DzikirTariqatAhmadiah

[:>>>+-(*BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*ASSALAAMU'ALAIKUM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*ASSALAAMU'ALAIKUM*)-+<<<:]

Halkerin.

Selamat MenZiarahi Ke Blog Halkerin.

BarangSiapa Yang BerKeMahuan+BerKePerluan Kopi+Pes (Juga MeLakukan Sedikit SeBanyak Modifikasi) IntiPati+IntiSari Yang TerKandung Di Sesawang Ini, Bisa Aja Terus DiLaksanakan, Enggak Butuh Mohon KeIzinan Dari Sang Empunya Blog Ini. Hak Cipta Non+TerPelihara.

Malah Kalian DiGalakkan Untuk BerKongsi Maklumat-Maklumat Yang Bisa KeDapatan Di Dalam Blog Ini Di Laman-Laman Peribadi Kalian Seperti FaceBook, Twitter, Blog, Web Dan Lain-Lain. Tiada Larangan Sama SeKali.

*DAN LAGI, BLOG HALKERIN INI MUNGKIN AKAN TERPADAM DARI ALAM ONLINE INI PADA BILA2 MASA. KALAU RASA BERMANFAAT, SILA COPY & SAVE, KALAU RASA BULL$H!+, SILA ABAI KAN.

Sekian Sahaja, PemBeriTahuan Yang Ingin hamba Khabarkan. Salam Gemilang, Cemerlang & Terbilang hamba Ucapkan Kepada Kalian. Semuga Kita Semua Senantiasa BerAda Di Dalam KeRahmatan Ilahi, DiBerkati ALLAH Dan BerWujud Di Dalam KeRedhaan-Nya.

JAZAKALLOOHU KHOIRON KATSIIROO, WABAAROKALLOOHU FIIKUM, WABILLAAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH, WASSALAAMU"ALAIKUM WAROHMATULLOOHI WABAROKAATUHU WAMAGHFIROTULLOOHU WARIDHOLLOOHI AJMA"IIN.

Followers.

Mesej Kepada Para PengIkut.

Jangan MengIkuti hamba. Ikutilah ALLOH + DriSenDri. Insya'ALLOH.....
IP

WORLD ISLAMIC NATION, WORLD ISLAMIC CHAMBER OF COMMERCE AND WORLD BAITUL MAL.

WORLD ISLAMIC NATION, WORLD ISLAMIC CHAMBER OF COMMERCE AND WORLD BAITUL MAL.

WICC&amp;WorldBaitulMal

HIMPUNAN 1001 ILMU BERGUNA.

HIMPUNAN 1001 ILMU BERGUNA.

Himpunan1001IlmuBerGuna

[:>>>+-(*CARIAN@SEARCH*)-+<<<:]

Ahad, Jun 13, 2010

Perihal Kasyaf Dan Karomah Para Waliyullah.

KASYAF.


Kasyaf adalah salah satu Karomah atau kelebihan yang diberikan ALLAH kepada hamba-hambaNya yang dikasihiNya. Apa yang ingin disebut di sini adalah kasyaf yang dianugerahkan Tuhan kepada kekasihNya atau waliNya. Walaupun tidak dinafikan, ada kasyaf yang didapati oleh orang awam, kasyaf sebegitu boleh menipu dan merosakkan diri mereka. Kasyaf itu jika tidak dipimpin dan dijaga, nescaya menjadi Istidraj kepada mereka.

Bagi Wali ALLAH ini, hal-hal kasyaf sebenarnya telah pun dijanjikan ALLAH seperti mana dalam sebuah hadis qudsi, ALLAH SWT berfirman yang maksudnya: "Orang yang mendekatkan diri kepadaKu, mengerjakan yang fardhu dan yang sunat, sehingga Aku cinta kepada mereka lalu Aku menjadi pendengaran mereka dan Aku menjadi penglihatan mereka.".



Kasyaf kepada Wali ALLAH ini ada banyak bahagiannya, seperti berikut:


1. Kasyaf Mata.

Mata dapat melihat Alam Mawara-Ul-Maddah (Pandang Tembus) atau disebut sebagai alam yang seni-seni atau boleh disebutkan sebagai alam di luar kebendaan. Di sini, mata dapat melihat perkara-perkara ghaib seperti malaikat, jin dan syaitan. Kasyaf inilah yang menjadikan orang seperti Sayyidina Umar r.a nampak apa yang sedang berlaku pada tentera-tenteranya. Karamah seperti ini penting kerana dapat menyelamatkan seluruh tentera Islam.


2. Kasyaf Telinga.

Kasyaf telinga disebut juga HATIF. Telinga boleh mendengar benda-benda yang ghaib. Mendengar suara tetapi tidak nampak lembaganya sama ada dari jin yang soleh, malaikat atau waliyullah. Suara itu adakalanya membawa berita gembira, adakalanya berita yang negatif. Tujuannya ialah ALLAH SWT hendak menghiburkan orang yang mendapatnya. Kalau berita itu berita gembira, boleh mengembirakannya. Sebaliknya, kalau berita itu berita duka, juga akan mengembirakannya kerana dia tahu terlebih dahulu, sekurang-kurangnya dia boleh bersiap menghadapi ujian itu. Atau dia boleh mengelak daripada bahaya itu. (Firasat Telinga BerDengung Juga Termasuk Dalam Kasyaf Telinga, yakni Hatif).


3. Kasyaf Mulut.

Tuhan beri kepada orang itu, lidahnya masin ('Mulut Masin' Kata Orang Melayu Dan 'Pahit Lidah' Kata Orang Indonesia) seperti doanya tajam dan makbul atau apa yang dia sebut terjadi sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Juga, di mana sahaja dia memberi kuliah, nasihat, tunjuk ajar, berdakwah dan sebagainya, ianya mudah diterima masyarakat dan boleh mengubah hati mereka. Akhirnya berubahlah sikap masyarakat itu. Karomah seperti ini biasanya dikurniakan kepada Para Pemimpin Yang Amanah Lagi Adil.


4. Kasyaf Akal.

Mendapat ilmu yang seni-seni yang ALLAH SWT kurniakan pada seseorang itu terus jatuh ke dalam hatinya. Ini terjadi tanpa dia belajar, tanpa membaca, tanpa mentelaah dan tanpa berguru. Dinamakan juga Ilham atau Ilmu LADUNI. Agar tidak terkeliru, perlu diingati terdahulu, bahawa orang yang hendak mendapatkan Ilmu Laduni itu, dia mestilah dahulu ada ilmu asas iaitu Ilmu Fardhu Ain, Asas Pengetahuan Islam Yang Baik & Berperibadi Luhur.


5. Kasyaf Hati.

Dinamakan juga sebagai FIRASAT. Inilah kasyaf yang tertinggi daripada kasyaf-kasyaf yang disebutkan tadi. Biasanya dikurniakan kepada Para Pemimpin. Itupun tidak banyak kerana ALLAH SWT kurniakan hanya kepada pemimpin-pemimpin yang sangat soleh, yang sangat sabar menanggung ujian yang begitu berat ditimpakan kepada mereka. Kasyaf hati ialah rasa GERAK HATI yang tepat lagi benar. Dia boleh menyuluh mazmumah yang seni-seni yang kadang-kadang kita ingin mengetahuinya melalui pembacaan kitab-kitab, namun tidak mengerti. Termasuk juga adalah rasa Gerak Hati dapat membaca diri seseorang. Nabi SAW pernah bersabda, "Hendaklah kamu takuti Firasat Orang Mukmin kerana dia melihat dengan pandangan ALLAH". Apa yang dimaksudkan dengan Firasat itu ialah Kasyaf Hati. Orang yang memperolehinya dapat memimpin diri dan dapat memimpin orang lain. Kalau tidak, seseorang itu tidak layak menjadi Pemimpin. Kalau dia terus memimpin, maka kerosakan dan keburukan lebih banyak terjadi & berlaku daripada kebaikan dan kemanfaatan.

Demikianlah yang dapat diceritakan sedikit sebanyak tentang Kasyaf. Moga-moga kita mendapat manfaatnya.






KAROMAH PARA WALIYULLAH.


Para Wali adalah kekasih-kekasih ALLAH, golongan yang amat hampir dengan ALLAH (Muqarrabin). ALLAH SWT jelaskan dalam satu hadis Qudsi bahawa mereka itu mendengar dengan pendengaran ALLAH, melihat dengan penglihatan ALLAH, dan berkata-kata dengan perkataan ALLAH.

Memuliakan mereka bererti memuliakan ALLAH, manakala menghina mereka seakan-akan seperti menghina ALLAH. Hingga ada Ulama berkata, menghina Wali ALLAH dengan kata-kata dan sebagainya, adalah petanda mati dalam su'ul khatimah (penamat yang buruk). Na"udzubillahi mindzalik.

Sebab itu juga ALLAH berfirman dalam hadis Qudsi lain:
"Barangsiapa memusuhi wali-Ku, maka Aku akan mengisytiharkan perang terhadapnya". (Riwayat Al Bukhari).

Berkata seorang Ulama yang arif dalam penulisannya bahawa: "Wali ALLAH atau kalimah jamaknya Aulia ALLAH. Wali juga bererti Pemimpin. Boleh juga diberi erti Kekasih atau 'Insan-Insan TerPilih' yang dilantik oleh ALLAH SWT. Jadi seseorang Ulama yang mencapai darjat Wali ALLAH adalah orang yang paling bersih, murni lahir dan batin dan orang-orang suci-Nya".

Ulama Sufi menjelaskan bahawa terdapat bermacam-macam jenis atau peringkat Wali yang dilantik oleh ALLAH, dengan syarat-syarat perlantikan yang hanya ALLAH SWT sahaja Yang Maha Mengetahui.

Di bawah disenaraikan antara Wali-Wali Besar yang sebahagiannya bukan sahaja memerintah negeri dan negara bahkan memerintah dunia:

i. Sahabat-Sahabat Rasulullah SAW terutama Khulafa’ Ar-Rasyidin, yakni Sahabat 4.
ii. Imam Mazhab [dalam Ilmu Feqah dan Tauhid] terutamanya Imam Mazhab yang empat.
iii. Para Mujaddid terutamanya Sayidina Umar Abdul Aziz [Mujaddid kurun pertama] dan Imamul Mahdi [Mujaddid kurun ke-15].
iv. Para Perawi Hadis seperti Imam Bukhari, Imam Tirmidzi dan Imam Muslim.
v. Pengasas-Pengasas Tareqat seperti Tareqat Naqsyabandiah, Ahmadiah, Qadariah, Aurad Muhammadiah dan lain-lain.
vi. Ulama-Ulama Besar Sufi seperti Imam Hassan Al-Basri, Syeikh Junaid Al-Baghdadi, Syeikh Abu Yazid Al-Bustami, Syeikh Abdul Qodir Al-Jailani, Imam Al-Ghazali, Syeikh Abu Hassan Asy-Syazali, Imam Sayuti, Imam Nawawi, Syeikh Ramli dan ramai lagi.
vii. Di kalangan wanita, antaranya ialah Sayidah Nafisah dan Rabiatul Adawiyah. Juga isteri-isteri Rasulullah SAW dan puterinya Siti Fatimah Az-Zahrah.

Terdapat juga Wali-Wali ALLAH yang kebanyakan Orang Awam tidak mengetahui Sifat-Sifat KeWalian dan KeMuliaan yang wujud pada diri mereka, sehinggakan ada sesetengah dari mereka (Wali-Wali ALLAH) dianggap sebagai Pelik dan Aneh, bahkan ditakrifkan sebagai Gila oleh kebanyakan orang yang tidak mengenali mereka. Misalnya Uwais Al-Qarni, seorang Waliyullah berasal dari Wilayah Qaran, di negeri Yaman, yang hidup sezaman dengan Baginda Rasulullah SAW, tetapi tidak pernah (berpeluang) berjumpa dengan Baginda Nabi SAW.

KeWaliannya diberitahu, diakui dan dibenarkan oleh Baginda Rasulullah SAW sendiri kepada Sayidina Umar Al-Khattab r.a dan Sayidina Ali Abi Talib Karamallahu Wajhah. Begitu juga dengan Sahabat Huzaifah Al-Yamani, walaupun tidak terkenal dalam bidang kepimpinan tetapi banyak mengetahui Rahsia-Rahsia KeRohanian. Malah Sayidina Umar r.a pun merujuk kepadanya. Demikian juga peranan Nabi ALLAH Khidir (Balya Ibnu Malkan) "Alaihisalam pada zaman Nabi Musa "Alaihisalam.

Ada seorang lagi Waliyullah yang barangkali ramai di kalangan kita yang tidak/kurang menyedarinya/mengetahuinya, yakni beliau ialah Luqman Al-Hakim. Tahap KeWalian dan KeMuliaannya sangat tinggi di sisi ALLAH SWT, Sehinggakan ALLAH SWT mengabadikan sirah dan Nama Beliau di dalam KitabNya yang paling Agung, Al-Quranul Kariim.

Bahkan, ada sesetengah Ulama' menyatakan, bahawa beliaulah yakni Luqman Al-Hakim yang dikatakan sebagai 'Saiyyidul Waliyullah', bermaksud Penghulu/Chief Segala Para Wali ALLAH. Berbeza dari Pengetahuan dan KeFahaman kebanyakan Para Ulama' yang menyatakan Syeikh Abdul Qodir Al-Jailani sebagai Ketua/Penghulu Wali-Wali ALLAH.

ALLAH SWT berfirman di Dalam Al-Quran, Dalam Surah Luqman (31), Ayat 12, Mafhumnya: "Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, Hikmah KeBijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada ALLAH (akan segala nikmatNya kepadamu)”. Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada ALLAH), kerana sesungguhnya ALLAH Maha Kaya, lagi Maha Terpuji."

Perlakuan Dan Tutur-Kata Luqman Al-Hakim, adakalanya dilihat dan didengar sebagai Pelik dan Aneh, malah sehingga pernah dikatakan Gila, sepertimana peristiwa Beliau bersama dengan anaknya dan seekor keldai. Sini. Namun, di sebalik pelbagai perlakuan dan tutur-kata beliau yang dianggap pelik dan gila oleh kebanyakan orang yang tidak mengetahui, tersirat dan terkandung kepelbagaian Hikmah pada setiap perlakuan dan tutur-kata beliau, jika diteliti dan dihalusi dengan KeBijaksanaan Akal Fikiran Dan Mata Hati Yang Celik.

Wali-Wali ALLAH Yang TerSembunyi (Hidden Guardians) ini pada lahirnya tiada apa-apa keistimewaan. Tetapi hakikatnya mereka adalah Insan-Insan yang Sangat Penting & Paling BerNilai di Dunia dan juga di AKHIRAT, kerna mereka juga BerUpaya Memberi Syafaat Dan Pertolongan kepada sesama Kaum Muslimin & Muslimat di Padang Mahsyar, selain dari Syafaat Nabi SAW, Syafaat Al-Quran & Syafaat Lain-Lainnya, dengan Izin & Rahmat ALLAH SWT. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut:

1. Doa mereka sangat tajam lagi makbul. Iaitu permintaan mereka ALLAH tunaikan. Rintihan mereka ALLAH beri perhatian.

2. Walaupun sebilangan kecil/besar dari mereka tidak memimpin dan tidak terkenal, namun sikap hidup serta percakapan mereka menjadi ikutan dan tiruan orang-orang di sekeliling. Ertinya, adanya mereka di satu-satu tempat itu sudah cukup untuk mengubah akhlak manusia.

3. Dengan adanya orang-orang seperti mereka di muka bumi ini, maka ALLAH masih menurunkan hujan, memberi rezeki dan memberi bantuan kepada semua manusia termasuklah yang derhaka. Juga ALLAH pindahkan atau alihkan azab dan bencana tenggelam atau karamnya bumi ini. Sekurang-kurangnya azab itu dibuat bertahap-tahap, berperingkat-peringkat hinggalah masih berpeluang bagi manusia menyelamatkan diri dan bertaubat kepada ALLAH SWT. Sedangkan kalau azab itu diturunkan, sekaligus secara menyeluruh, nescaya habislah kesemuanya sekali, sehingga tiada sesiapun yang terselamat.

4. Ada hadis mengatakan, kerana mereka ini masih wujudlah, (Insan-Insan Soleh & Solehah dan Wali-WaliNya) dunia masih belum dikiamatkan.

Sebagai golongan Istimewa di sisi ALLAH, mereka dianugerahkan penghormatan dengan berbagai KeLebihan dan KeMuliaan berupa Karomah & Ma'unah yang tidak diberi kepada manusia biasa (orang awam). Justeru itu, tidak hairanlah di kalangan orang-orang ramai akan ada yang mengaitkan cerita-cerita tentang karomah apabila memperkatakan dari hal peribadi seseorang Wali ALLAH itu.

Dalam pada itu, orang awam umumnya hanya mengenali karomah-karomah berbentuk zahiriah atau karomah hissi iaitu kejadian-kejadian LuarBiasa dan mencarik adat yang berlaku pada Para Waliyullah dan dapat dilihat dengan mata kasar, seperti karomah boleh berjalan di atas air, boleh berada di berlainan tempat dalam satu masa yang sama, boleh terbang di udara, boleh bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan sekelip mata dan berbagai-bagai lagi.

Tetapi jarang orang mengetahui terdapatnya satu bentuk lagi karomah anugerah ALLAH pada para aulia yang dipanggil karomah Maknawiyah. Karomah berbentuk ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi hanya dapat dilihat dan diketahui oleh orang-orang yang mempunyai ketajaman Penglihatan Basirah (Mata Hati).

Keistimewaan karomah Maknawiyah antara lain ialah kata-katanya memberi kesan yang mendalam pada hati pendengarnya, hingga mendorong orang itu membuat perubahan pada jalan ke arah KeBaikan. Malah orang ramai akan ikut tingkah laku dan tutur-katanya. Biasanya karomah berbentuk sperti ini lebih menonjol kepada Para Waliyullah yang memimpin umat di samping dikurniakan juga karomah zahiriah atau hissi.

Ini kerana bukan mudah untuk memimpin orang ramai sehingga berjaya menimbulkan kesedaran pada diri mereka untuk hidup BerAgama dengan penerapan Nilai-Nilai Murni & Luhur Peribadi Seorang Muslim, lebih-lebih lagi di zaman sekarang yang mana orang ramai begitu sibuk dengan kehidupan dunia yang penuh dengan tipu daya, hatta menilai tahap ketinggian agama seseorang itu pun, berdasarkan kepada status kedudukan dan pengaruh wang ringgit.

Walaupun terdapat sesetengah orang yang hebat berceramah di sana sini dan dapat menghimpun ribuan orang untuk mendengar ceramahnya, tetapi sayangnya para pendengar tidak mampu membuat perubahan melainkan dalam soal-soal ibadat khusus sahaja. Manakala kehidupan seharian mereka tetap bercampur aduk dengan perlakuan maksiat dan mungkar.

Di sinilah peranan Wali-Wali ALLAH yang memiliki karomah Maknawiyah yang layak memimpin umat manusia kerana akhlak dan tutur-katanya dapat menarik orang ramai kembali kepada cara hidup & ajaran Islam yang Syumul, di tengah-tengah suasana kehidupan yang penuh dengan kemungkaran, kemaksiatan dan kezaliman. Tidak mustahil berlakunya perkara tersebut, hanya dengan sekali beliau menyampaikan Tazkirah, puluhan atau ratusan atau bahkan ribuan orang mampu membuat perubahan ke arah KeBaikan.

Contoh karomah Maknawiyah lagi ialah dapat merasai kelazatan beribadah walau tanpa diusahakan dengan bersungguh-sungguh, dapat meninggalkan maksiat tanpa bersusah-payah Mujahadah, dapat istiqomah dengan sesuatu amalan seperti boleh berada di tikar sembahyang beberapa minit lebih awal pada setiap waktu solat fardhu dan sebagainya.

Atau karomah dapat mempertahankan wudhu untuk tempoh yang lama seperti Syeikh Abdul Qodir Al-Jailani, Uwais Al-Qarni, Rabiatul Adawiyah dan umumnya Para Wali ALLAH yang solat Subuh dengan wudhu solat Isyak. Dan mereka sentiasa dalam keadaan berwudhu pada setiap waktu dan ketika.

Nyatalah dari kedua-dua bentuk karomah ini, karomah yang lebih utama adalah karomah Maknawiyah kerana ia boleh menyelamatkan tuan punya diri dan orang lain daripada api neraka. Ada Para Waliyullah yang dikurniakan satu bentuk karomah sahaja, ada yang dapat kedua-duanya sekali, bahkan ada Para Waliyullah yang berdoa kepada ALLAH agar tidak dikurniakan karomah terutama karomah zahiriah kerana bimbang tidak dapat menjaga anugerah ALLAH SWT itu.

Bagaimanapun, kedudukan Aulia di sisi ALLAH tidak ditentukan oleh karomah. Sesetengah Para Waliyullah tidak mempunyai apa-apa karomah, namun mereka tetap mulia pada pandangan ALLAH. Cuma banyak Waliyullah dikurniakan karomah kerana melaluinya ALLAH hendak kuatkan agamaNya (sebagai hujjah mempertahankan kebenaran) dan untuk memberi pengajaran atau menambah keyakinan pada diri Wali-Wali ALLAH itu sendiri.

Bagi Wali-Wali ALLAH yang menjadi pemimpin, sama ada pemimpin negara, masyarakat atau jemaah, karomah merupakan kemudahan untuk mengatur masyarakat. Ini berlaku pada beberapa orang wali seperti Tokku Paloh, Tok Kenali, Syeikh Muhammad Nur Al-Kholidi, Syeikh Said Al-Linggi dan Tuan Hussein yang terkenal sebagai pemimpin masyarakat dan pemimpin jemaah pengajian di Tanah Melayu.

Ada Wali-Wali ALLAH yang tidak memimpin masyarakat secara langsung tetapi memainkan peranan tersendiri sebagai pendidik masyarakat. Seperti kata seorang Ulama: "Pemimpin-Pemimpin tidak rasmi ialah Insan-Insan yang diikuti akhlak dan sifatnya (sikapnya) tanpa mereka sedari.". Kita dapati setiap orang Wali ALLAH itu berperanan mengikut syakilah (bakat) masing-masing. Secara umum, mereka adalah penguat agama dan pembawa kesejahteraan pada masyarakat serta umat.

Dalam sejarah, ada Para Waliyullah yang menjadi pemimpin negara seperti Khulafa' Ar-Rasyidin (Sayidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali), Sayidina Umar Al-Aziz, Muhammad Al-Fateh, Sultan Murad (bapa kepada Muhammad Al-Fateh), Sultan Salahuddin al-Ayyubi dan lain-lain. Ada juga wali yang menjadi pemimpin peringkat negeri seperti beberapa orang di kalangan para sahabat (Sayidina Bilal, Abu Ubaidah, Sa'ad Abi Waqqas, Sa'id Amir Al-Jumahy dan lain-lain), kalangan Wali Songo di Tanah Jawa dan lain-lain.

Ada pula sesetengah Waliyullah yang hidupnya seperti tidak bermasyarakat, tetapi kehadiran mereka menyebabkan masyarakat itu dapat tumpang barokah, seperti Uwais Al-Qarni. Insan seperti Beliau sangat terkenal di kalangan penduduk-penduduk langit yang terdiri dari Para Malaikat ALLAH, tetapi tidak terkenal di bumi di kalangan sesama manusia, hingga riwayat perjalanan hidupnya pun tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Wali-Wali ALLAH tetap ada pada setiap zaman. Setiap seorang Waliyullah yang meninggal dunia, ALLAH akan menaikkan orang lain menggantikannya sebagai Wali mengikut darjat-darjat yang tertentu. Hanya seperkara sahaja, samada mereka itu 'Well Known' atau 'Unknown' di tengah-tengah masyarakat dan orang awam.

Wallahu'alam...

3 ulasan:

  1. salam buat sang pencari dari seorang pencari..

    BalasPadam
  2. Wa'alaikumussalam wbt.

    Salam Rabu.

    Syukron. Semuga Tuan & hamba menemui KeJayaan Dalam Misi Pencarian kita, Insya'ALLAH (AAMIIINN).

    Salam Sejahtera Kalbu.

    BalasPadam
  3. Salam Selasa.

    Terima Kasih Tuan Fakeh Berkenaan Maklumat Ini.

    HAIL TO SUNNI BAAROKALLAAH,
    HELL TO WAHABI LA'NATULLAAH.

    Salam Sentosa.

    BalasPadam