[:>>>+-(*BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*ASSALAAMU'ALAIKUM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*ASSALAAMU'ALAIKUM*)-+<<<:]

Halkerin.

Selamat MenZiarahi Ke Blog Halkerin.

BarangSiapa Yang BerKeMahuan+BerKePerluan Kopi+Pes (Juga MeLakukan Sedikit SeBanyak Modifikasi) IntiPati+IntiSari Yang TerKandung Di Sesawang Ini, Bisa Aja Terus DiLaksanakan, Enggak Butuh Mohon KeIzinan Dari Sang Empunya Blog Ini. Hak Cipta Non+TerPelihara.

Malah Kalian DiGalakkan Untuk BerKongsi Maklumat-Maklumat Yang Bisa KeDapatan Di Dalam Blog Ini Di Laman-Laman Peribadi Kalian Seperti FaceBook, Twitter, Blog, Web Dan Lain-Lain. Tiada Larangan Sama SeKali.

Sekian Sahaja, PemBeriTahuan Yang Ingin hamba Khabarkan. Salam Gemilang, Cemerlang & Terbilang hamba Ucapkan Kepada Kalian. Semuga Kita Semua Senantiasa BerAda Di Dalam KeRahmatan Ilahi, DiBerkati ALLAH Dan BerWujud Di Dalam KeRedhaan-Nya.

JAZAKALLOOHU KHOIRON KATSIIRO, WABAAROKALLOOHU FIIKUM, WABILLAAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH, WASSALAAMU'ALAIKUM WAROHMATULLOOHI WABAROKAATUH.

Followers.

Mesej Kepada Para PengIkut.

Jangan MengIkuti hamba. Ikutilah ALLOH + DriSenDri. Insya'ALLOH.....

WORLD ISLAMIC NATION, WORLD ISLAMIC CHAMBER OF COMMERCE AND WORLD BAITUL MAL.

WORLD ISLAMIC NATION, WORLD ISLAMIC CHAMBER OF COMMERCE AND WORLD BAITUL MAL.

WICC&amp;WorldBaitulMal

HIMPUNAN 1001 ILMU BERGUNA.

HIMPUNAN 1001 ILMU BERGUNA.

Himpunan1001IlmuBerGuna

[:>>>+-(*CARIAN@SEARCH*)-+<<<:]

Memuatkan ...

Ahad, April 11, 2010

Apabila Terjaga Pukul 3 Pagi...

Apabila Terjaga Pukul 3 Pagi...



Saat sedang nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang begitu empuk, bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, anda terbangun tiba-tiba. Setelah mata terbuka, persekitaran diamati. Belum subuh lagi ni, hati bermonolog sendirian. Kemudian tangan mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapatkan satu kepastian. "Oh, baru pukul 3 pagi."



Dalam situasi di atas, apa yang akan anda lakukan? Di sini anda mempunyai beberapa pilihan. Tanya iman anda dan buatlah pilihan yang bijak.



PILIHAN 1.

Kebanyakan kita akan menarik selimut semula dan menyambung episod kedua mimpi yang tergantung separuh jalan.



Bukan itu sahaja, hati turut mengomel, "Apasal la aku bangun awal sangat." Terzahir sebuah kekesalan. Kesal bangun awal? Naudzubillah.



PILIHAN 2.

"Oh baru pukul 3 pagi. Waktu macam ni doa makbul. Ya ALLAH, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.".



Kemudian sambung kembali 'ibadah senyap'.



PILIHAN 3.

Sebaik menyedari dah pukul 3 pagi (bukan baru pukul 3 pagi), segera bangun untuk Solat Tahajud. Sembahlah ALLAH saat mata-mata lain terpejam rapat, rukuklah saat hati kita masih tenang, sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah saat doa didengari ALLAH.



Terjaga di awal pagi adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan ALLAH. Siapa tahu saat ALLAH takdirkan kita terjaga, sebenarnya ALLAH menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan pada malam tersebut. Mulalah dari langkah pertama, berdoa sebaik terjaga. Malah mintalah dari ALLAH untuk bangkitkan kita malam-malam seterusnya. Itulah caranya mengucapkan terima kasih kerana terjaga saat sedang tidur, bukan mengomel penuh kekesalan. Tetapi alangkah baiknya andai Tahajud dapat ditunaikan.

2 ulasan:

  1. assalamualaikum....,

    benarlah dikatakan tidur itu merehatkan tubuh badan dan merehatkan minda yang keletihan namun tidur itu jugak merehatkan diri dari beriman. setan dan AMARAH tidak pernah terlena atau keletihan kerana keduanya adalah di beri tugas sebagai khalifah kebinasaan namun jiwa itu mempunyai kekuatan luarbiasa yang menjadi khalifah yang dapat menhidupkan malam bermula jam 3pagi...

    AKU TETAP INGIN MENCARI MU,
    WALAU SAYU AKU HARU BIRU,
    DALAM RINDU MENIKAM KALBU,
    KERANA MU LAH AKU MOHON BERSATU.

    BalasPadam
  2. Wa'alaikumussalam.

    Salam Isnin.

    Yup, Indeed, WAHAI Bro ZL yg BudiMan. And Such A Unique Poem. Susunatur Ayat Penuh BerSeni. Syabas.

    Salam Zahir+Batin.

    BalasPadam