DzikirTariqatAhmadiah

[:>>>+-(*BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*ASSALAAMU'ALAIKUM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*ASSALAAMU'ALAIKUM*)-+<<<:]

Halkerin.

Selamat MenZiarahi Ke Blog Halkerin.

BarangSiapa Yang BerKeMahuan+BerKePerluan Kopi+Pes (Juga MeLakukan Sedikit SeBanyak Modifikasi) IntiPati+IntiSari Yang TerKandung Di Sesawang Ini, Bisa Aja Terus DiLaksanakan, Enggak Butuh Mohon KeIzinan Dari Sang Empunya Blog Ini. Hak Cipta Non+TerPelihara.

Malah Kalian DiGalakkan Untuk BerKongsi Maklumat-Maklumat Yang Bisa KeDapatan Di Dalam Blog Ini Di Laman-Laman Peribadi Kalian Seperti FaceBook, Twitter, Blog, Web Dan Lain-Lain. Tiada Larangan Sama SeKali.

*DAN LAGI, BLOG HALKERIN INI MUNGKIN AKAN TERPADAM DARI ALAM ONLINE INI PADA BILA2 MASA. KALAU RASA BERMANFAAT, SILA COPY & SAVE, KALAU RASA BULL$H!+, SILA ABAI KAN.

Sekian Sahaja, PemBeriTahuan Yang Ingin hamba Khabarkan. Salam Gemilang, Cemerlang & Terbilang hamba Ucapkan Kepada Kalian. Semuga Kita Semua Senantiasa BerAda Di Dalam KeRahmatan Ilahi, DiBerkati ALLAH Dan BerWujud Di Dalam KeRedhaan-Nya.

JAZAKALLOOHU KHOIRON KATSIIROO, WABAAROKALLOOHU FIIKUM, WABILLAAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH, WASSALAAMU"ALAIKUM WAROHMATULLOOHI WABAROKAATUHU WAMAGHFIROTULLOOHU WARIDHOLLOOHI AJMA"IIN.

Followers.

Mesej Kepada Para PengIkut.

Jangan MengIkuti hamba. Ikutilah ALLOH + DriSenDri. Insya'ALLOH.....
IP

WORLD ISLAMIC NATION, WORLD ISLAMIC CHAMBER OF COMMERCE AND WORLD BAITUL MAL.

WORLD ISLAMIC NATION, WORLD ISLAMIC CHAMBER OF COMMERCE AND WORLD BAITUL MAL.

WICC&amp;WorldBaitulMal

HIMPUNAN 1001 ILMU BERGUNA.

HIMPUNAN 1001 ILMU BERGUNA.

Himpunan1001IlmuBerGuna

[:>>>+-(*CARIAN@SEARCH*)-+<<<:]

Ahad, Ogos 23, 2009

10 Kebaikan Lapar & 10 Kemudharatan Kenyang.

10 KENIKMATAN LAPAR & 10 KESENGSARAAN KENYANG.



Di dalam LAPAR terdapat 10 KeBaikan dan di dalam KENYANG terdapat 10 KeMudharatan:

(1) LAPAR: Menjernihkan hati, mencerdaskan otak dan menerangi penglihatan hati. KENYANG: Menyebabkan kebebalan, membuatkan hati buta.

(2) LAPAR: Merasai kelazatan berdzikir kerana hati lembut dan bercahaya. KENYANG: Dzikirnya hanya di lidah dan hati tidak merasa apa-apa, hatinya tertutup daripada cahaya ALLAH SWT.

(3) LAPAR: Menyebabkan hilang rasa angkuh dan ego. Di saat ini rasa kehambaannya pada Tuhan (ALLAH SWT) adalah memuncak, hatinya akan tenang. KENYANG: Tidak merasa kebesaran ALLAH SWT, rasa ketuanan akan memenuhi hati.

(4) LAPAR: Tidak melupai bala ALLAH SWT. Orang yang berakal cerdas akan mengingati bala di Akhirat apabila melihat bala di dunia. KENYANG: Menyebabkan seseorang itu lupakan kelaparan dan lupa bala ALLAH SWT.

(5) LAPAR: Mematahkan hawa nafsu terhadap segala bentuk maksiat kerana lapar akan melemahkan nafsu. KENYANG: Mudah mengikut nafsu kerana kekenyangan adalah pintu kepada syaitan untuk masuk ke dalam hati manusia.

(6) LAPAR: Kuranglah tidurnya dan mudah untuk bangun. KENYANG: Akan merasa mengantuk kerana gas yang dihasilkan oleh pencernaan makanan meruap ke otak. Otak kekurangan oksigen & berat tubuhnya.

(7) LAPAR: Mudah untuk mendapat khusyuk dalam ibadah kerana pintu godaan syaitan tertutup. KENYANG: Syaitan akan mengganggu ibadahnya menyebabkan ia tidak dapat menumpukan hatinya pada ALLAH SWT.

(8) LAPAR: Terhindar daripada banyak jenis penyakit kerana kebanyakan penyakit berpunca daripada kandungan makanan yang dimakan. KENYANG: Mengundang pelbagai jenis penyakit seperti diabetis, darah tinggi, sakit jantung dan lain-lain.

(9) LAPAR: Menjimatkan perbelanjaan di kala kegawatan ekonomi kerana dapat mengurangkan perbelanjaan terhadap makanan. KENYANG: Sudah tentunya memerlukan perbelanjaan untuk mendapatkan makan bagi tujuan ini sedangkan negara menghadapi krisis ekonomi yang hebat.

(10) LAPAR: Menyemai rasa kasih sayang, ihsan & simpati pada insan-insan lain yang lebih tidak/kurang bernasib baik dari kita, terutama pada golongan fakir miskin, anak-anak yatim, warga emas & golongan OKU (Orang Kurang Upaya). KENYANG: Tidak merasai kesusahan orang lain seterusnya menyebabkan hilang rasa kasih sayang, ihsan & simpati di dalam hatinya.

Lapar merupakan tali yang mengikat nafsu. Ingatlah bahawasanya syaitan sentiasa berada dalam diri anak Adam dan berjalan melalui salur darah (arteri dan vena). Dan saluran itu akan disempitkan untuk syaitan dengan berlapar dan haus. Cubalah menahan diri daripada terlalu banyak makan dan minum dengan cara berpuasa. Bila berbuka pula, berpada-padalah. Berusahalah untuk membuktikan kasih dan sayang pada diri kita. Kasihilah akal, hati dan badan, agar anggota itu berfungsi dengan baik. Insya'ALLAH, kita akan dapat memberi kasih sayang pada orang lain dan semoga NUR ALLAH akan menyinari hati kita.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti perjalanan darah. Oleh sebab itu, aku takut syaitan melontarkan sesuatu tuduhan atau satu kejahatan dalam hatimu". (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan