
SEDEKAH adalah Penolak Bala, Penyubur Pahala, dan melipat gandakan Rezeki. Sebiji benih menumbuhkan satu pokok. Satu pokok menumbuhkan tujuh dahan, yang pada tiap-tiap dahan itu terjurai seratus buah. Maksudnya, ALLAH SWT Yang Maha Kaya akan membalasnya hingga Tujuh Ratus Kali (700x) Ganda. Masya'ALLAH.
Saudara-Saudari yang Budiman-Budiwati, betapa Besarnya Ganjaran Sedekah yang dikeluarkan pada Jalan ALLAH yang disertai dengan Hati yang Ikhlas, sehingga Rasulullah SAW ada membuat perbandingan & perumpamaan.

Dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh seorang Sahabat, Anas Bin Malik r.a., Rasulullah SAW bersabda, "ALLAH SWT menciptakan bumi, kemudian bumi itu pun bergoncang & bergegar. Lalu ALLAH SWT menciptakan Gunung-Ganang dengan Kekuatannya yang hebat mempasak bumi, ternyata bumi pun sudah tidak bergegar lagi & kembali kukuh. Para Malaikat pun merasa Kagum dengan kehebatan Gunung-Ganang tersebut.
Kemudian Para Malaikat bertanya, "Ya ALLAH, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih hebat dari Gunung-Ganang?"
ALLAH SWT menjawab, "Ada, iaitu Besi."
Para Malaikat bertanya lagi, "Ya ALLAH, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih hebat dari Besi?"
ALLAH SWT menjawab, "Ada, iaitu Api."
Bertanya kembali Para Malaikat, "Ya ALLAH, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih hebat dari Api?"
ALLAH SWT menjawab, "Ada, iaitu Air."
Para Malaikat terus bertanya, "Ya ALLAH, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih hebat dari Air?"
ALLAH SWT pun menjawab, "Ada, iaitu Angin."
Akhirnya Para Malaikat bertanya lagi, "Ya ALLAH, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih hebat dari kesemuanya itu?"
ALLAH SWT Yang Maha Agung lalu menjawab, "Ada, iaitu Amalan Umat Muhammad SAW yang mengeluarkan Sedekah dengan Tangan Kanannya, tanpa diketahui oleh Tangan Kirinya." (Sedekah yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi atau secara diam-diam tanpa diketahui oleh sesiapa pun, yakni BerSedekah tanpa ingin diketahui oleh orang lain akan Amalan Sedekahnya).
SUBHANALLAAH.

("Tangan Yang Memberi Adalah lebih Baik Dari Tangan Yang Menerima.") - Mafhum Hadis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan