A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z. 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 (HotLain+NeutrelLain+KoolLain).
[:>>>+-(*BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM*)-+<<<:]
[:>>>+-(*ASSALAAMU'ALAIKUM*)-+<<<:]
Halkerin.
Selamat MenZiarahi Ke Blog Halkerin.
BarangSiapa Yang BerKeMahuan+BerKePerluan Kopi+Pes (Juga MeLakukan Sedikit SeBanyak Modifikasi) IntiPati+IntiSari Yang TerKandung Di Sesawang Ini, Bisa Aja Terus DiLaksana Kan, Enggak Butuh Mohon KeIzinan Dari Sang Empunya Blog Ini. Hak Cipta Non+TerPelihara.
Malah Kalian DiGalak Kan Untuk BerKongsi Maklumat-Maklumat Yang Bisa KeDapatan Di Dalam Blog Ini Di Laman-Laman Peribadi Kalian Seperti FaceBook, Twitter, Blog, Web Dan Lain-Lain. Tiada Larangan Sama SeKali.
BarangSiapa Yang BerKeMahuan+BerKePerluan Kopi+Pes (Juga MeLakukan Sedikit SeBanyak Modifikasi) IntiPati+IntiSari Yang TerKandung Di Sesawang Ini, Bisa Aja Terus DiLaksana Kan, Enggak Butuh Mohon KeIzinan Dari Sang Empunya Blog Ini. Hak Cipta Non+TerPelihara.
Malah Kalian DiGalak Kan Untuk BerKongsi Maklumat-Maklumat Yang Bisa KeDapatan Di Dalam Blog Ini Di Laman-Laman Peribadi Kalian Seperti FaceBook, Twitter, Blog, Web Dan Lain-Lain. Tiada Larangan Sama SeKali.
*DAN LAGI, BLOG HALKERIN INI MUNGKIN AKAN TERPADAM DARI ALAM ONLINE INI PADA BILA2 MASA. KALAU RASA BERMANFAAT, SILA COPY & SAVE, KALAU RASA BULL$H!+, SILA ABAI KAN.
Sekian Sahaja, PemBeriTahuan Yang Ingin hamba Khabar Kan. Salam Gemilang, Cemerlang & TerBilang hamba Ucap Kan Kepada Kalian. Semuga Kita Semua Senantiasa BerAda Di Dalam KeRahmatan Ilahi, DiBerkati ALLOOH Dan BerWujud Di Dalam KeRedhoan-Nya.
JAZAKUMULLOOHU KHOIRON KATSIIROO, WABAAROKALLOOHU FIIKUM, WABILLAAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH, WASSALAAMU"ALAIKUM WAROHMATULLOOHI WABAROKAATUHU WAMAGHFIROTULLOOHU WARIDHOLLOOHI AJMA"IIN.
Sekian Sahaja, PemBeriTahuan Yang Ingin hamba Khabar Kan. Salam Gemilang, Cemerlang & TerBilang hamba Ucap Kan Kepada Kalian. Semuga Kita Semua Senantiasa BerAda Di Dalam KeRahmatan Ilahi, DiBerkati ALLOOH Dan BerWujud Di Dalam KeRedhoan-Nya.
JAZAKUMULLOOHU KHOIRON KATSIIROO, WABAAROKALLOOHU FIIKUM, WABILLAAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH, WASSALAAMU"ALAIKUM WAROHMATULLOOHI WABAROKAATUHU WAMAGHFIROTULLOOHU WARIDHOLLOOHI AJMA"IIN.
Followers.
Mesej Kepada Para PengIkut.
Jangan MengIkuti hamba. Ikuti Lah (Pimpinan + Bimbingan + Kawalan) ALLOOH + DriSenDri. Insya'ALLOOH.....
[:>>>+-(*CARIAN@SEARCH*)-+<<<:]
Ahad, September 27, 2009
Three Tough Questions.
There was a young man who went overseas to study for quite a long time. When he returned, he asked his parents to find him a religious scholar or any expert who could answer his Three Questions.
Finally, his parents were able to find a Muslim scholar.
"Who are you? Can you answer my questions?," asked the young man.
"I am one of ALLAH (Subhanahu wa Ta'ala)'s slaves and Insya'ALLAH (God willing), I will be able to answer your questions," replied the Scholar.
"Are you sure? A lot of Professors and experts were not able to answer my questions," replied the young boy.
"I will try my best, with the help of ALLAH (Subhanahu wa Ta'ala)"
"I have 3 questions," began the boy.
1. Does God exist? If so, show me His shape.
2. What is takdir (fate)?
3. If syaitan (Devil) was created from the fire, why at the end he will be thrown to hell that is also created from fire. It certainly will not hurt him at all, since Syaitan (Devil) and the hell were created from fire. Did God not think of it this far?
Suddenly, the Scholar slapped the young man's face very hard!
The young man, who was shocked and hurt by the slap became confused, "Why do are you angry at me?" he asked.
"I am not angry," answered the scholar, "The slap is my answer to your three questions."
"I really don't understand," the young man said. He was really confused.
The scholar began to explain, "How did you feel after I slapped you?," he asked.
"Of course, I felt the pain. it hurt," he replied.
"So do you believe that pain exists?" the scholar asked.
"Yes."
"Now Show me the shape of the pain!" said the wise Scholar.
"I cannot," the young man replied.
"That is my first answer. All of us feel God's existence without being able to see His shape... Last night, did you dream that you will be slapped by me?," the scholar replied.
"No"
"Did you ever think that you will get a slap from me, today?," the scholar continued.
"No."
"That is takdir (fate)........" The scholar continued, "My hand that I used to slap you, what is it created from?"
"It is created from flesh," replied the young man.
"How about your face, what is it created from?"
"Flesh, as well" replied the young man.
"How did you feel after I slapped you?"
"In pain."
"Even though Syaitan (Satan) and Jahunnum (Hell-fire) were created from fire, if ALLAH wants, Insya'ALLAH (God willing), the Hell-fire will become a very painful place for Syaitan (Devil)" ended the wise Scholar.
The wise Scholar had answered all three of the tough questions by one slap.
Sabtu, September 26, 2009
Fadhilat & Hikmat AYAT SERIBU DINAR.
AYAT SERIBU DINAR.
Mafhum Ayat:
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri sepenuhnya kepada ALLAH, maka ALLAH cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya ALLAH tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. ALLAH telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Surah At-Talaq (65), Ayat 2 dan 3.
Ini Ayat Seribu Dinar namanya, ayat ini diamalkan oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi ALLAH Khidir (Balya) as ketika berlayar di laut dengan berkata berkat dari amalan ayat ini, hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.
Ayat ini mengandungi seribu faedah sekiranya diamalkan setiap kali selepas Solat Fardhu, Insya’ALLAH akan memperolehi banyak faedah & pelbagai manfaat.
Antara Fadhilat & Hikmat AYAT SERIBU DINAR.
*Barangsiapa yang beramal dengan ayat ini, ALLAH SWT akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, ALLAH SWT akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak disangka-sangka dan ALLAH SWT menunaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada ALLAH, terlindung daripada segala bala bencana di darat dan di laut juga di udara serta di mana-mana sahaja kita berada.
*Dibacakan ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3x dan dihembuskan kepada sipesakit itu dan dijampi pada air sebanyak 3x lalu diberi minum, Insya'ALLAH sipesakit akan sembuh.
*Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh durjana, beramallah selalu dengan ayat ini setiap selepas Solat Fardhu, mudah-mudahan kita mendapat pertolongan dan perlindungan dari ALLAH SWT terhadap segala kesusahan & penganiayaan yang dialami.
*Sekiranya pergi bertempur, masuk berperang & berjihad Fisabilillaah menentang musuh-musuh, tiada lut oleh terbakar (kepanasan api), jika dipukul dengan besi tiada mudharat dan tiada binasa dari sebarang benda & segala sesuatu yang bahaya serta lahir kederat (kekuatan) gagah dan keberanian serta kewibawaan yang hebat dan luarbiasa sehingga digeruni sekalian lawan & musuh.
Marilah kita beramal dengan Ayat Seribu Dinar ini dan bertawakal kepada ALLAH, membaca ayat ini (minimum 1x, sebaik-baiknya 3x) setiap selesai Solat Fardhu, ketika hendak tidur dan ketika hendak keluar dari rumah, Insya'ALLAH mudah-mudahan akan dapat memperolehi banyak ganjaran daripadaNya.
Mafhum Ayat:
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri sepenuhnya kepada ALLAH, maka ALLAH cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya ALLAH tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. ALLAH telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Surah At-Talaq (65), Ayat 2 dan 3.
Ini Ayat Seribu Dinar namanya, ayat ini diamalkan oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi ALLAH Khidir (Balya) as ketika berlayar di laut dengan berkata berkat dari amalan ayat ini, hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.
Ayat ini mengandungi seribu faedah sekiranya diamalkan setiap kali selepas Solat Fardhu, Insya’ALLAH akan memperolehi banyak faedah & pelbagai manfaat.
Antara Fadhilat & Hikmat AYAT SERIBU DINAR.
*Barangsiapa yang beramal dengan ayat ini, ALLAH SWT akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, ALLAH SWT akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak disangka-sangka dan ALLAH SWT menunaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada ALLAH, terlindung daripada segala bala bencana di darat dan di laut juga di udara serta di mana-mana sahaja kita berada.
*Dibacakan ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3x dan dihembuskan kepada sipesakit itu dan dijampi pada air sebanyak 3x lalu diberi minum, Insya'ALLAH sipesakit akan sembuh.
*Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh durjana, beramallah selalu dengan ayat ini setiap selepas Solat Fardhu, mudah-mudahan kita mendapat pertolongan dan perlindungan dari ALLAH SWT terhadap segala kesusahan & penganiayaan yang dialami.
*Sekiranya pergi bertempur, masuk berperang & berjihad Fisabilillaah menentang musuh-musuh, tiada lut oleh terbakar (kepanasan api), jika dipukul dengan besi tiada mudharat dan tiada binasa dari sebarang benda & segala sesuatu yang bahaya serta lahir kederat (kekuatan) gagah dan keberanian serta kewibawaan yang hebat dan luarbiasa sehingga digeruni sekalian lawan & musuh.
Marilah kita beramal dengan Ayat Seribu Dinar ini dan bertawakal kepada ALLAH, membaca ayat ini (minimum 1x, sebaik-baiknya 3x) setiap selesai Solat Fardhu, ketika hendak tidur dan ketika hendak keluar dari rumah, Insya'ALLAH mudah-mudahan akan dapat memperolehi banyak ganjaran daripadaNya.
Selasa, September 15, 2009
Al-Kisah Seorang Guru Dengan Seorang Anak Muridnya.
Saya sangat mengagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.
Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan. Air mata sahaja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 petang, kelihatan seorang anak lelaki sedang berlari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Belum pun pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula bergenang.
"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh.
Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"
Dia terkejut dan wajahnya berubah.
"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju
dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya
"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"
"Mak pesan, jangan meminta-minta dari orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada
orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu,
......."
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu. Cerita-cerita begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang Guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara-perkara berikut:
i. Solat Sunat.
ii. Puasa Sunat.
iii. Berdzikir.
iv. Bersedekah.
v. Mengusap Rambut Anak-Anak Yatim.
vi. Mendengar Cerita-Cerita & Sejarah Pengalaman Dari Kesusahan Orang Lain.
vii. Membantu Golongan Insan-Insan Yang Dalam Kesusahan & Kaum Fakir Miskin Yang Perlukan Bantuan.
Wallahu'alam...
Rawatan Kecantikan Kulit Muka (Classic Method).
Rawatan Kecantikan Kulit Muka (Classic Method).
Bahan-Bahan yang diperlukan ialah:-
*Daun Pisang (untuk kegunaan 3 hari, 1 hari 1 kali).
*Batang Keladi (untuk kegunaan 3 hari, 1 hari 1 kali).
*Daun Pandan 3 helai.
*Air Masak 2 Botol.
Bila dah ada barang-barang tu boleh la hubungi Talian Hotline saya (*019-3090904*) atau terus datang ke rumah untuk menjalani rawatan.
*Bayaran SeIkhlas Hati.
Abg Roza, Profesional Facial Therapist (hehehe).
Bahan-Bahan yang diperlukan ialah:-
*Daun Pisang (untuk kegunaan 3 hari, 1 hari 1 kali).
*Batang Keladi (untuk kegunaan 3 hari, 1 hari 1 kali).
*Daun Pandan 3 helai.
*Air Masak 2 Botol.
Bila dah ada barang-barang tu boleh la hubungi Talian Hotline saya (*019-3090904*) atau terus datang ke rumah untuk menjalani rawatan.
*Bayaran SeIkhlas Hati.
Abg Roza, Profesional Facial Therapist (hehehe).
Isnin, September 14, 2009
Petua Menghilangkan Rasa Mengantuk.
Petua Menghilangkan Rasa Mengantuk.
Ayat Inti dari sebahagian keratan Ayatul Kursi, Surah Al-Baqarah (2), Ayat 255.
Maksudnya:
"Yang tidak mengantuk usahkan tidur."
Petua:
Jika kita berasa mengantuk, maka bacalah ayat di atas. Dibaca 3x sambil diusap dan ditekan pada pangkal hidung (di antara kedua-dua belah mata).
Ayat Inti dari sebahagian keratan Ayatul Kursi, Surah Al-Baqarah (2), Ayat 255.
Maksudnya:
"Yang tidak mengantuk usahkan tidur."
Petua:
Jika kita berasa mengantuk, maka bacalah ayat di atas. Dibaca 3x sambil diusap dan ditekan pada pangkal hidung (di antara kedua-dua belah mata).
Ahad, September 13, 2009
Rahsia Angka 7 (Tujuh).
Rahsia Angka 7.
Tahukah anda bahawa angka 7 ini dalam ISLAM banyak keistimewaannya yang kita sendiri mungkin tidak mengetahuinya.
Sesungguhnya Zat Pencipta, yang Maha Besar kekuasaanNya dan Maha Tinggi KalimahNya telah menghiasi tujuh perkara dengan tujuh perkara dan menghiasi pula setiap tujuh perkara itu dengan tujuh perkara yang lain, untuk memberitahu kepada orang-orang berilmu bahawa angka 7 itu mempunyai rahsia yang sangat besar dan kedudukan yang agung di sisi ALLAH SWT.
1. ALLAH menghiasi udara dengan tujuh lapis langit. Dan dihiasi pula tujuh langit itu dengan tujuh bintang.
FirmanNya yang bermaksud: Dan kami bina di atas kamu tujuh buah (langit) yang kukuh. Petikan dari Surah an-Naba' Ayat 12.
Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang di langit. Petikan dari Surah Al-Hijr Ayat 16.
2. ALLAH telah hiasi padang yang lapang dengan tujuh lapis bumi. Dan ALLAH hiasi bumi itu pula dengan tujuh lautan.
Firman ALLAH yang bermaksud: ALLAH, Dialah yang telah menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Petikan dari Surah at-thalaq Ayat 12.
Dan laut, ditambah kepadanya dengan tujuh laut sesudahnya. Petikan dari Surah luqman Ayat 27.
3. ALLAH telah menghiasi Neraka dengan tujuh tingkat, iaitu Jahanam, Sa'ir, Saqar, Jahim, Hutomah, Ladhaa, dan Hawiyyah kemudian disediakan Neraka itu tujuh pintu.
4. ALLAH menghiasi Al-Quran dengan tujuh surah yang panjang. kemudian dihiasi pula baginya dengan tujuh ayat pembuka kitab iaitu surah Al-Fatihah. Petikan dari Surah Al-Fatihah.
5. ALLAH menghiasi manusia dengan tujuh anggota badan iaitu dua tangan, dua lutut, dua kaki dan satu wajah, Dan kemudian dihiasi pula anggota yang tujuh itu dengan tujuh peribadatan iaitu tujuh anggota sujud dua tangan dengan doa, dua kaki dengan berdir tegak, dua lutut dengan duduk dan satu muka dengan sujud.
6. ALLAH menghiasi umur manusia dengan tujuh peringkat iaitu masa lahir di sebut "RADLI", kemudian "FATHIM", kemudian "KUHUL", kemudian "SYAIKH". Dan dihiasi dengan tujuh peringkat ini dengan tujuh kalimah iaitu: LAA ILAA HA IL LALLAAH MUHAMMADUR RASULLULLAAH.
7. ALLAH menghiasi dunia dengan tujuh negeri yang besar iaitu
i- Hindustan.
ii- Hijaz.
iii- Basrah, Badiyah dan Kufah.
iv- Iraq, Syam, Khurasan, sampai Balakh.
v- rome dan Armania.
vi- Ya'juj dan Ma'juj.
vii- Cina dan Turkistan.
Kemudian ALLAH hiasi tujuh negeri itu dengan tujuh hari, Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian ALLAH muliakan tujuh Hari itu dengan tujuh Nabi iaitu Nabi Musa a.s. (Sabtu), Nabi Isa a.s. (Ahad), Nabi Daud a.s. (Isnin), Nabi Sulaiman a.s. (Selasa), Nabi Ya'akub a.s. (Rabu), Nabi Adam a.s. (Khamis) dan Nabi Muhammad SAW dengan umatnya pada hari Jumaat.
RAHSIA 7.
Umpama ada keajaiban (magik), nombor 7 mengatasi signifikan nombor-nombor yang lain dalam pelbagai aspek kehidupan, mitos, fakta, kepercayaan, agama, sistem bio-energi, alam dan lain-lain. Ada RAHSIA yang tersembunyi, ada kaitan yang belum habis diterokai untuk diulaskan segala perihalnya. Mustahil buat saya menyenaraikan segala RAHSIA tersebut namun berikut adalah sekadar renungan dan pemerhatian kita semua tentang RAHSIA 7.
1. PENCIPTAAN ALAM.
Teori astro fizik menyatakan alam ini terbentuk dari satu letupan MAHA Hebat yang membawa kekosongan kepada kewujudan ALAM. Ia dinamakan Teori ‘BIG BANG’. Menurut teori ini, ALAM terbentuk kira-kira 14 (7X2) billion tahun yang lalu. Menariknya di sini, nama ‘big bang’ yang diilhamkan oleh Yang Maha Merancang pada saintis yang menemui teori ini mempunyai 7 huruf (B.I.G.B.A.N.G).
2. PERKEMBANGAN ALAM.
Menurut teori-teori yang hebat diperdebatkan pada sekitar tahun 70an ini, ALAM ini berkembang dari satu titik dalam pergerakkan yang sama dan begitu terancang, yang setiap satu cakerawalanya bergerak dalam laluan-laluan atau orbit yang tersendiri. Menariknya fakta ini telah pun diterangkan di dalam Al-Quran yang diturunkan pada abad yang ke 7, kira-kira 1400 (7X200) tahun yang lalu di dalam surah AD-DHARIYAT ayat 7 yang bermaksud: ‘Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya’.
3. RAHSIA LANGIT.
Di dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 32 yang bermaksud:
‘Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda (Kekuasaan Kami) yang ada padanya’. Menariknya fakta ini, surah Al-Anbiya’ adalah surah ke 21 yang mengandungi 112 ayat. Melalui teori kod metamatik/numerology, jika dijumlahkan nombor-nombor ini hasilnya adalah 7:
= surah 21 jumlah ayat 112
= 2+1+1+1+2 = 7
dan, antara kandungan surah ini adalah kisah-kisah (disebut perkataan ‘kisah’) 7 Nabi Allah iaitu:
Nabi Allah Ibrahim a.s.
Nabi Allah Nuh a.s.
Nabi Allah Daud a.s.
Nabi Allah Sulaiman a.s.
Nabi Allah Ayub a.s.
Nabi Allah Yunus a.s.
Nabi Allah Zakaria a.s.
4. BUMBUNG YANG MELINDUNGI.
Menurut sains astronomi pula ‘langit sebagai bumbung’ dari surah di atas bolehlah dikaitkan sebagai ‘atmosfera’ yang bertindak sebagai perisai kepada bumi, antara fungsinya:
menapis objek-objek meteor dari jatuh ke bumi.
Menapis pancaran-pancaran cahaya atau gelombang yang tidak sesuai dan merbahaya.
Mengekalkan suhu bumi dan mengelakkan suhu angkasa yang tertalu sejuk.
Hanya membenarkan pancaran gelombang yang berguna atau bermanfaat iaitu:
Gelombang Sinar-X.
Gelombang Ultra Ungu jarak jauh.
Gelombang Ultra Ungu jarak dekat.
Gelombang spektrum cahaya yang boleh dilihat (visible light) yang mengandungi 7 warna iaitu ungu/violet, indigo, biru, hijau, kuning, jingga dan merah.
Gelombang Infra Merah jarak jauh.
Gelombang Infra Merah jarak dekat.
Gelombang Radio.
Langit sebagai bumbung dalam ayat ini diperjelaskan lagi sifatnya didalam surah Al-Baqarah ayat 29 yang bermaksud: ‘Dialah (ALLAH) yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikanNya 7 langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu’.
Juga dalam surah Al-Fussilat ayat 12: ‘Maka Dia ,menjadikannya 7 langit dalam dua hari dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya’.
Menariknya, menurut fakta saintifik yang ditemui pada abad yang ke 20, terdapat 7 lapisan langit yang meliputi bumi, dari lapisan yang terawal sejauh 7 batu hinggalah lapisan yang teratas/tinggi sejauh 700 batu. Lapisan-lapisan tersebut adalah:
Exosfera – 7 batu.
Ipnosfera.
Termosfera.
Mesosfera.
Ozonosfera.
Stratosfera.
Troposfera – 700 batu.
5. LANGIT YANG KEMBALI (KITAR).
Antara tugasan langit yang lain unik adalah sebagai lapisan yang memantulkan semula, iaitu:
Troposfera – wap air naik dari bumi dan turun semula ke bumi pada lapisan ini.
Ozonosfera – cahaya ultra ungu naik dari bumi dan turun semula ke bumi pada lapisan ini.
Ionosfera – gelombang radio naik dan dipantul turun semula ke bumi, membolehkan frekuensi radio berfungsi.
Anggaran saintis mendapati 16,000,000 ton/sesaat air menyejat dari permukaan bumi dan jumlah tersebut adalah sama dengan jumlah 513 trillion ton hujan yang turun semula selama setahun.
6. BUMI.
Jika dihitung dari planet pluto (yang paling jauh dari sistem solar matahari), bumi merupakan planet yang ke 7 yang dekat pada matahari. Ia merupakan satu-satunya planet yang unik yang memiliki keajaiban tersendiri yang merupakan satu-satunya planet yang mempunyai dan sesuai untuk kehidupan.
Bumi mempunyai 7 benua iaitu:
Afrika.
Amerika Selatan.
Amerika Utara.
Antartika.
Asia.
Eropah.
Ocenia.
Jumlah ini merupakan daratan yang berjumlah 30% yang terpisah oleh lautan-lautan yang secara puratanya 70% dari keseluruhan keluasan bumi. Menariknya, perkataan ‘Lautan dan Daratan’ telah disebut di dalam Al-Quran berulang-ulang kali pada jumlah 32:13. Jika dijumlahkan 32+13=45, maka peratusan laut adalah 32/45 X 100 = 71.11111111 atau 70 peratus manakala peratusan daratan adalah 13/45 X 100 = 28.88888889 atau 30 peratus.
7 lautan utama yang terdapat di bumi:
Lautan Artik.
Lautan Antartik.
Lautan Pasifik – Utara.
Lautan Pasifik – Selatan.
Lautan Atlantik – Utara.
Lautan Atlantik – Selatan.
Lautan Hindi.
Kajian sains oleh manusia telah membuktikan fakta ini benar, begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan ALLAH SWT.
Manakala elemen-elemen yang kita sedia maklum dimiliki oleh bumi adalah dari 7 unsur yang berbeza-beza iaitu:
Tanah.
Angin (gas).
Api.
Air.
Kayu.
Batu (gem).
Logam.
Menariknya tatkala manusia mengkaji ciri-ciri kejadian elemen logam, adalah didapati bahawa sumber pembentukkan logam tidak terhasil oleh apa yang ada pada planet bumi, ia adalah batu meteor di angkasa lepas yang jatuh ke bumi. Umpama untuk melengkapkan Rahsia 7, elemen ini diturunkan dari langit untuk manfaat manusia. Ini dibuktikan di dalam Al-Quran pada surah Al-Hadiid ayat 25 yang bermaksud:
‘Sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al-Kitab dan neraca (keadilan). Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan pelbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka menggunakan besi itu) dan supaya ALLAH mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasulNya padahal ALLAH tidak dilihatnya. Sesungguhnya ALLAH Maha Kuat lagi Maha Perkasa’.
Surah ini dinamakan Al-Hadiid (besi), diambil dari perkataan ‘Al-Hadiid’ yang terdapat pada ayat 25 dalam surah ini. Sekali lagi, menurut teori metamatik/numerology : 2+5 = 7.
7 jenis logam:
Plumbum.
Timah.
Besi.
Tembaga.
Merkuri (raksa).
Perak.
Emas.
Suatu keajaiban apabila meneliti kejadian alam yang dilengkapi dengan urutan sistem yang membenarkan kehidupan manusia, iaitu:
Matahari.
Bulan.
Bintang.
Langit (yang mempunyai 7 lapisan).
Bumi (planet yang ke 7 hampir ke matahari).
Lautan (7 lautan utama).
Daratan (yang merangkumi 7 benua).
Kehidupan di bumi wujud daripada ‘kerak’ bumi, satu bahagian yang mempunyai 7 lapisan. Kedalaman kerak bumi adalah 6,370km (kod metamatik: 6+3+7+0=16, 1+6=7).
7. 7 HARI DALAM SEMINGGU.
Peredaran lengkap bumi pada paksinya mengambil masa 24jam menghasilkan kejadian siang & malam. Bumi mengelilingi matahari pada orbitnya dalam masa 365.25 hari melalui 4 perubahan musim iaitu musim panas, dingin, luruh dan bunga. Dalam Al-Quran perkataan HARI di ulang sebanyak 365 kali manakala perkataan BULAN diulang sebanyak 12 kali. Ini secara puratanya menjadikan bilangan hari dalam sebulan menjadi 30. Satu lagi fakta menyatakan bahawa BULAN mengambil masa 29.53 hari untuk melengkapkan pusingan pada paksinya dan melalui 4 peringkat bentuk iaitu bulan sabit, separuh penuh (2 kali) dan bulan penuh. Maka, penetapan 7 hari dalam seminggu adalah dengan mengambil kira fakta peredaran bumi dan bulan iaitu:
Bumi: 365 hari /12 bulan.
= 30 hari / 4 musim.
= 7.61 hari.
Bulan: 29.53 hari / 4 bentuk bulan.
= 7.39 hari.
7 hari dalam seminggu:
Ahad.
Isnin.
Selasa.
Rabu.
Khamis.
Jumaat.
Sabtu.
Dari fakta ini juga kita mendapati secara kasar jumlah minggu dalam setahun (365 hari) adalah 52 minggu (5 + 2 = 7).
Satu lagi kaitan unik yang saya temui adalah dari Kitab Ad-Durr an-Nadhin karya Al-Yafi yang menyebut bahawa, di dalam Ummul Quran (surah Al-Fatihah) yang mengadungi 7 ayat, terdapat semua huruf-huruf (arab) KECUALI 7 huruf iaitu FA', JIM, SYIN, TSA, ZHO, KHO' dan ZAI.
Al-Yafi berkata: setiap huruf ini mewakili 7 hari dalam seminggu, malah setiap satunya memiliki penghulunya (Malaikat) yang tersendiri yang mempunyai nama gelaran masing-masing iaitu:
KHO untuk hari Ahad, dan penghulunya adalah Malaikat Rawfa’il. Nama khasnya: Khobir.
SYIN untuk hari Isnin, dan penghulunya adalah Malaikat Jibril. Nama khasnya: Syakir.
ZAI untuk hari Selasa, dan penghulunya adalah Malaikat Samsama’il. Nama khasnya: Zaki.
ZHO' untuk hari Rabu, dan penghulunya adalah Malaikat Mika’il. Nama khasnya: Zhohir.
TSA untuk hari Khamis, dan penghulunya adalah Malaikat Sirfaya’il. Nama khasnya: Tsabit.
JIM untuk hari Jumaat, dan penghulunya adalah Malaikat ‘Anya’il. Nama khasnya: Jabbar.
FA' untuk hari Sabtu, dan penghulunya adalah Malaikat ‘Azra’il. Nama khasnya: Fatir.
Terdapat beberapa lagi kod metamatik perihal Rahsia 7 yang terdapat di dalam Al-Quran antaranya:
Jumlah perkataan AL-DUNYA disebut 115 kali (1+1+5=7) manakala AL-AKHIRAH juga disebut 115 kali (1+1+5=7).
Jumlah perkataan AL-MALAIKAH diulang 88 kali (8+8=16, 1+6=7) manakala AL-SYAYAATHIIN diulang 88 kali (8+8=16, 1+6=7).
Perkataan LIDAH diulang 25 kali (2+5=7) manakala SUMPAH juga 25 kali (2+5=7).
MANUSIA & RAHSIA 7.
Manusia adalah KHALIFAH di muka bumi. Khalifah pada umat ISLAM pula adalah Nabi MUHAMMAD, yang merupakan Rasul yang terakhir dari 25 (2+5=7) rasul-rasul ALLAH.
Marilah kita meneliti kaitan Rahsia 7 pada sistem manusia sebagai sehebat-hebat kejadian Yang Maha Pencipta.
1. Komposisi Tubuh.
Secara kasar, tubuh manusia bolehlah dibahagikan pada 7 komposisi yang utama iaitu:
1 unit kepala.
1 unit leher.
1 tubuh badan.
2 unit tangan.
2 unit kaki.
2. Pancaindera Utama (deria).
Pancaindera merupakan ‘penghubung’ manusia dengan dunia luarnya. Melalui deria-deria ini manusia dapat menerima maklumat, berinteraksi dan bertindak balas dengan alam sekelilingnya. Pancaindera tersebut adalah:
1 mulut.
sepasang telinga (2 lubang).
sepasang rongga Hidung (2 lubang).
sepasang Mata (2 unit).
3. Rongga pada Tubuh.
Rongga atau lubang pada tubuh merupakan ekses keluar dan masuk udara, makanan ataupun cecair bagi pelbagai tujuan untuk kehidupan manusia. Terdapat 7 rongga atau lubang pada tubuh manusia iaitu:
2 rongga telinga.
2 rongga hidung.
1 mulut.
1 salur kencing.
1 rongga dubur.
4. 7 bahagian pada Ambrio Manusia:
Amnion.
Chorionic Villi.
Spinal Cord.
Jantung.
Otak.
Umbilical Cord.
Yolk Sac.
5. 7 Organ Utama dalam tubuh Manusia:
Otak.
Jantung.
Alat kelamin.
Paru-paru.
Hati.
Ginjal.
Perut.
6. 7 Kelenjar utama dalam tubuh:
Pituitary.
Pineal.
Thyroid.
Thymus.
Pancreas.
Gonads.
Adrenals.
7. 7 Bahagian utama pada Otak:
Cerebrum.
Cerebellum.
Pons Varolii.
Medula Oblongatta.
Corpus Callosum.
Spinal Cord.
Meninges.
8. 7 Bahagian utama pada Telinga:
Vestibule.
Auditory Canal.
Tympanic Membrane.
Ossicles.
Semi-circular Canal.
Cochlea.
Membranous Labyrinth.
9. 7 Bahagian utama pada Mata:
Kornea.
Aqueous Humor.
Kanta.
Vitreous Humor.
Retina.
Sclera.
Iris.
10. 7 Bahagian utama pada Jantung:
Ventrikal Kanan.
Ventrikal Kiri.
Atrium Kanan.
Atrium Kiri.
Tricuspid Valve.
Mitral Valve.
Septum.
11. 7 Lapisan pada Kulit:
Stratum Corneum.
Stratum Lucidum.
Stratum Granulosum.
Prickle Cell layer.
Basar Cell Layer.
Corium.
Hair Follicle.
12. 7 Fungsi tubuh:
Respiration.
Circulation.
Assimilation.
Excretion.
Reproduction
Sensation.
Reaction.
13. Komposisi Air dalam tubuh.
Lebih 70% dari sistem tubuh adalah air. Bagi bayi, 97% (9+7=16, 1+6=7) adalah air manakala orang dewasa pula adalah 75%.
Otak manusia 74.5%(7+4+5=16, 1+6=7) adalah cecair.
Darah manusia 83.5%(8+3+5=16, 1+6=7)) adalah cecair.
Ginjal manusia 82.6%(8+2+6=16, 1+6=7) adalah air.
Otot manusia; sekitar 70% adalah air.
Tulang manusia; sekitar 22.3%(2+2+3=7) adalah air.
Malah gigi manusia, sekitar 2.5%(2+5=7) adalah air.
Seperti yang telah dijelaskan dalam fakta sebelumnya, komposisi air pada bumi adalah sekitar 70% iaitu sama jumlah komposisi air dalam tubuh manusia. Fakta ini membuktikan Bumi sebagai planet yang sesuai untuk kehidupan manusia. Malah lebih menarik, apabila sifat air diukur dengan ukuran pH bagi menentukan sifat asid atau alkali, pH7 (neutral) merupakan titik keseimbangan dua sifat tersebut.
14. 7 Lapisan Aura.
Aura merupakan lapisan gelombang elektromagnet yang berada di sekitar tubuh fizik yang mengalirkan tenaga. Aura bertindak sebagai biasan pada gelombang yang mengalir pada tubuh fizik juga bertindak sebagai perisai halus yang melindung tubuh fizik tersebut dari gelombang atau sinaran yang merbahaya. Ilmu mengenai aura telah bermula beribu tahun yang lalu, hanya dewasa ini, bukti saintifik berjaya mengesahkannya. Dikatakan aura mempunyai 7 lapisan halus seperti berikut:
Lapisan pertama – Lapisan Tubuh Eterik.
Lapisan yang paling hampir / dalam, dekat dengan tubuh fizikal, mewakili tahap kesihatan tubuh tersebut.
Lapisan ke 2 - Lapisan Tubuh Emosi.
Berkait rapat dengan sistem emosi dan perasaan manusia. Juga mempunyai kaitan pada pengalaman manis dan pahit insan tersebut. Lapisan cahaya warna ini dikatakan setebal 3 inci dari tubuh fizikal.
Lapisan ke 3 - Lapisan Tubuh Mental.
Lapisan ini menceritakan tentang kebolehan kuasa minda sedar tubuh fizik tersebut.
Lapisan ke 4 - Lapisan Tubuh Astral.
Lapisan pertengahan antara lapisan-lapisan yang lain, berkait rapat pada chakra Jantung (hijau). Sebagai lapisan yang menghubungkan tenaga-tenaga yang mengalir dari lapisan luaran ke lapisan dalaman, begitu juga sebaliknya.
Lapisan ke 5 - Lapisan Tubuh Eterik Tinggi.
Lapisan yang berkait rapat dengan lapisan eterik tingkat pertama yang menceritakan perihal kesihatan tubuh fizikal. Namun pada lapisan ini tenaga bergetar pada tingkatan yang lebih tinggi bersamaan dengan getaran gelombang bunyi. Bagi mengimbangi kesihatan lapisan eterik pertama, lapisan eterik tinggi ini memerlukan getaran tenaga bunyi seperti ‘mantra’ atau zikir / doa.
Lapisan ke 6 - Lapisan Tubuh Mental Tinggi.
Tenaga bergetar pada frekuensi yang lebih tinggi yang berkait rapat pada sistem ‘gerakrasa’ atau ‘firasat’ manusia.
Lapisan ke 7 - Lapisan Tubuh Rohaniah.
Lapisan yang menghubungkan tenaga alam terus kepada lapisan aura lain seterusnya ke dalam sistem chakra tubuh untuk berbagai kegunaan dan kepentingan tubuh manusia. Berkait terus dengan sistem ROH yang terhubung dengan ‘talian hayat’ (dikenali juga sebagai kundalini) dari Yang Maha Pencipta.
15. 7 Pusat Tenaga – Chakra.
Chakra merupakan organ metafizik (ghaib) yang wujud dalam sistem bio-energi manusia. Perkataan ‘Chakra’ berasal dari bahasa Sanskrit yang bermaksud roda yang berputar. Ia juga dikenali sebagai pintu gerbang atau ‘portal’ yang berfungsi sebagai pusat penerima, penyimpan dan pengalir tenaga ke seluruh sistem tubuh mengikut tahap dan kegunaannya. Ia juga boleh dikaitkan sebagai bateri hayat bagi kegunaan minda, emosi dan fizikal. Sistem chakra berkait rapat dengan sistem endokrin yang mengawal sistem kelenjar-kelenjar tubuh seperti kelenjar pineal, kelenjar thymus, kelenjar pankreas, kelenjar adrenal dan lain-lain. Dikatakan terdapat kira-kira 365 chakra dalam sistem tubuh, 40 darinya adalah chakra minor dan 7 darinya adalah chakra utama.
CHAKRA PERTAMA – CHAKRA DASAR.
Merupakan chakra yang pertama, berfrekuansi gelombang tenaga merah dan secara amnya berfungsi membekalkan tenaga pada sistem darah, tulang, otot dan saraf manusia. Ia juga bertanggung jawab menentukan perwatakan atau sifat aktif, praktikal dalam keputusan, kecergasan, kesihatan umum tubuh, kepimpinan dan kecergasan fizikal. Ketidakseimbangan tenaga ini akan menyebabkan permasalahan pada sistem tekanan darah, penyakit tulang, sendi, kurang cerdas, masalah seksual, lesu, terlalu atau kurang aktif, tidak rasional, pemarah dll.
CHAKRA KE 2 – CHAKRA EMOSI.
Chakra kedua ini terletak separas dengan pusat (navel), berfrekuansi gelombang tenaga jingga yang membekalkan tenaga pada sistem usus besar dan kecil, alat seksual, pundi kencing, ginjal, bahagian peranakan dan kesuburan. Sifat kreatif, keyakinan, berani mencuba, sifat ingin tahu, rasional, berkeinginan terletak pada keharmonian chakra ini. Permasalahan pada sistem pembuangan, peranakan, seksual, juga sifat penakut, kurang yakin, minda lemah, gelojoh dalam tindakan, suka memaksa adalah sebahagian dari ketidak harmonian tenaga pada chakra ini.
CHAKRA KE 3 – CHAKRA PUSAT.
Dikenali juga sebagai ‘solar plexus chakra’, terletak pada sudu hati, menjadi pusat tenaga untuk kesihatan organ fizikal pada bahagian tersebut; perut, ginjal, sistem hati, limpa dan pankreas. Merupakan medan tenaga pada pemikiran kreatif, logik, cergas, bijaksana dll. Ketidak seimbangan tenaga ini akan mengakibatkan penyakit-penyakit seperti kencing manis, masalah ginjal, gastrik, masalah mata, masalah hati dll. Masalah stres pada minda juga merupakan salah satu pemasalahan ketidak seimbangan tenaga pada chakra ini.
CHAKRA KE 4 – CHAKRA JANTUNG.
Chakra ini mengawal tenaga bagi organ paru-paru, jantung dan kelenjar thymus yang mengawal sistem immun tubuh. Ia juga meliputi sistem saikologi manusia yang berkisar pada emosi, perasaan sayang, sabar, tabah, redha dll. Merupakan sistem penting kerana terdapatnya organ penting manusia iatu jantung yang bekerja 24 jam tanpa henti, juga sistem paru-paru bagi proses pernafasan manusia. Permasalahan pada sistem darah, jantung dan paru-paru adalah kesan tidak harmoni pada chakra ini.
CHAKRA KE 5 – CHAKRA KOMUNIKASI.
Bergelombang biru, warna universal untuk air dan langit yang membersih, menyegar dan menenangkan. Dinamakan chakra komunikasi kerana lokasinya di tengah leher yang menjanakan tenaga pada organ peti suara, kerongkong, thyroid dan para-thyroid yang mengawal sistem aliran penafasan, suara, jumlah kalsium dan sodium dalam badan. Kelenjar hormon pembesaran / kesihatan juga dikawal oleh chakra ini. Manakala, saikologi manusia bagi pertuturan, bahasa, tonasi suara, kemerduan suara yang membolehkan manusia berhubung, berinteraksi, membina hubungan dan kemesraan ditentukan oleh tahap keharmonian chakra ini.
CHAKRA KE 6 – CHAKRA AJNA.
Dikenali juga sebagai ‘3rd Eye Chakra’, bergelombang indigo, menjana tenaga minda, menajamkan visi, rancangan, mengawal kelenjar pituitari, telinga & hidung, sistem saraf pusat dll. Sifat sensitif pada persekitaran, gerak hati, gerak rasa, alam mimpi dan kehebatan saikologi adalah antara kesan keharmonian chakra ini. Sifat bongkak, kurang bersyukur, suka berfantasi, tidak praktikal dalam keputusan, penyakit sinus, pelupa, kurang fokus adalah kesan kurang harmoni pada chakra ini.
CHAKRA KE 7 – CHAKRA MAHKOTA.
Dinamakan sedemikian kerana terletak pada mahkota kepala manusia, tingkat chakra yang tertinggi yang menghubungkan sistem-sistem lain dengan sistem pusat manusia iaitu Otak. Secara kasar, fungsi utamanya adalah mengawal kestabilan tenaga minda bagi melaksanakan pengurusan pelbagai sistem yang dikawalnya. Ia juga dikatakan berkait sebagai ‘talian hayat’ yang menghubungkan manusia dengan ‘dunia luar’ terutamanya dengan yang MAHA PENCIPTA. Kedudukannya adalah di bahagian ubun-ubun kepala yang berfungsi sebagai pusat pengaliran tenaga ROH. Chakra ini bergelombang violet atau keputih-putihan, menjaga kelenjar pineal dan sistem minda keseluruhan yang juga mengawal chakra-chakra yang lainnya.
16. 7 Spektrum Cahaya tenaga kehidupan:
Fakta sains telah menunjukkan bahawa sinar cahaya cerah tenaga matahari merupakan kombinasi adil 7 spektrum warna yang menjanakan sistem tenaga kehidupan pada manusia dan alam.
7 Spektrum warna yang amat penting ini adalah:
Violet – 423nanometer.
Indigo – 450nanometer.
Biru – 470nanometer.
Hijau – 550nanometer.
Kuning – 570nanometer.
Jingga – 638nanometer.
Merah – 650nanometer.
17. 7 Note Muzik ciptaan Manusia:
B – Ti.
A – La.
G – Sol.
F – Fa.
E – Mi.
D – Re.
C – Do.
18. Keajaiban Dunia (7 Wonders of the World):
Piramid – Egypt.
Hanging Gardens – Babylon.
Statue of Zeus – Olympia.
Temple of Artemis – Ephesus.
Mausoleum – Halicarnassus.
Colossus – Rhodes.
Pharos lighthouse – Alexandria.
19. Mitos dalam masyarakat (Melayu).
Dalam masyarakat kita, 7 sering disebut dalam pelbagai mitos dan kefahaman budaya terutamanya dalam adat, amalan, perubatan, kepercayaan dan lain-lain, antaranya adalah:
syarat 7 hari 7 malam.
beras 7 warna.
air 7 telaga.
mandi 7 bunga.
sirih 7 helai.
rokok daun 7 batang.
benang/kain 7 warna.
7 keturunan.
7 petala langit.
7 petala bumi.
7 x Yasin/Fatihah.
313 (3+1+3=7) x Ayat Kursi.
dll.
Wallahu'alam...
Rahsia Kebesaran Kalimah BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM Serta Kelebihan Dan Keagungannya.
Rahsia Kebesaran Kalimah BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM.
1. Dari Darulquthni dan Ibnu Umar r.a., Sabda Rasulullah SAW: "Itulah Isim dari Asma ALLAH. Tiada lain antara Ia dengan nama ALLAH, seperti putih mata dengan hitamnya. Begitulah dekatnya." Demikianlah jawapan Rasulullah SAW ketika ditanya oleh Uthman Ibnu Affan r.a. berkenaan BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM. Sabda Baginda SAW lagi: "Ismullahil-Azham ialah ALLAH. Apakah engkau tidak lihat bahawasanya pada semua pembacaan Al-Quran dimulai dengan BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM sebelum menyebut nama-nama ALLAH yang lain." (Riwayat Imam Bukhari dari Jabir).
.
2. Bersabda Nabi SAW: "Ketika turunnya BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM, bergembiralah ahli langit dari bangsa Malaikat, bergoncanglah 'Arasy kerana turunnya. Turut serta bersamanya 1000 Malaikat. Dan, bertambahlah iman para Malaikat. Dan, tunduklah segala jin dan bergetar segala planet. Gementar segala sendi-sendi kerana turunnya." Dari Abu Na'im dan Ibn Sunni dari Siti Aisyah r.anhuma: "Ketika turun BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM, gunung-ganang mengucapkan Tasbih, hingga dapat didengari para penduduk Mekah dan sekitarnya. Lalu mereka berkata: "Rupanya Muhammad yang menyihir gunung-gunung itu." Kemudian ALLAH bangkitkan awan hingga meneduhkan penduduk Mekah."
3. Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa membaca BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM dengan penuh yakin, akan bertasbihlah gunung-ganang. Cuma sahaja ia tidak dapat mendengarnya."
4. Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa mengucapkan BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM dan Dzikir Hauqolah (LAA HAULA WALAAQUW-WATA ILLAA BILLAA HIL "ALIYYIL "AZHIIM), Allah SWT lepaskan dia dari 70 pintu bala dan kesukaran, dukacita dan kesakitan." Dari Al-Waqii dan Ats-Tsa'labi dari Ibnu Mas'ud r.a.: "Barangsiapa ingin dipelihara oleh ALLAH dari seksaan Neraka Zabaniah yang sembilanbelas, maka hendaklah dia mengucapkan BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM. Kerana ALLAH menjadikan tiap-tiap huruf Bismillah itu sebagai perisai." Dari Ad-Dailami dari Ibnu Mas'ud r.a., bersabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa membaca BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM, dituliskan baginya tiap-tiap huruf 4000 kebajikan, dihapuskan darinya 4000 keburukan dan diangkat dia 4000 darjat."
5. Bersabda Nabi SAW: "Jin itu suka memakai barang-barang kepunyaan manusia dan pakaian mereka. Oleh itu, barangsiapa mengambil atau menaruh pakaian, ucapkanlah BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM. Kerana sesungguhnya nama ALLAH yang dibacakan di situ merupakan cop mohor Allah." Pengertian dari hadith di atas ialah hendaklah kita mengucapkan BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM setiap kali kita menyimpan atau mengambil barang-barang kepunyaan kita agar terjaga daripada jin dan Syaitan. Bukan sahaja kita mendapat pahala dari mengucapkannya tetapi juga mendapat keberkatan dan keselamatan samada atas harta-benda mahupun diri dan segala usaha kita. Dari Anas bin Malik bersabda Nabi SAW: "Andaikata pepohon dijadikan pena dan lautan dijadikan tinta, lalu dikumpulkan semua jin, manusia dan Malaikat untuk membuat buku dan menulis mafhum BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM selama sejuta tahun, mereka tidak akan sanggup mengertikannya walau hanya satu persepuluh darinya."
6. Bersabda Rasulullah SAW: "Ada suatu kaum yang datang pada Hari Qiamat nanti dengan mengucapkan BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM. Lebih berat kebajikan mereka dari keburukan mereka. Lalu berkata umat-umat yang lain: "Alangkah beratnya timbangan amal kebajikan mereka." Sesungguhnya, adapun yang menjadi sedemikian kerana mereka sentiasa memulai segala perbicaraan & amal perbuatan mereka dengan BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM. Kerana ia adalah Isim ALLAH SWT Yang Maha Agung. Jika sekiranya diletakkan langit dan bumi serta segala isinya ke atas neraca timbangan, nescaya lebih berat lagi Kalimah BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM."
7. Dari Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda: "Apabila engkau berwudhu', ucapkanlah BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM kerana Malaikat penjagamu tidak akan berhenti menuliskan kebajikan bagimu sehingga engkau selesai. Dan, apabila engkau ingin bersatu (berjimak) dengan isterimu, ucapkanlah BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM kerana sesungguhnya Malaikat penjagamu akan menuliskan kebajikan bagimu hingga selesai engkau mandi janabah. Jika dari persetubuhan itu lahir seorang anak, akan dituliskan bagimu kebajikan menurut bilangan nafasnya dan bilangan anak-cucunya hingga tidak dikecualikan walau seorang."
8. Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. telah bersabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa di antara kamu apabila ia akan bersetubuh dengan isterinya, lalu dia mengucapkan BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM dan berdoa "Ya ALLAH, jauhkanlah Syaitan daripada kami dan jauhkanlah Syaitan itu daripada apa yang Engkau kurniakan untuk kami", maka jika sesungguhnya ALLAH takdirkan dari persetubuhan itu lahir seorang anak, tidak akan dapat Syaitan memudharatkannya untuk selama-lamanya."
9. Dikisahkan di dalam Kitab Khozinatul-Asror bahawasanya Allah SWT itu mempunyai 3000 nama yang mana 1000 nama hanya diketahui oleh para Nabi-Nabi ALLAH, 300 nama disebutkan di dalam Kitab Taurat, 300 nama disebutkan di dalam kitab Injil, 300 nama disebutkan di dalam Kitab Zabur, 99 nama disebutkan di dalam Al-Quranul Kariim manakala 1 berada di sisi ALLAH. Dan, adapun makna daripada keseluruhan 3000 nama ini terhimpun di dalam 3 Nama-Nama ALLAH iaitu ALLAH, AR-ROHMAAN dan AR-ROHIIM yang termaktub pula di dalam kalimah BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM. Maka, barangsiapa mengajarkan dan mengucapkan BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM umpama ia menyebutkan keseluruhan 3000 Nama-Nama ALLAH. Adapun sesungguhnya Kalimah BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM itu ada sembilanbelas (19) huruf dan Malaikat-Malaikat penjaga Neraka itu juga ada 19. Maka, barangsiapa membaca BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM dengan penuh Ikhlas dan Yakin kepada ALLAH, nescaya terhindarlah dia daripada siksaan Malaikat Zabaniah.
10. Dan, barangsiapa mengucapkan BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM banyak-banyak dengan harapan mendapat rezeki, nescaya akan ALLAH melimpahkan rezeki dengan mudah dan tidak terduga olehnya. Serta, dikurniai anugerah kehebatan di hati manusia dan di sisi alam yang tinggi (Alam Malaikat) dan alam yang rendah, yakni alam manusia dan alam makhluk-makhluk lain ALLAH SWT di muka bumi ini.
Kelebihan & Keagungan BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM.
1. BISMILLAH 21. Amalkanlah membaca BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM 21x, sewaktu hendak tidur. Antara Fadhilatnya: (1) Sebagai 'Jam Loceng'. Setelah baca, niatkan dalam hati jam berapa kita mahu bangun esok paginya. Boleh juga berniat seperti ini "Ya ALLAH, aku mahu bangun 20 minit sebelum Azan Subuh". Atau pun begini "Ya ALLAH aku mahu bangun jam 3.00 pagi untuk Solat Tahajjud". Insya'ALLAH kita akan terjaga tepat pada masa yang telah diniatkan. (2) Kita akan terjaga dari tidur sekiranya ada penceroboh atau Pencuri yang berniat buruk. (3) Aman dari gangguan sekalian makhluk, samada dari manusia, binatang, jin & syaitan serta selamat dari segala malapetaka & bencana, seperti kecurian, kebakaran, tenggelam, gempa bumi dll. (4) Selamat dari perbuatan hasad, sihir, ilmu hitam dll yang ditujukan kepada kita yang lazimnya dilakukan semasa kita sedang tidur.
2. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM Pada awalnya kerana BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM tertulis pada setiap wahyu yang ALLAH SWT turunkan kepada Jibril as.
3. "BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM untukmu Dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan membaca BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap Mata pun sejak BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM diturunkan Kepada Adam a.s." (Hadith Qudsi).
4. Tatkala BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar & tercampak semua syaitan laknatullah.
5. Demi ALLAH SWT dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM itu dibacakan pada orang sakit melainkan ia menjadi ubat bagi dirinya dan tidaklah BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM dibacakan di atas sesuatu melainkan ALLAH SWT beri keberkatan ke atasnya.
6. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
7. Jumlah huruf dalam BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM Ada 19 huruf. Dan Malaikat Penjaga Neraka Ada 19 (QS.AL Muddatsir:30). Ibnu Mas'ud r.a. berkata: "Sesiapa yang ingin ALLAH SWT selamatkan dirinya dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM 19 kali setiap hari."
8. Setiap huruf BISMILLAH itu Ada JUNNAH (Penjaga/Khodam), hingga setiap JUNNAH dari setiap huruf itu berkata, "Sesiapa yang membaca BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM, maka kamilah KeKuatannya! Dan kamilah KeHebatannya!."
9. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM, nescaya ALLAH SWT akan mengangkat namanya Di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM, maka akan Bertasbih segala gunung-ganang kepadanya.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala bencana.
12. Barangsiapa yang membaca BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM sebanyak 50 kali di hadapan musuh atau orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan & kegerunan dalam hati simusuh & sizalim itu, sebaliknya timbul & naiklah Semangat Keberanian Dan Kehebatan pada SiPembacanya.
Khamis, September 10, 2009
Doa Khusus Untuk Penyembuhan Sakit & Penyakit Diri Sendiri (Self-Healing).
Berikut ini, adalah merupakan salah satu Ayat Doa Jampi yang mana ianya adalah amalan Sunnah Baginda Nabi Muhammad Rasulullah SAW, yang mana baginda SAW ada mengajarkannya kepada salah seorang dari Sahabat r.a.
Ini Ayatnya.
BISMILLAAH...3x. A-"UUDZU BI-"IZZATIL LAAHI WAQUDROTIHII MIN SHARRIMAA AJIDU WA-UHAADZIR.7x
Ertinya: "Aku berlindung kepada Kemuliaan dan Kekuasaan ALLAH daripada bahaya sakit@penyakit yang aku rasakan dan yang aku khuatirkan."
*Petua:
1. Letakkan tangan di tempat yang dirasakan sakit itu.
2. Baca "BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM" 3x. (Sebelum baca Bismillah itu, lebih afdal didahului dengan bacaan Ta"awuz (A-"UUDZUBILLAAHIMINASY-SYAITHOONIRROJIIM 1x).
3. Baca Ayat Doa tersebut sebanyak 7x.
Keterangan: Diriwayatkan bahawa seorang Sahabat r.a. bernama Abu Abdillah (Usman) Abil 'Ash, mengadu kepada Rasulullah SAW tentang penyakit yang dideritainya dan hampir-hampir sahaja membinasakannya. Lalu Rasulullah SAW mengajarkan Ayat Doa Jampi ini beserta cara-caranya kepada Abu Abdillah, untuk diamalkan oleh beliau. Tidak lama selepas itu, Abu Abdillah ini datang kembali berjumpa Rasulullah SAW, menyatakan bahawa penyakit yang dideritainya sebelum ini telah pulih & sembuh sepenuhnya, berkat dari beliau beramal dengan Doa yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah SAW, dengan izin ALLAH SWT. (Mafhum Hadis Riwayat Muslim.)
Ini Ayatnya.
BISMILLAAH...3x. A-"UUDZU BI-"IZZATIL LAAHI WAQUDROTIHII MIN SHARRIMAA AJIDU WA-UHAADZIR.7x
Ertinya: "Aku berlindung kepada Kemuliaan dan Kekuasaan ALLAH daripada bahaya sakit@penyakit yang aku rasakan dan yang aku khuatirkan."
*Petua:
1. Letakkan tangan di tempat yang dirasakan sakit itu.
2. Baca "BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM" 3x. (Sebelum baca Bismillah itu, lebih afdal didahului dengan bacaan Ta"awuz (A-"UUDZUBILLAAHIMINASY-SYAITHOONIRROJIIM 1x).
3. Baca Ayat Doa tersebut sebanyak 7x.
Keterangan: Diriwayatkan bahawa seorang Sahabat r.a. bernama Abu Abdillah (Usman) Abil 'Ash, mengadu kepada Rasulullah SAW tentang penyakit yang dideritainya dan hampir-hampir sahaja membinasakannya. Lalu Rasulullah SAW mengajarkan Ayat Doa Jampi ini beserta cara-caranya kepada Abu Abdillah, untuk diamalkan oleh beliau. Tidak lama selepas itu, Abu Abdillah ini datang kembali berjumpa Rasulullah SAW, menyatakan bahawa penyakit yang dideritainya sebelum ini telah pulih & sembuh sepenuhnya, berkat dari beliau beramal dengan Doa yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah SAW, dengan izin ALLAH SWT. (Mafhum Hadis Riwayat Muslim.)
Self-Healing. Penyembuhan Diri Sendiri, Semangat Perjuangan Hidup Manusia & Keajaiban Kuasa Minda.
Self-Healing. 4 Rukun Penyembuhan Diri Sendiri.
Terperanjat apa bila menerima berita rakan ditanahair meninggal dunia sedangkan baru 2 minggu sebelum ini semasa berada di tanahair sempat saya menelefon beliau bertanya khabar. Dari bicara rupanya tidak saya ketahui beliau menyimpan rahsia penyakit kanser yang dihidapinya.
Merawat diri sendiri terutamanya penyakit yg tidak kelihatan (penyakit dalaman) adalah sesuatu yang mustahil bagi kebanyakan masyarakat kita, jika luka tiada kegusaran untuk sembuh kerana ianya suatu yang kelihatan, bg yang tidak nampak contohnya kanser, keyakinan untuk sembuh itu amat sukar dan kita lebih berserah kepada doktor ataupun takdir dan hanya menunggu saat-saat yang akan tiba. Jika tiada keyakinan di hati, harapan kembali pulih hanyalah umpama cahaya matahari yang hilang di ufuk senja. Untuk mempercayai sesuatu yang kelihatan amat mudah, yang ghaib atau tidak kelihatan amat payah sekali.
Dr Joe Dispenza telah terlibat dalam kemalangan jalanraya yang menyebabkan tulang belakang beliau patah, pakar Chiropractor ini disarankan oleh pakar ortopedik untuk menjalani "Harington rod surgeri" secepat mungkin atau peluang untuk sembuh dan berjalan kembali akan menjadi semakin tipis, setelah bertanya pendapat 8 pakar, beliau akhirnya memilih untuk menggunakan kekuatan minda untuk merawat dirinya sendiri. Selepas 3 bulan beliau kembali normal dan mula bekerja seperti biasa.
Secara jujurnya beliau tidak tahu samada sembuhnya beliau ini suatu keajaiban, akan tetapi beliau menanamkan niat untuk terus mengkaji proses peyembuhan langsung secara semulajadi tanpa ubatan moden dengan lebih mendalam lagi. Beliau menjelajah kebanyak tempat dan negara dan menemu ramah golongan mereka yang sembuh dengan sendirinya dari pelbagai penyakit kronik. Tanpa mengira bangsa, agama, kepercayaan, dan pekerjaan, apa yang beliau dapati kesemua mereka ini mempunyai 4 persamaan ataupun kebetulan yang beliau gelarkan "4 Pillars of Healing".
Persamaan 1 - Kuasa Yang Memberi Kehidupan Mampu Menyembuhkan.
Kesemua mereka yang ditemuramahnya percaya kepada kuasa yang mecipta diri ini mampu menyembuhkan diri mereka. Mereka menggelarkannya sebagai kuasa tuhan, kuasa roh dan juga minda separuh sedar. Mereka yang sembuh ini percaya bahawa jika mereka boleh berhubung dengan kuasa ini, mereka akan dapat menerima pertolongan untuk sembuh.
Persamaan 2 - Fikiran (thought) Adalah Suatu Yang Nyata.
Kesemua mereka percaya apa yang mereka fikirkan akan memberi kesan kepada diri mereka. Dari situ juga kesemua mereka ini membuat perubahan kepada cara pemikiran mereka yang menjadi titik tolak kepada perubahan pada jasad dan kehidupan mereka. Bidang sains psychoneuroimmunology menerangkan bagaimana proses otak merembeskan signal kimia dari emosi yang terhasil dari pemikiran lantas memberi maklumat kepada tubuh badan kita. Pemikiran yang positif akan memberi maklumat yang baik untuk membolehkan badan sembuh seperti sediakala.
Persamaan 3 - Mencipta Diri Yang Baru.
Mereka sedar mereka harus berubah menjadi manusia yang baru dengan mengubah fikiran mereka. Dengan menepikan rutin harian mereka, mereka menghabiskan masa memikirkan secara mendalam, meneliti diri dan membuat andaian/spekulasi jenis manusia bagaimana yang mereka ingini (what if?). Kebarangkalian seperti, "apa kata jika mereka berhenti menjadi insan yang tidak gembira, pentingkan diri sendiri dan hidup menderita?", "apa kata jika aku berhenti dari risau, rasa bersalah dan hidup penuh kesalan?", "apa kata jika aku bersikap jujur terhadap diri sendiri dan orang lain?". Neuroplasticity adalah satu konsep bahawa jaringan-jaringan neuron otak akan boleh berubah dengan membuat corak-corak pemikiran yang baru, dari itu kita boleh mencipta diri yang baru berkat dari muhasabah diri yang mendalam.
Persamaan 4 - Mampu Menumpukan Perhatian Hingga Tidak Sedar Situasi Masa dan Ruang.
Mereka kesemuanya tahu ada manusia lain yang sudah sembuh dengan sendirinya jadi mereka percaya yang penyembuhan sendiri itu boleh juga berlaku pada mereka. Mereka menjadi pemerhati yang hebat dengan menumpukan perhatian terhadap apa yang difikirkan, tumpuan terhadap apa yang difikirkan sungguh khusyuk dan fokus hingga mereka lupa akan input dari jasad mereka, masa dan ruang. Mereka menepikan suara-suara dari luar (cakap-capak orang) dan juga suara hati sendiri yang meragui kebolehan diri untuk sembuh. Mereka semuanya "make up their own mind" (membuat keputusan nekad) untuk sembuh dan menepikan semua input2 luar yang tidak membantu diri mereka.
Selain dari 4 persamaan utama tadi ada 2 lagi persamaan yang agak menonjol, mereka semua tahu yang jauh di sudut hati mereka, mereka sudah sembuh, tanpa perlu diuji oleh doktor tahap penyakit mereka ini, mereka merasakan seolah-olah tiada lagi penyakit tersebut di dalam diri mereka. Keduanya pula adalah kebanyakan doktor yang merawat mereka ini menganggap mereka tidak siuman, walaupun demikian setelah melihat penyembuhan pada diri mereka, rata-rata memberi semangat agar meneruskan usaha mereka untuk sembuh sepenuhnya.
Dua tahun lepas saya mengalami kecederaan pada lutuh dan disarankan oleh doktor untuk menjalani pembedahan membuang tisu yang koyak di dalam sendi lutut, saya mengambil keputusan untuk tidak menjalani pembedahan dan, sebaliknya saya tanamkan di dalam hati yang lutut saya akan sembuh, Alhamdulillaah sekarang sudah tiada lagi masalah. Membaca buku Evolve Your Brain karangan Dr Joe Dispenza menambahkan lagi keyakinan kepada saya bahawa memang kita semua mampu merawat diri sendiri, hanya percaya dengan tidak sahaja kepada kekuatan minda sendiri dan KeImanan (percaya) kepada ALLAH yang Maha Kaya dan Maha Pemurah lagi Maha Pemberi.
Apa yang saya kongsi bersama di sini tidak mampu mengembalikan rakan yang sudah pergi, akan tetapi harap ini dapat memberi kesedaran kepada rakan-rakan yang lain bahawa kita mampu sembuh dari segala jenis penyakit (BI-DIDZNILLAAH). ALLAH itu Maha Pemurah dan akan makbul doa kita jika kita meminta kepadaNya dengan yakin dan penuh kepercayaan yang kita mampu sembuh.
Rujukan - Evolve Your Brain, Dr Joe Dispenza.
Kuasa Minda & The Power Of Thought.
'Mind Over Matter'.
'What The Mind Can Conceive, The Mind Can Receive'.
Itu ayat-ayat mutiara & falsafah pegangan masyarakat barat.
Tetapi, pernahkah kita dengar, perasan & aware akan ayat di bawah ini?
"AKU MENGIKUT SANGKAAN HAMBAKU".
Inilah Ayat ALLAH SWT.
Sangkaan & Pemikiran, itulah proses yang berlaku di dalam minda.
"Sebagaimana ALLAH SWT di dalam hatimu, begitu juga engkau di sisi ALLAH SWT".
"ALLAH SWT tidak akan menerima taubat hambanya, tanpa menyediakan pengampunan terlebih dahulu".
Bermakna, sesiapa yang ingin bertaubat dengan bersungguh-sungguh (Taubat Nasuha), sudah sah & terang-terang ALLAH SWT sudah menyediakannya pengampunan-Nya.
"You Are What You Think You Are".
Kamu adalah apa yang kamu fikirkan tentang diri kamu. Ayat ini selari dengan "Aku mengikut sangkaan hambaKu".
Dalam erti kata lain, apa yang kita sangkakan tentang tuhan kita (ALLAH), itulah yang benar.
Kalau kita fikir ALLAH murka kepada kita, benarlah itu.
Jika kita fikir ALLAH sayang kepada kita, sudah pastilah begitu.
Sekiranya kita fikir ALLAH akan ampunkan kita, (memang kalau nak bertaubat, antaranya niat dalam hati yang wajib ditanamkan adalah yakin ALLAH akan ampunkan kita & dan kita hendaklah buktikan melalui amal perbuatan kita).
Insya'ALLAH, dengan Sifat Ar-Rahman & Ar-Rahim serta Sifat Maha Pengampun-Nya, ALLAH akan ampunkan kita.
Andai kita fikir yang ALLAH akan memberikan kita kekayaan, itulah yang akan terjadi.
Apabila kita lihat pada ayat orang bukan ISLAM, prinsipnya lebih kurang sama, cuma orang bukan ISLAM lebih bergantung kepada asbab, manakala orang ISLAM lebih kepada hakikat, sebab itu ayat motivasinya tadi, tidak ada disebutkan tentang ketuhanan.
Orang bukan ISLAM sukakan sekularisme, mengasingkan agama dari hidup.
Walhal asbab juga termasuk di dalam hakikat, hakikat itu ialah ALLAH (yang Berkuasa Mutlak menentukan segalanya, dengan kudrat & iradatNya), dan asbab itu pula ciptaan ALLAH, supaya manusia senang hidup di dunia.
Bermaksud jikalau kita sebut "Mind Over Matter" haruslah kita fikir, bila mind boleh menguasai matter, bermakna ALLAH SWT yang memberikan kita kekuatan tersebut, dan bila kita sebut "What The Mind Can Conceive The Mind Can Receive" bermakna apa yang kita mampu fikirkan boleh menjadi kenyataan. Bermakna, itulah asbab yang ALLAH jadikan untuk kesenangan hidup kita di dunia ini, segalanya tidak mustahil jika dengan keizinan & kehendak ALLAH SWT.
Dan apabila kita sebut "You Are What You Think You Are" bermakna kita adalah apa yang kita fikirkan/sangkakan/andaikan. Bermakna kita mendoakan diri kita, memotivasikan diri kita, memprogam diri kita, mengikut apa yang kita bayangkan/fikirkan di dalam minda kita. Dan sudah tentu apabila berdoa, kita berdoa kepada ALLAH SWT. Maka ingatlah, setiap kali kita gunakan teknik menggunakan ayat-ayat positif untuk menjadikan diri kita lebih positif, maka ketahuilah sesungguhnya pada waktu itu kita sedang berdoa kepada ALLAH SWT.
Namun, orang bukan ISLAM tidak faham hubungan ayat motivasinya dengan Tuhan (ALLAH).
Orang bukan ISLAM, sangat pakar dalam bidang asbab, tetapi mereka tidak faham, dari Siapa asbab itu datang.
"Aku mengikut sangkaan hambaKu".
Hadis Qudsi ini, menerangkan ayat ALLAH iaitu ALLAH berfirman, "Dia akan menjadikan sesuatu yang hambaNya sangkakan, fikirkan." Nampakkah bagaimana Ayat ALLAH itu, ALLAH menyatakan diriNya, Yang Maha Menentukan segala sesuatu.
Firman ALLAH dalam Surah Yasin (36), Ayat 82.
"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu, "Jadilah engkau!", maka ia terus menjadi."
ALLAH menerangkan satu asbab di dalam ayatnya itu, tetapi masalahnya kadang-kala sesetengah dari kita tidak dapat memahami asbab yang terkandung di dalam ayat ALLAH itu.
Iaitu asbab, yang sama orang kafir tidak dapat mengaitkan dengan ALLAH.
Orang bukan ISLAM tidak faham hubungan asbab itu dengan ALLAH, manakala sesetengah kaum muslimin-muslimat yang terlampau berusaha ke arah akhirat sahaja, tidak menyedari asbab yang terkandung di dalam ayat ALLAH itu.
Asbab-asbab yang ALLAH turunkan di dunia ini adalah rahsia-rahsia yang boleh kita gunakan untuk menyenangkan kehidupan diri kita sendiri untuk menjadi khalifah ALLAH di dunia ini, dan demi akhirat juga.
Dan asbab yang terkandung di dalam ayat ini, "Aku mengikut sangkaan hambaKu", adalah satu rahsia yang amat hebat, yang apabila kita memahaminya, kita boleh gunakan fikiran/tanggapan/andaian untuk mewujudkan perkara-perkara yang hebat samada untuk diri kita atau untuk orang lain, dan sudah tentulah berlakunya perkara-perkara hebat itu hadirnya/jadinya Wajib dari ALLAH, bersama ALLAH, dan kerana ALLAH SWT semata-mata.
Prinsip & Falsafah inilah yang Para Wali ALLAH genggam & praktikkan, kerana itu Para Wali ALLAH seringkali berupaya membuat perkara-perkara luarbiasa yang hebat, yang di luar fitrah semulajadi dan hukum alam serta di luar kelogikan akal fikiran manusia dan jin, yang mustahil bagi diri kita untuk melakukannya, kerana KeYakinan dan KeImanan mereka kepada ALLAH SWT, adalah berada pada tahap yang tertinggi. (SUBHANALLAAH).
Wallahu'alam...
Ahad, September 06, 2009
Perbaikilah & Perbetulkanlah Sebutan Bacaan Surah Al-Fatihah Kita Mulai Kini.
Ummul Kitab, yakni Al-Fatihah (ditakrifkan juga sebagai AL-ASAS) adalah merupakan salah satu Rukun dalam Solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah Solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan Ilmu Tajwid. Bukan setakat bacaannya sahaja yang rosak malah Solat Fardhu yang kita kerjakan juga Tidak Sah bahkan lebih bahaya daripada itu, kita barangkali menyebut nama atau nama-nama syaitan di dalam Solat kita (Astaghfirullaah). Berikut diperturunkan nama-nama syaitan yang dilaknat wujud di dalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.
Nama-nama syaitan tersebut:
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNA" (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA"
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS
6. IYA (disebut tanpa sabdu) sepatutnya IYYA. IYA bermaksud 'matahari' Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!(Astaghfirullaah).
7. SIROOTHOLLADZII......... sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti, iaitu dibaca senafas/satu nafas, tanpa berhenti di AN-"AMTA-"ALAIYHIM, yakni bermula dari SIROOTHOLLADZII sehingga WALADDHOOOOLLIIIINN. Contoh seperti bacaan Al-Fatihah yang dibaca oleh Syeikh Misyari di side banner sebelah kanan itu.
8. AMIN......... hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA... dua harakat, MIN...... 3 harakat, mudah-mudahan sebutan 'Amin' kita bersamaan dengan sebutan 'Amin' Para Malaikat yang turut mengaminkan, Insya'ALLLAH...
Sempurnakanlah Bacaan Al-Fatihah kita mulai kini.
Wallahu'alam...
Sabtu, September 05, 2009
Petanda Kita Bakal Melakukan Penghijrahan Dari Alam Dunia Ke Alam Barzakh, Mengikut Tafsiran Para Ulama'.
Adapun tanda-tanda kematian mengikut Para Ulama' adalah Benar dan Wujud cuma amalan dan ketaqwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada Keluarga Baginda SAW dan Para Sahabat r.a. secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda Nabi SAW.
Imam Ghazali Rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wudhu'nya serta kafannya sekali, cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya, iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut.
Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya ALLAH SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap ALLAH SWT.
Walaubagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang ISLAM sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan ALLAH nyawa mereka ini akan terus direntap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada ALLAH SWT. Adapun tanda-tanda sebelum hari mati ini terbahagi kepada beberapa keadaan dalam tempoh jarak waktu yang tertentu:
Tanda 100 hari.
Ini adalah tanda pertama dari ALLAH SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun, semua orang ISLAM akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari.
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy ALLAH SWT. Maka malaikat Maut (Izrael a.s.) akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah beliau akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari.
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari.
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari.
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir.
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Iktibar.
Sesungguhnya, marilah kita semua bertaqwa dan berdoa kepada ALLAH SWT, semoga kita termasuk dalam golongan orang-orang yang dipilih oleh ALLAH yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda bakal menghadapai hari kematian kita ini, semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada kepada ALLAH SWT mahupun kepada sesama manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
Walaubagaimanapun, sesuai dengan Sifat ALLAH SWT Yang Maha Berkuasa dan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah, yakni dengan memperbanyakkan lakukan Amalan-Amalan yang Baik & Soleh dengan Hati yang IKHLAS mengharapkan KEREDHAAN ALLAH SWT, serta melalui Doa yang penuh dengan kesungguhan yang mendalam & kuat lagi tinggi serta khusyuk, iaitu samada Doa dari diri kita sendiri mahupun doa dari insan-insan yang lain.
Di antara perkara yang boleh mengubah ketetapan di Lauh Mahfuz ialah Doa dan Amalan yang baik, berdasarkan sabda Baginda Nabi Muhammad Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tiada yang boleh menolak takdir selain Doa (yang Ikhlas) dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali amal perbuatan yang baik." (Mafhum Hadis Sahih).
Namun, ianya adalah bergantung sepenuhnya kepada ketentuan & kehendak ALLAH SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa mudah-mudahan Insya'ALLAH kita diberi Hidayah dan Petunjuk oleh ALLAH SWT serta Kelapangan Masa dan Kesihatan Tubuh Badan dan juga Kewarasan & Kebijaksanaan Akal Fikiran juga Kekuatan Iman dalam usaha kita untuk mencari keredhaan ALLAH SWT di dunia ini sebagai bekalan & persiapan untuk kita berpindah ke alam barzakh serta seterusnya berhijrah ke alam akhirat.
Segala yang Baik dan Benar itu datangnya dari ALLAH SWT dan segala kekurangan & kelemahan itu datangnya dari diri kita sendiri.
Wallahu'alam...
Asal-Usul Solat Fardhu 5 Waktu.
ASAL USUL SOLAT FARDHU.....
SUBUH.
Orang yang pertama mengerjakan Solat Subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu tatkala beliau keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara petama yang dilihatnya ialah kegelapan dan beliau berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh keluar Nabi Adam lalu beliau pun bersembahyang 2 rakaat.
Rakaat 1: Bersyukur beliau kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat 2: Bersyukur beliau kerana siang telah menjelma.
ZOHOR.
Orang yang pertama mengerjakan Solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala ALLAH SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim a.s. empat rakaat.
Rakaat 1: Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat 2: Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat 3: Bersyukur dengan bermohon akan keredhaan ALLAH SWT.
Rakaat 4: Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
ASAR.
Orang yang pertama mengerjakan Solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala beliau dikeluarkan dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus a.s. di tepi pantai sedang waktu itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus a.s. lalu bersembahyang empat rakaat kerana beliau telah diselamatkan ALLAH SWT dari 4 kegelapan iaitu:
Rakaat 1: Kegelapan dengan kesalahan.
Rakaat 2: Kegelapan dengan air laut.
Rakaat 3: Kegelapan dengan malam.
Rakaat 4: Kegelapan dengan perut ikan Nun.
MAGHRIB.
Orang yang pertama mengerjakan Solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. tatkala dikeluarkan oleh ALLAH SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya sedang pada waktu ketika itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa a.s. lalu bersembahyang 3 rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan itu, iaitu:
Rakaat 1: Untuk menafikan ketuhanan selain dari ALLAH SWT Yang Maha Esa.
Rakaat 2: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Maryam yang dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat 3: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu Satu iaitu ALLAH SWT jua, tiada dua tiga.
ISYAK.
Orang yang pertama mengerjakan Solat Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa a.s. tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. ALLAH SWT lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa a.s. empat rakaat tanda bersyukur. Empat dukacitanya itu ialah:
Rakaat 1: Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat 2: Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat 3: Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat 4: Dukacita terhadap anak Firaun.
Rabu, September 02, 2009
Matahari, Api Neraka, Api Dunia.
Matahari dari dekat (5,000 KM)
Imej matahari yang paling jelas diperolehi oleh Royal Swedish Academy Of
Science pada 14 nov 2002 melalui Swedish Solar Telescope.
Sebagai Renungan:
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah Nabi Adam a.s. dihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan maka ALLAH SWT telah memerintahkan Jibril a.s. supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam a.s. Maka jibril a.s. pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.
Jibril a.s.: Wahai Zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam a.s.
Zabaniah: Sebanyak mana sedikit itu?
Jibril a.s.: Sebesar Kurma.
Zabaniah: Kalau sebesar buah Kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasannya.
Jibril a.s.: Kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah Kurma.
Zabaniah: kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti.
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril a.s. pun menghadap ALLAH SWT untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. ALLAH SWT pun memerintahkan supaya Jibril a.s. mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka Jibril a.s. pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70x ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai (= 70 x 70).
Selepas itu Jibril a.s. pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakkan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat Jibril a.s.mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.
Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain-lain lagi.
PENGAJARAN: Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celupan setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasannya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri.
SEBESAR ZARAH SAHAJA.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana, tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat), dia baik dalam beribadah kepada Tuhan (ALLAH) dan selalu taat kepadaNya secara diam-diam". (Riwayat At-Tirmidzi).
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak
bercakap, sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya". (Riwayat At-Tirmidzi).
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Barangsiapa yang bertaubat kepada ALLAH selagi belum terbit matahari dari arah barat, maka ALLAH menerima taubatnya". (Riwayat Muslim).
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Ingatlah kepada ALLAH dalam masa senangmu, nescaya Dia akan mengingatimu di waktu susahmu". (Al-Hadith).
Imej matahari yang paling jelas diperolehi oleh Royal Swedish Academy Of
Science pada 14 nov 2002 melalui Swedish Solar Telescope.
Sebagai Renungan:
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah Nabi Adam a.s. dihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan maka ALLAH SWT telah memerintahkan Jibril a.s. supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam a.s. Maka jibril a.s. pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.
Jibril a.s.: Wahai Zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam a.s.
Zabaniah: Sebanyak mana sedikit itu?
Jibril a.s.: Sebesar Kurma.
Zabaniah: Kalau sebesar buah Kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasannya.
Jibril a.s.: Kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah Kurma.
Zabaniah: kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti.
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril a.s. pun menghadap ALLAH SWT untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. ALLAH SWT pun memerintahkan supaya Jibril a.s. mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka Jibril a.s. pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70x ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai (= 70 x 70).
Selepas itu Jibril a.s. pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakkan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat Jibril a.s.mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.
Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain-lain lagi.
PENGAJARAN: Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celupan setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasannya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri.
SEBESAR ZARAH SAHAJA.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana, tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat), dia baik dalam beribadah kepada Tuhan (ALLAH) dan selalu taat kepadaNya secara diam-diam". (Riwayat At-Tirmidzi).
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak
bercakap, sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya". (Riwayat At-Tirmidzi).
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Barangsiapa yang bertaubat kepada ALLAH selagi belum terbit matahari dari arah barat, maka ALLAH menerima taubatnya". (Riwayat Muslim).
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Ingatlah kepada ALLAH dalam masa senangmu, nescaya Dia akan mengingatimu di waktu susahmu". (Al-Hadith).
Kelebihan Warna HIJAU.
Apakah itu warna HIJAU?
Love.
Warna aura Hijau adalah warna universal love. Ramai orang keliru bila dikatakan warna tentang cinta. Ada yang katakan warna pink. Tetapi sebenarnya, pink adalah warna cinta lelaki perempuan atau warna romantik. Dan Hijau adalah warna cinta yang menyeluruh dan sangat besar. Ia merangkumi semua cinta. Cinta pada Tuhan (ALLAH), cinta pada ibubapa, cinta pada anak-anak, cinta pada rakan2, cinta pada alam sekitar dan sebagainya. Duduknya pusat cinta adalah di Heart Chakra. Iaitu satu chakra yang berelemenkan warna Hijau. Kerana itu, cinta digambarkan dengan bentuk atau simbol hati. Ini menbuktikan duduknya di pusat energi cinta. Dan dalam dunia ini, cinta mempunyai tingkat energi positif antara yang paling tinggi. Cinta adalah kunci kemakmuran (abundance & Prosperity). Tanpa cinta, dunia akan semakin hilang segala kemakmurannya.
Alam Semulajadi / Nature.
Hijau adalah lambang alam. Ia menunjukkan pokok2 dan tumbuhan. Ia menggambarkan isi kandungan dunia. Ia juga selalu menggambarkan sistem alam semulajadi. Bila kita sebut warna Hijau, kita akan mudah dibawa oleh gambaran hutan dan tumbuh-tumbuhan atau pantai dan juga air terjun.
Harmoni.
Hijau adalah warna yang paling harmoni atau seimbang (balanced). Ia mempunyai elemen panas dan sejuk yang seimbang atau centered. Kerana itu, mereka yang mempunyai aura-aura Hijau sentiasa boleh menjadi pendamai atau orang tengah di dalam sesuatu masalah atau pergaduhan. Di samping itu ia juga adalah terbuka (open).
Growth.
Hijau adalah evolusi dan simbol berkembang. Hijau adalah warna yang menunjukkan nilai perkembangan atau suatu keadaan pembangunan sesuatu objek. Ia berkait rapat dengan Hijau sebagai simbol alam. Ia sentiasa berkembang dan membesar. Ramai yang duduk dalam bidang personal growth mempunyai elemen Hijau melambangkan kerja mereka yang mengembangkan potensi diri manusia.
Minda / Mind.
Hijau adalah perlambangan tentang minda atau otak. Kerana apa, kerana minda sepatutnya berkembang dan menbangun seperti simbol Hijau yang lain iatu alam dan growth. Minda manusia sepatutnya juga begitu. Ia patut berkembang dan berevolusi seperti ciptaan Tuhan (ALLAH) yang lain. Jangan biarkan ia beku kerana ia seperti menolak fitrah ciptaan Tuhan (ALLAH).
Money / Abundance.
Hijau adalah lambang wang. Walaupun dalam masyarakat cina mengatakan warna emas dan merah menunjukkan wang, tetapi dalam ilmu aura, warna Hijau menunjukkan wang dan kemakmuran. Wang Amerika dipanggil GreenBack. Dan selalunya warna dalam mana-mana lambang dollar adalah berwarna Hijau. Dan ia dikaitkan dengan kemakmuran (abundance) kerana ia memang fitrah segala ciptaan ALLAH yang bermaksud berkembang dan berkembang. Tetapi, aura Hijau mementingkan kegembiraan dan kekayaan dari segi “Inner”.
ISLAM.
Sebenarnya, Hijau sinonim dengan warna Islam. Kerana itu kebanyakan warna yang menggambarkan Islam adalah dari tone Hijau. Saya kurang pasti adakah sebarang sejarah atau latar belakang Islam dahulu yang mempunyai kaitan dengan warna Hijau. Tetapi jika dari metodologinya, saya lihat Islam itu harmoni dan sederhana (centered) serta berkembang. Seperti mananya, chakra Hijau adalah di tengah-tengah antara chakra yang lain, ia memang menggambarkan keseimbangan antara duniawi dan ukhrawi. Sesuai dengan unsur alam semulajadi ciptaan Tuhan (ALLAH), ia nampak nature atau natural. Malah yang paling utama, Hijau adalah lambang universal tentang cinta. Cinta kita kepada ALLAH.
Knowledge.
Ilmu adalah warna Hijau. Aura Hijau melambangkan Kaya Ilmu. Kerana ilmu itu sentiasa berkembang. Ilmu tidak pernah mati atau habis. Sama maksudnya dengan warna Hijau yang bermaksud berkembang (growth) dan makmur (abundance).
Wood / Kayu.
Dalam school of Feng Shui, Hijau adalah lambang elemen wood atau kayu. Atau dekat dengan erti alam (nature). Elemen wood dalam feng shui adalah melambangkan kesihatan. Dari segi profesion/kerjaya pula, orang yang mempunyai elemen Hijau adalah dari bidang penulisan, guru, pengajar, ahli psikologi, kaunselor, (semua kerjaya yang mempunyai hubungan dengan mengembangkan potensi atau bidang ilmu (knowledge) manusia), petani atau yang melibatkan diri dengan penanaman dan perladangan. Elemen Hijau penting dalam feng shui untuk menghasilkan elemen merah. Kerana kayu jika dibakar akan menghasilkan api (vitality) atau dalam erti realitinya menghasilkan semangat untuk berjaya.
WARNA HIJAU DALAM AL-QURAN.
Ada banyak kata “HIJAU” di dalam ayat-ayat Al-Quran dan menjelaskan keadaan penghuni Jannah (Syurga) ataupun segala yang ada di sekelilingnya, berupa kenikmatan, suasana, kesenangan, ketenangan jiwa.
Kita mendapati di dalam surah Al-Rahman: متّكئين على رفرفٍ خضرٍ وعبقريٍ حسان (الرحمن: 76)
Mereka bertelekan (bertelekan: tiduran menyamping, tubuh lurus, dengan salah satu tangannya dilipat dan telapak tangannya menyangga/melapik kepala) di atas bantal-bantal yang Hijau dan permadani yang indah (QS. Al-Rahman: 76)
عاليهم ثياب سندسٍ خضر وإستبرق وخلوا أساور من فضّة وسقاهم ربّهم شرابا طهورا (الإنسان: 21)
Mereka mengenakan pakaian sutra halus yang Hijau, dan sutra tebal, serta dipakaikan gelang dari perak kepada mereka. Dan Rabb mereka memberi minum mereka dengan minuman yang suci (Q.S. Al-Insan: 21)
ويلبسون ثيابا خضرا من سندس وإستبرق (الكهف: 31)
Mereka mengenakan pakaian sutra halus yang Hijau dan sutra tebal (Q.S. Al-Kahf: 31)
Salah seorang Pakar Psikologi, Ardatsham, mengatakan "Sesungguhnya pengaruh warna terhadap manusia sangat besar, dan saya pernah melakukan sejumlah penelitian dan menjelaskan bahawa warna berpengaruh terhadap kejiwaan dan semangat serta vitaliti kita, merasa panas, atau dingin, atau nyaman, atau bahagia, bahkan mampu berpengaruh terhadap keperibadian seseorang dan berpengaruh terhadap Sikap Individu di dalam kehidupan. Dan warna mampu menjadi sebab relung/lubuk jiwa yang dalam terpengaruh dengannya."
Sebuah rumah sakit/hospital pernah mengundang sejumlah pakar untuk memberikan saran bagi warna dinding ruang pesakit atau warna dinding rumah sakit, sehingga banyak membantu dalam mengubati mereka. Rumah sakit juga meminta saran tentang warna yang terbaik untuk pakaian pesakit. Sejumlah percubaan telah membuktikan bahawa warna Kuning dapat membangkitkan semangat di saraf pusat. Adapun warna Ungu mampu membangkitkan ketenangan, Adapun warna Biru, maka orang yang melihatnya akan merasa dingin. Sebaliknya, warna Merah maka orang akan merasa panas atau gersang.
*Dan para pakar tersebut mengatakan bahawa warna yang mampu membangkitkan kebahagiaan, perasaan gembira & bersemangat hidup (strong desire & live life with full of spirit) adalah warna *HIJAU*.
Oleh kerana itu, warna yang utama dan sesuai untuk bilik atau ruang pembedahan, pakaian para ahli bedah dan pakaian pesakit adalah warna Hijau. Satu pengalaman unik akan kami nyatakan di sini bahawa ada satu pengalaman yang terjadi di London, England, di kawasan Black Fryer yang dikenali dengan “Kawasan Bunuh Diri” kerana majoriti kejadian bunuh diri banyak terjadi di kawasan ini. Kemudian diadakan perubahan warna dari warna gelap gurun ke warna Hijau metalik. Dengan hal ini ternyata terjadi penurunan jumlah kejadian bunuh diri dengan sangat signifikan. Warna Hijau juga mampu menjadikan pandangan mata nyaman & selesa.
Sumber: (Kitab: Ma’a Al-Thib fii Al-Qur’an Al-Karim, Dr. Abdul Hamid Diyab, Dr. Ahmad Qarquz, Mu’assasah Ulum Al-Qur’an, Dimasyq.)
Keistimewaan Buah Kurma.
Berikut ini akan kami paparkan sebahagian dari manfaat dan khasiat Kurma ditinjau dari sudut pandangan Perubatan Moden yang sekaligus menguatkan khabar Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah tentang khasiat dan keutamaan Kurma.
[1]. Tamr (Kurma kering) berfungsi untuk menguatkan sel-sel usus dan dapat membantu melancarkan saluran kencing kerana mengandung serabut-serabut yang bertugas mengawal laju gerak usus dan menguatkan rahim terutama ketika melahirkan.
Penelitian yang terbaru menyatakan bahwa buah Ruthab (Kurma basah) mempunyai pengaruh mengawal laju gerak rahim dan menambah masa systolenya (kontraksi jantung ketika darah dipompa ke pembuluh nadi). Bahkan ALLAH SWT memerintahkan Maryam binti Imran untuk memakan buah Kurma ketika akan melahirkan, kerana buah kurma mengenyangkan juga membuat gerakan kontraksi rahim bertambah teratur, sehingga Maryam dengan mudah melahirkan anaknya.[1]
ALLAH SWT berfirman.
“Ertinya: Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu kearahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah, ‘Sesungguhnya aku telah bernadzar berpuasa untuk Rabb Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini” [Maryam : 25-26]
Al-Hafizh Ibnu Katsir Rahimahullah membawakan perkataan ‘Amr bin Maimun di dalam tafsirnya : “Tidak ada sesuatu yang lebih baik bagi perempuan nifas kecuali kurma kering dan kurma basah” [2]
Dokter Muhammad An-Nasimi dalam kitabnya, Ath-Thibb An-Nabawy wal Ilmil Hadits (II/293-294) mengatakan, “Hikmah dari ayat yang mulia ini secara kedoktoran adalah, perempuan hamil yang akan melahirkan itu sangat membutuhkan minuman dan makanan yang kaya akan unsur gula, hal ini karena banyaknya kontraksi otot-otot rahim ketika akan mengeluarkan bayi, terlebih lagi apabila hal itu membutuhkan waktu yang lama. Kandungan gula dan vitamin B1 sangat membantu untuk mengontrol laju gerak rahim dan menambah masa sistolenya (kontraksi jantung ketika darah dippompa ke pembuluh nadi). Dan kedua unsur itu banyak terkandung dalam Ruthab (Kurma basah). Kandungan gula dalam Ruthab sangat mudah untuk dicerna dengan cepat oleh tubuh” [3]
Buah Kurma matang sangat kaya dengan unsur Kalsium dan Zat Besi. Oleh karena itu, sangat dianjurkan bagi perempuan yang sedang hamil dan yang akan melahirkan, bahkan ALLAH SWT memerintahkan kepada Maryam Al-Adzra (perawan) untuk memakannya ketika sedang nifas (setelah melahirkan). Kadar Zat Besi dan Kalsium yang terkandung di dalam buah Kurma matang sangat mencukupi dan penting sekali dalam proses pembentukan air susu ibu. Kadar Zat Besi dan Kalsium yang terdapat pada buah Kurma dapat menggantikan tenaga ibu yang banyak berkurangan saat melahirkan atau menyusui. Zat Besi dan Kalsium merupakan dua unsur efektif dan penting bagi pertumbuhan bayi. Alasannya, dua unsur ini merupakan unsur yang paling berpengaruh dalam pembentukan darah dan tulang sumsum.
[4]. Ruthab (Kurma basah) mencegah terjadi pendarahan bagi perempuan-perempuan ketika melahirkan dan mempercepat proses pengembalian posisi rahim seperti sedia kala sebelum waktu hamil yang berikutnya [5]. Hal ini karena dalam Kurma segar terkandung hormon yang menyerupai hormon oxytocine yang dapat membantu proses kalahiran.
Hormon oxytocine adalah hormon yang salah satu fungsinya membantu ketika wanita atau pun hewan betina melahirkan dan menyusui.
[6]. Memudahkan persalinan dan membantu keselamatan sang ibu dan bayinya. [7]
[8]. Buah Kurma, baik Tamr maupun Ruthab dapat menenangkan sel-sel saraf melalui pengaruhnya terhadap kelenjar gondok. Oleh karena itu, para doktor menganjurkan untuk memberikan beberapa buah kurma di pagi hari kepada anak-anak dan orang yang lanjut usia, agar kondisi kejiwaannya lebih baik.
[9]. Buah Kurma yang direbus dapat memperlancar saluran kencing.
[10]. Buah Kurma Ajwah dapat digunakan sebagai alat ruqyah dan mencegah dari ganguan jin.
[11]. Kurma sangat dianjurkan sebagai hidangan untuk berbuka puasa. Ada hal yang sudah ditetapkan dalam bidang kedokteran bahwa gula dan air merupakan zat yang pertama kali dibutuhkan orang berpuasa setelah melalui masa menahan makan dan minum. Berkurangnya glukosa (zat gula) pada tubuh dapat mengakibatkan penyempitan dada dan gangguan pada tulang-tulang. Dilain pihak, berkurangnya air dapat melemahkan dan mengurangi daya tahan tubuh. Hal ini berbeda dengan orang berpuasa yang langsung mengisi perutnya dengan makanan dan minuman ketika berbuka. Padahal ia membutuhkan tiga jam atau lebih agar pencernaannya dapat menyerap zat gula tersebut. Oleh karena itu, orang yang menyantap makanan dan minuman ketika berbuka puasa tetap dapat merasakan fenomena kelemahan dan gangguan-ganguan jasmani akibat kekurang zat gula dan air.
[12]. Buah Kurma dapat mencegah stroke.
[13]. Buah Kurma kaya dengan Zat Garam Mineral yang meneutralisasi asid, seperti Kalsium dan Potasium. Buah Kurma adalah makanan terbaik untuk meneutralisasi zat asid yang ada pada perut karena meninggalkan sisa yang mampu meneutralisasi asid setelah dikunyah dan dicerna yang timbul akibat mengkonsumsi protein seperti ikan dan telur.
[14]. Buah Kurma mengandung Vitamin A yang baik dimana ia dapat memelihara kelembaban dan kejelitaan mata, menguatkan penglihatan, pertumbuhan tulang, metabolisme lemak, kekebalan terhadap infeksi, kesihatan kulit serta menenangkan sel-sel saraf.
[15] Kurma adalah buah, makanan, ubat, minuman sekaligus gula-gula. [16]
1001 KHASIAT KURMA.
Khasiat buah Kurma bukan sahaja diakui di dalam Islam malah di kalangan pakar perubatan dewasa kini. Ia boleh dimakan secara mentah, disalai atau diproses menjadi makanan ringan, jem atau jus minuman. Kebiasaannya, buah Kurma ini begitu sinonim dikaitkan dengan bulan puasa atau umat Islam.
Pokok Kurma yang seakan-akan pokok kelapa, didapati dari Timur Tengah dan telah dikomersialkan ke pasaran luar sehingga menjadikan ia terkenal di seluruh dunia. Buah Kurma yang sebesar 1 hingga 2 inci, mampu memberikan pelbagai khasiat kepada pemakan. Dalam bahasa saintifiknya, Kurma dikenali sebagai Phonex dactylifera. Buahnya dimakan secara mentah ataupun masak. Terdapat pelbagai jenis Kurma seperti deglet noor, halawi, khadrawi, zahidi, thoor dan medjool. Kurma dari Mekah dan Madinah dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis dan ia adalah antara yang terkenal.
Kandungan Zat Anti Oksidannya ialah 2 kali ganda daripada yang terdapat dalam Kismis, Aprikot Kering dan Blueberry. Terkenal dengan kandungan laksatifnya, Kurma juga kaya dengan Protein, Serat, Gula, Vitamin A dan C serta Mineral seperti Zat Besi, Kalsium, Sodium dan Potasium.
KHASIAT KURMA.
Kurma memberikan tenaga serta merta menerusi kandungan gulanya sebanyak 50 hingga 57 peratus glukosa. Kandungan Proteinnya pula lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus dan Serat 2.0 hingga 4.0 peratus. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita dari makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala pada waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi Karbohidrat. Tanpa tenaga serta-merta ini, akan menjadikan kita mengantuk.
Potasium diperlukan oleh tubuh badan untuk sistem saraf kerana Kurma mengandungi sumber yang mujarab. Pengambilan Potasium yang berlebihan tidak menyebabkan penimbunan toksid di dalam tubuh. Sebaliknya ia sangat baik untuk mengatasi masalah seperti sembelit, lemah otot, letih, yang mengalami tekanan, sengal-sengal badan dan juga untuk menguatkan ingatan.
Kurma yang dimakan tanpa membuang kulitnya boleh mencegah dari masalah barah usus besar kerana ia melawaskan.
Buah Kurma juga mengandungi khasiat kepada kaum wanita yang sedang nifas iaitu ia memudahkan proses ketika hendak bersalin.
Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu boleh memakan buah Kurma. Unsur Zat Besi dan Kalsium yang terdapat di dalam Kurma adalah unsur yang berkhasiat yang dapat menambahkan air susu ibu.
Kurma juga berperanan dalam tumbesaran kanak-kanak, pembentukan darah dan sumsum tulang. Ia juga tidak mengandungi kolesterol, lemak serta gula.
Dan, ia elok untuk meredakan tekanan darah tinggi.
Dalam perubatan homeopati, biji Kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Dalam rawatan kaedah Sufism pula, Kurma boleh dijadikan sebagai penawar penyakit.
KHASIAT BUAH KURMA.
Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok Kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara Kurma yang terkenal ialah Kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab Kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga Kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, Kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah SAW.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar r.a. katanya: "Aku melihat Rasulullah SAW memakan buah-buahan dengan Kurma masak."
Rasulullah SAW telah menyebutkan tentang khasiat sejenis Kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud:
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang memakan 7 biji Tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".
Khasiat Kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan ALLAH SWT sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis Kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Terdapat juga di dalam Al-Quran ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah Kurma ini, yang dialami oleh Sayydatina Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa a.s. sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25:
Tafsirnya: "Dan gocangkan batang Kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan di atasmu Kurma yang masak.
(Surah Maryam : 25)
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah Kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah Kurma yang kaya dengan unsur Zat Besi dan Kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Unsur Zat Besi dan Kalsium yang terdapat di dalam buah Kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan fizikal kanak-kanak dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa Kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah SAW menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah Kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas r.a. bermaksud:
"Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah Kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada buah Kurma, maka Baginda Rasulullah SAW akan berbuka dengan beberapa biji Anggur. Sekiranya tiada Anggur, maka Baginda SAW meminum beberapa teguk air.
(Hadis riwayat Ahmad)
Sehubungan dengan Hadis ini ada beberapa Hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan Kurma. Sebagaimana Hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a., beliau berkata: "Rasulullah SAW berbuka dengan Kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.
Antara Hadis lain yang menyatakan kelebihan buah Kurma:
Maksudnya: Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata: "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah/setengah buah Kurma."
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah Kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah Kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat Kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.
Mudah-mudahan dengan amalan memakan Kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan negatif dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada ALLAH SWT.
Langgan:
Catatan (Atom)