[:>>>+-(*BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*ASSALAAMU'ALAIKUM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*ASSALAAMU'ALAIKUM*)-+<<<:]

Halkerin.

Selamat MenZiarahi Ke Blog Halkerin.

BarangSiapa Yang BerKeMahuan+BerKePerluan Kopi+Pes (Juga MeLakukan Sedikit SeBanyak Modifikasi) IntiPati+IntiSari Yang TerKandung Di Sesawang Ini, Bisa Aja Terus DiLaksanakan, Enggak Butuh Mohon KeIzinan Dari Sang Empunya Blog Ini. Hak Cipta Non+TerPelihara.

Malah Kalian DiGalakkan Untuk BerKongsi Maklumat-Maklumat Yang Bisa KeDapatan Di Dalam Blog Ini Di Laman-Laman Peribadi Kalian Seperti FaceBook, Twitter, Blog, Web Dan Lain-Lain. Tiada Larangan Sama SeKali.

Sekian Sahaja, PemBeriTahuan Yang Ingin hamba Khabarkan. Salam Gemilang, Cemerlang & Terbilang hamba Ucapkan Kepada Kalian. Semuga Kita Semua Senantiasa BerAda Di Dalam KeRahmatan Ilahi, DiBerkati ALLAH Dan BerWujud Di Dalam KeRedhaan-Nya.

JAZAKALLOOHU KHOIRON KATSIIRO, WABAAROKALLOOHU FIIKUM, WABILLAAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH, WASSALAAMU'ALAIKUM WAROHMATULLOOHI WABAROKAATUH.

Followers.

Mesej Kepada Para PengIkut.

Jangan MengIkuti hamba. Ikutilah ALLOH + DriSenDri. Insya'ALLOH.....

WORLD ISLAMIC CHAMBER OF COMMERCE AND WORLD BAITUL MAL.

WORLD ISLAMIC CHAMBER OF COMMERCE AND WORLD BAITUL MAL.

WICC&amp;WorldBaitulMal

HIMPUNAN 1001 ILMU BERGUNA.

HIMPUNAN 1001 ILMU BERGUNA.

Himpunan1001IlmuBerGuna

[:>>>+-(*CARIAN@SEARCH*)-+<<<:]

Memuatkan ...

Jumaat, November 05, 2010

Kaedah Haq Pelupusan Bahan Ilmiah Suci.

Kaedah Haq Pelupusan Bahan Ilmiah Suci.
(Lambakan Al-Quran dan buku ilmiah menunggu waktu dilupuskan.)

"Orang ramai dialu-alukan menghantar apa juga barangan mempunyai kalimah Allah, ayat Al-Quran dan hadis Rasulullah yang hendak dilupuskan kepada Pusat Pengumpulan Percetakan Saufi"

Rahmat Mahdan
Pengerusi Percetakan Saufi.


Kitab suci, bahan bacaan rosak akan dibakar sebelum dikebumikan.

PELUPUSAN ayat Al-Quran dalam apa juga bentuk perlu dilakukan mengikut tertib demi menjaga kesucian wahyu Allah itu yang menjadi mukjizat Nabi Muhammad SAW dan panduan hidup umat Islam hingga Hari Qiamat.



Namun, tidak semua tahu cara terbaik menguruskan ayat suci itu hingga ada kitab Al-Quran yang sudah buruk, tidak berkulit dan terkoyak dibiarkan begitu saja. Malah, ada yang tanpa sedar melonggokkan Al-Quran bersama buku lain yang kemudian dijual di pusat pengumpulan barang terpakai.

Menyedari kekurangan itu, syarikat penerbitan Al-Quran Mushaf Uthmani, Percetakan Saufi, mengambil inisiatif mengumpulkan Al-Quran, buku teks, Yasin, risalah, akhbar lama hingga kepada cebisan kertas mengandungi ayat Al-Quran untuk memastikan wahyu Allah tidak diaibkan.


Pengerusinya, Rahmat Mahdan, berkata orang ramai dialu-alukan menghantar apa juga barangan mempunyai kalimah Allah, ayat Al-Quran dan hadis Rasulullah yang hendak dilupuskan kepada Pusat Pengumpulan Percetakan Saufi.

Katanya, bahan terkumpul akan dilupus menggunakan mesin pembakar khas (insinerator) yang kini dibangunkan dan dijangka sampai ke Pusat Pengumpulan dan Pelupusan Ayat Al-Quran Percetakan Saufi di Batu 10 Cheras, Kajang, akhir bulan ini.

“Saya sedih melihat akhbar lama yang mengandungi ayat Al-Quran dibiarkan bersepah di pusat pengumpulan barang kitar semula. Ini mungkin disebabkan orang ramai tidak tahu bagaimana hendak melupuskan ayat Al-Quran.

“Ia mendorong saya memulakan usaha ini kerana mahu menjaga kesucian ayat Al-Quran. Saya tidak mahu wahyu Allah dibiarkan begitu saja hanya kerana pemilik tidak tahu apa hendak dilakukan dengan Al-Quran buruk di rumah mereka, hanya terselit di celah dinding,” katanya. Beliau yang ditemui di Pusat Pengumpulan dan Pelupusan Ayat Al-Quran Percetakan Saufi berkata, kerja kebajikan itu dimulakan akhir 2008 dengan bantuan keluarga.

Melalui kesungguhan itu, katanya ayat al-Quran dalam pelbagai rupa dan bentuk dikumpul sebelum dibakar dan dikebumikan di tanah miliknya. Sambutan orang ramai menghantar pelbagai barangan bercetak ayat al-Quran memaksa beliau menggiatkan kerja kebajikan itu.
(Seorang Petugas sedang meracik helaian kertas yang sudah diasingkan mengikut kategori.)

Ini termasuk membangunkan mesin pembakar khas untuk tujuan melupuskan barangan bercetak ayat Al-Quran mengikut prosedur dan syariat Islam iaitu secara pembakaran selaras keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-30 yang bersidang pada 22 Ogos 1992. Abu daripada barangan dibakar itu kemudian ditanam atau dihanyutkan ke laut.

Rahmat berkata, Percetakan Saufi adalah syarikat percetakan yang telah diberi lesen oleh Bahagian Kawalan Penerbitan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membekal, mengganti dan mengambil Al-Quran lama bukan Mushaf Uthmani bagi tujuan pelupusan.

Syarikatnya juga mendapat kebenaran Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran untuk membekal dan memulihara ayat suci di sekolah kebangsaan dan sekolah agama di seluruh negara.

Selain itu katanya, Percetakan Saufi mengumpul dan melupuskan Al-Quran lama yang disalah cetak dan tidak mendapat kelulusan Lajnah Tashih Al-Quran KDN.
Katanya, kebanyakan Al-Quran yang dicetak sebelum 1990 mengandungi perkataan yang salah dan jika dibaca oleh mereka yang kurang arif akan membawa maksud salah serta mendatangkan dosa.

“Sebagai insentif kepada orang ramai, Percetakan Saufi akan menggantikan Al-Quran baru untuk ditukarkan dengan al-Quran lama ini. Berikan kami dua Al-Quran lama dan kami ganti dengan satu Al-Quran Mushaf Resam Uthmani,” katanya.
(INSINERATOR rekaan Rahmat perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum proses pelupusan dimulakan.)

Rahmat berkata, bagi menggalakkan umat Islam bersedekah melalui amalan wakaf, Percetakan Saufi menganjurkan program Skim Al-Quran Wakaf Malaysia bermula awal tahun lalu untuk diedarkan kepada pihak memerlukan.

Melalui skim wakaf itu, individu atau syarikat boleh menyumbangkan RM30 untuk naskah Al-Quran Mushaf Uthmani yang kemudian diedarkan ke masjid, surau, rumah anak yatim, rumah kebajikan, sekolah dan maahad tahfiz.

Sempena sambutan Maulidur Rasul pada 26 Februari lalu, Percetakan Saufi menyumbangkan 5,000 naskah Al-Quran kepada Kerajaan Melaka untuk diedarkan di masjid, surau dan sekolah agama di seluruh negeri itu. Mereka yang ingin menyertai Skim Al-Quran Wakaf Malaysia boleh menghubungi Percetakan Saufi: 03-26933049/03-26915184.

Sumber:- Berita Harian + Kosmo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan