Salam KeSedaran.
Para Banduan......... Mereka Bukan Calang-Calang Manusia.
Pepatah Popular Masyarakat Barat, "Do Not Judge The Book By It's Cover.". The Meaning of that Words Of Wisdom are likely to be represented with more clearly said such as this Remarkable Quote, "Do Not Judge People By Their Appearance@OutLook..... (And Their Job@Career Too.....)".
Kenangan Di Penjara Kajang 5.
Semua orang mengenali penjara sebagai tempat pelaksanaan hukuman kepada pesalah2. Akan tetapi jarang orang awam mengambil tahu tentang proses program pemulihan yang dilakukan di sebalik tembok penjara. Pesalah2 yang ditahan juga manusia biasa yang mana sedikit sebanyak mempunyai perasaan ingin mengubah kehidupan di hari depannya menjadi lebih baik dari hari ini. Sedar atau tidak, sebenarnya sebahagian daripada pesalah adalah 'orang2 baik' yang menjadi 'orang jahat' dalam masa sekelip mata disebabkan keadaan yang memaksa.
Di penjara Kajang, terdapat guru2 agama yang didatangkan khas dari jabatan agama untuk mengendalikan program pemulihan berteraskan pengisian rohaniah kepada pesalah2. Guru2 agama ini bekerjasama dan berganding bahu dengan pihak pengurusan penjara dari kalangan orang uniform untuk memberi ajaran agama yang secukupnya kepada pesalah semasa mereka ditahan di penjara.
Kelas2 agama yang diadakan di penjara2 di Malaysia berbeza-beza cara pengendaliannya. Ini kerana ianya bergantung kepada jenis/kategori banduan/tahanan yang menghuni di satu2 penjara. Ianya juga dipengaruhi oleh kemudahan serta tahap keselamatan di satu-satu penjara. Ini kerana bukan semua orang boleh menerima teguran secara terus. Ada juga yang merasa disindir dan dikhuatiri akan mengamuk!
Di penjara utama, kelas pengajian agama diadakan di surau banduan, di blok2 penginapan dan kadang2 di bilik khusus. Di surau, banduan akan diambil tiap2 blok dan diiringkan ke surau. Sebelum dibawa ke surau, banduan akan diperiksa terlebih dahulu bagi mempastikan mereka tidak membawa sebarang berbahaya yang berpotensi untuk dijadikan senjata seperti besi tajam, begitu juga dengan tembakau. Sesampai di surau mereka akan membersihkan surau, menghamparkan tikar, menyediakan air minuman untuk ustaz yang akan berceramah dan menyediakan meja, kerusi dan pembesar suara. Sebelum kelas diadakan mereka akan beramai2 berdzikir lebih kurang sejam. Setelah itu ustaz akan bergiliran memberi kuliah sampai waktu zohor. Kuliah yang diadakan adalah asas2 agama sahaja yang meliputi ilmu aqidah, feqah, akhlak dan membaca Al-Quran. Mereka akan bersembahyang zohor berjamaah sebelum pulang ke blok untuk makan. Kadang2 mereka akan diarahkan pulang awal ke blok bergantung kepada arahan semasa.
Sebenarnya pemberian pen dan alat tulis kepada banduan adalah amat berhati2 dan tidak digalakkan. Ini kerana dikhuatiri mereka akan menggunakannya sebagai senjata untuk menikam lawannya sekiranya bergaduh. Untuk mengelakkan daripada berlaku sesuatu yang tidak diingini, maka pemberian pen hanya diberikan kepada ketuanya sahaja.
Jumlah banduan yang dibawa ke surau tiap2 hari adalah berbeza-beza bergantung kepada keadaan hari tersebut. Selalunya lebih kurang seratus orang, tetapi tidak mencapai 150 orang. Sebahagian besar yang berminat untuk pergi ke surau untuk belajar agama adalah tahanan warganegara asing seperti warganegara Indonesia dan Bangladesh. Orang Melayu kurang menunjukkan minat untuk belajar agama.
Ada sesetengah daripada banduan merupakan seseorang yang boleh dikira alim ketika di luar. Tetapi disebabkan desakan hidup dan kesilapan kecil, mereka dimasukkan ke penjara untuk tempoh yang singkat. Pernah seorang warganegara Bangladesh berstatus 'Hafiz Al-Quran' dan 'Hafiz Hadith' masuk ke penjara Kajang kerana kesalahan menetap melebihi had masa di Malaysia. Sering juga bekas2 penuntut 'Pesantren' dari Indonesia masuk penjara Kajang gara2 kes Imigresen. Terdapat juga bekas guru dan ustaz serta 'Tuan Guru' masuk ke penjara Kajang.
Di surau, semua banduan tak kira dari latar belakang apa sekali pun akan duduk bersila bersama mendengar kuliah yang disampaikan. Tak kira apa bangsa, taraf pendidikan, apa kesalahan dan lain lain. Mereka akan memakai baju yang sama, iaitu putih. Seorang penoreh getah yang memukul di kedai kopi, pegawai bank yang memalsukan cek ribuan ringgit, seorang pemuda nakal yang berlumba haram, seorang kutu rayau yang menghisap dadah, seorang buruh binaan Indonesia datang ke Malaysia secara haram, seorang komando yang membelasah ketuanya, seorang pegawai kerajaan yang ditangkap khalwat dengan keraninya, seorang bomoh palsu yang mencabul pelanggannya, seorang yang mencuri lembu jirannya dan macam2 lagi akan duduk bersama mendengar kuliah yang disampaikan.
Ustaz pula perlulah pandai memberikan kuliahnya supaya difahami oleh semua pendengar yang mempunyai pelbagai tahap pendidikan dan iq yang berbeza. Ini kerana terdapat banduan yang benar2 pandai ilmu agamanya, ada yang berlagak pandai, ada yang memang langsung tak pandai dan ada yang buat2 tak pandai. Di samping itu, ustaz juga perlulah sentiasa bersedia untuk menjawab soalan2 maut, yakni Killer Questions (Atau Barangkali juga Soalan2 berbentuk Soalan Cepu yang bergred lebih tinggi dari Emas, mungkin Soalan Cepu Berlian, Cepu Mutiara dll) yang tak terjangka akan disoal oleh banduan. Dia perlu bijak untuk membezakan sama ada soalan itu benar2 ingin mendapatkan ilmu, berbentuk main2 atau pun untuk memerangkap dan mengujinya. Ia mesti bersikap berani atau sekurang2nya menunjukkan aksi yang berani supaya lebih dihormati dan disegani oleh banduan.
Di blok asingan juga diadakan kelas agama. Di sini tahanan yang ditahan adalah kebanyakannya adalah istimewa. Jumlahnya tidak ramai, selalunya kurang daripada 10 orang. Kelas pengajian yang dibuat di atas simen yang dihamparkan tikar. Mereka akan duduk bersila dalam satu bulatan, bersentuhan lutut dan bahu. Ustaz akan membuka kitab/buku agama dan akan mengajar lebih kurang sejam. Selalunya ustaz akan menggunakan kaedah perbincangan tentang isu2 permasalahan ibadat masa kini. Ustaz akan seboleh2nya akan mengelakkan daripada memasuki tajuk politik, perundangan serta pentadbiran negara. Ini kerana penghuni bilik asingan majoritinya adalah orang2 yang berpendidikan tinggi dan mempunyai status yang dihormati dan disegani dalam masyarakat ketika bebas.
Satu ketika, tiga orang pemimpin PAS (Parti Islam Se Malaysia), iaitu Mahfuz Omar, Salehudin Ayub dan Pak Amjal dimasukkan ke penjara kajang dan ditempatkan di bilik asingan. Mereka dipenjarakan gara2 melakukan perhimpunan haram membantah kehadiran pasukan kriket Israel ke Malaysia. Selain itu terdapat juga beberapa pegawai tinggi kerajaan yang melakukan rasuah, pegawai tinggi polis yang melakukan kesalahan rasuah duit dan seks, pegawai atasan bank negara serta ramai lagi yang dikenali di luar. Walaupun sebahagian mereka adalah berstatus 'dato' dan Yang Berhormat' di luar, tetapi apabila berada di dalam penjara, pakaian mereka adalah sama, makanan mereka juga adalah sama dengan banduan lain, bilik mereka adalah sama dan sama2 duduk bersila mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh ustaz.
Terdapat satu blok yang menempatkan banduan2 yang bakal dikenakan hukuman gantung mandatori. Blok ini adalah Blok Abadi ataupun blok A. Penghuni blok ini sudah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah, tetapi tidak diketahui bila proses pelaksanaan hukuman akan dilakukan, selalunya lebih kurang 10 tahun disimpan, barulah akan digantung. Walaupun begitu, banduan blok ini masih berpeluang melakukan rayuan untuk mengulangi perbicaraan bagi sekurang2nya mengelakkan hukuman gantung mandatori. Mereka juga berpeluang memohon untuk mendapatkan pengampunan apabila tiba pada hari keputeraan sultan. Banduan2 di blok ini tidak bekerja dan hanya duduk di biliknya seharian. Mereka cuma dibenarkan keluar dan berkeliaran di dalam blok untuk tempoh kurang dari sejam sehari bergantung kepada arahan pihak atasan.
Di blok ini juga diadakan kelas agama. Pelaksanaan kelas agama di sini adalah unik jika dibandingkan dengan kelas di lain2 tempat. Sebelum kelas dibuat, ustaz akan menelefon pegawai yang bertugas di blok A untuk memaklumkan cadangan kelas pada hari tersebut. Sekiranya pegawai memaklumkan tahap keselamatan serta persediaan terjamin, maka ustaz akan pergi ke blok A dengan diiringi seorang UKP (Unit Khas/Kawalan Penjara).
Di blok A, ustaz akan disediakan sebuah kerusi dan meja yang diletakkan di luar blok, manakala banduan yang akan mendengar kuliah berada di dalam blok. Ini bermakna ustaz dan banduan akan dipisahkan oleh batang2 besi sebesar dua jari. Banduan akan duduk di atas tikar yang dihampatkan di atas simen. Selalunya jumlahnya kurang dari 10 orang, walaupun jumlah banduan Islam yang menghuni di blok itu melebihi 20 orang. Ini kerana pihak penjara tidak memaksa banduan BA (banduan akhir) untuk mendengar kuliah agama yang disampaikan. Sebarang paksaan atau arahan yang terlalu tegas dikhuatiri menimbulkan kemarahan mereka yang tak mustahil akan bertindak agresif dan sukar dikawal.
Kelas di blok A perlu dikendalikan dengan bijak oleh ustaz. Ustaz perlulah pandai menggunakan pendekatan psikologi untuk menarik minat pendengar. Ini kerana hadirin yang mendengar kuliah sebahagiannya adalah orang2 yang sudah hampir berputus asa dengan hidup. Pelbagai soalan2 yang tidak terduga perlu dijawab dengan berhati2 oleh ustaz supaya pendengar berpuas hati dan dalam masa yang sama tidak menyinggung hati banduan2 tersebut.
Di samping kelas pengajian harian yang dibuat, pihak penjara juga mengadakan sambutan hari2 kebesaran Islam seperti Maulidur Rasul, Ma'al Hijrah, Nuzul Al-Quran dan lain2 lagi. Selalunya pihak penjara akan menjemput ustaz dari jabatan agama untuk memberikan ceramah. Majlis ini akan dilakukan di masjid banduan. Di samping itu ceramah bulanan juga dibuat, dengan menjemput penceramah dari luar.
Sebenarnya para banduan sentiasa mengharapkan penceramah2 yang hebat dan berupaya mengubah minda mereka menjadi lebih menyukai cara hidup beragama. Mereka seolah-olah seperti teruja sekiranya seseorang ustaz penceramah dapat memberikan ceramah yang hebat. Pihak penjara pernah menjemput seorang penceramah dari Pusat Zakat Selangor yang bernama Ustaz Mohd Uda Bin Kassim. Ceramah yang disampaikan oleh beliau amat-amat memberi kesan kepada banduan. Beberapa bulan selepas ceramahnya masih terasa kesan ceramahnya. Beliau pandai mengambil hati para banduan dengan memberikan kata-kata semangat berdasarkan kisah Para Sahabat Nabi SAW yang begitu banyak melakukan kesilapan, tetapi berubah dan menjadi generasi Pembela Islam yang Hebat dan Kental!
Terdapat juga penceramah yang amat tidak digemari cara berceramahnya. Penceramah ini menggunakan cara memarahi dan mengeluarkan kata2 yang keras. Sesetengah dari mereka juga suka menggunakan teknik ancaman2 kepada pesalah2 penjara. Ada yang pernah menyatakan 'banduan ni muka macam perompak dan penyamun, kalau dapat kat luar, belasah je sampai mampus'. Banduan amat kurang menggemari kaedah itu. Mereka merasa amat terhina dan langsung tidak membina motivasi untuk berubah menjadi lebih baik. Mereka berkata 'kat dalam penjara ni panas, kami ingat kami datang ke surau dengar ceramah moga2 lebih sejuk sikit hati kami, kalau gini gayanya, makin panas jadinya'.
Apabila banduan kurang meminati ceramah, pagawai biasanya dapat mengagak dari riak muka banduan. Banduan2 kelihatan lebih banyak berpura-pura tidur dan kadang2 bersembang sesama sendiri. Apabila habis ceramah, maka banduan akan mengambil peluang untuk mengemukakan soalan2 yang pelik2 untuk 'menghukum' penceramah. Ada sesetengah banduan yang ada sedikit asas agama akan membacakan sedikit ayat Al-Quran dan akan bertanyakan penceramah untuk lebih memeningkan penceramah. Mana2 penceramah yang menggunakan kaedah ini biasanya berpeluh untuk menjawab soalan2 'menghukum' tersebut.
Apabila melihat keadaan ini, biasanya pegawai penjara yang bertugas akan memberikan isyarat kepada pengerusi majlis supaya menutup majlis tersebut. Ini bertujuan untuk mengawal majlis tersebut dan memberikan peluang untuk penceramah tersebut 'bernafas' dan merasa lega dengan berakhirnya majlis tersebut.
Di hari Jumaat, pihak penjara membenarkan banduan membuat Solat Jumaat. Di bulan Ramadhan Al-Mubarak, Solat Tarawih juga dibenarkan 3-4 kali seminggu, bergantung kepada keadaan keselamatan semasa.
Bersambung...
(Credits And Thank Goes To Tuan Zaris, The Original Writer Of These Thesis).
Salam KeInsafan.
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z. 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 (HotLain+NeutrelLain+KoolLain).
[:>>>+-(*BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM*)-+<<<:]
[:>>>+-(*ASSALAAMU'ALAIKUM*)-+<<<:]
Halkerin.
Selamat MenZiarahi Ke Blog Halkerin.
BarangSiapa Yang BerKeMahuan+BerKePerluan Kopi+Pes (Juga MeLakukan Sedikit SeBanyak Modifikasi) IntiPati+IntiSari Yang TerKandung Di Sesawang Ini, Bisa Aja Terus DiLaksana Kan, Enggak Butuh Mohon KeIzinan Dari Sang Empunya Blog Ini. Hak Cipta Non+TerPelihara.
Malah Kalian DiGalak Kan Untuk BerKongsi Maklumat-Maklumat Yang Bisa KeDapatan Di Dalam Blog Ini Di Laman-Laman Peribadi Kalian Seperti FaceBook, Twitter, Blog, Web Dan Lain-Lain. Tiada Larangan Sama SeKali.
BarangSiapa Yang BerKeMahuan+BerKePerluan Kopi+Pes (Juga MeLakukan Sedikit SeBanyak Modifikasi) IntiPati+IntiSari Yang TerKandung Di Sesawang Ini, Bisa Aja Terus DiLaksana Kan, Enggak Butuh Mohon KeIzinan Dari Sang Empunya Blog Ini. Hak Cipta Non+TerPelihara.
Malah Kalian DiGalak Kan Untuk BerKongsi Maklumat-Maklumat Yang Bisa KeDapatan Di Dalam Blog Ini Di Laman-Laman Peribadi Kalian Seperti FaceBook, Twitter, Blog, Web Dan Lain-Lain. Tiada Larangan Sama SeKali.
*DAN LAGI, BLOG HALKERIN INI MUNGKIN AKAN TERPADAM DARI ALAM ONLINE INI PADA BILA2 MASA. KALAU RASA BERMANFAAT, SILA COPY & SAVE, KALAU RASA BULL$H!+, SILA ABAI KAN.
Sekian Sahaja, PemBeriTahuan Yang Ingin hamba Khabar Kan. Salam Gemilang, Cemerlang & TerBilang hamba Ucap Kan Kepada Kalian. Semuga Kita Semua Senantiasa BerAda Di Dalam KeRahmatan Ilahi, DiBerkati ALLOOH Dan BerWujud Di Dalam KeRedhoan-Nya.
JAZAKUMULLOOHU KHOIRON KATSIIROO, WABAAROKALLOOHU FIIKUM, WABILLAAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH, WASSALAAMU"ALAIKUM WAROHMATULLOOHI WABAROKAATUHU WAMAGHFIROTULLOOHU WARIDHOLLOOHI AJMA"IIN.
Sekian Sahaja, PemBeriTahuan Yang Ingin hamba Khabar Kan. Salam Gemilang, Cemerlang & TerBilang hamba Ucap Kan Kepada Kalian. Semuga Kita Semua Senantiasa BerAda Di Dalam KeRahmatan Ilahi, DiBerkati ALLOOH Dan BerWujud Di Dalam KeRedhoan-Nya.
JAZAKUMULLOOHU KHOIRON KATSIIROO, WABAAROKALLOOHU FIIKUM, WABILLAAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH, WASSALAAMU"ALAIKUM WAROHMATULLOOHI WABAROKAATUHU WAMAGHFIROTULLOOHU WARIDHOLLOOHI AJMA"IIN.
Followers.
Mesej Kepada Para PengIkut.
Jangan MengIkuti hamba. Ikuti Lah (Pimpinan + Bimbingan + Kawalan) ALLOOH + DriSenDri. Insya'ALLOOH.....
assalamualaikum......sahabat...tuan
BalasPadamentry yang hebat benarlah membaca itu seolah diri kita bebas ke mana hala...
jika banduan-banduan ini berdaya mengadaptasikan nafsu amarahnya insyallah suatu hari nanti mereka akan menjadi insan yang kamil tetapi semua ini perlukan usaha dan bimbingan guru yang sejati bukan setakat ustaz bermulut laser berhati banduan.
ada sebuah kisah seorang salik yang yang bermaqam asbab berdoa dan bermohon agar allah menempatkan dirinya ke maqam tajrid dan allah memperkenankan rayuannya dengan memasukkan si salik tersebut ke dalam penjara lalu si salik itu secara tidak langsung telah masuk ke maqam tajrid tetapi si salik menangis kerana ia telah melampaui batas kerana meminta sesuatu yang tidak berpadanan dengan kehendak allah akhirnya allah memperkenankan jua rayuan si salik lalu bebaslah si salik keluar dari penjara...
jika semua banduan menerima dengan redho nasibnya yang terpenjara pasti mereka bersyukur kerana masa di dalam sana lebih panjang dari masa di luar penjara... nafsu di luar penjara lebih banyak pilihan berbandng nafsu di dalam penjara
Wa'alaikumussalam.
BalasPadamSalam Isnin.
Well Said, WAHAI Bro ZL Sahabatku yg BudiMan.
Cuma yg hamba ingin tekankan di sini, "BE KIND IS MORE IMPORTANT THAN BE RIGHT." rather than "BE RIGHT, AND IN THE SAME TIME BE BAD."
Cth situasi untuk Words Of Wisdom yg pertama tu.
Kita dah kelewatan nak kejar masa bergegas ke tempat kerja, sampai kalo kita jalan kaki tu speed nak macam sama dgn speed slow jogging, ondewei tu ternampak plak orang OKU Blind nak lintas jalan ke atau terpinga-pinga tak tau mana nak pi, kita tgk most sivilians plak buat dek atau buat2 tak nampak atau tak perasan, lalu kita pun pi approach OKU tu dan tolong+guide mana dia nak pi. Tau2 bila kita sampai opis/tempat kerja dh lewat, kena sound+makihamun plak dgn org atas (Sabar jela).
Cth lain, macam most Warga Asing dlm tesis tu (Indonesia dan Bangladesh), kdg2 tu bukan niat depa pun untuk melanggar Undang2 Negara kita ni (spt tinggal lebih had masa, dtg tanpa dokumen perjalanan sah, permit kerja expired dll), tapi dah desperate, maka terpaksalah, walau hahikatnya bukan kehendak depa.
Daripada (Cth utk Words Of Wisdom kedua tu), Masyuk Negara kita cara betui dan legal (BE RIGHT, ada passport, ada pas pelancong, ada visa pelajar dll), tapi pada masa sama dok jadi Barua2 (BE BAD), jadi keldai2 pengedar dadah, sindiket blackmoney dll), hamba rasa tak perlu bagi contoh, benda ni semua orang pun tau, golongan2 yg hamba maksudkan (mostly lani 'awang hitam' dan org2 Iran).
Depa tu dok daftar jadi student2 kat sini tu bukan pasai depa nak belajaq betui2 pun, itu cuma sebagai satu helah bagi depa untuk mengaburi mata2 pihak berkuasa dan 'covered tools' depa dari dapat dihidu dan dikenakan tindakan Undang2 Pihak2 Berkuasa kita mengenai Kegiatan Sebenar Modus Operandi depa tu.
Wallahu'alam.
Salam Zahir+Batin.