DzikirTariqatAhmadiah

[:>>>+-(*BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*ASSALAAMU'ALAIKUM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*ASSALAAMU'ALAIKUM*)-+<<<:]

Halkerin.

Selamat MenZiarahi Ke Blog Halkerin.

BarangSiapa Yang BerKeMahuan+BerKePerluan Kopi+Pes (Juga MeLakukan Sedikit SeBanyak Modifikasi) IntiPati+IntiSari Yang TerKandung Di Sesawang Ini, Bisa Aja Terus DiLaksana Kan, Enggak Butuh Mohon KeIzinan Dari Sang Empunya Blog Ini. Hak Cipta Non+TerPelihara.

Malah Kalian DiGalak Kan Untuk BerKongsi Maklumat-Maklumat Yang Bisa KeDapatan Di Dalam Blog Ini Di Laman-Laman Peribadi Kalian Seperti FaceBook, Twitter, Blog, Web Dan Lain-Lain. Tiada Larangan Sama SeKali.

*DAN LAGI, BLOG HALKERIN INI MUNGKIN AKAN TERPADAM DARI ALAM ONLINE INI PADA BILA2 MASA. KALAU RASA BERMANFAAT, SILA COPY & SAVE, KALAU RASA BULL$H!+, SILA ABAI KAN.

Sekian Sahaja, PemBeriTahuan Yang Ingin hamba Khabar Kan. Salam Gemilang, Cemerlang & TerBilang hamba Ucap Kan Kepada Kalian. Semuga Kita Semua Senantiasa BerAda Di Dalam KeRahmatan Ilahi, DiBerkati ALLOOH Dan BerWujud Di Dalam KeRedhoan-Nya.

JAZAKUMULLOOHU KHOIRON KATSIIROO, WABAAROKALLOOHU FIIKUM, WABILLAAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH, WASSALAAMU"ALAIKUM WAROHMATULLOOHI WABAROKAATUHU WAMAGHFIROTULLOOHU WARIDHOLLOOHI AJMA"IIN.

Followers.

Mesej Kepada Para PengIkut.

Jangan MengIkuti hamba. Ikuti Lah (Pimpinan + Bimbingan + Kawalan) ALLOOH + DriSenDri. Insya'ALLOOH.....
IP

[:>>>+-(*CARIAN@SEARCH*)-+<<<:]

Ahad, April 18, 2010

Wati Cari Man.

Salam PenCarian.


Judul di atas, adalah merupakan singkatan (Ayat Pendek) dari Ayat Penuhnya yang berayat seperti ayat di bawah ini.....

Yang BudiWati MenCari Yang BudiMan.

Juga lebih lazim dimengertikan seperti 2 Ayat kat bawah tu.....



Perigi Ca... (To be continue below the image).





(Continued from the top) ri Timba.





Bunga Ca... (Bersambung di bawah gambar).





(Sambungan dari atas) ri Kumbang.





Giliran Wanita Yang Buka Mulut..., "Tidak Salah Wati Cari Man."





Ramai yang sudah berkeinginan untuk berkahwin tapi tidak juga kahwin-kahwin. Nampak seolah-olah susahnya menuju ke gerbang perkahwinan, seperti susahnya hendak mendapat rezeki walaupun rezeki kelihatan sudah ada di depan mata.

Begitulah halnya dengan kaum wanita dalam soal mendapatkan jodoh. Kadang-kadang calonnya sudah ada tapi belum juga dapat berkahwin disebabkan halangan tertentu. Berkahwin menjadi susah mungkin kerana calon yang difikirkan sesuai sudah ada tetapi sang kumbang tidak memulakan inisiatif untuk menyatakan hasrat, apalagi untuk masuk meminang. Pinangan yang ditunggu-tunggu tak sampai.

Perempuan juga mungkin susah mendapatkan jodoh kerana telah melewati usia tertentu. Misalnya, seorang kakak sulung mungkin menangguhkan hasrat untuk berkahwin kerana memberi perhatian lebih kepada persekolahan adik-adik hinggalah adik-adik dulu yang berkahwin. Si kakak bila sampai masa untuk berkahwin, gagal pula bertemu jodohnya kerana lelaki yang dikira agak sebaya telah pun berkahwin lebih awal.

Atau yang belum berkahwin akan mencari perempuan yang lebih muda. Ada juga yang melewatkan kahwin kerana menunggu sehingga habis belajar sampai ke peringkat yang dicita-citakan. Tetapi bila sudah sampai ke tahap itu, timbul pula masalah mendapatkan jodoh yang setaraf. Dalam situasi seperti ini, kaum bunga berada di persimpangan.

Antara mencari jalan untuk dapat berkahwin atau terus hidup membujang. Jika mahu berkahwin juga, mereka tidak boleh lagi semata-mata menunggu, ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. Sebaliknya, mungkin sudah sampai masanya wanita sendiri yang harus memulakan inisiatif mencari dan memilih jodoh.

Paling tidak, mereka sendiri yang mula membuka mulut sekiranya memang sudah cukup bersedia untuk berkahwin. Di sini, perigilah yang berusaha mencari timba. Amalan ‘perigi mencari timba’ ini bukan amalan lumrah tapi tidak pula salah. Syariat Islam membenarkannya.

*****

Di zaman Nabi SAW sendiri ada berlaku. Seorang wanita pernah menemui seorang Sahabat menawarkan dirinya untuk dipinang sebagai isteri. Sahabat tadi menerimanya dengan senang hati kerana memang dia sendiri pun ada hati pada wanita tersebut, cuma malu untuk buka mulut.

Malah pernah seorang wanita menawarkan diri untuk diperisterikan oleh Rasulullah SAW. Walaupun Baginda SAW tidak menerima tawaran itu tapi tidak pula mengatakan cara wanita itu salah. Rasulullah SAW sendiri sebelum menjadi Rasul telah berkahwin dengan Siti Khadijah r.ha ekoran lamaran yang dibuat oleh Siti Khadijah melalui seorang perantara. Ia disusuli oleh kunjungan adat wakil keluarga baginda yang menemui keluarga Siti Khadijah untuk merasmikan ikatan pertunangan dan seterusnya perkahwinan.

Paling utama dalam memilih jodoh adalah mendapatkan pasangan yang baik, sesuai dan serasi. Apabila calon telah ditemui dengan asas pemilihannya menekankan pada aspek agama dan akhlak, proses seterusnya sepatutnya menjadi lebih mudah.

Kerana Rasulullah SAW berpesan: “Apabila datang (meminang) kepadamu orang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya maka kahwinilah dia. Jika engkau tidak berbuat demikian, akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang luas.” (Riwayat At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Al-Hakim).

Dalam konteks ini, amalan ‘perigi mencari timba’ boleh dilihat sebagai salah satu kaedah untuk memudahkan proses perkahwinan. Ia salah satu jalan keluar bagi mengatasi halangan bertemu jodoh dan berkahwin, khususnya bagi wanita.


Salam PeMilihan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan