KeIstimewaan Haiwan BerNama Kucing.
Setiap Nabi menerima tetamu di rumah. Nabi Muhammad SAW selalu mengendong Muezza (kucing kesayangan Baginda SAW) dan diletakkan di ribaan paha Baginda. Salah satu sifat Muezza yang paling Nabi SAW suka ialah Muezza selalu me'meow' ketika mendengar Azan, seolah-olah 'meow'nya mengikut lantunan suara Azan.
Nabi SAW berpesan untuk menyayangi kucing kesayangan seperti menyayangi ahli keluarga sendiri.
Pernah juga Nabi SAW mahu mengambil jubahnya, dan ada Muezza sedang tidur di atasnya. Nabi SAW pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya supaya tidak mengganggu Muezza.
Selepas Nabi SAW pulang ke rumah, Muezza terbangun dan pergi kepada Nabi SAW. Sebagai balasan, Nabi SAW menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu.
Nabi SAW menekankan dalam beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan dibenarkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.
Kenapa Rasulullah Saw mengatakan bahawa kucing suci dan tidak najis?
Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.
Permukaan lidah kucing tertutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitik pun cecair yang jatuh dari lidahnya.
Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.
Telah dilakukan berbagai-bagai penelitian terhadap kucing dan pelbagai perbezaan usia, perbezaan kedudukan kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan turun sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman bakteria pada bahagian-bahagian khusus. Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Keputusan yang diperolehi adalah:
1. Keputusan yang diambil dari kulit luar adalah negatif mempunyai kesan bakteria, meskipun dilakukan berulang kali.
2. Perbandingan yang ditanamkan bakteria memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cecair yang diambil dari dinding mulut.
3. Cecair yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif bakteria.
4. Sekalipun ada bakteria yang ditemui ketika proses kajian, bakteria itu masuk kelompok bakteria yang dianggap sebagai bakteria biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.
5. Tidak dijumpai kumpulan bakteria yang pelbagai.
Pelbagai sumber yang boleh dipercayai dan hasil kajian makmal menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai bakteria dan mikrob. Air liurnya bersih dan membersihkan.
Komentar Para Doktor dalam bidang berkaitan:
Menurut Dr. George Maqshud, ketua makmal di Hospital Hewan Baitharah, jarang sekali ditemukan adanya bakteria pada lidah kucing. Jika bakteria itu ada, maka kucing itu akan sakit.
Dr. Gen Gustafsirl mendapati bahawa bakteria yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1 / 4 anjing, kucing 1 / 2 manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa'id Rafah menegaskan bahawa kucing memiliki peranti pembersih yang bernama lysozyme.
Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terutamanya pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll). Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan suhu tubuh badannya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak berada dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya bakteria pada tubuh kucing.
Dan hasil kajian perubatan dan percubaan yang telah dijalankan di makmal haiwan, didapati bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan. Ia lebih bersih dari manusia.
Sisa makanan kucing hukumnya suci. Hadis Kabsyah binti Ka'ab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada saat itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, "Lihatlah." Abu Qatadah berkata, "Apakah kamu hairan?" Ia menjawab, "Ya." Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia haiwan yang suka berkeliling di rumah (haiwan rumahan),"
(HR At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan dari Ali bin Al-Hasan, dari Anas yang menceritakan bahawa Nabi SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, Baginda SAW berkata, "Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana."
Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi SAW menuju bejana. Kemudian, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi SAW berhenti, menunggu sehingga kucing itu selesai minum, kemudiannya Nabi SAW BerWudhu Dengan Air Di Dalam bejana yang baru sahaja diminum oleh kucing tadi. Nabi SAW ditanya mengenai kejadian tersebut, Baginda SAW menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."
Diriwayatkan dari Daud bin Shalih At-Tammar dari ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika dia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang sembahyang. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Malangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, dia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut.
Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berjalan ke sana." Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing. (HR alBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
Hadis ini diriwayatkan Dari Imam Malik, Imam Ahmad, dan Imam Hadis yang lain-lain. Oleh kerana itu, kucing adalah haiwan yang badan, keringat dan bekas dari sisa makanannya adalah suci.
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z. 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 (HotLain+NeutrelLain+KoolLain).
[:>>>+-(*BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM*)-+<<<:]
[:>>>+-(*ASSALAAMU'ALAIKUM*)-+<<<:]
Halkerin.
Selamat MenZiarahi Ke Blog Halkerin.
BarangSiapa Yang BerKeMahuan+BerKePerluan Kopi+Pes (Juga MeLakukan Sedikit SeBanyak Modifikasi) IntiPati+IntiSari Yang TerKandung Di Sesawang Ini, Bisa Aja Terus DiLaksana Kan, Enggak Butuh Mohon KeIzinan Dari Sang Empunya Blog Ini. Hak Cipta Non+TerPelihara.
Malah Kalian DiGalak Kan Untuk BerKongsi Maklumat-Maklumat Yang Bisa KeDapatan Di Dalam Blog Ini Di Laman-Laman Peribadi Kalian Seperti FaceBook, Twitter, Blog, Web Dan Lain-Lain. Tiada Larangan Sama SeKali.
BarangSiapa Yang BerKeMahuan+BerKePerluan Kopi+Pes (Juga MeLakukan Sedikit SeBanyak Modifikasi) IntiPati+IntiSari Yang TerKandung Di Sesawang Ini, Bisa Aja Terus DiLaksana Kan, Enggak Butuh Mohon KeIzinan Dari Sang Empunya Blog Ini. Hak Cipta Non+TerPelihara.
Malah Kalian DiGalak Kan Untuk BerKongsi Maklumat-Maklumat Yang Bisa KeDapatan Di Dalam Blog Ini Di Laman-Laman Peribadi Kalian Seperti FaceBook, Twitter, Blog, Web Dan Lain-Lain. Tiada Larangan Sama SeKali.
*DAN LAGI, BLOG HALKERIN INI MUNGKIN AKAN TERPADAM DARI ALAM ONLINE INI PADA BILA2 MASA. KALAU RASA BERMANFAAT, SILA COPY & SAVE, KALAU RASA BULL$H!+, SILA ABAI KAN.
Sekian Sahaja, PemBeriTahuan Yang Ingin hamba Khabar Kan. Salam Gemilang, Cemerlang & TerBilang hamba Ucap Kan Kepada Kalian. Semuga Kita Semua Senantiasa BerAda Di Dalam KeRahmatan Ilahi, DiBerkati ALLOOH Dan BerWujud Di Dalam KeRedhoan-Nya.
JAZAKUMULLOOHU KHOIRON KATSIIROO, WABAAROKALLOOHU FIIKUM, WABILLAAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH, WASSALAAMU"ALAIKUM WAROHMATULLOOHI WABAROKAATUHU WAMAGHFIROTULLOOHU WARIDHOLLOOHI AJMA"IIN.
Sekian Sahaja, PemBeriTahuan Yang Ingin hamba Khabar Kan. Salam Gemilang, Cemerlang & TerBilang hamba Ucap Kan Kepada Kalian. Semuga Kita Semua Senantiasa BerAda Di Dalam KeRahmatan Ilahi, DiBerkati ALLOOH Dan BerWujud Di Dalam KeRedhoan-Nya.
JAZAKUMULLOOHU KHOIRON KATSIIROO, WABAAROKALLOOHU FIIKUM, WABILLAAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH, WASSALAAMU"ALAIKUM WAROHMATULLOOHI WABAROKAATUHU WAMAGHFIROTULLOOHU WARIDHOLLOOHI AJMA"IIN.
Followers.
Mesej Kepada Para PengIkut.
Jangan MengIkuti hamba. Ikuti Lah (Pimpinan + Bimbingan + Kawalan) ALLOOH + DriSenDri. Insya'ALLOOH.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan