DzikirTariqatAhmadiah

[:>>>+-(*BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*ASSALAAMU'ALAIKUM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*ASSALAAMU'ALAIKUM*)-+<<<:]

Halkerin.

Selamat MenZiarahi Ke Blog Halkerin.

BarangSiapa Yang BerKeMahuan+BerKePerluan Kopi+Pes (Juga MeLakukan Sedikit SeBanyak Modifikasi) IntiPati+IntiSari Yang TerKandung Di Sesawang Ini, Bisa Aja Terus DiLaksanakan, Enggak Butuh Mohon KeIzinan Dari Sang Empunya Blog Ini. Hak Cipta Non+TerPelihara.

Malah Kalian DiGalakkan Untuk BerKongsi Maklumat-Maklumat Yang Bisa KeDapatan Di Dalam Blog Ini Di Laman-Laman Peribadi Kalian Seperti FaceBook, Twitter, Blog, Web Dan Lain-Lain. Tiada Larangan Sama SeKali.

*DAN LAGI, BLOG HALKERIN INI MUNGKIN AKAN TERPADAM DARI ALAM ONLINE INI PADA BILA2 MASA. KALAU RASA BERMANFAAT, SILA COPY & SAVE, KALAU RASA BULL$H!+, SILA ABAI KAN.

Sekian Sahaja, PemBeriTahuan Yang Ingin hamba Khabarkan. Salam Gemilang, Cemerlang & Terbilang hamba Ucapkan Kepada Kalian. Semuga Kita Semua Senantiasa BerAda Di Dalam KeRahmatan Ilahi, DiBerkati ALLAH Dan BerWujud Di Dalam KeRedhaan-Nya.

JAZAKALLOOHU KHOIRON KATSIIROO, WABAAROKALLOOHU FIIKUM, WABILLAAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH, WASSALAAMU"ALAIKUM WAROHMATULLOOHI WABAROKAATUHU WAMAGHFIROTULLOOHU WARIDHOLLOOHI AJMA"IIN.

Followers.

Mesej Kepada Para PengIkut.

Jangan MengIkuti hamba. Ikutilah ALLOH + DriSenDri. Insya'ALLOH.....
IP

WORLD ISLAMIC NATION, WORLD ISLAMIC CHAMBER OF COMMERCE AND WORLD BAITUL MAL.

WORLD ISLAMIC NATION, WORLD ISLAMIC CHAMBER OF COMMERCE AND WORLD BAITUL MAL.

WICC&amp;WorldBaitulMal

HIMPUNAN 1001 ILMU BERGUNA.

HIMPUNAN 1001 ILMU BERGUNA.

Himpunan1001IlmuBerGuna

[:>>>+-(*CARIAN@SEARCH*)-+<<<:]

Jumaat, Mei 06, 2011

Sahabat: Abu Ubaidah Ibnu Al-Jarrah r.a.

Kenali Dan Cintai Sahabat: Abu Ubaidah Ibnu Al-Jarrah r.a.





Sabda Rasulullah SAW: “Bagi setiap umat mempunyai orang kepercayaan, dan orang kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah Ibnu Al-Jarrah”


Seorang lelaki yang peramah, sangat bertawadhu’, sangat pemalu, tetapi jika suatu masalah datang menerpanya dan perkara genting menghalangnya, maka dia akan berubah laksana singa yang mengaum menampakkan taring dan kuku-kukunya. Dia menyerupai hujung pedang yang kilatan dan sambarannya, mirip ketajaman dan kekuatannya.

Dia adalah orang kepercayaan umat Muhammad SAW, nama sebenar beliau adalah Amir Ibnu Abdullah Al-Jarrah Al-Fihri Al-Quraisy. Beliau Juga Adalah Antara Salah SeOrang Pahlawan Dan Panglima Islam Yang Utama Lagi Gagah Berani, Dari Zaman Awal KeBangkitan Islam BerSama Nabi Muhammad SAW Hingga Zaman Pemerintahan Khulafa' Ar-Rasyidin Yang Kedua, Yakni Amiirul Mu'miniin, Saidina Umar Al-Khattab r.a.

Abu Ubaidah termasuk dalam kalangan As-Sabiqunal Awwaluun, memeluk Islam sehari selepas Abu Bakar As-Siddiq, keislamannya di tangan As-Siddiq. Abu Bakar membawanya, membawa Abdurrahman bin Auf, Uthman bin Mazh’un dan Al-Arqam bin Abu Al-Arqam kepada baginda Rasulullah. Maka mereka mengikrarkan Kalimah Syahadah di hadapan baginda.

Abu Ubaidah hidup di Makkah dengan ujian berat yang menimpa dirinya bersama kaum muslimin dari awal hingga akhir, sementara dia tetap berdiri tegak dan tegar dalam menghadapinya. Semata-mata membela Allah dan RasulNya dalam setiap kesempatan.

Namun ujian Abu Ubaidah di perang Badar adalah ujian paling berat yang tidak pernah terdetik dalam benak hati sesiapa pun.



Tebasan Pedang Abu Ubaidah.

Dalam perang Badar, Abu Ubaidah melangkah maju menembus barisan musuh tanpa ada rasa gentar menghampiri kematian, kaum musyrikin gentar menghadapinya, Abu Ubaidah bergerak ke kiri ke kanan penuh keyakinan, satu persatu musuh tersingkir lalu menyungkur apabila berhadapan dengannya.

Tetapi seorang lelaki Quraisy yang sentiasa berusaha menghalang langkah Abu Ubaidah dari setiap arah, yang kerananya Abu Ubaidah menjauhinya agar tidak berhadapan dengannya.

Namun, lelaki ini terus menerus menyerang sementara Abu Ubaidah terus menjauhinya. Akhirnya, lelaki itu tidak lagi memberi peluang bagi Abu Ubaidah menjauhinya, berdiri di hadapannya menghalangi Abu Ubaidah mara melawan musuh-musuh Allah.

Abu Ubaidah hilang kesabaran, akhirnya beliau menebas pedangnya ke arah kepala lelaki tersebut, pedang itu membelahnya menjadi dua bahagian, lelaki itu pun tersungkur dan tidak bangun lagi, buat selamanya.

Ketahuilah wahai saudaraku, bahawa lelaki yang tersungkur dan tidak bangun lagi oleh tebasan pedangnya itu adalah Abdullah bin Al-Jarrah, yakni bapa kandungnya sendiri.





Sesungguhnya Abu Ubaidah tidak menamatkan riwayat bapanya, akan tetapi dia membunuh syirik yang bersemayam pada jasad bapanya itu.

*ALLAH SWT Menurunkan Ayat Al-Quran Berkait Kisah Beliau Pada Ayat 22, Surah Al-Mujadalah.





Mafhum: Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.


Sahabat KePercayaan Baginda Nabi Muhammad Rasulullah SAW.

Muhammad bin Ja’afar menyampaikan bahawa delegasi orang Nasrani datang pada Rasulullah, dia berkata “Wahai Abu Qasim, utuslah seorang lelaki dari sahabatmu yang kamu redhai untuk kami agar dia memutuskan perkara antara kami dan perkara yang kami perselisihkan, kalian wahai kaum muslimin bagi kami adalah orang-orang yang dipercayai”.

Nabi SAW menjawab: “Datanglah kepadaku di siang hari, akan aku utuskan seorang lelaki yang kuat lagi amanah pada kalian”.

Umar Al-Khattab berkata: “Hari itu aku berangkat ke masjid lebih awal, aku berharap agar mendapat tugas daripada Rasulullah menjadi orang dengan ciri yang dinyatakan baginda”.

Selesai Baginda mengerjakan solat Zohor, baginda melihat ke kanan dan kiri, manakala aku berusaha mengangkat tubuhku agar baginda melihatku. Baginda terus melihat ke kiri ke kanan sehingga baginda melihat Abu Ubaidah Al-Jarrah, maka baginda memanggilnya dan bersabda: “Pergilah bersama mereka, jadilah hakim di antara mereka dengan berpijak kepada kebenaran dalam perkara yang mereka perselisihkan”.

Umar Al-Khattab berkata: “Ternyata Abu Ubaidah mendapatnya”. Abu Ubaidah bukan hanya orang yang dipercayai semata-mata, akan tetapi beliau mampu menggabungkan kekuatan di samping amanah, terlihat di banyak kesempatan.


Pemuda Yang Tampan Dengan Gigi Yang Tanggal.

Dalam perang Uhud, saat kaum muslimin terpukul mundur, penyeru kaum musyrikin berteriak: “Tunjukkan pada aku Muhammad, tunjukkan pada aku Muhammad”. Pada saat itu, Abu Ubaidah salah seorang yang berdiri di sekeliling Rasulullah untuk melindungi baginda dengan dada-dada mereka dari serangan tombak-tombak musyrikin.

Perang pun selesai, gigi seri Rasulullah SAW patah dan kening baginda terluka. Dua lingkaran besi patahan baju perang baginda tertancap di pipi baginda, maka Abu Bakar As-Siddiq mendekati Rasulullah berniat mencabutnya dari pipi baginda yang mulia. Akan tetapi Abu Ubaidah berkata: “Aku bersumpah dengan nama Allah atasmu, berikan tugas itu padaku”. Maka Abu Bakar As-Siddiq membiarkan untuknya. Abu Ubaidah khuatir andai dia mencabutnya dengan tangan akan menyakiti Rasulullah, maka Abu Ubaidah menggigitnya dengan gigi depannya dengan sangat kuat dan berhasil mencabutnya, namun gigi depan Abu Ubaidah ikut tercabut kerananya.

Lalu Abu Ubaidah menggigit besi kedua dengan gigi depannya yang lain, dia mencabutnya dan gigi depannya itupun ikut tanggal sekali kerananya. Kata Abu Bakar As-Siddiq: “Abu Ubaidah termasuk orang paling tampan dengan dua gigi depan yang tertanggal”.


KeZuhudan Abu Ubaidah Ibnu Al-Jarrah r.a.

Beliau juga seorang yang zuhud, tidak tamak kuasa dan harta. Di bawah pemerintahan khalifah Umar Al-Khattab, Abu Ubaidah Al-Jarrah dilantik menjadi ketua pasukan tentera Islam bagi menakluk kota-kota besar yang berada di bawah pemerintahan Rom seperti Kota Damsyik, Syria, Syam, Kota Aleppo, Kota Hims, Kota Antakiah dan Kota Al-Quds di Baitul Maqdis.





Ketika khalifah Umar Al-Khattab berkunjung ke Baitul Maqdis, beliau singgah di rumah Abu Ubaidah Al-Jarrah. Dilihatnya yang ada dalam rumah ketua panglima Islam itu hanyalah pedang, perisai dan pelana kuda sahaja. Lalu Saidina Umar bertanya kepadanya: “Wahai sahabatku, mengapa engkau tidak mengambil sesuatu dari harta rampasan perang sebagaimana orang lain mengambilnya?” Tanya Umar al Khattab. “Wahai Amirul Mu'miniin, ini saja sudah cukup bagiku,” jawab Abu Ubaidah Al-Jarrah.


Wasiat TerAkhir Abu Ubaidah r.a.

Ketika Abu Ubaidah berada di Syam memimpin pasukan kaum muslimin, membawa satu kemenangan kepada kemenangan berikutnya sehingga Allah Taala membuka seluruh wilayah Syam melalui tangannya.

Dalam keadaan perang sedang berkecamuk, tiba-tiba Syam diserang penyakit taun dan memamah satu persatu nyawa penduduknya ketika itu. Amirul Mukminin Umar Al-Khattab pula sangat khuatir Dengan keselamatan dan kesihatan Abu Ubaidah, Lalu segera mengirim surat memerintahkan Abu Ubaidah segera berangkat pulang ke Madinah Al-Munawwarah.

Manakala Abu Ubaidah yang menerima surat itu menulis: ".....aku tidak ingin berpisah dari mereka (pasukan muslimin) sehingga Allah menetapkan keputusanNya pada diriku dan pada diri mereka. Jika surat ini telah sampai ke tanganmu maka bebaskanlah aku dari permintaanmu dan izinkan aku untuk tetap tinggal di tengah pasukanku".

Begitu jawapannya, Umar Al-Khattab menangis hingga air matanya melewati janggutnya. Kaum Muslimin di sekitarnya yang melihat beliau menangis teresak-esak berkata: “Wahai Amirul Mu'miniin, apakah Abu Ubaidah telah wafat?”.

Umar menjawab: “Belum, namun Beliau sudah hampir dengannya (ajalnya)”.





Dugaan Al-Faruq Umar r.a tidak salah kerana tidak lama setelah itu Abu Ubaidah diserang taun. Manakala Abu Ubaidah melihatkan tanda-tanda kematian yang bakal dihadapinya, beliau berwasiat kepada bala tenteranya:

“Aku berwasiat pada kalian, jika kalian menerimanya nescaya kalian sentiasa di atas kebaikan. Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, berpuasalah di bulan Ramadhan, bersedaqahlah, laksanakan ibadah haji dan umrah dan hendaknya kalian saling memberi nasihat, bersikap jujur kepada pemimpin kalian dan jangan menipu mereka. Janganlah kalian terlalai oleh dunia, sekalipun seseorang berumur seribu tahun, dia akan tetap menemui apa yang aku temui saat ini. Sesungguhnya Allah telah menetapkan kematian atas anak-anak Adam, mereka pasti mati dan orang yang paling cerdik dari masalah ini adalah orang yang paling taat kepada Allah dan paling giat beramal untuk hari kebangkitan. Wassalaamu'alaikum warahmatullah”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan