
Tapi tahukah anda, taugeh yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat.
Taugeh dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
Bagaimanapun, khasiat taugeh tidak terhad sebagai penyumbang kesuburan manusia, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan sel-sel kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Selain itu, taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (Osteoporosis).
Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindari mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi, simptom pra-menopaus dan gangguan akibat menopaus.
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh, secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus.
Mereka yang berisiko menghidapi penyakit stroke dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak berlebihan dalam darah dan mengalami tekanan darah tinggi, dianjurkan lebih banyak mengambil taugeh dalam menu harian mereka.
Saponi dalam taugeh, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
Selain sarat DNA, taugeh padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Perlindungan ini menguatkan kesimpulan bahawa taugeh juga merupakan sayuran yang bisa digelar Agen Awet Muda.
Satu lagi khasiat taugeh yang tidak kurang hebat juga ialah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana taugeh mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama taugeh dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran segera meninggalkan usus besar, tiada lagi sisa-sisa kuman yang beracun dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.

Marilah kita mengamalkan pengambilan taugeh dalam diet & menu harian kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan