Tahukah anda, buah apakah antara yang paling berkhasiat wujud di dalam dunia ini?
Yaaa… Jawapannya ialah Pisang.
Tetapi ramai di antara kita masih memperlekehkan Pisang.
Mereka menganggap Pisang sebagai buah yang low standard dan buah kampung.
Sebaliknya mereka menganggap buah-buahan luar negara seperti epal, anggur, strawberi lebih bagus, berkhasiat dan lebih high class… kata mereka.
Sebenarnya mereka telah silap. Pisang adalah jauh lebih baik daripada kesemua buah-buahan yang disebutkan di atas. Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi yang terpenting iaitu Sucrose, Fructose and Glucose. Selain itu ia juga kaya dengan Fiber.
Pisang dapat membekalkan tenaga optimum dengan segera kepada tubuh badan. Hasil kajian membuktikan, dengan hanya memakan 2 biji Pisang, badan kita dibekalkan tenaga yang mencukupi untuk melakukan kerja-kerja berat selama tidak kurang sejam setengah!!!. Sebab itu Pisang telah menjadi buah pilihan utama bagi atlit dan ahli sukan seluruh dunia.
Pisang sebenarnya bukan setakat membantu membekalkan tenaga kepada tubuh badan kita. Bahkan ia juga berkhasiat dalam melindungi tubuh kita daripada menghidapi pelbagai jenis penyakit.
Menurut kajian yang dijalankan, Pisang adalah berkhasiat dan amat baik dalam mengurangkan penyakit-penyakit seperti berikut;
Kemurungan.
Satu kajian oleh MIND kepada orang yang mengalami masalah kemurungan telah mendapati bahawa Pisang telah membantu orang mengalami kemurungan mengurangkan tahap tekanan dan kemurungan yang mereka hadapi. Ini adalah kerana, Pisang mengandungi sejenis Protein yang digelar Trytophan. Trytophan ini akan ditukarkan oleh badan kepada Serotonin yang mana unsur ini membuatkan tubuh badan kita menjadi lebih rileks+santai+tenang dan meningkatkan mood seseorang. Ia turut membantu meningkatkan kesegaran tubuh badan.
PMS.
Masalah PMS adalah masalah orang perempuan yang moody ketika datangnya haid. Untuk mengurangkan masalah PMS ni, ramai yang mengambil jalan mudah dengan menelan pil ubat saja. Selepas ini, anda tak perlu lagi makan pil/ubat yang mahal itu. Sebaliknya, amalkan makan Pisang kerana Pisang mengandungi Vitamin B6 yang mengawal paras glucose di dalam darah.
Apabila paras glucose dalam darah terkawal dengan baik, ianya dapat mengurangkan perasaan moody anda.
Anemia (Penyakit Kurang Kandungan Darah Dalam Badan).
Di dalam Pisang terdapat kandungan Zat Besi atau Iron yang tinggi. Iron ini akan merangsangkan pembentukan hemoglobin di dalam darah kita. Jadi, ianya membantu menangani masalah penyakit Anemia ini.
Tekanan Darah Tinggi.
Pisang sangat kaya dengan kandungan Potassium dan kurang kandungan garamnya. Jadi, ia sangat membantu dalam masalah tekanan darah tinggi dan stroke. Jabatan Pemakanan dan Ubatan Amerika Syarikat telah mengiktiraf bahawa Pisang banyak membantu manusia dalam menangani masalah tekanan darah tinggi dan stroke.
Mencerdaskan Otak.
Satu kajian yang dijalankan kepada seramai 200 orang pelajar di Twickenhem mendapati, Pisang telah membantu semua pelajar tersebut dalam mencerdaskan otak mereka. Sepanjang minggu peperiksaan, semua pelajar telah diberi makan pisang pada waktu makan pagi, tea break dan makan tengah hari. Hasil yang ditunjukkan adalah amat positif.
Penghadaman.
Kandungan Fiber yang tinggi di dalam Pisang membantu tubuh kita dalam proses penghadaman makanan.
Mabuk disebabkan minuman keras.
Salah satu ubat yang paling mujarab dan sangat popular di dunia barat ialah Banana Milkshake.
Pisang diblenderkan bersama dengan Susu dan Madu kemudian diminum. Ianya terbukti dapat mengurangkan mabuk alkohol.
Heartburn (Pedih Ulu Hati).
Pisang juga mengandungi satu unsur semulajadi yang dapat meneutralkan kandungan asid di dalam badan kita. Jadi, jika sesiapa yang mengalami masalah heartburn, bolehlah amalkan memakan Pisang.
Masalah Morning Sickness / muntah-muntah.
Amalan memakan Pisang di antara waktu makan dapat membantu tubuh dalam mengawal kandungan gula di dalam tubuh badan. Ini secara tak langsungnya membantu mereka yang menghadapi masalah morning sickness / masalah muntah2.
Gigitan Nyamuk.
Jika anda terkenan gigitan nyamuk, gunakan bahagian dalam kulit Pisang untuk mengurangkan kegatalan dan kesan gigitan. Kini anda tak perlu lagi membazirkan wang untuk membeli krim penyembuh gigitan nyamuk. Gunakanlah kulit Pisang. Ianya sungguh berkesan.
Urat Saraf.
Pisang kaya dengan Vitamin B yang membantu dalam mengawal Sistem Urat Saraf. Maka secara tidak langsungnya Pisang dapat mengawal untuk mententeramkan mereka yang ada masalah gugup.
Ulser.
Pisang adalah buah yang enak dan lembut serta mempunyai tekstur yang mudah dihadam. Selain itu ianya mempunyai sifat antacid atau peneutral kepada asid yang dapat mengurangkan tahap asid di dalam usus.
Pengawal Suhu Badan.
Pisang memang dikenali sebagai buah yang bersifat sejuk /”cooling” fruit. Jadi ia memang membantu kita dalam menurunkan suhu badan. Di Thailand, ramai wanita yang mengandung di sana mengamalkan makan Pisang sebagai cara untuk mengurangkan suhu badan dan memudahkan kelahiran.
Masalah Perokok.
Oleh kerana Pisang kaya dengan kandungan Vitamin B6 & B12, Potassium dan Mangesium, ia juga sangat sesuai dimanfaatkan oleh perokok perokok tegar dalam membantu mereka mengurangkan tabiat merokok. Zat-Zat seperti Vitamin B6, B12 dan Potassium dapat mengurangkan kesan ketagihan nikotin.
Stress / Tekanan.
Potassium yang banyak terkandung di dalam Pisang adalah Mineral Asas yang dapat mengawal tahap kandungan air dan oksigen dalam darah. Ia dapat membantu mengawal penghantaran oksigen ke otak dan mengawal tahap metabolic dalam badan. Ini secara tak langsungnya membantu mereka yang mengalami masalah tekanan.
Strokes (Lumpuh).
Satu kajian yang dijalankan oleh “The New England Journal of Medicine” membuktikan bahawa,
Amalan memakan Pisang dapat mengurangkan risiko sebanyak 40% daripada risiko mati disebabkan strokes.
Ketuat.
Kulit Pisang dapat mengubati kita daripada ketuat. Hanya tekapkan bahagian dalam kulit Pisang kepada biji ketuat selama beberapa kali, Insya'ALLAH, lama kelamaan ianya akan hilang.
Pisang memang terbukti mempunyai pelbagai khasiat yang dapat membantu kita dalam menangani masalah kesihatan manusia dengan signifikan. Pisang adalah merupakan antara Buah Penawar Yang Mujarab Dan Menakjubkan.
Kita rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur kerana di Malaysia, Pisang sangat mudah didapati dan sangat murah.
Jika nak dibandingkan Pisang dengan epal, Pisang adalah jauh lebih baik samada dari segi rasa mahupun khasiatnya. Kandungan Protein dalam Pisang adalah 4x lebih banyak daripada epal. Karbohidrat 2x ganda, Phosphorus 3x ganda, Vitamin A dan Iron 5x ganda, Mineral dan Vitamin lain adalah 2x ganda banyak daripada epal (pergh).
Hail To You, Wahai SiBuah Kaya Zat Penuh Khasiat (PISANG).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan