Useful General Safety Tips.
Salam KeSelamatan.
Tips PenCegahan Jenayah (Di Rumah) Seperti Yang DiSarankan Oleh PDRM.
1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian didapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu di luar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).
4. Beritahu anak-anak sekiranya mereka hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).
6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).
7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).
9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.
10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.
12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik, ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.
14. Kalau perlu mengambil cuti panjang, sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dalam mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).
17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.
18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru, kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.
21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.
Doa Abu Darda' r.a.
Doa Abu Darda' Sebagai Pagar Diri, Keluarga Dan Harta Benda Dari Sebarang KeCelakaan Dan Malapetaka.
Talhah r.a. meriwayatkan: "Seorang telah datang kepada Abu Darda' r.a. dan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar. Abu Darda' r.a. menjawab: "Tidak, rumah saya tidak terbakar". Kemudian seorang lagi datang dan memberitahu bahawa rumahnya terbakar. Kemudian, ada seorang lagi datang dan memberitahu perkara yang sama dan Abu Darda' memberi jawapan yang sama. Pada kali yang ke empat seorang datang dan memberitahu Abu Darda' r.a. "Wahai Abu Darda r.a.! api telah naik tinggi tetapi apabila sampai ke rumah tuan, api telah padam".
Abu Darda' menjawab: "Saya yakin bahawa ALLAH SWT tidak akan membakar rumah saya. Rasulullah SAW telah mengajar saya suatu doa, yang mana jika dibaca selepas Subuh si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah hingga ke petang. (Saya telah membaca kalimah-kalimah ini selepas subuh). Oleh itu saya yakin rumah saya tidak akan terbakar."
Fadhilat Doa Abu Darda' r.a.: Sesiapa yang membacanya pada waktu pagi nescaya dia tidak ditimpa musibah hingga ke petang, dan sesiapa yang membacanya pada waktu petang nescaya Allah tidak akan menimpakan musibah keatasnya hingga waktu pagi.
Mafhum Doa: "Ya ALLAH, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan kecuali Engkau. Kepada-Mu aku berserah diri, dan Engkaulah Tuhan (Pemilik) 'Arasy yang besar. Apa yang dikehendaki ALLAH pasti akan terjadi, dan apa yang tidak dikehendaki-Nya tidak akan terjadi, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan ALLAH yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku mengetahui (mengimani dan meyakini), bahawa ALLAH Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan ilmu ALLAH meliputi segala sesuatu. Ya ALLAH, aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan diriku dan dari kejahatan makhluk melata yang ubun-ubunnya (nasibnya) ada di genggaman-Mu, sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus." (HR Ibnu Sunni).
Salam KeHarmonian.
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z. 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 (HotLain+NeutrelLain+KoolLain).
[:>>>+-(*BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM*)-+<<<:]
[:>>>+-(*ASSALAAMU'ALAIKUM*)-+<<<:]
Halkerin.
Selamat MenZiarahi Ke Blog Halkerin.
BarangSiapa Yang BerKeMahuan+BerKePerluan Kopi+Pes (Juga MeLakukan Sedikit SeBanyak Modifikasi) IntiPati+IntiSari Yang TerKandung Di Sesawang Ini, Bisa Aja Terus DiLaksana Kan, Enggak Butuh Mohon KeIzinan Dari Sang Empunya Blog Ini. Hak Cipta Non+TerPelihara.
Malah Kalian DiGalak Kan Untuk BerKongsi Maklumat-Maklumat Yang Bisa KeDapatan Di Dalam Blog Ini Di Laman-Laman Peribadi Kalian Seperti FaceBook, Twitter, Blog, Web Dan Lain-Lain. Tiada Larangan Sama SeKali.
BarangSiapa Yang BerKeMahuan+BerKePerluan Kopi+Pes (Juga MeLakukan Sedikit SeBanyak Modifikasi) IntiPati+IntiSari Yang TerKandung Di Sesawang Ini, Bisa Aja Terus DiLaksana Kan, Enggak Butuh Mohon KeIzinan Dari Sang Empunya Blog Ini. Hak Cipta Non+TerPelihara.
Malah Kalian DiGalak Kan Untuk BerKongsi Maklumat-Maklumat Yang Bisa KeDapatan Di Dalam Blog Ini Di Laman-Laman Peribadi Kalian Seperti FaceBook, Twitter, Blog, Web Dan Lain-Lain. Tiada Larangan Sama SeKali.
*DAN LAGI, BLOG HALKERIN INI MUNGKIN AKAN TERPADAM DARI ALAM ONLINE INI PADA BILA2 MASA. KALAU RASA BERMANFAAT, SILA COPY & SAVE, KALAU RASA BULL$H!+, SILA ABAI KAN.
Sekian Sahaja, PemBeriTahuan Yang Ingin hamba Khabar Kan. Salam Gemilang, Cemerlang & TerBilang hamba Ucap Kan Kepada Kalian. Semuga Kita Semua Senantiasa BerAda Di Dalam KeRahmatan Ilahi, DiBerkati ALLOOH Dan BerWujud Di Dalam KeRedhoan-Nya.
JAZAKUMULLOOHU KHOIRON KATSIIROO, WABAAROKALLOOHU FIIKUM, WABILLAAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH, WASSALAAMU"ALAIKUM WAROHMATULLOOHI WABAROKAATUHU WAMAGHFIROTULLOOHU WARIDHOLLOOHI AJMA"IIN.
Sekian Sahaja, PemBeriTahuan Yang Ingin hamba Khabar Kan. Salam Gemilang, Cemerlang & TerBilang hamba Ucap Kan Kepada Kalian. Semuga Kita Semua Senantiasa BerAda Di Dalam KeRahmatan Ilahi, DiBerkati ALLOOH Dan BerWujud Di Dalam KeRedhoan-Nya.
JAZAKUMULLOOHU KHOIRON KATSIIROO, WABAAROKALLOOHU FIIKUM, WABILLAAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH, WASSALAAMU"ALAIKUM WAROHMATULLOOHI WABAROKAATUHU WAMAGHFIROTULLOOHU WARIDHOLLOOHI AJMA"IIN.
Followers.
Mesej Kepada Para PengIkut.
Jangan MengIkuti hamba. Ikuti Lah (Pimpinan + Bimbingan + Kawalan) ALLOOH + DriSenDri. Insya'ALLOOH.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan