DzikirTariqatAhmadiah

[:>>>+-(*BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*ASSALAAMU'ALAIKUM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*ASSALAAMU'ALAIKUM*)-+<<<:]

Halkerin.

Selamat MenZiarahi Ke Blog Halkerin.

BarangSiapa Yang BerKeMahuan+BerKePerluan Kopi+Pes (Juga MeLakukan Sedikit SeBanyak Modifikasi) IntiPati+IntiSari Yang TerKandung Di Sesawang Ini, Bisa Aja Terus DiLaksana Kan, Enggak Butuh Mohon KeIzinan Dari Sang Empunya Blog Ini. Hak Cipta Non+TerPelihara.

Malah Kalian DiGalak Kan Untuk BerKongsi Maklumat-Maklumat Yang Bisa KeDapatan Di Dalam Blog Ini Di Laman-Laman Peribadi Kalian Seperti FaceBook, Twitter, Blog, Web Dan Lain-Lain. Tiada Larangan Sama SeKali.

*DAN LAGI, BLOG HALKERIN INI MUNGKIN AKAN TERPADAM DARI ALAM ONLINE INI PADA BILA2 MASA. KALAU RASA BERMANFAAT, SILA COPY & SAVE, KALAU RASA BULL$H!+, SILA ABAI KAN.

Sekian Sahaja, PemBeriTahuan Yang Ingin hamba Khabar Kan. Salam Gemilang, Cemerlang & TerBilang hamba Ucap Kan Kepada Kalian. Semuga Kita Semua Senantiasa BerAda Di Dalam KeRahmatan Ilahi, DiBerkati ALLOOH Dan BerWujud Di Dalam KeRedhoan-Nya.

JAZAKUMULLOOHU KHOIRON KATSIIROO, WABAAROKALLOOHU FIIKUM, WABILLAAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH, WASSALAAMU"ALAIKUM WAROHMATULLOOHI WABAROKAATUHU WAMAGHFIROTULLOOHU WARIDHOLLOOHI AJMA"IIN.

Followers.

Mesej Kepada Para PengIkut.

Jangan MengIkuti hamba. Ikuti Lah (Pimpinan + Bimbingan + Kawalan) ALLOOH + DriSenDri. Insya'ALLOOH.....
IP

[:>>>+-(*CARIAN@SEARCH*)-+<<<:]

Sabtu, Ogos 08, 2009

Doa Angin Ahmar. Amalan Doa Untuk Perlindungan Serangan Penyakit Angin Ahmar/Stroke.

KOMENTAR.

Penyakit Angin Ahmar mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Wabak ini sebenarnya wujud semenjak zaman Nabi Sulaiman a.s. lagi. Semasa baginda menerima mengadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba terlintas dalam hatinya siapakah makhluk ALLAH yang tidak mahu tunduk kepadanya. Dengan takdir ALLAH pada ketika itu menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia yang besar, gagah, hebat dan garang dengan sinaran mata yang berapi-api.

Setelah melihat makhluk yang luar biasa itu, Nabi Sulaiman a.s. terkejut lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia dan mengapa dia datang. Lembaga itu menjawab dia adalah Ar-Rihul Ahmar (Angin Ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya dari segala penyakit yang lain yang ada di dunia ini.

Angin Ahmar ini diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan keapda anak cucu Adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam darah, urat saraf dan otak manusia sehingga boleh membawa kepada hilang akal dan mati.

Nabi Sulaiman a.s. segera memerintahkan panglimanya membunuh Angin Ahmar ini, namun lembaga itu berkata bahawa tiada sebarang makhluk yang boleh membunuhnya, lalu segera menghilangkan dirinya.

Angin Ahmar muncul kembali di zaman Nabi Muhammad SAW hingga ke zaman sekarang. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, Angin Ahmar pernah menyerang cucunya Saidina Hasan Ibnu Ali sehingga keluar darah dari rongga hidungnya. Ketika itu turun Malaikat Jibril a.s. lalu memberitahu Rasulullah SAW bahawa cucunya terkena penyakit Angin Ahmar. Baginda bertanya kepada Malaikat Jibril a.s. adakah ubat penawarnya, Jibril menjawab ada, lalu ia ghaib seketika.

Sebentar kemudian Malaikat Jibril a.s. turun kembali menemui Rasulullah SAW dan memberitahu bahawa Allah SWT telah mengurniakan doa yang mustajab untuk mengatasi penyakit Angin Ahmar.


Fadhilatnya.

1. Selamat Dari Terkena Penyakit.


Barangsiapa membaca doa Angin Ahmar ini walaupun sekali dalam seumur hidupnya, Insya Allah nescaya terselamat dari terkena penyakit Angin Ahmar atau Angin Merah.

2. Selamat Dari Mengalami Penyakit Angin Ahmar Dari Berterusan.


Diriwayatkan bahawa ketika cucunda Rasulullah SAW Saidina Hasan sakit, Rasulullah SAW membaca doa Angin Ahmar dengan sebentar sahaja ia sembuh, dapat bangun dan berdiri serta hilang dari sakit yang dialaminya. Rasulullah SAW lalu menyuruh pada sahabatnya agar membaca doa Angin Ahmar ini dan mengajarnya kepada umat Islam.

Barangsiapa yang pernah mengalami penyakit Angin Ahmar, maka hendaklah sentiasa mambaca doa ini agar dapat diringankan atau disembuhkan dengan izin Allah SWT.

Cara lain untuk merawat penyakit Angin Ahmar ialah dengan menulis doa ini dengan dakwat yang bersih pada cawan atau pinggan putih, kemudian basuhkan dengan air bersih, lalu sebagainya diminum, disapu atau diusap pada seluruh anggota tubuh badan yang terkena atau dibuat mandi. Insya Allah dapat disembuhkan denga izin Allah SWT.

Inilah doanya:-













BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan dengan-Nya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.

Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.

Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifat-Mu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.

Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.

Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiri-Nya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.

Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.

Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.

Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepada-Mu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisi-Mu. Kepada-Mu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.

Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam. Amin…

5 ulasan:

  1. Salam ziarah. Saya ingin memohon izin untuk copy & paste ilmu2 yg bermanfaat ke blog saya

    BalasPadam
  2. Salam Penerimaan Ulasan.

    Silakan. Maklumat & Ilmu bermanfaat elok & wajar dikembangkan & disebarkan. Terima Kasih atas Hasrat Saudari.

    Barokallaahu Fik.

    Salam Isnin+Salam Zahir+Batin.

    BalasPadam
  3. Terima kasih di atas keizinan ustaz. Semoga segala ilmu yang dikongsikan ini mendapat ganjaran daripadaNYA Yang Esa

    BalasPadam
  4. Salam tuan, sy telah banyak copy & paste ilmu2 dan maklumat yg terpapar dlm blog tuan. Terima kasih, apa yg sy copy dan paste ke blog sy, sy anggap ianya sebagai sumbangan tuan..semoga Allah saja yg memberkatinya. Amin. Mohon izin jua..sebab ada di antaranya sy ubah suai sedikit mengikuti cita rasa...tapi saya rasa masih ada kekurangan kerana gaya susun bahasa sy dgn tuan berbeza. Kalau tuan ada idea yg lebih baik, sy alu-alukan sumbangan tuan, agar ianya sesuai dgn objektif blog sy. Tkasih. Salam zahir batin.

    BalasPadam
  5. As Salam - Dapat bantu utk memberi doa angin ahmar ini dalam tulisan rumi?

    BalasPadam