut artikel itu, setiap orang dilahirkan bersama nombor yang ada pertalian dengan planet. Kedua-duanya akan mempengaruhi tingkah laku seseorang. Kalau seseorang tahu rahsia satu-satu nombor dan dapat menggunakan dengan betul, dia akan berjaya. Betulkah begitu?? Adakah anda percaya pada rahsia yang ada di sebalik nombor-nombor ini?

Berikut ini disenaraikan rahsia-rahsia dan hikmat-hikmat yang ada disebalik sesuatu nombor. Samaada mahu percaya atau tidak, terpulanglah kepada anda.


1 – Satu.
Lambang keunggulan Tuhan. Nombor kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan, keberanian dan kekuasaan. Rumah bernombor 1 akan sentiasa makmur. Tetamu suka datang kerana suasana yang tenteram, damai dan tenang. Kalau orang yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang berani. Mempunyai pendirian yang kukuh, memiliki kekuatan fizikal dan mental.

2 – Dua.
Nombor ini bersifat pasangan seperti sejuk lawannya panas. Ia simbol pengesahan, penyaksian, perkaitan, syarat menemukan jawapan semula jadi dan jodoh. Bagi seseorang yang sukar mendapat jodoh, berlindunglah di bawah nombor ini. Tidak perlu jumpa dukun atau mandi dibawah jambatan, cukup sekadar mengingati nombor itu. Untuk lebih mudah, ambil segelas air sejuk mentah atau air kelapa, lebih elok air zam-zam. Tuliskan nombor 2 di luar gelas, memadai menggunakan hujung jari. Kemudian minum, ingat nombor itu dan niatkan dalam hati untuk mendapat pasangan. Lakukan tujuh kali atau tujuh hari berturut-turut. Insha-Allah….tak sampai sebulan pasangan yang sesuai akan diperoleh.

3 – Tiga.
Rahsia akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan penindasan. Bernaung di bawah nombor ini menjadikan anda seorang yang pintar dan bijaksana. Biasanya apabila hendak melakukan sesuatu pekerjaan akal akan berkata-kata sama ada ia baik atau buruk. Boleh menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. Setelah melalui beberapa kegagalan baru menikmati kejayaan. Tapi kalau putus asa, habislah. Mudah memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya. Pintar menyelesaikan setiap masalah walaupun terlalu rumit. Seorang yang subur, mempunyai anak ramai dan ibu bapa yang baik. Paling penting mereka ini awet muda.

4 - Empat.
Nombor ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan kedudukan, kewangan dan kehidupan. Lambang kekuasaan, kestabilan dan lengkap. Ia stabil dan tidak mudah di ganggu-gugat atau dipengaruhi. Kekuatan mereka yang bernombor 4 ialah mampu melihat melalui daya imaginasi. Agakan mereka selalunya tepat dan kalau merancang, insha-Allah berhasil. Ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaung di bawah nombor ini.

5 – Lima.
Simbol kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana, pengkritik dan tahap intelekual yang tinggi. Kalau menjadi hakim, dia akan laksanakan tugas dengan bijaksana dan dapat menyelesaikan segala masalah, perbalahan, kerumitan dan kesusahan. Kekuatannya adalah pada kata-kata. Mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan. Pandai memujuk, merayu supaya pertelingkahan dapat dileraikan. Jika anda tidak mampu membuat keputusan, ingatkan 5, nescaya mudah semuanya.

6 – Enam.
Hati-hati dengan 6 jika anda lemah semangat, jangan gunakannya kerana syaitan dan iblis mudah merasuk. 666 adalah lambang syaitan – gandaan kelemahan bagi mereka yang lemah semangat. Tetapi 6666 pula adalah kekuatan dan kesempurnaan kerana ia adalah bilangan ayat Al-Quran. Kalau nombor peribadi anda 6, anda suka meramal dan boleh meramal dengan tepat. Mulut masin. Suka pada benda ghaib, boleh melihat dan menembusi alam ghaib. Bagi yang belum kahwin tetapi sudah mempunyai pasangan atau idaman hati cubalah ingatkan 6 dan niatkan pada air seperti nombor 2. Percayalah tidak sampai sebulan niat akan terlaksana.

7 – Tujuh.
Inilah nombor paling baik. Selain itu ia juga lambang pembalasan, memerintah, membangkitkan tenaga dalaman, pelindung, pemusnah dan penghalau hantu. Insya'ALLAH doa mereka dimakbulkan jika mengulangi 7 kali. Mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah dengan baik. Nombor ini digunakan untuk menghalau hantu yang meresap di dalam badan. Caranya mudah – palitkan nombor 7 dengan menggunakan kapur di tempat yang sakit. Ia hanya mujarab dilakukan pada malam 13, 14 dan 15 (bulan penuh). Ataupun pelindung ibu yang sedang sakit bersalin daripada dimasuki iblis.

8 –Lapan.
Orang Cina cukup suka nombor ini. Kebanyakan mereka sanggup bayar berpuluh ribu ringgit untuk mendapatkannya – untuk plat kereta atau rumah. Memanglah nombor itu mendorong ke arah menjadi semakin kaya tetapi sampai satu tahap jatuh bankrap. Sebabnya, kerana mereka tidak tahu 8 sebenarnya bermaksud penamat kehidupan.
Bagaimanapun nombor ini memang baik jika tahu rahsianya iaitu ia mendorong ke arah kekayaan, kemantapan, kehidupan, keadilan, sempurna, lengkap dan akhirnya kematian. Jika anda tidak tahu rahsia 8, jangan sesekali cuba menggunakannya. Dari segi sains oksigen terletak dalam atom 8. Sebab itulah jika tidak cukup oksigen orang akan mati.

9 – Sembilan.
Nombor ini lambang kebenaran. Kerana itu polis menggunakan 999? Ia juga lambang tenaga yang kuat. Sebab itulah ia disimbolkan sebagai perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. Bagaimanapun mereka yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur dalam perbuatan dan percakapan atau suka lepas cakap. Tapi, jangan bimbang, walaupun mudah terlanjur tetapi anda seorang yang cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan. Nombor ini boleh digunakan untuk mencari semula barang yang hilang. Ingat nombor 9, barang yang hilang akan jumpa semula, jika tersalah simpan!

10 / 0 - Sepuluh atau Kosong.
Sombol keabdian Yang Maha Mencipta, Maha Kuasa. Kebesaran yang tidak dapat diukur dengan apa sekali pun. Tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran – tiada penamat. Ia sentiasa akan berlingkar dalam pusingan yang sama tanpa ada titik akhir. Satu nombor yang cukup kuat, tidak mampu dikalahkan oleh segala ilmu yang ada. Tidak ada orang bernung dibawahnya. Hanya pencipta memilikinya.

Mengetahui rahsia dan hikmat nombor ini penting kerana melaluinya kita dapat mengenal diri. Hidup akan lebih teratur, sentiasa berwaspada ketika membuat perhitungan. Kita tidak perlu mencari tok dukun, tukang tilik, minyak cenduai Batin Yat atau bertemu bomoh fotostat bagi mencari barang hilang. Anda mampu meramal masa depan sendiri, menghalau hantu, mencari pasangan dan mendapat kekayaan. Semuanya boleh anda lakukan sekiranya anda tahu apakah rahsia nombor peribadi anda.

Nak tahu apakah nombor peribadi anda? Formulanya ringkas sahaja. Anda cuma perlu campurkan saja jumlah nombor tarikh lahir anda. Misalnya anda lahir pada 12-12-1969. Maka, campurkan sekali semua nombor yang ada pada tarikh lahir anda tersebut.
1+2+1+2+1+9+6+9 = 31 ( 3+1=4)
Jadi nombor peribadi anda adalah 4.

Perlu diingat di sini bahawa, semua rahsia dalam nombor ini bukanlah satu perkiraan dan fakta yang tepat. Sebaliknya ia hanyalah ramalan melalui pengalaman dan hasil kajian bijak pandai dahulu kala.

Hakikatnya, semua perkara yang berlaku adalah dalam ilmu dan perancangan ALLAH SWT yang Maha Berkuasa. Hanya ALLAH SWT sajalah yang Maha Mengetahui segala rahsia dan hikmat yang ada pada sesuatu benda/perkara. Sesungguhnya semua benda/perkara tidak akan mendatangkan sebarang manfaat atau mudarat tanpa izin daripada ALLAH SWT, Robb sekalian alam.

Wallahu'alam...

Ahad, September 13, 2009

Personality Charactor Secret Number Based On The Date We Were Born.



Secret Number Based On The Date We Were Born.


If U were born on the 1st, 10th, 19th, 28th of any month U r Number 1.

If U were born on the 2nd, 11th, 20th, 29th of any month then U r Number 2..

If U were born on the 3rd, 12th, 21st, 30th of any month then U r Number 3...

If U were born on the 4th, 13th, 22nd, 31st of any month then U r Number 4....

If U were born on the 5th, 14th, 23rd of any month then U r Number 5.....

If U were born on the 6th, 15th, 24th of any month then U r Number 6......

If U were born on the 7th, 16th, 25th of any month then U r Number 7.......

If U were born on the 8th, 17th, 26th of any month then U r Number 8........

If U were born on the 9th, 18th, 27th of any month then U r Number 9.........


No 1.
You are smart, straight talking, funny, stubborn, hardworking, honest, jealous on competing basis, kind hearted, angry, friendly, authoritive, famous person, always want to be and regarded as first on people position, they are often like to be independent, will never be under others, self-confident people!

You are most likely to fall in love in the younger age, but will get marry when you mature! You are likely to have problems with people who have opposite views and you are most likely to take revenge over your enemies in a long time basis. You are a spender, but you will have a good profession in the future. If you are guy you will be very popular that everybody will have mental attraction and respect at you. You can go anywhere from the local shop to the heart of the parliament because you are positive and well talented in numerous issues!!

But in your life you will always have some people who will work hard to bring you & your name down. This is undercover!! Coz of your smart behaviour you will be hated by some people too.

Your family life is very cool, you will have a very nice partner & wonderful children. You are pioneer, independent & original.

Your best match is 4, 6, 8 good match is 3, 5, 7 !!!


No 2.
No matter what, you will be loved by every one coz your ruler is the Moon and every one loves the Moon. Well, you are a person who day dream a lot, you have very low-self confidence, you need back up for every move in your life, you are very much unpredictable. Means you do change according to time and circumstances, kind a selfish, have a very strong sense of musical, artistic talent, verbal communication.

Your attitudes are like the Moon, comes to gloom and fade away so everybody can expect changes in you. You can be a next Mahatma Gandhi who does peace love or you can be a Hitler who wants to destroy the man kind and peace (I mean in the community and your own home).

If you really have a deep thought about your own believe in God you can feel the difference which will make you stronger! Most of the time your words are a kind of would be happening true! So without any knowledge you can predict the situation. You will become poets, writers, any artistic business people! You are not strong in love, so you will be there and here till you get marry. If U r a girl you will be a responsible woman in the whole family. If U r a man you will involve in fights & arguments in the family or vice-versa. Means you will sacrifice your life for the goodness sake of your family. You are gentle, intuitive with abroad vision, a power behind the scenes, well balanced People!!!

Your best match is 2, 5, 9. no other people can put up with you !!!


No 3.
You are a person of hard hearted, selfish most of the times, religious, loves to climb up in your life. You always tend to have lots of problems within your family in the early stages but you will put up with everything. You have the strong word power, pretty happy face, so wherever you go always you have got what you wanted!!!

And from the birth always wanted to work hard in order to achieve something.. You will not get anything without hard work! When you reach a man/ woman age you want other younger once to listen to you because you want younger people to respect people older than them. You do set so many examples to others. Generally you are not a cool person. It's not easy thing dealing with you. A tough player you are! But once you like someone's attitude! then here you go, what can I say? It will be a lasting friendship.

You always have respect from others. Your life seems to have lots of worries and problems but sure they won't be long. You will always have brilliant kids!!! You love the money a bit too much so temptation will push you to endless trying and trying. If you are a guy then it's over. Looking after your family and help friends,
so you will spend a life time just being generous and kind (except 21st born men). And number 3s you will be such an example of how to be in the culture & life!!! If you are girl then you have good character and culture & hardworking attitude. You always follow. You are a freedom lover, creative, ambition focused, a person who brings beauty , hope & joy to this world!!!

Your best match 6, 9. Good match 1, 3, 5 !!!


No 4.
You are very stubborn too, very hard working but unlucky in important matters in life, very cool, helpful, you have rough word power. Might put lots of people away from you, you may cause nuisance to others if you are a man, and you often understands others and their problems well. If you are a girl you are very good with studies and arts. If you are a guy you spend most of the time after girl friends (almost) at times, you will have sort of too much fun life with mates & girls. Your friends will spend your time & money and get away with their life and you will become empty handed and don't know what to do. So be careful!!

You love to spend anyway!!! Your good will is you are always there to help family and friends. Tell you what you people are little gems! especially the girls.. You always fall in love in younger age as well. You often live with disappointments, for an example you have got a degree in some thing, but you will be unemployed, or will do very ordinary jobs. But you will take care of your family very well. All you need to be careful of people who will take advantage of your kind heart. And beware of your relations too. You are radical, patient, persistent, a bit old-fashioned, you live with foundation & order...

Your best Match 1, 8. Good match 5, 6, 7 !!!


No 5.
You are very popular within the community, you can get things done by just chatting, to even enemies! You have a pretty good business mind, you are often have no-idea what is today is like, or tomorrow is like, you are aperson who does anything when your head thinks 'lets do this'. You will be famous if you open up a business, get involve in share dealings, music etc. Very popular with sense of humour, you are the one your friends and families will always ask for help, and you are the one actually get money on credit and help your friends.

You will have more than 1 relationship, but when u get settle down you will be a bit selfish anyway. Coz your other half will have a pretty good amount of control in you, be careful! You tend to go for other relationships! Contacts even you are married at times coz your popularity. You are someone who get along with anyone coz the number 5 is the middle number. Changes & freedom lovers you are! You are an explorer with magic on your face. You learn your life through experience and it's your best teacher!!!

Your best match 1, 2, 9. Good match 6, 8 !!!


No 6.
Ooopppss.. You are born to enjoy.. You don't care about others. I mean you are always want to enjoy your life time, you are a person.. You will be very good in either education or work wise or business management! You are talented, kind (but with only people who you think are nice), very beautiful girls and guys, popular and more than lucky with anything in your lives. All the goodness does come with you.

Your mind and body is just made perfect for love. You are loveable by any other numbers. But if you are a number 6 man, you will experience kinda looks from most girls and will involve in more than few relationships until you get married. If you are girl, most of you will get marry/engaged early. You are a caring person towards your family & friends . If you miss the half-way mark then you are about to suffer physically and mentally.

Generally you will lead a very good inner-home happiness with nothing short of. You are a person of compassion, comfort & fairness, domestic responsibility, good judgement, and after all you can heal this world wounds to make peace for every life coz you have the great power of caring talent to make this world of love one step further...

Your best match 1, 6, 9. Good match 4, 5!!!


No 7.
You have got the attraction to anyone out there, you are realistic, very confident, happy, such a talented individual with your education, music, arts, singing, and most importantly acting too. You have real problems with bad temper! If you are a girl, you are popular with the subjects listed above. You give up things for your parents. I mean you value your family status a lot, you will be in the top rank when you reach a certain age.

If you are a guy you are popular with girls, you are a very talented too. Most of the number 7s face lots of problems with their marriage life. Only a very few are happy. You have everything in your life, but still always number 7s have some sort of unfullfilness, such worries all their lifetime. It's probably the Lord given you all sort of over the standard humans talents and you are about to suffer in family life. So you need to get ready looking for a partner rather than waiting. If you don't, then you might end-up single. So take care with this issue, ok? You are wonderful, friendly, artistic, happy person. You are born to contribute lots to this world!!!

Your best match is 2. Good matches are 1, 4 !!!


No 8.
You are a very strong personality, there's no one out there will understand you. You are very good at pointing your finger at some thing and say 'this is what'. You are more likely to suffer from the early ages. I mean poverty. If your times are not good you might lose either of your parent and end up looking after your entire family. You often suffer all the way in life. The problems will not allow you to study further, but you will learn the life in a very practical way. You are the one who will fight for justice and may die in the war too.

You are normally very reserved with handful of friends and most of the time live life lonely and always prepared to help others. Well, once you get married (which is often late) then your bad lucks will go away a bit and you become safe. You will face un-expected problems such as: the error, government, poisonous animals, accidents. You are someone with great discipline, persistence, courage, strength which will take you to success. You are a great part of a family team. You are a fighter!

Your Best match 1, 4, 8. Good match 5 !!!


No 9.
Hey, you guys are the incompatible people in the world. You are so strong, physically and mentally. You are often having big-aims. You will work hard and hard to get there. Normally you suffer in the early age from family problems and generally you will have fighting life. But when you achieve what you have done, it's always a big task you have done! You are so much respected in the community, you are a person who can make a challenge and successfully finish the matter off. You are very naughty in your younger age, often beaten up by your parents and involve in fights and you seemed to have lots of injuries in your life time. But when you grow you become calm and macho type.

Love is not an easy matter for you. You are good in engineering or banking jobs coz people always trust you. Your family life is very good, but will have worries over your children. Your such qualities are humanitarian, patient, very wise & compassionate. You are born to achieve targets and serve every one all equally without any prejudice. You are totally a role model to anybody in the world for a great inspiration.

Your Best match 3, 5, 6, 9. Good match 2.

Note:
*Sekadar sebahagian dari Kajian Astrology. *Jangan pula jadikan ia sebagai Panduan yang tepat & compulsory.

Rahsia Angka 7 (Tujuh).



Rahsia Angka 7.

Tahukah anda bahawa angka 7 ini dalam ISLAM banyak keistimewaannya yang kita sendiri mungkin tidak mengetahuinya.

Sesungguhnya Zat Pencipta, yang Maha Besar kekuasaanNya dan Maha Tinggi KalimahNya telah menghiasi tujuh perkara dengan tujuh perkara dan menghiasi pula setiap tujuh perkara itu dengan tujuh perkara yang lain, untuk memberitahu kepada orang-orang berilmu bahawa angka 7 itu mempunyai rahsia yang sangat besar dan kedudukan yang agung di sisi ALLAH SWT.

1. ALLAH menghiasi udara dengan tujuh lapis langit. Dan dihiasi pula tujuh langit itu dengan tujuh bintang.

FirmanNya yang bermaksud: Dan kami bina di atas kamu tujuh buah (langit) yang kukuh. Petikan dari Surah an-Naba' Ayat 12.

Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang di langit. Petikan dari Surah Al-Hijr Ayat 16.

2. ALLAH telah hiasi padang yang lapang dengan tujuh lapis bumi. Dan ALLAH hiasi bumi itu pula dengan tujuh lautan.

Firman ALLAH yang bermaksud: ALLAH, Dialah yang telah menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Petikan dari Surah at-thalaq Ayat 12.

Dan laut, ditambah kepadanya dengan tujuh laut sesudahnya. Petikan dari Surah luqman Ayat 27.

3. ALLAH telah menghiasi Neraka dengan tujuh tingkat, iaitu Jahanam, Sa'ir, Saqar, Jahim, Hutomah, Ladhaa, dan Hawiyyah kemudian disediakan Neraka itu tujuh pintu.

4. ALLAH menghiasi Al-Quran dengan tujuh surah yang panjang. kemudian dihiasi pula baginya dengan tujuh ayat pembuka kitab iaitu surah Al-Fatihah. Petikan dari Surah Al-Fatihah.

5. ALLAH menghiasi manusia dengan tujuh anggota badan iaitu dua tangan, dua lutut, dua kaki dan satu wajah, Dan kemudian dihiasi pula anggota yang tujuh itu dengan tujuh peribadatan iaitu tujuh anggota sujud dua tangan dengan doa, dua kaki dengan berdir tegak, dua lutut dengan duduk dan satu muka dengan sujud.

6. ALLAH menghiasi umur manusia dengan tujuh peringkat iaitu masa lahir di sebut "RADLI", kemudian "FATHIM", kemudian "KUHUL", kemudian "SYAIKH". Dan dihiasi dengan tujuh peringkat ini dengan tujuh kalimah iaitu: LAA ILAA HA IL LALLAAH MUHAMMADUR RASULLULLAAH.

7. ALLAH menghiasi dunia dengan tujuh negeri yang besar iaitu

i- Hindustan.
ii- Hijaz.
iii- Basrah, Badiyah dan Kufah.
iv- Iraq, Syam, Khurasan, sampai Balakh.
v- rome dan Armania.
vi- Ya'juj dan Ma'juj.
vii- Cina dan Turkistan.

Kemudian ALLAH hiasi tujuh negeri itu dengan tujuh hari, Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian ALLAH muliakan tujuh Hari itu dengan tujuh Nabi iaitu Nabi Musa a.s. (Sabtu), Nabi Isa a.s. (Ahad), Nabi Daud a.s. (Isnin), Nabi Sulaiman a.s. (Selasa), Nabi Ya'akub a.s. (Rabu), Nabi Adam a.s. (Khamis) dan Nabi Muhammad SAW dengan umatnya pada hari Jumaat.


RAHSIA 7.

Umpama ada keajaiban (magik), nombor 7 mengatasi signifikan nombor-nombor yang lain dalam pelbagai aspek kehidupan, mitos, fakta, kepercayaan, agama, sistem bio-energi, alam dan lain-lain. Ada RAHSIA yang tersembunyi, ada kaitan yang belum habis diterokai untuk diulaskan segala perihalnya. Mustahil buat saya menyenaraikan segala RAHSIA tersebut namun berikut adalah sekadar renungan dan pemerhatian kita semua tentang RAHSIA 7.

1. PENCIPTAAN ALAM.
Teori astro fizik menyatakan alam ini terbentuk dari satu letupan MAHA Hebat yang membawa kekosongan kepada kewujudan ALAM. Ia dinamakan Teori ‘BIG BANG’. Menurut teori ini, ALAM terbentuk kira-kira 14 (7X2) billion tahun yang lalu. Menariknya di sini, nama ‘big bang’ yang diilhamkan oleh Yang Maha Merancang pada saintis yang menemui teori ini mempunyai 7 huruf (B.I.G.B.A.N.G).


2. PERKEMBANGAN ALAM.
Menurut teori-teori yang hebat diperdebatkan pada sekitar tahun 70an ini, ALAM ini berkembang dari satu titik dalam pergerakkan yang sama dan begitu terancang, yang setiap satu cakerawalanya bergerak dalam laluan-laluan atau orbit yang tersendiri. Menariknya fakta ini telah pun diterangkan di dalam Al-Quran yang diturunkan pada abad yang ke 7, kira-kira 1400 (7X200) tahun yang lalu di dalam surah AD-DHARIYAT ayat 7 yang bermaksud: ‘Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya’.


3. RAHSIA LANGIT.
Di dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 32 yang bermaksud:
‘Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda (Kekuasaan Kami) yang ada padanya’. Menariknya fakta ini, surah Al-Anbiya’ adalah surah ke 21 yang mengandungi 112 ayat. Melalui teori kod metamatik/numerology, jika dijumlahkan nombor-nombor ini hasilnya adalah 7:
= surah 21 jumlah ayat 112
= 2+1+1+1+2 = 7
dan, antara kandungan surah ini adalah kisah-kisah (disebut perkataan ‘kisah’) 7 Nabi Allah iaitu:
Nabi Allah Ibrahim a.s.
Nabi Allah Nuh a.s.
Nabi Allah Daud a.s.
Nabi Allah Sulaiman a.s.
Nabi Allah Ayub a.s.
Nabi Allah Yunus a.s.
Nabi Allah Zakaria a.s.


4. BUMBUNG YANG MELINDUNGI.
Menurut sains astronomi pula ‘langit sebagai bumbung’ dari surah di atas bolehlah dikaitkan sebagai ‘atmosfera’ yang bertindak sebagai perisai kepada bumi, antara fungsinya:

menapis objek-objek meteor dari jatuh ke bumi.
Menapis pancaran-pancaran cahaya atau gelombang yang tidak sesuai dan merbahaya.
Mengekalkan suhu bumi dan mengelakkan suhu angkasa yang tertalu sejuk.
Hanya membenarkan pancaran gelombang yang berguna atau bermanfaat iaitu:
Gelombang Sinar-X.
Gelombang Ultra Ungu jarak jauh.
Gelombang Ultra Ungu jarak dekat.
Gelombang spektrum cahaya yang boleh dilihat (visible light) yang mengandungi 7 warna iaitu ungu/violet, indigo, biru, hijau, kuning, jingga dan merah.
Gelombang Infra Merah jarak jauh.
Gelombang Infra Merah jarak dekat.
Gelombang Radio.
Langit sebagai bumbung dalam ayat ini diperjelaskan lagi sifatnya didalam surah Al-Baqarah ayat 29 yang bermaksud: ‘Dialah (ALLAH) yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikanNya 7 langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu’.
Juga dalam surah Al-Fussilat ayat 12: ‘Maka Dia ,menjadikannya 7 langit dalam dua hari dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya’.
Menariknya, menurut fakta saintifik yang ditemui pada abad yang ke 20, terdapat 7 lapisan langit yang meliputi bumi, dari lapisan yang terawal sejauh 7 batu hinggalah lapisan yang teratas/tinggi sejauh 700 batu. Lapisan-lapisan tersebut adalah:
Exosfera – 7 batu.
Ipnosfera.
Termosfera.
Mesosfera.
Ozonosfera.
Stratosfera.
Troposfera – 700 batu.


5. LANGIT YANG KEMBALI (KITAR).
Antara tugasan langit yang lain unik adalah sebagai lapisan yang memantulkan semula, iaitu:
Troposfera – wap air naik dari bumi dan turun semula ke bumi pada lapisan ini.
Ozonosfera – cahaya ultra ungu naik dari bumi dan turun semula ke bumi pada lapisan ini.
Ionosfera – gelombang radio naik dan dipantul turun semula ke bumi, membolehkan frekuensi radio berfungsi.
Anggaran saintis mendapati 16,000,000 ton/sesaat air menyejat dari permukaan bumi dan jumlah tersebut adalah sama dengan jumlah 513 trillion ton hujan yang turun semula selama setahun.


6. BUMI.
Jika dihitung dari planet pluto (yang paling jauh dari sistem solar matahari), bumi merupakan planet yang ke 7 yang dekat pada matahari. Ia merupakan satu-satunya planet yang unik yang memiliki keajaiban tersendiri yang merupakan satu-satunya planet yang mempunyai dan sesuai untuk kehidupan.
Bumi mempunyai 7 benua iaitu:
Afrika.
Amerika Selatan.
Amerika Utara.
Antartika.
Asia.
Eropah.
Ocenia.

Jumlah ini merupakan daratan yang berjumlah 30% yang terpisah oleh lautan-lautan yang secara puratanya 70% dari keseluruhan keluasan bumi. Menariknya, perkataan ‘Lautan dan Daratan’ telah disebut di dalam Al-Quran berulang-ulang kali pada jumlah 32:13. Jika dijumlahkan 32+13=45, maka peratusan laut adalah 32/45 X 100 = 71.11111111 atau 70 peratus manakala peratusan daratan adalah 13/45 X 100 = 28.88888889 atau 30 peratus.
7 lautan utama yang terdapat di bumi:
Lautan Artik.
Lautan Antartik.
Lautan Pasifik – Utara.
Lautan Pasifik – Selatan.
Lautan Atlantik – Utara.
Lautan Atlantik – Selatan.
Lautan Hindi.
Kajian sains oleh manusia telah membuktikan fakta ini benar, begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan ALLAH SWT.

Manakala elemen-elemen yang kita sedia maklum dimiliki oleh bumi adalah dari 7 unsur yang berbeza-beza iaitu:
Tanah.
Angin (gas).
Api.
Air.
Kayu.
Batu (gem).
Logam.
Menariknya tatkala manusia mengkaji ciri-ciri kejadian elemen logam, adalah didapati bahawa sumber pembentukkan logam tidak terhasil oleh apa yang ada pada planet bumi, ia adalah batu meteor di angkasa lepas yang jatuh ke bumi. Umpama untuk melengkapkan Rahsia 7, elemen ini diturunkan dari langit untuk manfaat manusia. Ini dibuktikan di dalam Al-Quran pada surah Al-Hadiid ayat 25 yang bermaksud:

‘Sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al-Kitab dan neraca (keadilan). Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan pelbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka menggunakan besi itu) dan supaya ALLAH mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasulNya padahal ALLAH tidak dilihatnya. Sesungguhnya ALLAH Maha Kuat lagi Maha Perkasa’.
Surah ini dinamakan Al-Hadiid (besi), diambil dari perkataan ‘Al-Hadiid’ yang terdapat pada ayat 25 dalam surah ini. Sekali lagi, menurut teori metamatik/numerology : 2+5 = 7.
7 jenis logam:
Plumbum.
Timah.
Besi.
Tembaga.
Merkuri (raksa).
Perak.
Emas.

Suatu keajaiban apabila meneliti kejadian alam yang dilengkapi dengan urutan sistem yang membenarkan kehidupan manusia, iaitu:
Matahari.
Bulan.
Bintang.
Langit (yang mempunyai 7 lapisan).
Bumi (planet yang ke 7 hampir ke matahari).
Lautan (7 lautan utama).
Daratan (yang merangkumi 7 benua).
Kehidupan di bumi wujud daripada ‘kerak’ bumi, satu bahagian yang mempunyai 7 lapisan. Kedalaman kerak bumi adalah 6,370km (kod metamatik: 6+3+7+0=16, 1+6=7).


7. 7 HARI DALAM SEMINGGU.
Peredaran lengkap bumi pada paksinya mengambil masa 24jam menghasilkan kejadian siang & malam. Bumi mengelilingi matahari pada orbitnya dalam masa 365.25 hari melalui 4 perubahan musim iaitu musim panas, dingin, luruh dan bunga. Dalam Al-Quran perkataan HARI di ulang sebanyak 365 kali manakala perkataan BULAN diulang sebanyak 12 kali. Ini secara puratanya menjadikan bilangan hari dalam sebulan menjadi 30. Satu lagi fakta menyatakan bahawa BULAN mengambil masa 29.53 hari untuk melengkapkan pusingan pada paksinya dan melalui 4 peringkat bentuk iaitu bulan sabit, separuh penuh (2 kali) dan bulan penuh. Maka, penetapan 7 hari dalam seminggu adalah dengan mengambil kira fakta peredaran bumi dan bulan iaitu:
Bumi: 365 hari /12 bulan.
= 30 hari / 4 musim.
= 7.61 hari.
Bulan: 29.53 hari / 4 bentuk bulan.
= 7.39 hari.

7 hari dalam seminggu:
Ahad.
Isnin.
Selasa.
Rabu.
Khamis.
Jumaat.
Sabtu.
Dari fakta ini juga kita mendapati secara kasar jumlah minggu dalam setahun (365 hari) adalah 52 minggu (5 + 2 = 7).

Satu lagi kaitan unik yang saya temui adalah dari Kitab Ad-Durr an-Nadhin karya Al-Yafi yang menyebut bahawa, di dalam Ummul Quran (surah Al-Fatihah) yang mengadungi 7 ayat, terdapat semua huruf-huruf (arab) KECUALI 7 huruf iaitu FA', JIM, SYIN, TSA, ZHO, KHO' dan ZAI.

Al-Yafi berkata: setiap huruf ini mewakili 7 hari dalam seminggu, malah setiap satunya memiliki penghulunya (Malaikat) yang tersendiri yang mempunyai nama gelaran masing-masing iaitu:

KHO untuk hari Ahad, dan penghulunya adalah Malaikat Rawfa’il. Nama khasnya: Khobir.
SYIN untuk hari Isnin, dan penghulunya adalah Malaikat Jibril. Nama khasnya: Syakir.
ZAI untuk hari Selasa, dan penghulunya adalah Malaikat Samsama’il. Nama khasnya: Zaki.
ZHO' untuk hari Rabu, dan penghulunya adalah Malaikat Mika’il. Nama khasnya: Zhohir.
TSA untuk hari Khamis, dan penghulunya adalah Malaikat Sirfaya’il. Nama khasnya: Tsabit.
JIM untuk hari Jumaat, dan penghulunya adalah Malaikat ‘Anya’il. Nama khasnya: Jabbar.
FA' untuk hari Sabtu, dan penghulunya adalah Malaikat ‘Azra’il. Nama khasnya: Fatir.

Terdapat beberapa lagi kod metamatik perihal Rahsia 7 yang terdapat di dalam Al-Quran antaranya:
Jumlah perkataan AL-DUNYA disebut 115 kali (1+1+5=7) manakala AL-AKHIRAH juga disebut 115 kali (1+1+5=7).
Jumlah perkataan AL-MALAIKAH diulang 88 kali (8+8=16, 1+6=7) manakala AL-SYAYAATHIIN diulang 88 kali (8+8=16, 1+6=7).
Perkataan LIDAH diulang 25 kali (2+5=7) manakala SUMPAH juga 25 kali (2+5=7).


MANUSIA & RAHSIA 7.
Manusia adalah KHALIFAH di muka bumi. Khalifah pada umat ISLAM pula adalah Nabi MUHAMMAD, yang merupakan Rasul yang terakhir dari 25 (2+5=7) rasul-rasul ALLAH.

Marilah kita meneliti kaitan Rahsia 7 pada sistem manusia sebagai sehebat-hebat kejadian Yang Maha Pencipta.


1. Komposisi Tubuh.
Secara kasar, tubuh manusia bolehlah dibahagikan pada 7 komposisi yang utama iaitu:
1 unit kepala.
1 unit leher.
1 tubuh badan.
2 unit tangan.
2 unit kaki.


2. Pancaindera Utama (deria).
Pancaindera merupakan ‘penghubung’ manusia dengan dunia luarnya. Melalui deria-deria ini manusia dapat menerima maklumat, berinteraksi dan bertindak balas dengan alam sekelilingnya. Pancaindera tersebut adalah:
1 mulut.
sepasang telinga (2 lubang).
sepasang rongga Hidung (2 lubang).
sepasang Mata (2 unit).


3. Rongga pada Tubuh.
Rongga atau lubang pada tubuh merupakan ekses keluar dan masuk udara, makanan ataupun cecair bagi pelbagai tujuan untuk kehidupan manusia. Terdapat 7 rongga atau lubang pada tubuh manusia iaitu:
2 rongga telinga.
2 rongga hidung.
1 mulut.
1 salur kencing.
1 rongga dubur.


4. 7 bahagian pada Ambrio Manusia:
Amnion.
Chorionic Villi.
Spinal Cord.
Jantung.
Otak.
Umbilical Cord.
Yolk Sac.


5. 7 Organ Utama dalam tubuh Manusia:
Otak.
Jantung.
Alat kelamin.
Paru-paru.
Hati.
Ginjal.
Perut.


6. 7 Kelenjar utama dalam tubuh:
Pituitary.
Pineal.
Thyroid.
Thymus.
Pancreas.
Gonads.
Adrenals.


7. 7 Bahagian utama pada Otak:
Cerebrum.
Cerebellum.
Pons Varolii.
Medula Oblongatta.
Corpus Callosum.
Spinal Cord.
Meninges.


8. 7 Bahagian utama pada Telinga:
Vestibule.
Auditory Canal.
Tympanic Membrane.
Ossicles.
Semi-circular Canal.
Cochlea.
Membranous Labyrinth.


9. 7 Bahagian utama pada Mata:
Kornea.
Aqueous Humor.
Kanta.
Vitreous Humor.
Retina.
Sclera.
Iris.


10. 7 Bahagian utama pada Jantung:
Ventrikal Kanan.
Ventrikal Kiri.
Atrium Kanan.
Atrium Kiri.
Tricuspid Valve.
Mitral Valve.
Septum.


11. 7 Lapisan pada Kulit:
Stratum Corneum.
Stratum Lucidum.
Stratum Granulosum.
Prickle Cell layer.
Basar Cell Layer.
Corium.
Hair Follicle.


12. 7 Fungsi tubuh:
Respiration.
Circulation.
Assimilation.
Excretion.
Reproduction
Sensation.
Reaction.


13. Komposisi Air dalam tubuh.
Lebih 70% dari sistem tubuh adalah air. Bagi bayi, 97% (9+7=16, 1+6=7) adalah air manakala orang dewasa pula adalah 75%.

Otak manusia 74.5%(7+4+5=16, 1+6=7) adalah cecair.
Darah manusia 83.5%(8+3+5=16, 1+6=7)) adalah cecair.
Ginjal manusia 82.6%(8+2+6=16, 1+6=7) adalah air.
Otot manusia; sekitar 70% adalah air.
Tulang manusia; sekitar 22.3%(2+2+3=7) adalah air.
Malah gigi manusia, sekitar 2.5%(2+5=7) adalah air.

Seperti yang telah dijelaskan dalam fakta sebelumnya, komposisi air pada bumi adalah sekitar 70% iaitu sama jumlah komposisi air dalam tubuh manusia. Fakta ini membuktikan Bumi sebagai planet yang sesuai untuk kehidupan manusia. Malah lebih menarik, apabila sifat air diukur dengan ukuran pH bagi menentukan sifat asid atau alkali, pH7 (neutral) merupakan titik keseimbangan dua sifat tersebut.


14. 7 Lapisan Aura.
Aura merupakan lapisan gelombang elektromagnet yang berada di sekitar tubuh fizik yang mengalirkan tenaga. Aura bertindak sebagai biasan pada gelombang yang mengalir pada tubuh fizik juga bertindak sebagai perisai halus yang melindung tubuh fizik tersebut dari gelombang atau sinaran yang merbahaya. Ilmu mengenai aura telah bermula beribu tahun yang lalu, hanya dewasa ini, bukti saintifik berjaya mengesahkannya. Dikatakan aura mempunyai 7 lapisan halus seperti berikut:

Lapisan pertama – Lapisan Tubuh Eterik.
Lapisan yang paling hampir / dalam, dekat dengan tubuh fizikal, mewakili tahap kesihatan tubuh tersebut.

Lapisan ke 2 - Lapisan Tubuh Emosi.
Berkait rapat dengan sistem emosi dan perasaan manusia. Juga mempunyai kaitan pada pengalaman manis dan pahit insan tersebut. Lapisan cahaya warna ini dikatakan setebal 3 inci dari tubuh fizikal.

Lapisan ke 3 - Lapisan Tubuh Mental.
Lapisan ini menceritakan tentang kebolehan kuasa minda sedar tubuh fizik tersebut.

Lapisan ke 4 - Lapisan Tubuh Astral.
Lapisan pertengahan antara lapisan-lapisan yang lain, berkait rapat pada chakra Jantung (hijau). Sebagai lapisan yang menghubungkan tenaga-tenaga yang mengalir dari lapisan luaran ke lapisan dalaman, begitu juga sebaliknya.

Lapisan ke 5 - Lapisan Tubuh Eterik Tinggi.
Lapisan yang berkait rapat dengan lapisan eterik tingkat pertama yang menceritakan perihal kesihatan tubuh fizikal. Namun pada lapisan ini tenaga bergetar pada tingkatan yang lebih tinggi bersamaan dengan getaran gelombang bunyi. Bagi mengimbangi kesihatan lapisan eterik pertama, lapisan eterik tinggi ini memerlukan getaran tenaga bunyi seperti ‘mantra’ atau zikir / doa.

Lapisan ke 6 - Lapisan Tubuh Mental Tinggi.
Tenaga bergetar pada frekuensi yang lebih tinggi yang berkait rapat pada sistem ‘gerakrasa’ atau ‘firasat’ manusia.

Lapisan ke 7 - Lapisan Tubuh Rohaniah.
Lapisan yang menghubungkan tenaga alam terus kepada lapisan aura lain seterusnya ke dalam sistem chakra tubuh untuk berbagai kegunaan dan kepentingan tubuh manusia. Berkait terus dengan sistem ROH yang terhubung dengan ‘talian hayat’ (dikenali juga sebagai kundalini) dari Yang Maha Pencipta.



15. 7 Pusat Tenaga – Chakra.
Chakra merupakan organ metafizik (ghaib) yang wujud dalam sistem bio-energi manusia. Perkataan ‘Chakra’ berasal dari bahasa Sanskrit yang bermaksud roda yang berputar. Ia juga dikenali sebagai pintu gerbang atau ‘portal’ yang berfungsi sebagai pusat penerima, penyimpan dan pengalir tenaga ke seluruh sistem tubuh mengikut tahap dan kegunaannya. Ia juga boleh dikaitkan sebagai bateri hayat bagi kegunaan minda, emosi dan fizikal. Sistem chakra berkait rapat dengan sistem endokrin yang mengawal sistem kelenjar-kelenjar tubuh seperti kelenjar pineal, kelenjar thymus, kelenjar pankreas, kelenjar adrenal dan lain-lain. Dikatakan terdapat kira-kira 365 chakra dalam sistem tubuh, 40 darinya adalah chakra minor dan 7 darinya adalah chakra utama.


CHAKRA PERTAMA – CHAKRA DASAR.
Merupakan chakra yang pertama, berfrekuansi gelombang tenaga merah dan secara amnya berfungsi membekalkan tenaga pada sistem darah, tulang, otot dan saraf manusia. Ia juga bertanggung jawab menentukan perwatakan atau sifat aktif, praktikal dalam keputusan, kecergasan, kesihatan umum tubuh, kepimpinan dan kecergasan fizikal. Ketidakseimbangan tenaga ini akan menyebabkan permasalahan pada sistem tekanan darah, penyakit tulang, sendi, kurang cerdas, masalah seksual, lesu, terlalu atau kurang aktif, tidak rasional, pemarah dll.


CHAKRA KE 2 – CHAKRA EMOSI.
Chakra kedua ini terletak separas dengan pusat (navel), berfrekuansi gelombang tenaga jingga yang membekalkan tenaga pada sistem usus besar dan kecil, alat seksual, pundi kencing, ginjal, bahagian peranakan dan kesuburan. Sifat kreatif, keyakinan, berani mencuba, sifat ingin tahu, rasional, berkeinginan terletak pada keharmonian chakra ini. Permasalahan pada sistem pembuangan, peranakan, seksual, juga sifat penakut, kurang yakin, minda lemah, gelojoh dalam tindakan, suka memaksa adalah sebahagian dari ketidak harmonian tenaga pada chakra ini.


CHAKRA KE 3 – CHAKRA PUSAT.
Dikenali juga sebagai ‘solar plexus chakra’, terletak pada sudu hati, menjadi pusat tenaga untuk kesihatan organ fizikal pada bahagian tersebut; perut, ginjal, sistem hati, limpa dan pankreas. Merupakan medan tenaga pada pemikiran kreatif, logik, cergas, bijaksana dll. Ketidak seimbangan tenaga ini akan mengakibatkan penyakit-penyakit seperti kencing manis, masalah ginjal, gastrik, masalah mata, masalah hati dll. Masalah stres pada minda juga merupakan salah satu pemasalahan ketidak seimbangan tenaga pada chakra ini.


CHAKRA KE 4 – CHAKRA JANTUNG.
Chakra ini mengawal tenaga bagi organ paru-paru, jantung dan kelenjar thymus yang mengawal sistem immun tubuh. Ia juga meliputi sistem saikologi manusia yang berkisar pada emosi, perasaan sayang, sabar, tabah, redha dll. Merupakan sistem penting kerana terdapatnya organ penting manusia iatu jantung yang bekerja 24 jam tanpa henti, juga sistem paru-paru bagi proses pernafasan manusia. Permasalahan pada sistem darah, jantung dan paru-paru adalah kesan tidak harmoni pada chakra ini.


CHAKRA KE 5 – CHAKRA KOMUNIKASI.
Bergelombang biru, warna universal untuk air dan langit yang membersih, menyegar dan menenangkan. Dinamakan chakra komunikasi kerana lokasinya di tengah leher yang menjanakan tenaga pada organ peti suara, kerongkong, thyroid dan para-thyroid yang mengawal sistem aliran penafasan, suara, jumlah kalsium dan sodium dalam badan. Kelenjar hormon pembesaran / kesihatan juga dikawal oleh chakra ini. Manakala, saikologi manusia bagi pertuturan, bahasa, tonasi suara, kemerduan suara yang membolehkan manusia berhubung, berinteraksi, membina hubungan dan kemesraan ditentukan oleh tahap keharmonian chakra ini.


CHAKRA KE 6 – CHAKRA AJNA.
Dikenali juga sebagai ‘3rd Eye Chakra’, bergelombang indigo, menjana tenaga minda, menajamkan visi, rancangan, mengawal kelenjar pituitari, telinga & hidung, sistem saraf pusat dll. Sifat sensitif pada persekitaran, gerak hati, gerak rasa, alam mimpi dan kehebatan saikologi adalah antara kesan keharmonian chakra ini. Sifat bongkak, kurang bersyukur, suka berfantasi, tidak praktikal dalam keputusan, penyakit sinus, pelupa, kurang fokus adalah kesan kurang harmoni pada chakra ini.


CHAKRA KE 7 – CHAKRA MAHKOTA.
Dinamakan sedemikian kerana terletak pada mahkota kepala manusia, tingkat chakra yang tertinggi yang menghubungkan sistem-sistem lain dengan sistem pusat manusia iaitu Otak. Secara kasar, fungsi utamanya adalah mengawal kestabilan tenaga minda bagi melaksanakan pengurusan pelbagai sistem yang dikawalnya. Ia juga dikatakan berkait sebagai ‘talian hayat’ yang menghubungkan manusia dengan ‘dunia luar’ terutamanya dengan yang MAHA PENCIPTA. Kedudukannya adalah di bahagian ubun-ubun kepala yang berfungsi sebagai pusat pengaliran tenaga ROH. Chakra ini bergelombang violet atau keputih-putihan, menjaga kelenjar pineal dan sistem minda keseluruhan yang juga mengawal chakra-chakra yang lainnya.


16. 7 Spektrum Cahaya tenaga kehidupan:
Fakta sains telah menunjukkan bahawa sinar cahaya cerah tenaga matahari merupakan kombinasi adil 7 spektrum warna yang menjanakan sistem tenaga kehidupan pada manusia dan alam.
7 Spektrum warna yang amat penting ini adalah:
Violet – 423nanometer.
Indigo – 450nanometer.
Biru – 470nanometer.
Hijau – 550nanometer.
Kuning – 570nanometer.
Jingga – 638nanometer.
Merah – 650nanometer.


17. 7 Note Muzik ciptaan Manusia:
B – Ti.
A – La.
G – Sol.
F – Fa.
E – Mi.
D – Re.
C – Do.


18. Keajaiban Dunia (7 Wonders of the World):
Piramid – Egypt.
Hanging Gardens – Babylon.
Statue of Zeus – Olympia.
Temple of Artemis – Ephesus.
Mausoleum – Halicarnassus.
Colossus – Rhodes.
Pharos lighthouse – Alexandria.


19. Mitos dalam masyarakat (Melayu).
Dalam masyarakat kita, 7 sering disebut dalam pelbagai mitos dan kefahaman budaya terutamanya dalam adat, amalan, perubatan, kepercayaan dan lain-lain, antaranya adalah:
syarat 7 hari 7 malam.
beras 7 warna.
air 7 telaga.
mandi 7 bunga.
sirih 7 helai.
rokok daun 7 batang.
benang/kain 7 warna.
7 keturunan.
7 petala langit.
7 petala bumi.
7 x Yasin/Fatihah.
313 (3+1+3=7) x Ayat Kursi.
dll.

Wallahu'alam...

Rahsia Kebesaran Kalimah BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM Serta Kelebihan Dan Keagungannya.



Rahsia Kebesaran Kalimah BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM.

1. Dari Darulquthni dan Ibnu Umar r.a., Sabda Rasulullah SAW: "Itulah Isim dari Asma ALLAH. Tiada lain antara Ia dengan nama ALLAH, seperti putih mata dengan hitamnya. Begitulah dekatnya." Demikianlah jawapan Rasulullah SAW ketika ditanya oleh Uthman Ibnu Affan r.a. berkenaan BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM. Sabda Baginda SAW lagi: "Ismullahil-Azham ialah ALLAH. Apakah engkau tidak lihat bahawasanya pada semua pembacaan Al-Quran dimulai dengan BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM sebelum menyebut nama-nama ALLAH yang lain." (Riwayat Imam Bukhari dari Jabir).
.
2. Bersabda Nabi SAW: "Ketika turunnya BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM, bergembiralah ahli langit dari bangsa Malaikat, bergoncanglah 'Arasy kerana turunnya. Turut serta bersamanya 1000 Malaikat. Dan, bertambahlah iman para Malaikat. Dan, tunduklah segala jin dan bergetar segala planet. Gementar segala sendi-sendi kerana turunnya." Dari Abu Na'im dan Ibn Sunni dari Siti Aisyah r.anhuma: "Ketika turun BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM, gunung-ganang mengucapkan Tasbih, hingga dapat didengari para penduduk Mekah dan sekitarnya. Lalu mereka berkata: "Rupanya Muhammad yang menyihir gunung-gunung itu." Kemudian ALLAH bangkitkan awan hingga meneduhkan penduduk Mekah."

3. Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa membaca BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM dengan penuh yakin, akan bertasbihlah gunung-ganang. Cuma sahaja ia tidak dapat mendengarnya."

4. Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa mengucapkan BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM dan Dzikir Hauqolah (LAA HAULA WALAAQUW-WATA ILLAA BILLAA HIL "ALIYYIL "AZHIIM), Allah SWT lepaskan dia dari 70 pintu bala dan kesukaran, dukacita dan kesakitan." Dari Al-Waqii dan Ats-Tsa'labi dari Ibnu Mas'ud r.a.: "Barangsiapa ingin dipelihara oleh ALLAH dari seksaan Neraka Zabaniah yang sembilanbelas, maka hendaklah dia mengucapkan BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM. Kerana ALLAH menjadikan tiap-tiap huruf Bismillah itu sebagai perisai." Dari Ad-Dailami dari Ibnu Mas'ud r.a., bersabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa membaca BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM, dituliskan baginya tiap-tiap huruf 4000 kebajikan, dihapuskan darinya 4000 keburukan dan diangkat dia 4000 darjat."

5. Bersabda Nabi SAW: "Jin itu suka memakai barang-barang kepunyaan manusia dan pakaian mereka. Oleh itu, barangsiapa mengambil atau menaruh pakaian, ucapkanlah BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM. Kerana sesungguhnya nama ALLAH yang dibacakan di situ merupakan cop mohor Allah." Pengertian dari hadith di atas ialah hendaklah kita mengucapkan BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM setiap kali kita menyimpan atau mengambil barang-barang kepunyaan kita agar terjaga daripada jin dan Syaitan. Bukan sahaja kita mendapat pahala dari mengucapkannya tetapi juga mendapat keberkatan dan keselamatan samada atas harta-benda mahupun diri dan segala usaha kita. Dari Anas bin Malik bersabda Nabi SAW: "Andaikata pepohon dijadikan pena dan lautan dijadikan tinta, lalu dikumpulkan semua jin, manusia dan Malaikat untuk membuat buku dan menulis mafhum BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM selama sejuta tahun, mereka tidak akan sanggup mengertikannya walau hanya satu persepuluh darinya."

6. Bersabda Rasulullah SAW: "Ada suatu kaum yang datang pada Hari Qiamat nanti dengan mengucapkan BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM. Lebih berat kebajikan mereka dari keburukan mereka. Lalu berkata umat-umat yang lain: "Alangkah beratnya timbangan amal kebajikan mereka." Sesungguhnya, adapun yang menjadi sedemikian kerana mereka sentiasa memulai segala perbicaraan & amal perbuatan mereka dengan BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM. Kerana ia adalah Isim ALLAH SWT Yang Maha Agung. Jika sekiranya diletakkan langit dan bumi serta segala isinya ke atas neraca timbangan, nescaya lebih berat lagi Kalimah BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM."

7. Dari Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda: "Apabila engkau berwudhu', ucapkanlah BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM kerana Malaikat penjagamu tidak akan berhenti menuliskan kebajikan bagimu sehingga engkau selesai. Dan, apabila engkau ingin bersatu (berjimak) dengan isterimu, ucapkanlah BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM kerana sesungguhnya Malaikat penjagamu akan menuliskan kebajikan bagimu hingga selesai engkau mandi janabah. Jika dari persetubuhan itu lahir seorang anak, akan dituliskan bagimu kebajikan menurut bilangan nafasnya dan bilangan anak-cucunya hingga tidak dikecualikan walau seorang."

8. Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. telah bersabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa di antara kamu apabila ia akan bersetubuh dengan isterinya, lalu dia mengucapkan BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM dan berdoa "Ya ALLAH, jauhkanlah Syaitan daripada kami dan jauhkanlah Syaitan itu daripada apa yang Engkau kurniakan untuk kami", maka jika sesungguhnya ALLAH takdirkan dari persetubuhan itu lahir seorang anak, tidak akan dapat Syaitan memudharatkannya untuk selama-lamanya."

9. Dikisahkan di dalam Kitab Khozinatul-Asror bahawasanya Allah SWT itu mempunyai 3000 nama yang mana 1000 nama hanya diketahui oleh para Nabi-Nabi ALLAH, 300 nama disebutkan di dalam Kitab Taurat, 300 nama disebutkan di dalam kitab Injil, 300 nama disebutkan di dalam Kitab Zabur, 99 nama disebutkan di dalam Al-Quranul Kariim manakala 1 berada di sisi ALLAH. Dan, adapun makna daripada keseluruhan 3000 nama ini terhimpun di dalam 3 Nama-Nama ALLAH iaitu ALLAH, AR-ROHMAAN dan AR-ROHIIM yang termaktub pula di dalam kalimah BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM. Maka, barangsiapa mengajarkan dan mengucapkan BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM umpama ia menyebutkan keseluruhan 3000 Nama-Nama ALLAH. Adapun sesungguhnya Kalimah BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM itu ada sembilanbelas (19) huruf dan Malaikat-Malaikat penjaga Neraka itu juga ada 19. Maka, barangsiapa membaca BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM dengan penuh Ikhlas dan Yakin kepada ALLAH, nescaya terhindarlah dia daripada siksaan Malaikat Zabaniah.

10. Dan, barangsiapa mengucapkan BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM banyak-banyak dengan harapan mendapat rezeki, nescaya akan ALLAH melimpahkan rezeki dengan mudah dan tidak terduga olehnya. Serta, dikurniai anugerah kehebatan di hati manusia dan di sisi alam yang tinggi (Alam Malaikat) dan alam yang rendah, yakni alam manusia dan alam makhluk-makhluk lain ALLAH SWT di muka bumi ini.



Kelebihan & Keagungan BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM.

1. BISMILLAH 21. Amalkanlah membaca BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM 21x, sewaktu hendak tidur. Antara Fadhilatnya: (1) Sebagai 'Jam Loceng'. Setelah baca, niatkan dalam hati jam berapa kita mahu bangun esok paginya. Boleh juga berniat seperti ini "Ya ALLAH, aku mahu bangun 20 minit sebelum Azan Subuh". Atau pun begini "Ya ALLAH aku mahu bangun jam 3.00 pagi untuk Solat Tahajjud". Insya'ALLAH kita akan terjaga tepat pada masa yang telah diniatkan. (2) Kita akan terjaga dari tidur sekiranya ada penceroboh atau Pencuri yang berniat buruk. (3) Aman dari gangguan sekalian makhluk, samada dari manusia, binatang, jin & syaitan serta selamat dari segala malapetaka & bencana, seperti kecurian, kebakaran, tenggelam, gempa bumi dll. (4) Selamat dari perbuatan hasad, sihir, ilmu hitam dll yang ditujukan kepada kita yang lazimnya dilakukan semasa kita sedang tidur.

2. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM Pada awalnya kerana BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM tertulis pada setiap wahyu yang ALLAH SWT turunkan kepada Jibril as.

3. "BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM untukmu Dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan membaca BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap Mata pun sejak BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM diturunkan Kepada Adam a.s." (Hadith Qudsi).

4. Tatkala BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar & tercampak semua syaitan laknatullah.

5. Demi ALLAH SWT dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM itu dibacakan pada orang sakit melainkan ia menjadi ubat bagi dirinya dan tidaklah BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM dibacakan di atas sesuatu melainkan ALLAH SWT beri keberkatan ke atasnya.

6. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

7. Jumlah huruf dalam BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM Ada 19 huruf. Dan Malaikat Penjaga Neraka Ada 19 (QS.AL Muddatsir:30). Ibnu Mas'ud r.a. berkata: "Sesiapa yang ingin ALLAH SWT selamatkan dirinya dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM 19 kali setiap hari."

8. Setiap huruf BISMILLAH itu Ada JUNNAH (Penjaga/Khodam), hingga setiap JUNNAH dari setiap huruf itu berkata, "Sesiapa yang membaca BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM, maka kamilah KeKuatannya! Dan kamilah KeHebatannya!."

9. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM, nescaya ALLAH SWT akan mengangkat namanya Di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM, maka akan Bertasbih segala gunung-ganang kepadanya.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala bencana.

12. Barangsiapa yang membaca BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM sebanyak 50 kali di hadapan musuh atau orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan & kegerunan dalam hati simusuh & sizalim itu, sebaliknya timbul & naiklah Semangat Keberanian Dan Kehebatan pada SiPembacanya.

Rahsia Perwatakan Diri Melalui Simbol Haiwan.



Sekadar Hiburan.

Rahsia Perwatakan Diri Melalui Simbol Haiwan.

Mahukah kita tahu personaliti diri kita dan juga teman-teman kita? Apa kata kita semak tarikh lahir masing-masing dan haiwan yang menjadi penaung kita.


Januari 01-09 ~ Anjing
Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa

Februari 01-05 ~ Kucing
Februari 06-14 ~ Merpati
Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang

Mac 01-12 ~ Monyet
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing

April 01-03 ~ Anjing
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura

Mei 01-13 ~ Monyet
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa

Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ Anjing
Jun 21-24 ~ Monyet
Jun 25-30 ~ Kucing

Julai 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ Anjing
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing

Ogas 01-15 ~ Monyet
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura

September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ Anjing

Oktober 01-15 ~ Monyet
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang

November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing

Disember 01-16 ~ Anjing
Disember 17-25 ~ Monyet
Disember 26-31 ~ Merpati


Anjing:
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetiaan kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri. Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai. Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Citarasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

Tikus:
Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang di sekeliling kamu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. Sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Singa:
Begitu kontra dengan spesis kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi harus lebih berhati-hati.

Kucing:
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang di sekeliling kamu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

Kura-kura:
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang di sekeliling kamu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

Merpati:
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang di sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana dan berdukacita. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta! (Alamak!).

Harimau Bintang:
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang menyebabkan orang tidak tahan dengan sikap kamu ialah mahu setiap sesuatu itu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

Monyet:
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada diri kamu. Jangan tidak diketahui, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu lazimnya memang akan berjaya di dalam perniagaan.

Khamis, September 10, 2009

Doa Khusus Untuk Penyembuhan Sakit & Penyakit Diri Sendiri (Self-Healing).

Berikut ini, adalah merupakan salah satu Ayat Doa Jampi yang mana ianya adalah amalan Sunnah Baginda Nabi Muhammad Rasulullah SAW, yang mana baginda SAW ada mengajarkannya kepada salah seorang dari Sahabat r.a.

Ini Ayatnya.



BISMILLAAH...3x. A-"UUDZU BI-"IZZATIL LAAHI WAQUDROTIHII MIN SHARRIMAA AJIDU WA-UHAADZIR.7x

Ertinya: "Aku berlindung kepada Kemuliaan dan Kekuasaan ALLAH daripada bahaya sakit@penyakit yang aku rasakan dan yang aku khuatirkan."



*Petua:

1. Letakkan tangan di tempat yang dirasakan sakit itu.
2. Baca "BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM" 3x. (Sebelum baca Bismillah itu, lebih afdal didahului dengan bacaan Ta"awuz (A-"UUDZUBILLAAHIMINASY-SYAITHOONIRROJIIM 1x).
3. Baca Ayat Doa tersebut sebanyak 7x.



Keterangan: Diriwayatkan bahawa seorang Sahabat r.a. bernama Abu Abdillah (Usman) Abil 'Ash, mengadu kepada Rasulullah SAW tentang penyakit yang dideritainya dan hampir-hampir sahaja membinasakannya. Lalu Rasulullah SAW mengajarkan Ayat Doa Jampi ini beserta cara-caranya kepada Abu Abdillah, untuk diamalkan oleh beliau. Tidak lama selepas itu, Abu Abdillah ini datang kembali berjumpa Rasulullah SAW, menyatakan bahawa penyakit yang dideritainya sebelum ini telah pulih & sembuh sepenuhnya, berkat dari beliau beramal dengan Doa yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah SAW, dengan izin ALLAH SWT. (Mafhum Hadis Riwayat Muslim.)

Self-Healing. Penyembuhan Diri Sendiri, Semangat Perjuangan Hidup Manusia & Keajaiban Kuasa Minda.



Self-Healing. 4 Rukun Penyembuhan Diri Sendiri.


Terperanjat apa bila menerima berita rakan ditanahair meninggal dunia sedangkan baru 2 minggu sebelum ini semasa berada di tanahair sempat saya menelefon beliau bertanya khabar. Dari bicara rupanya tidak saya ketahui beliau menyimpan rahsia penyakit kanser yang dihidapinya.

Merawat diri sendiri terutamanya penyakit yg tidak kelihatan (penyakit dalaman) adalah sesuatu yang mustahil bagi kebanyakan masyarakat kita, jika luka tiada kegusaran untuk sembuh kerana ianya suatu yang kelihatan, bg yang tidak nampak contohnya kanser, keyakinan untuk sembuh itu amat sukar dan kita lebih berserah kepada doktor ataupun takdir dan hanya menunggu saat-saat yang akan tiba. Jika tiada keyakinan di hati, harapan kembali pulih hanyalah umpama cahaya matahari yang hilang di ufuk senja. Untuk mempercayai sesuatu yang kelihatan amat mudah, yang ghaib atau tidak kelihatan amat payah sekali.

Dr Joe Dispenza telah terlibat dalam kemalangan jalanraya yang menyebabkan tulang belakang beliau patah, pakar Chiropractor ini disarankan oleh pakar ortopedik untuk menjalani "Harington rod surgeri" secepat mungkin atau peluang untuk sembuh dan berjalan kembali akan menjadi semakin tipis, setelah bertanya pendapat 8 pakar, beliau akhirnya memilih untuk menggunakan kekuatan minda untuk merawat dirinya sendiri. Selepas 3 bulan beliau kembali normal dan mula bekerja seperti biasa.

Secara jujurnya beliau tidak tahu samada sembuhnya beliau ini suatu keajaiban, akan tetapi beliau menanamkan niat untuk terus mengkaji proses peyembuhan langsung secara semulajadi tanpa ubatan moden dengan lebih mendalam lagi. Beliau menjelajah kebanyak tempat dan negara dan menemu ramah golongan mereka yang sembuh dengan sendirinya dari pelbagai penyakit kronik. Tanpa mengira bangsa, agama, kepercayaan, dan pekerjaan, apa yang beliau dapati kesemua mereka ini mempunyai 4 persamaan ataupun kebetulan yang beliau gelarkan "4 Pillars of Healing".

Persamaan 1 - Kuasa Yang Memberi Kehidupan Mampu Menyembuhkan.
Kesemua mereka yang ditemuramahnya percaya kepada kuasa yang mecipta diri ini mampu menyembuhkan diri mereka. Mereka menggelarkannya sebagai kuasa tuhan, kuasa roh dan juga minda separuh sedar. Mereka yang sembuh ini percaya bahawa jika mereka boleh berhubung dengan kuasa ini, mereka akan dapat menerima pertolongan untuk sembuh.

Persamaan 2 - Fikiran (thought) Adalah Suatu Yang Nyata.
Kesemua mereka percaya apa yang mereka fikirkan akan memberi kesan kepada diri mereka. Dari situ juga kesemua mereka ini membuat perubahan kepada cara pemikiran mereka yang menjadi titik tolak kepada perubahan pada jasad dan kehidupan mereka. Bidang sains psychoneuroimmunology menerangkan bagaimana proses otak merembeskan signal kimia dari emosi yang terhasil dari pemikiran lantas memberi maklumat kepada tubuh badan kita. Pemikiran yang positif akan memberi maklumat yang baik untuk membolehkan badan sembuh seperti sediakala.

Persamaan 3 - Mencipta Diri Yang Baru.
Mereka sedar mereka harus berubah menjadi manusia yang baru dengan mengubah fikiran mereka. Dengan menepikan rutin harian mereka, mereka menghabiskan masa memikirkan secara mendalam, meneliti diri dan membuat andaian/spekulasi jenis manusia bagaimana yang mereka ingini (what if?). Kebarangkalian seperti, "apa kata jika mereka berhenti menjadi insan yang tidak gembira, pentingkan diri sendiri dan hidup menderita?", "apa kata jika aku berhenti dari risau, rasa bersalah dan hidup penuh kesalan?", "apa kata jika aku bersikap jujur terhadap diri sendiri dan orang lain?". Neuroplasticity adalah satu konsep bahawa jaringan-jaringan neuron otak akan boleh berubah dengan membuat corak-corak pemikiran yang baru, dari itu kita boleh mencipta diri yang baru berkat dari muhasabah diri yang mendalam.

Persamaan 4 - Mampu Menumpukan Perhatian Hingga Tidak Sedar Situasi Masa dan Ruang.
Mereka kesemuanya tahu ada manusia lain yang sudah sembuh dengan sendirinya jadi mereka percaya yang penyembuhan sendiri itu boleh juga berlaku pada mereka. Mereka menjadi pemerhati yang hebat dengan menumpukan perhatian terhadap apa yang difikirkan, tumpuan terhadap apa yang difikirkan sungguh khusyuk dan fokus hingga mereka lupa akan input dari jasad mereka, masa dan ruang. Mereka menepikan suara-suara dari luar (cakap-capak orang) dan juga suara hati sendiri yang meragui kebolehan diri untuk sembuh. Mereka semuanya "make up their own mind" (membuat keputusan nekad) untuk sembuh dan menepikan semua input2 luar yang tidak membantu diri mereka.

Selain dari 4 persamaan utama tadi ada 2 lagi persamaan yang agak menonjol, mereka semua tahu yang jauh di sudut hati mereka, mereka sudah sembuh, tanpa perlu diuji oleh doktor tahap penyakit mereka ini, mereka merasakan seolah-olah tiada lagi penyakit tersebut di dalam diri mereka. Keduanya pula adalah kebanyakan doktor yang merawat mereka ini menganggap mereka tidak siuman, walaupun demikian setelah melihat penyembuhan pada diri mereka, rata-rata memberi semangat agar meneruskan usaha mereka untuk sembuh sepenuhnya.

Dua tahun lepas saya mengalami kecederaan pada lutuh dan disarankan oleh doktor untuk menjalani pembedahan membuang tisu yang koyak di dalam sendi lutut, saya mengambil keputusan untuk tidak menjalani pembedahan dan, sebaliknya saya tanamkan di dalam hati yang lutut saya akan sembuh, Alhamdulillaah sekarang sudah tiada lagi masalah. Membaca buku Evolve Your Brain karangan Dr Joe Dispenza menambahkan lagi keyakinan kepada saya bahawa memang kita semua mampu merawat diri sendiri, hanya percaya dengan tidak sahaja kepada kekuatan minda sendiri dan KeImanan (percaya) kepada ALLAH yang Maha Kaya dan Maha Pemurah lagi Maha Pemberi.

Apa yang saya kongsi bersama di sini tidak mampu mengembalikan rakan yang sudah pergi, akan tetapi harap ini dapat memberi kesedaran kepada rakan-rakan yang lain bahawa kita mampu sembuh dari segala jenis penyakit (BI-DIDZNILLAAH). ALLAH itu Maha Pemurah dan akan makbul doa kita jika kita meminta kepadaNya dengan yakin dan penuh kepercayaan yang kita mampu sembuh.

Rujukan - Evolve Your Brain, Dr Joe Dispenza.




Kuasa Minda & The Power Of Thought.


'Mind Over Matter'.

'What The Mind Can Conceive, The Mind Can Receive'.

Itu ayat-ayat mutiara & falsafah pegangan masyarakat barat.

Tetapi, pernahkah kita dengar, perasan & aware akan ayat di bawah ini?

"AKU MENGIKUT SANGKAAN HAMBAKU".

Inilah Ayat ALLAH SWT.

Sangkaan & Pemikiran, itulah proses yang berlaku di dalam minda.

"Sebagaimana ALLAH SWT di dalam hatimu, begitu juga engkau di sisi ALLAH SWT".

"ALLAH SWT tidak akan menerima taubat hambanya, tanpa menyediakan pengampunan terlebih dahulu".

Bermakna, sesiapa yang ingin bertaubat dengan bersungguh-sungguh (Taubat Nasuha), sudah sah & terang-terang ALLAH SWT sudah menyediakannya pengampunan-Nya.

"You Are What You Think You Are".

Kamu adalah apa yang kamu fikirkan tentang diri kamu. Ayat ini selari dengan "Aku mengikut sangkaan hambaKu".

Dalam erti kata lain, apa yang kita sangkakan tentang tuhan kita (ALLAH), itulah yang benar.

Kalau kita fikir ALLAH murka kepada kita, benarlah itu.

Jika kita fikir ALLAH sayang kepada kita, sudah pastilah begitu.

Sekiranya kita fikir ALLAH akan ampunkan kita, (memang kalau nak bertaubat, antaranya niat dalam hati yang wajib ditanamkan adalah yakin ALLAH akan ampunkan kita & dan kita hendaklah buktikan melalui amal perbuatan kita).

Insya'ALLAH, dengan Sifat Ar-Rahman & Ar-Rahim serta Sifat Maha Pengampun-Nya, ALLAH akan ampunkan kita.

Andai kita fikir yang ALLAH akan memberikan kita kekayaan, itulah yang akan terjadi.

Apabila kita lihat pada ayat orang bukan ISLAM, prinsipnya lebih kurang sama, cuma orang bukan ISLAM lebih bergantung kepada asbab, manakala orang ISLAM lebih kepada hakikat, sebab itu ayat motivasinya tadi, tidak ada disebutkan tentang ketuhanan.

Orang bukan ISLAM sukakan sekularisme, mengasingkan agama dari hidup.

Walhal asbab juga termasuk di dalam hakikat, hakikat itu ialah ALLAH (yang Berkuasa Mutlak menentukan segalanya, dengan kudrat & iradatNya), dan asbab itu pula ciptaan ALLAH, supaya manusia senang hidup di dunia.

Bermaksud jikalau kita sebut "Mind Over Matter" haruslah kita fikir, bila mind boleh menguasai matter, bermakna ALLAH SWT yang memberikan kita kekuatan tersebut, dan bila kita sebut "What The Mind Can Conceive The Mind Can Receive" bermakna apa yang kita mampu fikirkan boleh menjadi kenyataan. Bermakna, itulah asbab yang ALLAH jadikan untuk kesenangan hidup kita di dunia ini, segalanya tidak mustahil jika dengan keizinan & kehendak ALLAH SWT.

Dan apabila kita sebut "You Are What You Think You Are" bermakna kita adalah apa yang kita fikirkan/sangkakan/andaikan. Bermakna kita mendoakan diri kita, memotivasikan diri kita, memprogam diri kita, mengikut apa yang kita bayangkan/fikirkan di dalam minda kita. Dan sudah tentu apabila berdoa, kita berdoa kepada ALLAH SWT. Maka ingatlah, setiap kali kita gunakan teknik menggunakan ayat-ayat positif untuk menjadikan diri kita lebih positif, maka ketahuilah sesungguhnya pada waktu itu kita sedang berdoa kepada ALLAH SWT.

Namun, orang bukan ISLAM tidak faham hubungan ayat motivasinya dengan Tuhan (ALLAH).

Orang bukan ISLAM, sangat pakar dalam bidang asbab, tetapi mereka tidak faham, dari Siapa asbab itu datang.

"Aku mengikut sangkaan hambaKu".

Hadis Qudsi ini, menerangkan ayat ALLAH iaitu ALLAH berfirman, "Dia akan menjadikan sesuatu yang hambaNya sangkakan, fikirkan." Nampakkah bagaimana Ayat ALLAH itu, ALLAH menyatakan diriNya, Yang Maha Menentukan segala sesuatu.

Firman ALLAH dalam Surah Yasin (36), Ayat 82.


"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu, "Jadilah engkau!", maka ia terus menjadi."

ALLAH menerangkan satu asbab di dalam ayatnya itu, tetapi masalahnya kadang-kala sesetengah dari kita tidak dapat memahami asbab yang terkandung di dalam ayat ALLAH itu.

Iaitu asbab, yang sama orang kafir tidak dapat mengaitkan dengan ALLAH.

Orang bukan ISLAM tidak faham hubungan asbab itu dengan ALLAH, manakala sesetengah kaum muslimin-muslimat yang terlampau berusaha ke arah akhirat sahaja, tidak menyedari asbab yang terkandung di dalam ayat ALLAH itu.

Asbab-asbab yang ALLAH turunkan di dunia ini adalah rahsia-rahsia yang boleh kita gunakan untuk menyenangkan kehidupan diri kita sendiri untuk menjadi khalifah ALLAH di dunia ini, dan demi akhirat juga.

Dan asbab yang terkandung di dalam ayat ini, "Aku mengikut sangkaan hambaKu", adalah satu rahsia yang amat hebat, yang apabila kita memahaminya, kita boleh gunakan fikiran/tanggapan/andaian untuk mewujudkan perkara-perkara yang hebat samada untuk diri kita atau untuk orang lain, dan sudah tentulah berlakunya perkara-perkara hebat itu hadirnya/jadinya Wajib dari ALLAH, bersama ALLAH, dan kerana ALLAH SWT semata-mata.

Prinsip & Falsafah inilah yang Para Wali ALLAH genggam & praktikkan, kerana itu Para Wali ALLAH seringkali berupaya membuat perkara-perkara luarbiasa yang hebat, yang di luar fitrah semulajadi dan hukum alam serta di luar kelogikan akal fikiran manusia dan jin, yang mustahil bagi diri kita untuk melakukannya, kerana KeYakinan dan KeImanan mereka kepada ALLAH SWT, adalah berada pada tahap yang tertinggi. (SUBHANALLAAH).

Wallahu'alam...


Ahad, September 06, 2009

Perbaikilah & Perbetulkanlah Sebutan Bacaan Surah Al-Fatihah Kita Mulai Kini.



Ummul Kitab, yakni Al-Fatihah (ditakrifkan juga sebagai AL-ASAS) adalah merupakan salah satu Rukun dalam Solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah Solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan Ilmu Tajwid. Bukan setakat bacaannya sahaja yang rosak malah Solat Fardhu yang kita kerjakan juga Tidak Sah bahkan lebih bahaya daripada itu, kita barangkali menyebut nama atau nama-nama syaitan di dalam Solat kita (Astaghfirullaah). Berikut diperturunkan nama-nama syaitan yang dilaknat wujud di dalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama-nama syaitan tersebut:




1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNA" (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA"

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS


6. IYA (disebut tanpa sabdu) sepatutnya IYYA. IYA bermaksud 'matahari' Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!(Astaghfirullaah).

7. SIROOTHOLLADZII......... sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti, iaitu dibaca senafas/satu nafas, tanpa berhenti di AN-"AMTA-"ALAIYHIM, yakni bermula dari SIROOTHOLLADZII sehingga WALADDHOOOOLLIIIINN. Contoh seperti bacaan Al-Fatihah yang dibaca oleh Syeikh Misyari di side banner sebelah kanan itu.

8. AMIN......... hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA... dua harakat, MIN...... 3 harakat, mudah-mudahan sebutan 'Amin' kita bersamaan dengan sebutan 'Amin' Para Malaikat yang turut mengaminkan, Insya'ALLLAH...
Sempurnakanlah Bacaan Al-Fatihah kita mulai kini.

Wallahu'alam...

Sabtu, September 05, 2009

Petanda Kita Bakal Melakukan Penghijrahan Dari Alam Dunia Ke Alam Barzakh, Mengikut Tafsiran Para Ulama'.



Adapun tanda-tanda kematian mengikut Para Ulama' adalah Benar dan Wujud cuma amalan dan ketaqwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada Keluarga Baginda SAW dan Para Sahabat r.a. secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda Nabi SAW.

Imam Ghazali Rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wudhu'nya serta kafannya sekali, cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya, iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut.

Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya ALLAH SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap ALLAH SWT.

Walaubagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang ISLAM sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan ALLAH nyawa mereka ini akan terus direntap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada ALLAH SWT. Adapun tanda-tanda sebelum hari mati ini terbahagi kepada beberapa keadaan dalam tempoh jarak waktu yang tertentu:


Tanda 100 hari.
Ini adalah tanda pertama dari ALLAH SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun, semua orang ISLAM akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 hari.
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy ALLAH SWT. Maka malaikat Maut (Izrael a.s.) akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah beliau akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


Tanda 7 hari.
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


Tanda 3 hari.
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 hari.
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda Akhir.
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Iktibar.
Sesungguhnya, marilah kita semua bertaqwa dan berdoa kepada ALLAH SWT, semoga kita termasuk dalam golongan orang-orang yang dipilih oleh ALLAH yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda bakal menghadapai hari kematian kita ini, semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada kepada ALLAH SWT mahupun kepada sesama manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun, sesuai dengan Sifat ALLAH SWT Yang Maha Berkuasa dan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah, yakni dengan memperbanyakkan lakukan Amalan-Amalan yang Baik & Soleh dengan Hati yang IKHLAS mengharapkan KEREDHAAN ALLAH SWT, serta melalui Doa yang penuh dengan kesungguhan yang mendalam & kuat lagi tinggi serta khusyuk, iaitu samada Doa dari diri kita sendiri mahupun doa dari insan-insan yang lain.

Di antara perkara yang boleh mengubah ketetapan di Lauh Mahfuz ialah Doa dan Amalan yang baik, berdasarkan sabda Baginda Nabi Muhammad Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tiada yang boleh menolak takdir selain Doa (yang Ikhlas) dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali amal perbuatan yang baik." (Mafhum Hadis Sahih).

Namun, ianya adalah bergantung sepenuhnya kepada ketentuan & kehendak ALLAH SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa mudah-mudahan Insya'ALLAH kita diberi Hidayah dan Petunjuk oleh ALLAH SWT serta Kelapangan Masa dan Kesihatan Tubuh Badan dan juga Kewarasan & Kebijaksanaan Akal Fikiran juga Kekuatan Iman dalam usaha kita untuk mencari keredhaan ALLAH SWT di dunia ini sebagai bekalan & persiapan untuk kita berpindah ke alam barzakh serta seterusnya berhijrah ke alam akhirat.

Segala yang Baik dan Benar itu datangnya dari ALLAH SWT dan segala kekurangan & kelemahan itu datangnya dari diri kita sendiri.

Wallahu'alam...