Setiap Nabi menerima tetamu di rumah. Nabi Muhammad SAW selalu mengendong Muezza (kucing kesayangan Baginda SAW) dan diletakkan di ribaan paha Baginda. Salah satu sifat Muezza yang paling Nabi SAW suka ialah Muezza selalu me'meow' ketika mendengar Azan, seolah-olah 'meow'nya mengikut lantunan suara Azan.
Nabi SAW berpesan untuk menyayangi kucing kesayangan seperti menyayangi ahli keluarga sendiri.
Pernah juga Nabi SAW mahu mengambil jubahnya, dan ada Muezza sedang tidur di atasnya. Nabi SAW pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya supaya tidak mengganggu Muezza.

Selepas Nabi SAW pulang ke rumah, Muezza terbangun dan pergi kepada Nabi SAW. Sebagai balasan, Nabi SAW menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu.
Nabi SAW menekankan dalam beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan dibenarkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.
Kenapa Rasulullah Saw mengatakan bahawa kucing suci dan tidak najis?