DzikirTariqatAhmadiah

[:>>>+-(*BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*ASSALAAMU'ALAIKUM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*ASSALAAMU'ALAIKUM*)-+<<<:]

Halkerin.

Selamat MenZiarahi Ke Blog Halkerin.

BarangSiapa Yang BerKeMahuan+BerKePerluan Kopi+Pes (Juga MeLakukan Sedikit SeBanyak Modifikasi) IntiPati+IntiSari Yang TerKandung Di Sesawang Ini, Bisa Aja Terus DiLaksana Kan, Enggak Butuh Mohon KeIzinan Dari Sang Empunya Blog Ini. Hak Cipta Non+TerPelihara.

Malah Kalian DiGalak Kan Untuk BerKongsi Maklumat-Maklumat Yang Bisa KeDapatan Di Dalam Blog Ini Di Laman-Laman Peribadi Kalian Seperti FaceBook, Twitter, Blog, Web Dan Lain-Lain. Tiada Larangan Sama SeKali.

*DAN LAGI, BLOG HALKERIN INI MUNGKIN AKAN TERPADAM DARI ALAM ONLINE INI PADA BILA2 MASA. KALAU RASA BERMANFAAT, SILA COPY & SAVE, KALAU RASA BULL$H!+, SILA ABAI KAN.

Sekian Sahaja, PemBeriTahuan Yang Ingin hamba Khabar Kan. Salam Gemilang, Cemerlang & TerBilang hamba Ucap Kan Kepada Kalian. Semuga Kita Semua Senantiasa BerAda Di Dalam KeRahmatan Ilahi, DiBerkati ALLOOH Dan BerWujud Di Dalam KeRedhoan-Nya.

JAZAKUMULLOOHU KHOIRON KATSIIROO, WABAAROKALLOOHU FIIKUM, WABILLAAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH, WASSALAAMU"ALAIKUM WAROHMATULLOOHI WABAROKAATUHU WAMAGHFIROTULLOOHU WARIDHOLLOOHI AJMA"IIN.

Followers.

Mesej Kepada Para PengIkut.

Jangan MengIkuti hamba. Ikuti Lah (Pimpinan + Bimbingan + Kawalan) ALLOOH + DriSenDri. Insya'ALLOOH.....
IP

[:>>>+-(*CARIAN@SEARCH*)-+<<<:]

Sabtu, Ogos 28, 2010

Restoran Malaysia Negara Ku.

Restoran Malaysia Negara Ku.



Hidangan Lengkap Makanan Dan Minuman Dengan Hanya RM2.

Lokasi: Restoran Malaysia Negaraku, Jalan Plumbum AA/7, Pusat Komersial, Seksyen 7, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Alhamdulillaah, Masya'ALLAH, SeMakna Juga Dengan Maksud Darulnya (Ehsan/Ihsan), Mudah-Mudahan Barokah.

Pertama kali mendengar harga yang dikenakan untuk setiap sajian, pengunjung pasti akan terkejut dan bertanya sekali lagi benarkah cuma RM2?





Makin sukar dipercayai apabila pada harga serendah itu setiap sajian lengkap mengandungi nasi putih dengan tiga jenis lauk berserta pencuci mulut dan minuman.

Itulah yang ditawarkan di Restoran Malaysia Negara Ku yang terletak di Pusat Komersial, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Memulakan operasinya pada 1 Ramadan lalu, Restoran Malaysia Negara Ku menawarkan juadah berbuka puasa kepada orang ramai pada harga RM2 setiap hari.



Pengurus Restoran Malaysia Negara Ku Azahar Samat, berkata, restoran itu dimiliki seorang ahli perniagaan, Datuk Zainal Abidin Awang Kechik, yang mempunyai pengalaman 20 tahun dalam industri makanan dan memiliki lima restoran bertaraf tujuh bintang di luar negara.

Menceritakan idea penubuhannya, Azahar memberitahu, konsep berkenaan yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia adalah lebih sekadar tempat makan. Semua pelanggan akan dilayan secara sama rata.

"Restoran ini dibuka bagi membolehkan semua orang tidak kira bangsa dan kedudukan ekonomi bersama-sama menjamu selera.



"Kami juga sebenarnya bukan ingin mencari keuntungan besar, kerana kalau diikutkan kami tidak mendapat keuntungan pun. Tetapi niat kami lebih kepada membantu masyarakat yang susah.

"Di sini, orang ramai tidak dibenarkan menempah awal kerana kami ingin bersikap adil. Kami turut menggunakan bangku panjang untuk tempat duduk pelanggan supaya ketika makan, pelanggan akan bergaul dan tidak hanya duduk secara berkumpulan," katanya.

Menurut Azahar, setiap hari restoran berkenaan akan menyediakan juadah berbuka puasa berbeza meliputi nasi putih, satu sajian utama seperti ayam, ikan, daging, ketam atau sotong.



Juadah itu, katanya, dilengkapkan dengan sayur atau telur goreng, salad dan minuman.

Pada masa sama ujarnya, bersesuaian namanya, dekorasi restoran diterapkan dengan ciri-ciri budaya tempatan bagi mendidik orang ramai menghargai negara dan memupuk perasaan cinta menjadi warganegara Malaysia serta menanam semangat patriotik.

Azahar berkata, pelanggan diwajibkan menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka warganegara Malaysia untuk mendapatkan tawaran harga RM2.



Manakala bagi warganegara Malaysia yang tidak membawa kad pengenalan atau warganegara luar, mereka kena bayar RM6.

Satu lagi perkara menarik mengenai restoran ini ialah konsep pelanggan melayan diri ketika mengambil makanan dan membasuh pinggan sendiri selepas menjamu selera.

Ketika ditanya perancangan pada masa depan restoran itu, Azahar berkata, pemiliknya merancang untuk menambah jumlah cawangan.



"Ini adalah cawangan pertama kami, dan insya-Allah kami merancang untuk membuka 220 cawangan restoran Malaysia Negara Ku di seluruh negara dalam tempoh beberapa tahun.

"Perniagaan kami juga akan diteruskan selepas Ramadan dan kemungkinan selepas ini kami akan menambah jenis menu seperti mi.

"Walau apa pun jenis menu tambahan, kami tetap akan mengekalkan harga RM2 kerana nilai itu juga adalah keistimewaan kami," ujarnya.



Restoran Malaysia Negara Ku turut bersedia menerima sumbangan kewangan daripada mana-mana pihak sama ada individu atau organisasi bagi membantunya untuk terus dapat menawarkan perkhidmatan lebih selesa dan sempurna kepada pelanggan.

Bagaimanapun, ia hanya menerima sumbangan ikhlas dan bukannya atas apa-apa kepentingan.

Pihak yang ingin menghulurkan sumbangan atau inginkan maklumat lanjut mengenai restoran ini bolehlah menghubungi talian 019 - 3030 682.



Sumber Perolehan Maklumat:
Utusan & RezekiHalal.

2 ulasan:

  1. Salam Selasa.

    Yup, Muga-Muga Begitulah Hendaknya Insya'ALLAH.

    Lani Kat Ibu Negeri Darul Ehsan Dah Wujud 2 Pusat Makan Ihsan. ALHAMDULILLAAH.

    Kat KL Lani Baru Nak Mula Mencontohi Jejak Noble Philanthropists Yang Memulakan Usaha Murni Ini (May The Bless Of ALLAH Upon Them).

    Dilaksanakan oleh PPZ KL dgn bantuan dan kerjasama PERKIM lau tak silap. Lokasinya di sekitar Chow Kit, Bangunan Perkim Jln Ipoh, Masjid2 tertentu di Ibu Negara dan sesetengah Pusat2 Kebajikan lau x silap la. Itu pun, bukan setiap hari, cuma pd hari2 tertentu dlm satu minggu tersebut, rotate ikut lokasi. Ada terbaca dlm akhbar tempatan previously.

    Sebenarnya ada bnyk juga sesetengah pengusaha Restoran Bumiputra dan Bukan Bumiputra di KL ni yg menjual F&B depa pd harga yg sgt murah / jauh lebih murah berbanding dari standard current market price di KL ni, cuma tidak/kurang dihebahkan. Kalo siapa rajin berforum / masyuk laman2 forum public, nescaya akan dapat ketahui sedikit-sebanyak info2 seperti ni.

    Wallahu'alam...

    Salam Sentosa.

    BalasPadam