
Jadilah Sahabat Seperti Cermin (Sifat-Sifat & Ciri-Ciri KeUnggulannya).
Cermin mungkin layak sungguh diisytiharkan sebagai suatu objek yang paling Baik dan Kaya dengan ciri-ciri KeUnggulan yang dimilikinya, yang ternyata pada zahirnya juga yang tersirat lagi tersembunyi kepelbagaian hikmah yang terkandung di dalamnya.
Sifat-Sifat KeUnggulan Peribadi Sang Cermin.

*Sentiasa berdiam diri dan tidak pernah memberitahu perihal buruk (mengaibkan) kita kepada orang lain.
*Cermin melambangkan perilaku kita, begitu juga Sahabat.
*Kalau diri kita berperilaku baik, maka Sahabat juga dapat mengambil teladan dari sifat perilaku kita dan begitu juga sebaliknya.
*Cermin yang memantulkan wajah kita tetap setia. Tidak pernah apabila kita berdepan menghadap Cermin, wajah orang lain yang muncul.
*Walau Cermin retak 1000 (seribu), beliau tetap setia dan masih menunjukkan wajah kita.
*Begitu juga halnya dengan Sahabat, walaupun hati beliau dilukai, beliau tetap bersama dengan kita. Tidak pernah menikam dari belakang hatta sekalipun.
*Betapa Baiknya Seorang Sahabat, Sang Cermin banyak memberi Refleks kepada kita.
*Tanpa Cermin hidup kita akan susah. Sebab itulah setiap rumah pasti ada Cermin, sama seperti Sahabat, sentiasa diperlukan.
Ukhwah Itu Indah.

Unforgettable MightySamwise Quote: "You know Mr Frodo, I cannot carry it (the ring) for You. But..... I CAN CARRY YOU!!!" (Pergh, KeGagahan & KeGempaqan & KeHeroan Sang Samwise Gamgee Terserlah).
Ada satu Sirah tentang Sahabat.....
Ada seorang hamba ALLAH pergi ke satu kampung lain untuk menziarahi Sahabatnya. Lalu ALLAH mengutus seorang Malaikat untuk memerhatikan hamba ALLAH itu di sepanjang perjalanannya.
Kemudian Malaikat bertanya, “Mahu ke manakah engkau?”
“Aku mahu pergi ke rumah Sahabatku di kampung itu.” Kata hamba ALLAH itu.
Malaikat bertanya lagi, “Apakah budi bagimu kepadanya yang engkau mengharap balasan daripada temanmu?”
Kata hamba ALLAH itu, “Tidak... Aku mencintainya kerana ALLAH SWT.”
Malaikat berkata, “Sebenarnya aku adalah Malaikat, utusan dari ALLAH SWT kepada engkau. Bahawa sesungguhnya ALLAH mencintaimu sebagaimana engkau mencintai Sahabatmu kerana ALLAH.”
Salam PenCerminan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan