How to detect HIDDEN CAMERA in changing rooms, garment shops & boutiques.

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z. 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9.







Alamat: Jalan Sempadan 16/7, Seksyen 16, Shah Alam, Darul Ehsan. (Alhamdulillaah, Masya'ALLAH, sesuai+selari dengan mafhum Darulnya (Ehsan/Ihsan), mudah-mudahan Barokah).
Merupakan Sebuah Restoran yang menawarkan makanan percuma setiap hari kepada pengunjung tanpa mengira kaum dan status.
Dibuka Setiap Hari Kecuali Hari Ahad Dan Cuti Umum dari pukul 10:30 pagi hingga 6 petang.
Secara rasminya mula beroperasi pada 12 Februari 2010 / 27 Safar 1431.
Dikendalikan oleh Pertubuhan Kebajikan 1 Malaysia, sebuah Badan SukaRela yang diasaskan oleh Tokoh Usahawan Dan Ahli Perniagaan, Hj Mohamad Sauffi Hamzah (Bekas Pegawai TLDM [Tentera Laut Diraja Malaysia] dan Pemilik Sebuah Syarikat Kawalan Keselamatan).
Pemilik Bersama, Puan Lieza Abdul Rahman.
Selain Makanan Percuma, Pakaian Baru Dan Terpakai juga diagihkan kepada pengunjung yang kebanyakannya terdiri dari golongan miskin seperti penganggur, ibu tunggal dan pekerja sambilan. Selain itu, sumbangan makanan seperti beras, gula, minyak dan telur juga diberikan kepada keluarga miskin. Hasrat Utama adalah untuk meringankan beban golongan miskin bandar.
Info Menu Pusat Makan Percuma.
ISNIN.
Nasi Lemak atau Nasi Berlauk (Ayam atau Ikan Kari Campur Sayuran).
SELASA.
Laksa, Mee Bandung atau Mee Goreng.
RABU.
Bihun Singapura atau Bubur Nasi Berlauk.
KHAMIS.
Nasi Berlauk (Ayam atau Ikan Masak Kicap Atau Sos Tiram).
JUMAAT.
Nasi Berlauk (Ayam Kurma Campur Sayuran).
SABTU.
Nasi dengan Sup Ayam atau Nasi Goreng Kampung.
MINUMAN.
Sirap Ais.
Oren Ais.
Teh O Atau Teh Cina.
Kopi Panas.
AWAS!!! Mesej Dari Pelawak Veteran Tanah Air, YM (Yang Menghiburkan), Pak Hj Jalil Hamid.











Angka 9.
Angka 9 merupakan angka yang berada paling akhir dalam susunan set nombor asas 1 hingga 9. Ia adalah simbol nombor terakhir yang memiliki kuantiti nilai yang paling besar dalam set nombor tersebut. (1 adalah nombor terawal dalam set susunan nombor dan memiliki nilai terkecil) Angka 9 juga amat istimewa dalam ilmu metamatika. Contohnya susunan 999 jika di campur seluruh angkanya lalu dikecilkan jumlah tersebut kepada angka sa terakhir akan membawa kita kembali ke angka 9:
999 = 9+9+9 = 27
27 = 2+7 = 9
Berapa pun jumlah 9 dalam sesuatu susunan angka 9, jumlah akhirnya adalah 9:
9999999999999999999 (ada 19 kali nombor 9)
9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9 = 171
171 = 1+7+1 = 9
Seolah-olah angka yang BERKUASA atau RAJA... Nombor 9 muncul (sebagai nombor akhir yang dicampur) dalam gandaannya sendiri:
1X9 = 9
2X9 = 18 @ 1+8 = 9
3X9 = 27 @ 2+7 = 9
4X9= 36 @ 3+6 = 9 hingga seterusnya… contoh
9999 x 9 = 89991 @ 8+9+9+9+1 = 36 @ 3+6 = 9
Lagaknya umpama RAJA. Jika bersama angka lain, ia “tersembunyi” di sebalik angka tersebut (maksud: sewaktu berjalan seseorang pemimpin @ raja akan didahului dengan pengawalnya):
19 (angka 1 bersama @ bertemu 9) = 1+9 = 10 @ 1+0 = 1 (angka 9 tersembunyi @ hilang)
49 (angka 4 bertemu 9) = 4+9 = 13 @ 1+3 = 4
maka, jika apa-apa susunan nombor bertemu angka 9, jumlah akhir yang dikecilkan (dicampurkan) adalah dengan membuangkan angka 9 dari kiraan tersebut;
1111999 adalah 1+1+1+1= 4
(1+1+1+1+9+9+9 = 31 @ 3+1 = 4)
HAH!! Kini anda pasti boleh mencampurkan dengan mudah & cepat jumlah akhir terkecil (disebut juga nilai Gemetrikal @ nilai Gt) bagi angka 99,999,999,99
Nilai Gt akhirnya adalah = 9 (!!!)
HEBATNYA ANGKA 9 INI dalam ARENANYA (ILMU NOMBOR)!! UMPAMA SEBUAH “WAJAH” ATAU “KOD RAHSIA” YANG ALLAH PAPARKAN PADA ALAM UNTUK KITA FIKIR & RENUNGKAN.
TIDAK HAIRANLAH MENGAPA ALLAH MEMILIKI ASMA YANG 99 JUMLAHNYA!!
“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaaul Husna (nama-nama yang baik).” – Al-Quran, Surah Thoo-Haa, Ayat 8.
Katakanlah: “Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaulhusna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam salatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu” – Al-Quran. Surah Al Israa’, Ayat 110.
Dari Abu Huraira R.A.: Nabi SAW bersabda: “Allah itu memiliki sembilan puluh sembilan nama yang bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil [esa] dan Dia menyukai [bilangan] yang ganjil.” – Sahih Bukhari.
Maha Suci Allah yang Maha Menghitung (Al-Muhsi -Yang Maha Penghitung) telah mengaturkan PERISTIWA ini JATUH BERTEPATAN DI BULAN RAMADHAN iaitu bulan ke 9 pada KALENDAR HIJRAH (ISLAM). Ramadhan DIKENALI sebagai bulan AL-MUBARAK (penuh kemuliaan, kebaikan & keberkatan). Bulan ke 9 ini menjanjikan GANDAAN TERTINGGI dalam IBADAH. Segalanya diganda-gandakan!! Macam “OFFER” atau PESTA JUALAN HEBAT di pasaraya-pasaraya. Solatnya PAHALA berganda!!, Puasanya Pahala berganda, Solay Sunat Tarawihnya pahala berganda-ganda saban malam, Dzikir dan tasbih berganda-ganda barakahnya, serta berbagai lagi JANJINYA untuk insan yang mahu mendapatkan TAWARAN SETAHUN SEKALI INI. Bulan ke 9 ini juga menandakan kita mahu masuk bulan ke 10 iaitu SYAWAL, Hari Kemenangan!! Malah hari ke 19 Ramadhan menandakan kita mula masuk ke malam-malam 10 hari akhir Ramadhan yang menjanjikan MALAM RAHSIA – LAILATUL QADAR!! Ringkasnya, dalam maksud lain: BULAN 9 dalam kalendar Hijrah ini adalah bulan yang diangkat mulia seolah-olah meletakkan angka 9 pada satu darjat yang mulia.
Teringat akan kisah sejarah peristiwa ISRA’ MIKRAJ yang berlaku di bulan SYAABAN. Rasulullah SAW naik ke ‘Arasy (sesetengah berpendapat bahawa ianya berada pada tingkat langit ke 9) tanpa ditemani Jibril as untuk bertemu AL-KHALIQ (Al-Khaliq -Yang Maha Pencipta) secara ‘live’ & interpersonal.
TEKA-TEKI ALLAH MELALUI ‘WAJAH-WAJAH’-NYA.
Maha suci ALLAH yang memiliki 99 nama, yang memberi pertunjuk dan TANDA-TANDA yang terang melalui Al-Quran sebagai AN-NUR untuk kita. Pandangan peribadi saya, Al-Quran penuh dengan RAHSIA yang tersirat melalui susunan-susunan angkanya. Lalu, ayuh kita renungi mesej ALLAH dalam kontek perbincangan kita ini:
Surah At-Taubah ( At-Tawbah, “Pengampunan”) adalah surah ke-9 dalam Al-Quran. Surah ini tergolong dalam surah Madaniyah yang terdiri atas 129 ayat. Dinamakan At-Taubah yang bererti “Pengampunan” kerana kata At-Taubah berulang kali disebut dalam surah ini. Dinamakan juga dengan Baraah yang bererti ‘berlepas diri’. Berlepas diri di sini maksudnya adalah pernyataan pemutusan perhubungan, disebabkan kebanyakan pokok pembicaraan surah ini tentang pernyataan pemutusan perjanjian damai dengan kaum musyrikin.
Berbeza dengan surah-surah yang lain maka pada permulaan surat ini tidak terdapat ucapan BISMILLAH (kata Bismillah terbina dari susunan 19 huruf-huruf arab) di awal surah kerana surah ini adalah pernyataan perang dengan erti bahawa segenap kaum muslimin dikerahkan untuk memerangi seluruh kaum musyrikin, sedangkan kata bismillah bernafaskan perdamaian dan cinta kasih Allah.
Surah ini diturunkan sesudah Rasulullah SAW kembali dari peperangan Tabuk yang terjadi pada tahun 9 H. Pengumuman ini disampaikan oleh Ali bin Abi Talib pada musim haji tahun itu juga (info tambahan: Saidina Ali r.a. meninggal di usia 63 [6+3 = 9] tahun kerana pembunuhan oleh Abdrrahman bin Muljam, seseorang yang berasal dari golongan Khawarij (pembangkang) saat mengimami solat subuh di masjid Kufah, pada tanggal 19 RAMADHAN!! – iaitu hari ini – Al-Fatihah untuk Saidina Ali).
Antara pokok-pokok isi di dalam surah ini adalah:
•Keimanan.
◦Allah selalu menyertai hamba-hamba-Nya yang beriman.
◦Pembalasan atas amalan-amalan manusia hanya dari Allah.
◦Segala sesuatu menurut sunnatullah.
◦Perlindungan Allah bagi orang-orang yang beriman.
◦Kedudukan Nabi Muhammad s.a.w. di sisi Allah.
•Hukum-hukum.
◦Kewajiban menafkahkan harta.
◦Macam-macam harta dalam agama serta penggunaannya.
◦Jizyah.
◦Perjanjian dan perdamaian.
◦Kewajiban umat Islam terhadap Nabinya.
◦Sebab-sebab orang Islam melakukan perang total.
◦Beberapa dasar politik kenegaraan dan peperangan dalam Islam.
•Kisah-kisah.
◦Nabi Muhammad s.a.w. dengan Abu Bakar r.a. di suatu gua di bukit Tsur ketika hijrah.
◦Perang Hunain (perang Authas atau perang Hawazin).
◦Perang Tabuk.
•Lain-lain.
◦Sifat-sifat orang yang beriman dan tingkatan-tingkatan mereka.
◦Pernyataan pembatalan perjanjian damai pleh Nabi Muhammad s.a.w. dengan kaum musyrikin, kerana mereka tidak memenuhi syarat-syarat perjanjian damai pada perjanjian Hudaibiyah.
Angka 9 membawa kemenangan dan merupakan tingkatan tertinggi dalam angka pencapaian. 9 juga memberi erti kematangan, umpama matangnya benih kehidupan dalam kandungan si ibu yang makin bersedia untuk sebuah kelahiran. 9 juga umpama lengkapnya sesebuah perjalanan dan tingkatan. Dari tiada menjadi ada dan menuju kembali pada awalannya.
Dari 1 menuju 9 dan selepasnya menuju kembali ke angka pertama; 1. 9 tahun pertama perjalanan dari alam kanak-kanak menuju balighnya, 9 tahun kedua (18tahun) dari baligh menuju remajanya; 9 yang ketiga (27tahun) dari remaja menuju ke dewasa & kematangan, 9 keempat (36tahun) masa peralihan zaman bujang kepada berkeluarga, 9 kelima (45tahun) menuju kestabilan dan peningkatan kematangan juga pengalamannya dan hinggalah ke tingkatan 9 yang seterusnya. Setiap tingkatan membawa kita dari satu tahap ke satu tahap yang lain.
Bermula dari awal (1) hinggalah ke akhiran (9), setiap tingkatan berkitar pada peralihan dari satu angka ke angka yang lain (9, 18 @ 1+8=9, 27 @ 2+7=9 dan seterusnya). Umpama sebuah ketetapan yang telah tertulis, perjalanan kita dilakar dengan cerita-ceritanya. Dari peredaran masa ke tarikh harinya ke bulan hinggalah ke tahun tahunnya. Benarlah kata (Firman) yang Empunya Kalam (ALLAH SWT): “Demi Masa, manusia itu dalam kerugian (kealpaan)...”
Semoga ada kebaikan untuk kita walau setitik dari titik-titik yang banyak lalu membina “ayat-ayat CINTA” kepada-Nya melalui artikel ini. Adapun ku sembahkan SYUKUR padamu Ya Allah, atas setiap kesempatan dan kekuatan, untuk aku lebih kenal akan harga diri. Tiada yang lebih bererti dari ‘mampu memahami’ wajah-wajah yang ENGKAU pertontonkan ini.






Pisang sebenarnya bukan setakat membantu membekalkan tenaga kepada tubuh badan kita. Bahkan ia juga berkhasiat dalam melindungi tubuh kita daripada menghidapi pelbagai jenis penyakit.
Menurut kajian yang dijalankan, Pisang adalah berkhasiat dan amat baik dalam mengurangkan penyakit-penyakit seperti berikut;
Kemurungan.
Satu kajian oleh MIND kepada orang yang mengalami masalah kemurungan telah mendapati bahawa Pisang telah membantu orang mengalami kemurungan mengurangkan tahap tekanan dan kemurungan yang mereka hadapi. Ini adalah kerana, Pisang mengandungi sejenis Protein yang digelar Trytophan. Trytophan ini akan ditukarkan oleh badan kepada Serotonin yang mana unsur ini membuatkan tubuh badan kita menjadi lebih rileks+santai+tenang dan meningkatkan mood seseorang. Ia turut membantu meningkatkan kesegaran tubuh badan.
PMS.
Masalah PMS adalah masalah orang perempuan yang moody ketika datangnya haid. Untuk mengurangkan masalah PMS ni, ramai yang mengambil jalan mudah dengan menelan pil ubat saja. Selepas ini, anda tak perlu lagi makan pil/ubat yang mahal itu. Sebaliknya, amalkan makan Pisang kerana Pisang mengandungi Vitamin B6 yang mengawal paras glucose di dalam darah.
Apabila paras glucose dalam darah terkawal dengan baik, ianya dapat mengurangkan perasaan moody anda.
Anemia (Penyakit Kurang Kandungan Darah Dalam Badan).
Di dalam Pisang terdapat kandungan Zat Besi atau Iron yang tinggi. Iron ini akan merangsangkan pembentukan hemoglobin di dalam darah kita. Jadi, ianya membantu menangani masalah penyakit Anemia ini.
Tekanan Darah Tinggi.
Pisang sangat kaya dengan kandungan Potassium dan kurang kandungan garamnya. Jadi, ia sangat membantu dalam masalah tekanan darah tinggi dan stroke. Jabatan Pemakanan dan Ubatan Amerika Syarikat telah mengiktiraf bahawa Pisang banyak membantu manusia dalam menangani masalah tekanan darah tinggi dan stroke.
Mencerdaskan Otak.
Satu kajian yang dijalankan kepada seramai 200 orang pelajar di Twickenhem mendapati, Pisang telah membantu semua pelajar tersebut dalam mencerdaskan otak mereka. Sepanjang minggu peperiksaan, semua pelajar telah diberi makan pisang pada waktu makan pagi, tea break dan makan tengah hari. Hasil yang ditunjukkan adalah amat positif.
Penghadaman.
Kandungan Fiber yang tinggi di dalam Pisang membantu tubuh kita dalam proses penghadaman makanan.
Mabuk disebabkan minuman keras.
Salah satu ubat yang paling mujarab dan sangat popular di dunia barat ialah Banana Milkshake.
Pisang diblenderkan bersama dengan Susu dan Madu kemudian diminum. Ianya terbukti dapat mengurangkan mabuk alkohol.
Heartburn (Pedih Ulu Hati).
Pisang juga mengandungi satu unsur semulajadi yang dapat meneutralkan kandungan asid di dalam badan kita. Jadi, jika sesiapa yang mengalami masalah heartburn, bolehlah amalkan memakan Pisang.
Masalah Morning Sickness / muntah-muntah.
Amalan memakan Pisang di antara waktu makan dapat membantu tubuh dalam mengawal kandungan gula di dalam tubuh badan. Ini secara tak langsungnya membantu mereka yang menghadapi masalah morning sickness / masalah muntah2.
Gigitan Nyamuk.
Jika anda terkenan gigitan nyamuk, gunakan bahagian dalam kulit Pisang untuk mengurangkan kegatalan dan kesan gigitan. Kini anda tak perlu lagi membazirkan wang untuk membeli krim penyembuh gigitan nyamuk. Gunakanlah kulit Pisang. Ianya sungguh berkesan.
Urat Saraf.
Pisang kaya dengan Vitamin B yang membantu dalam mengawal Sistem Urat Saraf. Maka secara tidak langsungnya Pisang dapat mengawal untuk mententeramkan mereka yang ada masalah gugup.
Ulser.
Pisang adalah buah yang enak dan lembut serta mempunyai tekstur yang mudah dihadam. Selain itu ianya mempunyai sifat antacid atau peneutral kepada asid yang dapat mengurangkan tahap asid di dalam usus.
Pengawal Suhu Badan.
Pisang memang dikenali sebagai buah yang bersifat sejuk /”cooling” fruit. Jadi ia memang membantu kita dalam menurunkan suhu badan. Di Thailand, ramai wanita yang mengandung di sana mengamalkan makan Pisang sebagai cara untuk mengurangkan suhu badan dan memudahkan kelahiran.
Masalah Perokok.
Oleh kerana Pisang kaya dengan kandungan Vitamin B6 & B12, Potassium dan Mangesium, ia juga sangat sesuai dimanfaatkan oleh perokok perokok tegar dalam membantu mereka mengurangkan tabiat merokok. Zat-Zat seperti Vitamin B6, B12 dan Potassium dapat mengurangkan kesan ketagihan nikotin.
Stress / Tekanan.
Potassium yang banyak terkandung di dalam Pisang adalah Mineral Asas yang dapat mengawal tahap kandungan air dan oksigen dalam darah. Ia dapat membantu mengawal penghantaran oksigen ke otak dan mengawal tahap metabolic dalam badan. Ini secara tak langsungnya membantu mereka yang mengalami masalah tekanan.
Strokes (Lumpuh).
Satu kajian yang dijalankan oleh “The New England Journal of Medicine” membuktikan bahawa,
Amalan memakan Pisang dapat mengurangkan risiko sebanyak 40% daripada risiko mati disebabkan strokes.
Ketuat.
Kulit Pisang dapat mengubati kita daripada ketuat. Hanya tekapkan bahagian dalam kulit Pisang kepada biji ketuat selama beberapa kali, Insya'ALLAH, lama kelamaan ianya akan hilang.
Pisang memang terbukti mempunyai pelbagai khasiat yang dapat membantu kita dalam menangani masalah kesihatan manusia dengan signifikan. Pisang adalah merupakan antara Buah Penawar Yang Mujarab Dan Menakjubkan.
Kita rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur kerana di Malaysia, Pisang sangat mudah didapati dan sangat murah.
Jika nak dibandingkan Pisang dengan epal, Pisang adalah jauh lebih baik samada dari segi rasa mahupun khasiatnya. Kandungan Protein dalam Pisang adalah 4x lebih banyak daripada epal. Karbohidrat 2x ganda, Phosphorus 3x ganda, Vitamin A dan Iron 5x ganda, Mineral dan Vitamin lain adalah 2x ganda banyak daripada epal (pergh).
Hail To You, Wahai SiBuah Kaya Zat Penuh Khasiat (PISANG).
Y BETTER??? Neither Good Nor Best???
Good.
Sebabnya, generally, Good biasanya hanya berada pada tahap normal / lazim aja, and most Manusia+Jin, depa selalunya expect depa mahukan yang lebih baik, atau exceed than just Good level, dalam apa-apa aja perkara di dalam setiap ruang / lapangan kehidupan depa tu. Atau senang cerita, Good ni umpama cukup-cukup makan ja.
Best.
Asbabnye, kalo kita dok aim dan target untuk be the Best, dan sekiranya kita secara rasminya telah berjaya menjadi the Best, dalam apa-apa aja perkara di dalam setiap ruang / lapangan kehidupan kita, maka yang demikian ini, akan berupaya membuatkan kita wujud perasaan bangga diri, atau sehingga bisa menimbulkan sifat Riak dan sifat underestimate (pandang rendah) kelebihan+keupayaan Manusia+Jin yang lain.
Justeru, secara halus atau tanpa kita sedari, kita akan jadi lupa diri, atau paling tidak pun, kita akan slowering aka slowndownkan kita punya effort & hardwork kita, pasai kita sudah pun dimahkotakan dengan Darjat Kebesaran BEST. Dan ini juga, bisa menjadi satu asbab yang ampuh bagi Manusia+Jin yang lain dengan mudahnya untuk surpassing / mengatasi rekod-rekod Cemerlang+Gemilang+Terbilang kita itu dan seterusnya merampas Takhta Best yang kita dok megah-megahkan tu, pasai depa tak pernah duduk diam atau never quit from hardwork (enggak pernah menyahkan Virus Workaholic depa) selagi depa tak berjaya merangkul title Best tuh. Lalu akhirnya, kita dilucutkan kembali dari Pangkat Kebesaran Best tu, yang mana Pangkat Best tu akan ditawarkan untuk disandang oleh Manusia+Jin yang lain pula.
BETTER.
Fadhilat+Khasiat+Kaifiat being BETTER, ialah Insya'ALLOOH, kita akan dapat memperolehi 2
(Dua / Two / [PEACE]) KENIKMATAN, yakni Nikmat KEGUMBIRAAN, KESERONOKAN & KETERUJAAN, akibat hasil dari ketahuan kita, yang mana kita telah berjaya (tak kisahlah samada berjaya / menang alakadar / sipi-sipi aja ka, atau berjaya / menang besaq ka atau bahkan berjaya dengan keputusan yang Cemerlang+Gemilang+Terbilang) mengatasi / surpassing / memecahkan rekod-rekod yang disumbangkan oleh SeKalian Manusia+Jin dari kalangan / golongan yang berstatus pada Maqam Good itu (hehehe, yahuuu, yeah!).
Wa, Nikmat hat yang satu lagi tu pulak, ialah Nikmat Berusaha Keras+Berikhtiar Bersungguh-Sungguh serta BerTawakal kepada Yang Maha Agung lagi Maha BerKuasa, dengan Penuh Rasa KeIkhlasan Dan Tawadhu' (Merendah Diri / Humble), kerna kita tahu+sedar, yang kita lani bukanlah Manusia+Jin dari kalangan / golongan yang TerBaik, yakni Best. Maka dek kerna asbab tersebut, kita akan sentiasa punyai / miliki Semangat PerJuangan+Semangat Pengorbanan yang Tinggi lagi Jitu, untuk berusaha dengan lebih tekun wa gigih supaya bergerak maju ke hadapan tanpa mengenal mafhum putus-asa dan pengertian jemu+bosan, yang mana kita sendiri enggak wujud ketahuan, apakah kesudahannya dan di manakah penghujungnya serta bilakah pengakhirannya segala usaha titik peluh (peluh ketiak) kita tuh.
Jadi Rumusannya, Always Stick Strongly+Tightly In The Middle / Centre Of The Position. We'll always (Bi-Idznillaah) be Remark and Exist In The Mind and Heart Of Many Kind-Hearted Manusia+Jin, wether while we still alive and / or telah kembali ke RAHMATULLAH.
WALLOOHU"ALAM...
Salam Perpaduan.

