DzikirTariqatAhmadiah

[:>>>+-(*BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*ASSALAAMU'ALAIKUM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*ASSALAAMU'ALAIKUM*)-+<<<:]

Halkerin.

Selamat MenZiarahi Ke Blog Halkerin.

Barang Siapa Yang BerKeMahuan + BerKePerluan Copy Paste (Juga MeLaku Kan Sedikit SeBanyak Modifikasi) IntiPati + IntiSari Yang TerKandung Di Sesawang Ini, Bisa Aja Terus DiLaksana Kan, Enggak Butuh Mohon KeIzinan Dari Sang Empunya Blog Ini.

Malah Kalian DiGalak Kan Untuk BerKongsi Maklumat-Maklumat Yang Bisa KeDapatan Di Dalam Blog Ini Di Laman-Laman Peribadi Kalian Seperti FaceBook, Twitter, Blog, Web Dan Lain-Lain. Tiada Larangan Sama SeKali.

*DAN LAGI, BLOG HALKERIN INI MUNGKIN AKAN TERPADAM DARI ALAM ONLINE INI PADA BILA2 MASA. KALAU RASA BERMANFAAT, SILA COPY & SAVE (DENGAN KADAR SEGERA), KALAU RASA BULL$H!+, SILA ABAI KAN.

*DEKLARASI:- Untuk PengeTahuan Kalian, Blog Halkerin Ini Bukan Lah Blog Hak Milik Peribadi Saya (Amin Fadzlan). Saya (Amin Fadzlan) Hanya Lah MeRupa Kan Salah SeOrang Penulis Di Blog Halkerin, Insya'ALLOOH. Lau Tak Silap Saya, Blog Halkerin Ini Adalah Blog Hak Milik BerSama SeKalian Qaum Light Forces, Insya'ALLOOH. Dan Lagi, Lau Tak Silap Saya, Blog Halkerin Ini Juga DiJaga Dan DiPantau Serta DiKawal Selia Oleh The Federation Of Light, Insya'ALLOOH. Sekian Sahaja, PemBeriTahuan Yang Ingin Hamba Khabar Kan. Salam Gemilang, Cemerlang & TerBilang Hamba Ucap Kan KePada Kalian. SeMoga Kita Semua Senantiasa BerAda Di Dalam KeRahmatan Ilahi, DiBerkati ALLOOH Dan BerWujud Di Dalam KeRedhoan-Nya.

JAZAKUMULLOOHU KHOIRON KATSIIROO, WABAAROKALLOOHU FIIKUM, WABILLAAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH, WASSALAAMU"ALAIKUM WAROHMATULLOOHI WABAROKAATUHU WAMAGHFIROTULLOOHU WARIDHUANULLOOH.

Followers.

Mesej Kepada Para PengIkut.

Ikuti Lah (Pimpinan + Bimbingan + Kawalan) ALLOOH SWT. Insya'ALLOOH.....
IP

[:>>>+-(*CARIAN@SEARCH*)-+<<<:]

Selasa, Ogos 11, 2009

Luqmanul Hakim. Kata-Katanya Seribu Hikmah.


Luqmanul Hakim dikenali sebagai manusia yang sering meninggalkan peringatan serta manfaat menerusi kata-katanya. Beliau merupakan seorang bapa yang sentiasa menasihati anaknya dengan kata-kata berhikmah. Dan kata-kata itu adalah wajar diambil iktibar oleh kita semua.

Pernah suatu ketika, beliau mengajak anaknya keluar ke pasar. Beliau mengenderai seekor keldai manakala anaknya pula mengekorinya dengan berjalan kaki.

“Teruknya orang tua ini, anaknya yang kecil dibiarkan berjalan kaki sedangkan dia bersenang-lenang menunggang keldai,” kedengaran suara dari sekumpulan manusia yang melihat mereka.

” Wahai anakku, dengarkah engkau apa yang mereka perkatakan itu?” tanya Luqmanul Hakim kepada anaknya.

“Dengar ayah,” jawab anaknya sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Sekarang engkau naiklah ke atas keldai ini, biar ayah menariknya,” katanya sambil mengangkat anaknya ke atas belakang keldai.

“Nampakkah kalian betapa anak yang tak pandai mengenang budi ayahnya yang sudah tua. Disuruhnya ayahnya menarik keldai sedangkan dia yang masih muda menunggangnya, sungguh tidak patut,” kata sekumpulan manusia lain yang mereka temui di tengah, perjalanan.

“Dengarkah engkau apa yang mereka perkatakan?” tanya Luqmanul Hakim kepada anaknya.

Anaknya mengiyakan pertanyaannya itu.

“Sekarang engkau turun dari keldai ini, dan kita sama-sama berjalan kaki,” kata Luqmanul Hakim. Anaknya segera turun dari keldai.

Tak berapa lama kemudian mereka bertemu pula dengan sekumpulan manusia yang lain. “Alangkah bodohnya orang yang menarik keldai itu. Keldai untuk dikenderai dan dibebani dengan barang-barang, bukan untuk diseret seperti lembu dan kambing,” kata mereka.

“Dengarkah engkau apa yang mereka kata?” tanya Luqmanul Hakim kepada anaknya lagi.

“Dengar ayah.”

“Kalau begitu marilah kita berdua naik ke atas belakang keldai ini,”

Tidak berapa lama selepas itu mereka terdengar perbualan sekumpulan orang yang lain pula. “Sungguh tidak bertimbang rasa mereka ini, keldai yang kecil ditunggangi berdua!” kata mereka.

Luqmanul Hakim lalu bertanya kepada anaknya, “Adakah engkau dengar apa yang mereka perkatakan?”

“Ya ayah, saya dengar.”

“Kalau begitu marilah kita dukung keldai ini,” kata Luqmanul Hakim.

Dengan bersusah payah mengikat keempat-empat kaki, akhirnya mereka berjaya mendukung keldai itu. Dan dalam keadaan itu jugalah mereka mula berjalan, dengan bebanan menanggung seekor keldai. Apabila orang ramai melihat gelagat mereka berdua, mereka ketawa terbahak-bahak. “Ha! ha! ha! Hei! Lihatlah orang gila mendukung keldai!”

“Dengarkah engkau apa yang mereka katakan?” dia bertanya kepada anaknya lagi.

“Dengar ayah,” jawab anaknya.

Mereka meletakkan keldai itu ke tanah. Beliau pun menyatakan hikmah di sebalik peristiwa tadi, “Anakku, begitulah lumrah manusia. Walau apapun yang engkau lakukan, engkau tidak akan terlepas dari kata-kata mereka. Tidak kira benar atau salah, mereka tetap akan mengata.”

“Ingatlah anakku bila engkau bertemu kebenaran janganlah engkau berubah hati hanya kerana mendengar kata-kata orang lain. Yakinlah dengan diri sendiri dan gantung harapanmu kepada ALLAH SWT.”

Luqmanul Hakim pernah berwasiat kepada anaknya sebelum beliau meninggalkan dunia yang fana ini. “Wahai anakku, janganlah engkau makan kecuali makanan yang sedap sahaja. Berkahwinlah selalu dan binalah rumahmu di seluruh pelosok bumi ini.”

Anaknya seolah-olah tidak percaya dengan wasiat ayahnya itu. Tetapi mungkin juga ada mafhum tersirat di sebalik kata-kata itu, fikirnya. Setelah ayahnya selesai dikebumikan dia berjumpa dengan seorang teman rapat ayahnya, lalu meminta penjelasan berkenaan kata-kata wasiat ayahnya itu dengan penuh sangsi.

“Ayahmu memang benar,” kata teman ayahnya.

Dia semakin bingung dengan jawapan itu lalu bertanya, “Apakah maksud pakcik?”

“Wasiat ayahmu yang pertama bermaksud janganlah engkau makan kecuali apabila telah benar-benar lapar, kerana apabila engkau sudah terlalu lapar engkau akan merasa makanan yang engkau makan itu begitu lazat dan engkau akan bersyukur dengannya.”

“Berkenaan wasiat ayahmu yang kedua pula, hendaklah kamu selalu berkelana, kerana apabila engkau bertemu semula dengan isterimu setelah lama terpisah, engkau akan berasa seperti baru berkahwin.


Dan wasiat ketiganya, yang menyuruh engkau membina sebanyak-banyaknya rumah ialah, carilah sahabat seramai mungkin. Apabila engkau telah bersahabat dengan seseorang maka rumahnya akan menjadi seperti rumahmu sendiri dan rumahmu juga sudah seperti rumahnya.”

Setelah mendengar penjelasan itu barulah dia faham maksud sebenar dan kata-kata ayahnya, yang pada mulanya dianggap aneh itu. Memang luar biasa Insan yang bergelar Luqmanul Hakim ini, katanya satu hikmahnya seribu. (SUBHANALLAAH).

Isnin, Ogos 10, 2009

Bismillah Ayat Penggerak. Doa Pendinding & Pengelak Mudharat Yang Ampuh.

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti Sabda Rasulullah SAW seperti berikut:


BISMILLAAHIL LADZII LAA YADHURRU MA"AS MIHII SYAI-UNNF FIL ARDHI WA LAA FISSAMAA-I WAHUWAS SAMII"UL "ALIIM.



Rasulullah SAW mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi (sebaiknya dibaca selepas Solat Subuh) dan tiga kali di waktu petang (sebaiknya dibaca selepas Solat Maghrib), maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudharatan pada sepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut:





Klik Sini Untuk Audio Bacaannya:
http://www.darussyifa.org/audio/PendindingAyatPengerak.mp3



*Fadhilat Beramal Dengan Doa ini.


*Terhindar Dari Mara Bahaya.


Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut:

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’ALLAH, ALLAH SWT akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudharatan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudharatan yang mungkin ada di hadapan kita.

Perlu diingatkan di sini bahawa, Insya’ALLAH kita boleh terlepas daripada kemudharatan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan ALLAH yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan ALLAH yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.


*Terhindar Daripada Kemudharatan Makanan & Minuman.

Makanan dan minuman yang masuk ke dalam tubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudharatkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudharat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’ALLAH dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudharatkan tubuh badan kita.


*Terhindar Daripada Sihir, Santau & Ilmu Hitam.

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat ALLAH SWT dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin ALLAH SWT. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudharatkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman seorang hamba ALLAH berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat hamba ALLAH itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran di mana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudharat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini Insya'ALLAH kita hanya akan merasa (kesedapan makanan) yang asal tanpa dipengaruhi faktor lain.


*Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus.

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasik, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk-makhluk halus ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini Insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudharatkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk-makhluk halus itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk-makhluk halus ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.



WALLOOHU"ALAM.....

Ahad, Ogos 09, 2009

Sirah. Hanya Seorang Hajinya Mabrur.



Perbincangan Dua Malaikat.........

Ketika Abdullah bin Mubarak melakukan haji, beliau tertidur di Masjidil Haram, dalam tidurnya beliau bermimpi melihat dua orang Malaikat turun dari langit. Berkata seorang Malaikat kepada seorang lagi:

"Berapa ramai orang-orang yang mengerjakan Haji pada tahun ini?"
Berkata Malaikat yang seorang lagi: "Enam ratus ribu orang."

Bertanya Malaikat yang bertanya: "Antara 600,000 ribu orang yang pergi Haji itu berapakah yang diterima Haji mereka?"

Berkata Malaikat yang menjawab: "Di antara 600,000 ribu itu hanya seorang sahaja Hajinya diterima, namanya ialah Muwaffaq, beliau tinggal di Damsyik. Beliau adalah seorang Tukang Kasut, beliau tidak dapat menunaikan Haji, tetapi Hajinya diterima. Maka berkat Haji Muwaffaq kesemua 600,000 yang mengerjakan Haji diterima."

Abdullah yang sedang tidur terkejut dari tidurnya maka dengan segera beliau berangkat ke Damsyik, sampai sahaja beliau di Damsyik beliau mencari-cari Tukang Kasut yang disebutkan dalam mimpinya dan akhirnya beliau dapat mencari rumah Tukang Kasut itu. Apabila sampai di hadapan pintu rumah Tukang Kasut itu, maka Abdullah mengetuk pintu. Pintu pun di buka dan keluar seorang lelaki dari dalam.

Abdullah bertanya kepada lelaki itu: "Apa nama saudara?" Berkata lelaki itu: "Nama saya Muwaffaq." Abdullah bertanya: "Tolong terangkan kepadaku amalan apakah yang telah kamu lakukan sehingga mencapai darjat yang tinggi?"

JawabMuwaffaq: "Sebenarnya aku ingin menunaikan Haji, tetapi oleh sebab keadaanku maka aku tidak dapat menunaikan Haji. Tetapi dengan cara mendadak aku mendapat wang 300 dirham dari kerja menampal sepatu, lalu aku niat untuk menuniakan Haji pada tahun ini."

"Isteriku pula sedang hamil, suatu hari isteriku tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ia ingin memakan makanan yang terbau itu (mengidam), lalu aku pergi ke rumah jiranku dan aku ketuk pintu. Kemudian keluar seorang wanita, maka aku pun beritahu hajat isteriku itu kepadanya."

Jiranku itu berkata: "Oleh kerana kamu tidak tahu keadaanku maka aku terpaksa memberitahumu, sebenarnya anak-anak yatim ku sudah tiga hari tidak makan oleh itu aku keluar mencari makanan. Sewaktu aku mencari makanan aku bertemu dengan bangkai himar, maka aku potong sebahagian dagingnya lalu aku masak, maka makanan ini adalah halal untuk kami dan haram untuk kamu."

Apabila aku dengar sahaja kata-kata wanita itu maka aku pulang ke rumah dan mengambil 300 dirham yang ada padaku lalu aku berikan kapada wanita itu dan aku katakan kepadanya: "Belanjakan wang ini untuk anak-anakmu. Dan aku berkata pada diriku: Hajiku di muka pintu rumahku (Rumah jiranku) maka ke manakah aku akan pergi...?"

Wahai Saudara Saudari Umat Muhammad SAW yang SeAgama (ISLAM) dengan hamba, ALLAH SWT tidak memandang pada harta yang kita miliki tetapi Dia memandang pada niat hati yang luhur lagi suci.

Pernah seorang Sahabat r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah, tunjukkanlah padaku amal perbuatan yang mana bila aku amalkan, aku akan masuk syurga."

Sabda Rasulullah SAW: "Jadilah kamu orang yang Baik (Soleh)."
Sahabat r.a. itu bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh mengetahui bahawa aku ini orang yang Baik?"

Sabda Rasulullah SAW: "Tanyalah pada jiran tetanggamu, kalau mereka berkata kamu baik, maka baiklah kamu. Kalau mereka mengatakan kamu buruk, maka buruklah kamu."

Sabtu, Ogos 08, 2009

Doa Angin Ahmar. Amalan Doa Untuk Perlindungan Serangan Penyakit Angin Ahmar/Stroke.

KOMENTAR.

Penyakit Angin Ahmar mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Wabak ini sebenarnya wujud semenjak zaman Nabi Sulaiman a.s. lagi. Semasa baginda menerima mengadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba terlintas dalam hatinya siapakah makhluk ALLAH yang tidak mahu tunduk kepadanya. Dengan takdir ALLAH pada ketika itu menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia yang besar, gagah, hebat dan garang dengan sinaran mata yang berapi-api.

Setelah melihat makhluk yang luar biasa itu, Nabi Sulaiman a.s. terkejut lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia dan mengapa dia datang. Lembaga itu menjawab dia adalah Ar-Rihul Ahmar (Angin Ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya dari segala penyakit yang lain yang ada di dunia ini.

Angin Ahmar ini diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan keapda anak cucu Adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam darah, urat saraf dan otak manusia sehingga boleh membawa kepada hilang akal dan mati.

Nabi Sulaiman a.s. segera memerintahkan panglimanya membunuh Angin Ahmar ini, namun lembaga itu berkata bahawa tiada sebarang makhluk yang boleh membunuhnya, lalu segera menghilangkan dirinya.

Angin Ahmar muncul kembali di zaman Nabi Muhammad SAW hingga ke zaman sekarang. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, Angin Ahmar pernah menyerang cucunya Saidina Hasan Ibnu Ali sehingga keluar darah dari rongga hidungnya. Ketika itu turun Malaikat Jibril a.s. lalu memberitahu Rasulullah SAW bahawa cucunya terkena penyakit Angin Ahmar. Baginda bertanya kepada Malaikat Jibril a.s. adakah ubat penawarnya, Jibril menjawab ada, lalu ia ghaib seketika.

Sebentar kemudian Malaikat Jibril a.s. turun kembali menemui Rasulullah SAW dan memberitahu bahawa Allah SWT telah mengurniakan doa yang mustajab untuk mengatasi penyakit Angin Ahmar.


Fadhilatnya.

1. Selamat Dari Terkena Penyakit.


Barangsiapa membaca doa Angin Ahmar ini walaupun sekali dalam seumur hidupnya, Insya Allah nescaya terselamat dari terkena penyakit Angin Ahmar atau Angin Merah.

2. Selamat Dari Mengalami Penyakit Angin Ahmar Dari Berterusan.


Diriwayatkan bahawa ketika cucunda Rasulullah SAW Saidina Hasan sakit, Rasulullah SAW membaca doa Angin Ahmar dengan sebentar sahaja ia sembuh, dapat bangun dan berdiri serta hilang dari sakit yang dialaminya. Rasulullah SAW lalu menyuruh pada sahabatnya agar membaca doa Angin Ahmar ini dan mengajarnya kepada umat Islam.

Barangsiapa yang pernah mengalami penyakit Angin Ahmar, maka hendaklah sentiasa mambaca doa ini agar dapat diringankan atau disembuhkan dengan izin Allah SWT.

Cara lain untuk merawat penyakit Angin Ahmar ialah dengan menulis doa ini dengan dakwat yang bersih pada cawan atau pinggan putih, kemudian basuhkan dengan air bersih, lalu sebagainya diminum, disapu atau diusap pada seluruh anggota tubuh badan yang terkena atau dibuat mandi. Insya Allah dapat disembuhkan denga izin Allah SWT.

Inilah doanya:-













BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan dengan-Nya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.

Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.

Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifat-Mu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.

Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.

Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiri-Nya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.

Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.

Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.

Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepada-Mu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisi-Mu. Kepada-Mu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.

Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam. Amin…

Rawatan PerUbatan Untuk MeMudah Kan KeHamilan.




Rawatan PerUbatan Untuk MeMudah Kan KeHamilan.



Salam KeBahagiaan.

Berita baik untuk misi meramaikan umat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah SAW.

Sekiranya anda atau pasangan anda atau sesiapa sahaja yang anda kenali serta berniat untuk membantunya.

Saya ada satu khabar gembira untuk dikongsi bersama, saya akan ikhtiarkan@ubatkan, BUKAN 'buatkan', bayaran SeIkhlas Hati.

1) Anda dikehendaki menyediakan:
a) 2 Biji Limau Nipis.
b) 2 Botol Air Masak.
c) 1 Gelas Air Masak.

2) Kemudian hubungi 019-3090904 (Mohd Rozahan) dari jam 9:30 mlm - 12:00 tgh mlm untuk JJJ (Jampi Jarak Jauh).

3) Saya akan beri arahan selanjutnya melalui perbualan telefon.

Yang baik itu datangnya dari ALLAH SWT, saya hanyalah hamba suruhanNya.

Salam KeHarmonian.

Bersama Pakar Reproduktif, Dr Rozahan.



Jumaat, Ogos 07, 2009

Rawatan Pemulihan Untuk Kekuatan Tenaga Batin Lelaki.

RAWATAN PEMULIHAN UNTUK KEKUATAN TENAGA BATIN LELAKI.



Sekiranya anda lemah tenaga batin, Insya'ALLAH saya dapat membantu anda. Tidak dapat dinafikan bahawa antara ciri penting lelaki tulen ialah kemampuan tenaga batinnya. Secara asasnya kemampuan tenaga batin itu merangkumi dua kualiti. Pertama ialah kekuatan zakarnya (pada masa kini dipanggil ketegaran ereksi). Kedua ialah ketahanan zakarnya (tahan lama).

"ANDA AKAN TERKEJUT DENGAN PERUBAHAN YANG ANDA ALAMI SECARA MENDADAK"
"ISTERI BERTAMBAH SAYANG KEPADA ANDA"

"HANYA SEKALI SEUMUR HIDUP, ENGGAK BUTUH BAZIRKAN WANG ANDA UNTUK UBAT-UBATAN YANG HANYA SEKADAR MAMPU MEMBERI KEKUATAN YANG BERSIFAT SEMENTARA"

CARANYA:

1 )Anda dikehendaki menyediakan:
a) Segelas Air Masak.
b) 2 Biji Limau Nipis.

2) Kemudian Hubungi 019-3090904, Mohd Rozahan, dari waktu jam 9:30 malam - 12:00 malam untuk JJJ (Jampi Jarak Jauh).

3) Saya akan beri arahan selanjutnya melalui perbualan telefon.

Bersama Pakar Sakit Tuan, Dr. Rozahan.


https://rozahan77.blogspot.com/

Khamis, Ogos 06, 2009

Fadhilat & KeAgungan Chief/Penghulu Segala Ayat (Ayatul Kursi).







"ALLAH, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)."

Inilah yang dikatakan sebagai Chief/Penghulu Segala Ayat. Ayat yang paling utama kedudukan & kebesarannya di dalam Kalamullah teragung, yakni Al-Quranul Karim.

Diriwayatkan bahawa ada seorang lelaki meninggal dunia, kemudian saudaranya bermimpi menemuinya. Saudaranya itu pun bertanya, “Wahai saudaraku, amal apakah yang lebih baik di sana (akhirat)?” Kemudian dijawab, “Amal yang lebih baik ialah membaca Al-Quran.” Kemudian saudaranya itu bertanya lagi, “Maksud saya Al-Quran di bahagian mana?” Lalu dijawab, “AYAT KURSI”.

Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam setelah Hijrah. Menurut riwayat, ketika Ayat Kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai pengiringnya, karena kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu pertanda yang menjadi perintang dalam perjuangannya.
Rasulullah s.a.w segera memerintah kepada penulis Al-Quran yaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
Ada terdapat sekitar 95 buah hadist yang menjelaskan Fadhilat Ayat Kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalamnya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.
Perlu diingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk Tuhan (ALLAH), tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran ALLAH.

Dalam pandangan Ahli Kebatinan, Ayat Kursi disebut dengan istilah Ummul Ilmi atau Ibu Segala Ilmu. Menurut Ahli Hikmah, Ayat Kursi dikenali sebagai Ummul Mahabbah atau Ibu Segala Pengasihan. Menurut Ahli Mistik Kejawen (Kejawaan, dari Jawa), mereka menyebut Ayat Kursi dengan istilah Segoro Ilmu atau Lautan Ilmu (Sesuatu Ilmu yang sangat luas meliputi). Memang, dengan banyaknya manfaat yang terkandung dalam Ayat Kursi, maka tidak hairan, sejak zaman dahulu kala lagi hingga sekarang ini para Ahli Kebatinan berlumba-lumba ingin mendapatkan intisari kekuatannya.

Ilmu Ayatul Kursi ini mempunyai sanad muttasil atau Garis Salasilah turun temurun yang tetap dipelihara, sehingga dengan kemuttasilannya, Ilmu Ayatul Kursi menjadi salah satu Ilmu Paling Mustajab di muka bumi ini.

Pertama kalinya, amalan ini diterima oleh Baginda Nabi Muhammad Rasulullah SAW, lalu Baginda SAW mengijazahkannya pada Nabi ALLAH Khidir a.s. Khidir a.s. mengijazahkannya kepada tiga orang Quthbul Mutlak, yakni Syeikh Abdul Qodir Al Jailani, Syeikh Abil Qosim Al Bagdadi, dan Syeikh Abu Hasan Assyadzili.
Syeikh Abdul Qodir Al Jailani mengijazahkan secara ruhaniyyah kepada Syeikh Syarief Hidayatulloh dan Mbah Kuwu Cakra Buana. Syeikh Syarif Hidayatulloh akhirnya mengijazahkan kepada putranya, Pangeran Cirebon dan seterusnya.



Fadhilat Ayat Kursi:

1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan Istiqomah setiap kali selesai Solat Fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk ke rumah / ke pasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, Insya'ALLAH akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dan keluarganya, anak-anaknya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan tenggelam.


2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barangsiapa yang mengamalkan membaca Ayat Kursi sebanyak 18x sehari secara tetap, berterusan & Istiqomah, Insya'ALLAH ia akan hidup berjiwa Tauhid, dibukakan dada dengan berbagai-bagai Hikmah, Pembuka Pintu Rahsia Segala Ilmu, Kekebalan Defensif (berlaku hanya waktu Emergency), Kegunaaan untuk Pertempuran (boleh dijadikan sebagai Jurus Pukulan, untuk yang ghaib & nyata, yakni pada Kuncinya), Kesihatan & Kekuatan Zahir & Batin (jauh dari ditimpa kesakitan & penyakit jasmani mahupun rohani, malah tubuh sentiasa Sihat, Kuat & Cergas serta hati sentiasa tenang), dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, menghidupkan, memperkuatkan & menajamkan Indera Ke-6 & Daya Firasat, menajamkan Kasyaf Penglihatan dan Pendengaran & Pandangan Basirah (Mata Hati), dipelihara dari segala bencana dengan izin ALLAH SWT.

3. Salah seorang Ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca Ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari, akan wujud Benteng Pertahanan Diri seperti Benteng Pertahanan Diri Rasulullah SAW.

4. Syeikh Abul ‘Abas al-Bunni menerangkan: “Barangsiapa membaca Ayat Kursi sebanyak hitungan patah perkataannya (50 kali), ditiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka Insya'ALLAH akan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.

5. Barangsiapa yang membaca Ayat Kursi selepas Solat Fardhu, ALLAH akan mengampunkan dosanya. Barangsiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan barang siapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

6. Syeikh alBuni menerangkan: Barangsiapa yang membaca Ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka Insya'ALLAH, akan mendapat pertolongan dalam segala hal dan ditunaikan segala hajatnya, dan dilapangkan fikirannya, diluaskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang diperlukannya.

7. Barangsiapa membaca Ayat Kursi ketika hendak tidur, maka ALLAH mewakilkan dua Malaikat menjaganya ketika dia sedang tidur sehingga Subuh.

8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk ke rumahnya dibaca Ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan Insya'ALLAH dengan kaedah ini boleh menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

9. Dapat Mengaburkan Pandangan Musuh.
Cara mengamalkannya, buatlah garis lingkaran seraya bacalah ayat Kursi sebanyak 7x, kemudian masuklah ke dalam lingkaran itu, nescaya pandangan musuh menjadi kabur & tidak dapat melihat orang yang ada dalam lingkaran itu, sehingga orang yang berada di lingkaran itu selamat dari ancamannya.


Syeikh Buni menerangkan: Barangsiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca Ayat Kursi. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya ke dalam garis lingkaran tersebut menghadap ke arah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50x, atau sebanyak 170x, Insya'ALLAH musuh tidak akan dapat melihatnya dan tidak akan dapat memudharatkannya.

10. Dapat Menyembuhkan Penyakit Gila/Ayan.
Untuk sakit gila cara mengamalkannya, Ayat Kursi dibaca sebanyak 33x pada ubun-ubun orang yang sakit gila itu seraya dihembus-hembuskan. Insya'ALLAH lekas sembuh. Bila belum ada perubahan lakukanlah berulang-ulang ketika matahari akan terbit dan ketika akan terbenam.
Sedang untuk sakit ayan cara mengamalkannya, ambillah segelas air lalu bacalah Ayat Kursi sebanyak 90x, dan tiap kali bacaan tiupkan pada gelas itu, kemudian diminumkan pada orang yang sakit ayan. Insya'ALLAH akan lekas sembuh. Jika belum berhasil lakukanlah berulang-ulang, dengan sabar dan dengan penuh keyakinan.


11. Dapat Mendatangkan Keselamatan Dalam Perjalanan.
Cara mengamalkannya, bacalah Ayat Kursi sebanyak 3x sebelum anda berangkat dalam suatu perjalanan. Insya'ALLAH dalam perjalanan kita nanti sentiasa dalam perlindungan-Nya sehingga tidak akan menemui kesulitan dan kesukaran sehingga kita pulang kembali.


12. Dapat Mendatangkan Segala Macam Hajat.
Cara mengamalkannya, bacalah Ayat Kursi 99x sesudah Solat Hajat 2 rakaat pada tengah malam. Kemudian berdo'alah kepada Allah dengan menyebutkan hajat yang ingin dipohon. Insya'ALLAH dalam waktu yang singkat apa yang dihajatkan itu akan segera terkabul.


13. Dapat Menghilangkan Dosa-Dosa Kecil.
Cara mengamalkannya, bacalah Ayat Kursi secara rutin pada setiap selesai Solat Fardhu, maka faedahnya dapat menghilangkan dosa-dosa kecil, kecuali dosa-dosa yang berhubungan dengan sesama manusia dan insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan sampai Solat berikutnya.


14. Dapat Membentengi Diri dari Gangguan Syaitan.
Cara mengamalkannya, bacalah Ayat Kursi sebanyak 7x sebelum anda mengerjakan sesuatu perkara niscaya Allah akan melindungi anda di dalam mengerjakan sesuatu itu dari gangguan syaitan.


15.Dapat Menghindarkan Gangguan Orang Zalim.
Cara mengamalkannya, bacalah Ayat Kursi pada permulaan siang dan permulaan malam. Lakukanlah bacaan ini sebagai amalan rutin, Insya'ALLAH akan terjaga dari perbuatan jahat orang zalim, kerana selalu dalam perlindunganNya. Di samping itu syaitan pun tidak berani menggangu.

16.Dapat Menyembuhkan segala penyakit.
Cara mengamalkannya, tulislah Ayat Kursi pada kertas yang putih, kemudian dilebur dengan air suci, lalu airnya diminumkan pada orang yang sakit. Lakukanlah berulang-ulang dengan harapan penyakitnya lekas sembuh. Insya'ALLAH dengan jalan yang demikian ini, penyakit yang sedang dideritai akan segera sembuh.

17. Anti Santau, Sihir & Ilmu Hitam yang Ampuh.
Setiap lelaki dan wanita (baik buat kaum Hawa terutamanya) yang mengamalkan membaca Ayat Kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau ke mana sahaja sekalipun dengan syarat bukan niat untuk melakukan maksiat kepada ALLAH SWT, maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan, jin dan manusia seperti:

Dikenakan sihir antaranya ubat pengasih (mengasihi seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan (sakit santau), penipuan dan sebagainya kerana kebanyakan ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan.
Terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol, kecurian mahupun pembuli jalanan. Dijauhkan dari fitnah jalanan seperti ketika memandu, kemalangan jalanraya, tayar pancit dan sebagainya. Semua perlindungan ini adalah datangnya dari ALLAH SWT atas keyakinan kita padaNya iaitu hikmah kalamnya terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada ALLAH SWT dan RasulNya Nabi Muhammad SAW.


*Bagi kaum Lelaki, jangan lupa selepas selesai Solat Jumaat, duduklah sebentar untuk melakukan amalan membaca 7 kali Ayat Kursi ini dan 7 kali bagi setiap 3 Qul. Hikmah kelebihanNya banyak bagi mereka yang mengamalkan, Insya'ALLAH...

18. Dan masih banyak yang lain-lainnya lagi.........

Demikianlah di antara keutamaan dan khasiat Ayat Kursi. Di mana Ayat Kursi adalah bacaan yang ampuh untuk membentengi diri dari berbagai macam godaan dan musibah. Kerana dengan beramal dengan Ayat Kursi, ALLAH SWT sentiasa memberikan perlindungan terhadap diri para pengamalnya.


Kunci (Inti Pokok) dari AYAT KURSI.
WALAA YA UU-DUHUU HIF-ZHUHUMAA WAHUWAL "ALIYYUL "AZHIIM.


Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…"

Kisah Malaikat Yang Membawa Catatan Amal.




Telah berkata Mu’az bahawa Rasulullah SAW katanya: “Aku akan menceritakan kepada kamu semua sebuah hadith yang belum pernah diceritakan oleh mana-mana Nabi pun kepada umatnya, jika kamu ingat-ingat bererti akan berguna bagimu dan jika kamu mendengar dan tidak ingat-ingat bererti putuslah hujahmu disisi Allah SWT pada hari kiamat.” Sabda Rasulullah SAW lagi: “Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan 7 malaikat sebelum menjadikan langit dan bumi setiap langit ada seorang malaikat dan setiap pintu ada penjaganya dari mereka.

Malaikat yang mencatat amal akan mencatat amal seseorang hamba itu dari pagi hingga petang dan kemudiannya membawa naik ke langit amalnya dengan bercahaya bagaikan matahari hingga sampai ke langit dunia dengan perkiraan amal seorang hamba itu cukup baik dan banyak,tiba-tiba malaikat berkata:” Berhentilah! Dan lemparkan amal ke muka orangnya dan katakan semoga Allah tidak mengampunkan padamu, aku bahagian ghibah, sedang ia selalu menggibah orang-orang muslim kerana itu aku tidak mengizinkan ia melintasi tempat ini kepada lain-lainku.”


Lalu malaikat hafhadah yang lainnya membawa naik amal hamba yang lain bercahaya terang sehingga sampai ke langit kedua malaikat berkat: “Berhenti! Dan lemparkan amal orang itu ke mukanya dan katakana bahawa Allah SWT tidak mengampunkan baginya sebab ia beramal untuk mencari kemewahan dunia. Dan berkata lagi malaikat tersebut: “Aku adalah bahagian urusan dunia, aku tidak dapat membiarkan amalnya melintasi daripadaku.

Setelah itu naiklah pula malaikat yang membawa amal hamba yang dihiasi dengan sedekah dan sembahyang,sampai kagum malaikat hafadhah. Apabila sampai langit yang ketiga, maka berkata malaikat disitu: “Berhenti! Dan lemparkan amal orang itu ke mukanya dan katakana bahwa Allah tidak mengampunkan baginya.” Berkata malaikat itu lagi: ”Aku adalah bahagian sombong, dan setiap orang yang beramal tetapi menyombongi orang di majlis-majlis mereka ,maka Allah SWT telah menyuruh aku tidak melepaskan amal orang melebihi ku kepada orang yang lain.

Kemudian malaikat hafadhah membawa amal orang yang berkilauan bagaikan bintang kerana ia bertasbih dan berpuasa apabila telah sampai pada langit yang keempat, lalu berkata malaikat di situ: “Berhenti! Dan lemparkan amal orang itu ke muka nya dan katakan padanya Allah SWT tidak mengampun kan baginya.” Berkata malaikat itu lagi: “Aku adalah bahagian bangga diri, Allah SWT telah menyuruh aku supaya tidak membiarkan amalnya melebihi dariku kepada yang lain. Lalu dilemparkan amal orang tiu ke mukanya di sertai kutukan laknat selama tiga hari.

Setelah itu naik pula malaikat hafadhah yang lain dengan membawa amal hamba yang dihantar oleh malaikat bagai pengantin yang akan dihantar kepada isterinya. Lalu sampai ke langit yang kelima, penuh dengan jihad sembahyang,lalu berkat malaikat yang bertugas di situ “Berhenti! Dan lemparkan amal orang itu ke mukanya dan pikulkan atas bahunya sebab dahulu dia menghasut orang yang belajar bab beramal kerana Allah SWT, ia hasad dengki pada mereka dan selalu mencaci mereka dipikulkan di atas bahunya sambil dilaknat seumur hidupnya.

Kemudian datang lagi Malaikat hafadhah yang lain dengan membawa amal hamba yang dilengkapi dengan wudhuk dan sembahyang malam yang banyak apabila sampai pada langit yang keenam maka berkata malaikat yang bertugas di situ katanya. “Berhenti! Dan lemparkan amal orang itu ke muka nya.” Berkata malaikat itu lagi: “aku adalah malaikat bahagian rahmat,orang itu tidak mempunyai rasa rahmat pada sesiapa pun, bahkan bila ia melihat orang terjerumus ke dalam lembah dosa atau bahaya dia mengejek dan mencemuh orang itu. Dan Allah SWT telah menyuruh aku supaya amalnya tidak boleh melampau aku.

Datang malaikat hafadhah yang lain dengan membawa amal hamba yang penuh dengan kejujuran dan kerajinan dan warak serta bercahaya bagaikan kilat, setelah sampai pada langit yang ke tujuh, maka berkata malaikat yang bertugas di situ: “Berhenti! Dan lemparkan amal orang itu ke mukanya dan tutupkan hatinya, aku adalah malaikat bahagian hijab, menutup jalan tiga amal yang bukan kerana Allah SWT, sebab dia hanya menginginkan kedudukan dan nama di majlis dan di kota-kota, oleh itu aku telah diperintahkan oleh Allah SWT supaya tidak melepaskan amal itu melebihi daripadaku.

Kemudian datang malaikat hafadhah yang lain dengan membawa amal hamba yang berhias dengan akhlak dan diam serta dengan zikir yang banyak dihantar oleh malaikat sehingga sampai di bawah Arsy, lalu mereka bersaksi atas semua amal itu, lalu Allah berfirman: “kamu mencatat amal hambaKu dan Aku yang mengawasi hatinya dia tidak beramal untuk keredhaanKu, dia beramal untuk selainKU maka ia mendapat laknat (kutukanKu)” berkata semua malaikat yang menyaksikan tadi: “memang selayaknya ia mendapat laknatMu dan laknat kami.” Berkata penduduk langit: “ia mendapat laknat Allah SWT dan laknat tujuh petala langit dan bumi serta laknat kami.”



Setelah mendengar apa yang Rasulullah SAW ceritakan itu maka Mu’az pun menangis dan ia berkata: “Ya Rasulullah SAW, apakah yang harus aku buat?” Rasulullah SAW bersabda: “Hai Mu’az, ikutilah jejak Nabimu dan teguhkan keyakinanmu walaupun amalmu kurang, hentikan lidah mu dari berkata-katakan hal saudaramu, hendaklah selalu ingat akan dosa-dosamu dan jangan kamu tanggungkan dosa itu pada orang lain (iaitu jika kamu bersalah jangan menuduh orang lain), jangan memuji-muji dirimu dengan memburukkan orang lain dan jangan sombong diri dengan merendahkan saudara-saudaramu dan jangan beramal untuk dilihat atau dipuji orang.”
Sumber rujukan: Himpunan Kisah-kisah Malaikat (Muhammad Isa Selamat).

Isnin, Jun 08, 2009

CHIEF SEGALA PAHLAWAN (IMAMUL MUHTADIN).


(Gambar Sekadar Hiasan)

Saidina Ali Abi Talib k.w. merupakan antara Sahabat r.a. yang paling dicintai oleh Rasulullah SAW. Beliau ialah seorang manusia yang luar biasa yang mempunyai Ilmu bagaikan Lautan. Rasulullah SAW pernah bersabda "Aku adalah Kota Ilmu dan Ali adalah Pintunya. Maka sekiranya kamu ingin memasuki Kota Ilmu, maka kamu masuklah melalui Pintu itu". Dan di dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda "Jika kamu ingin melihat pengetahuan Nabi Adam a.s., kesusahan fikiran Nabi Nuh a.s., Sifat-Sifat Nabi Ibrahim a.s., Ibadat dan doanya Nabi Musa a.s., umur Nabi Isa a.s. dan suluh Ilmunya Muhammad SAW, lihatlah kepada orang yang datang ini." Sambil Baginda SAW menunjukkan ke arah Saidina Ali k.w.

Saidina Ali k.w. pernah menyebut:

"Sesunguhnya barang siapa yang meninggalkan Jihad di jalan ALLAH dan menzahirkan penentangannya yang selama ini disembuyikan, maka dia berada di pinggir kemusnahan melainkan jika ALLAH SWT mengurniakan padanya dengan nikmatnya, maka takutilah ALLAH SWT dan perangilah orang yang berusaha memamadamkan Nur Islam (Cahaya Agama ALLAH SWT), orang yang tersilap, orang yang sesat dan orang-orang zalim yang melakukan kejahatan iaitu orang yang tidak membaca Al-Quran dan tidak juga mereka itu orang yang faham akan agamanya serta tidak pula Alim Ulama' mengetahui tentang Takwil."

Dalam satu lagi riwayat Saidina Ali k.w. telah berkata:

"Bersedialah kamu berangkat menghadapi musuh. Sesungguhnya Jihad adalah Wasilah mendekatkan diri kepada ALLAH SWT dan jalan untuk memperolehi keredhaanNya, ke atas mereka yang kehairanan terhadap hak (agama), tidak mengetahui mengenai Al-Kitab (Al-Quran) yang mengubah-ubah agama, mereka yang buta di dalam perbuatan yang melampaui batas dan terkambus di dalam kesesatan. Maka bersiap-sedialah dengan tentera berkuda setakat yang kamu mampu untuk menjaga sempadan negeri dan bertawakallah kepada ALLAH SWT dan memadailah hanya ALLAH SWT sebagai SeBaik-Baik Wakil dan Pelindung bagi diri kita."




PAHLAWAN SEGALA PAHLAWAN- Saidina Ali Abi Talib k.w. (bah. 1).

Apabila berbicara tentang dunia persilatan, tidak lengkap rasanya ilmu pengetahuan seseorang pesilat sekiranya dia tidak mengetahui serba sedikit tentang ‘penghulu’ kepada segala pendekar iaitu Imamul Muhtadin Saidina Ali ibni Abi Talib Karamallahu Wajhah.

Ketokohan Saidina Ali sebagai pendekar terunggul di dunia terbukti dalam Perang Uhud. Sewaktu pasukan Islam terpukul hebat, beliaulah yang paling gigih mempertahankan Rasulullah SAW hingga terdengar suara malaikat Jibril berkata: “Tiada pedang selain Zulfiqar dan tiada pahlawan selain Ali.” Rasanya tidak ada lagi mana-mana pesilat walaupun sehebat Dato’ Laksamana Hang Tuah yang mendapat pengiktirafan daripada malaikat Jibril.

Pedang Zulfiqar asalnya milik Rasulullah SAW yang kemudiannya digunakan oleh Saidina Ali. Sebahagian ulama mengatakan bahawa pedang inilah Raja Segala Besi. Selepas Saidina Ali dibunuh secara curi, pedang Zulfiqar ini turut lenyap dan ada riwayat mengatakan yang ia akan muncul semula pada akhir zaman. Wallahu'alam.

Pengaruh Saidina Ali dapat dilihat dalam silat-silat Melayu yang mendakwa aliran mereka mempunyai permainan pedang Saidina Ali, jeritan muktamad Saidina Ali, buah-buah penangkap Saidina Ali dan sebagainya. Memang sewajarnyalah ada pihak-pihak tertentu yang membuat kajian tentang sejauh manakah pengaruh menantu Rasulullah SAW ini dalam seni beladiri di nusantara.

Orang Arab memang terkenal dengan syair. Orang pertama yang mendendangkan syair tentang kasih-sayang kepada Nabi Muhammad ialah bapa Saidina Ali sendiri iaitu Abu Talib, yang terkenal sebagai pembela Rasulullah SAW dalam menghadapi kaum kafir Quraisy.

Sewaktu isterinya (Fatimah) mengandungkan Saidina Ali, Rasulullah telah menyatakan hasrat baginda untuk mengahwini anak dalam kandungan itu sekiranya perempuan. Abu Talib bersetuju. Dia juga mencadangkan agar Rasulullah sendiri mengasuh bayi itu hingga besar jika lelaki pula.

Setelah cukup masanya, Fatimah pergi berdoa di hadapan Ka’abah. Tuhan menunjukkan kemuliaan kepada anak itu apabila Saidina Ali sendiri dilahirkan di dalam Ka’abah. Kelahiran dalam Ka’abah itu adalah yang pertama dan yang terakhir dalam sejarah umat manusia.

Fatimah menamakan bayi lelaki itu Haidarah, yang bermaksud singa. Rasulullah SAW tiba selepas itu lalu menamakannya pula sebagai Ali. Ketika itu Rasulullah berusia tiga puluh tahun. Saidina Ali mempunyai nama gelaran ‘Abu Turab’ yang diberi oleh Rasulullah SAW bermaksud ‘Bapak Pasir/ Debu/ Tanah’. Gelaran ini diperolehi kerana Rasulullah tersua Saidina Ali yang sedang berbaring di atas tanah di Masjid Nabawi lalu terus dipanggil baginda, “Ya Abu Turab’. Kemudian Rasulullah menyapu tanah yang melekat di punggung Saidina Ali.

Dalam peristiwa lain, Saidina Ali pernah tidur di bawah sebatang pokok kerana letih berperang. Dia baring di atas tanah tanpa beralaskan apa-apa. Rasulullah kejutkannya dengan memanggil nama tersebut. Sumber lain mengatakan yang Saidina Ali jika merasa marah dengan isterinya (Fatimah- anak Rasulullah), dia diam sahaja lalu membawa hati dengan pergi ke masjid dan berbaring di atas tanah. Sekiranya Rasulullah melihat keadaan ini, tahulah baginda yang Saidina Ali ada krisis dengan isterinya yang memerlukan bantuan baginda.


PAHLAWAN SEGALA PAHLAWAN- Saidina Ali Abi Talib k.w. (bah. 2).

Bagaimanakah fizikal pendekar agung ini? Tubuhnya agak rendah dan gemuk (berisi). Kedua bahunya lebar. Tangannya berurat. Dadanya lebar dengan perut yang agak besar. Jari-jemarinya halus tetapi kuat. Bentuk sebegini bolehlah disamakan dengan fizikal ahli angkat berat pada zaman ini.

Matanya lebar, bundar, hitam dan sayu. Raut wajahnya menarik dan selalu tersenyum. Berkulit sawo matang. Kepalanya culah. Ketika berjalan banyak condong ke depan. Pergerakannya lincah dan tangkas.

Pernah berkahwin dengan sembilan orang wanita dan dianugerahkan Allah lebih kurang tiga puluh orang anak. Beberapa orang anak lelakinya gugur syahid dalam pembunuhan zalim di medan Karbala.

Dikatakan Saidina Ali adalah orang pertama yang memeluk Islam. Rasulullah diangkat sebagai Rasul pada hari Isnin dan Saidina Ali Islam keesokannya. Namun ada juga pendapat mengatakan Siti Khadijah (isteri Nabi) yang memeluk Islam terlebih dahulu. Memeluk Islam dalam umur lapan ke dua belas tahun. Namun sebelum itu beliau tidak pernah menyembah berhala.

Dikenali juga dengan nama ‘Qadhim’ di kalangan kafir Quraisy yang bermaksud Si Tukang Gigit. Pemuka-pemuka Quraisy yang segan untuk bertindak ke atas Nabi Muhammad kerana Abu Talib masih hidup, telah menghasut agar anak-anak kecil melontar batu kepada baginda. Sudah tentulah Abu Talib tidak dapat menahan perlakuan budak-budak.

Namun begitu Saidina Ali sentiasa melindungi Rasulullah. Dia akan mengejar budak-budak tadi lalu menggigit telinga dan hidung mereka. Budak-budak itu tidak berani melawan Saidina Ali kerana dia memang handal bergusti. Abu Talib sering mengumpulkan anak-anaknya untuk bergusti sesama sendiri dan Saidina Alilah juaranya.

Saidina Ali boleh dikatakan orang yang paling mahir bahasa Arab sesudah Rasulullah kesan asuhan baginda terhadapnya dari kecil hinggalah dewasa sedangkan Rasulullah merupakan orang Arab yang terfasih.

Selain seorang pendekar, Saidina Ali juga seorang yang pandai akal. (Ada pendapat mengatakan perkataan ‘pendekar’ itu asalnya pandai akal/ pendek akal/ panjang akal. Jika benar akhir perkataan ‘pendekar’ itu ‘akal’, sudah tentulah orang sebelah utara menyebut ‘pendekar’ dengan ‘pendekai’. Tetapi mereka menyebut ‘pendekar’ sebagai ‘pendekaq’. Maksudnya, hujung perkatan ‘pendekar’ itu bukanlah ‘akal’ atau huruf ‘lam’ tetapi tetap huruf R atau ‘ra’ jawi membuatkan pendapat tersebut boleh diketepikan).

Kebijaksanaan beliau menjawab pertanyaan rumit secara terus dan lancar ketika itu juga amat menakjubkan. Pernah diajukan masalah dua orang yang si A mempunyai 5 keping roti sementara si B ada 3 keping. Kemudian datang si C makan bersama-sama mereka. Setelah makan si C bayar 8 dirham. Bagaimanakah pembahagian yang paling adil untuk A dan B?

Kalau mengikut pertimbangan kita, sudah tentulah A mendapat 5 dirham dan B 3 dirham. Namun Saidina Ali tanpa menggunakan mesin kira terus menjawab ketika itu juga bahawa A mendapat 7 dirham dan B pula hanya 1 dirham. Ternyata inilah pembahagian yang paling adil (sila fikirkan sendiri).

Pernah juga sewaktu berada di atas mimbar, orang bertanyakan jarak di antara Timur dengan Barat. Melihat kepada keadaan ketika itu sudah tentulah soalan tersebut bertujuan menguji beliau. Saidina Ali memberikan jawapan yang sesuai dengan soalan berbentuk menguji itu: “Jarak antara Timur dengan Barat adalah jarak perjalanan matahari dalam masa sehari.”

Ada juga orang bertanyakan jarak pemisah di antara yang hak dengan yang batil. Jawan beliau: “Jaraknya ialah empat jari (iaitu jarak antara mata dengan telinga). Yang hak itu dapat dilihat dengan mata dan yang batil itu (biasanya) didengar oleh telinga.”

Saidina Ali juga merupakan guru utama ilmu-ilmu fiqh. Ini dapat dibuktikan melalui sanad berikut: Imam Ahmad (pengasas mazhab Hambali) belajar daripada Imam Syafie yang belajar daripada Imam Malik (pengasas mazhab Maliki) yang belajar daripada Rabi’ah yang belajar daripada Ikrimah yang belajar daripada Ibnu Abbas yang belajar daripada Saidina Ali.

Begitu juga dengan sanad ini: Imam Abu Hanifah (pengasas mazhab Hanafi) belajar daripada Jaafar As Shadiq yang belajar daripada Muhammad Al Baqir yang belajar daripada Zainul Abidin yang belajar daripada Saidina Ali.

Dengan itu, kesemua Imam Mazhab yang empat sebenarnya mengambil ilmu daripada Saidina Ali. Sudah semestinyalah seorang yang ingin memperjuangkan dunia persilatan turut memahirkan diri dalam bidang keagamaan agar tidak tersalah jalan di kemudian hari.


PAHLAWAN SEGALA PAHLAWAN- Saidina Ali Abi Talib k.w. (bah. 3).

Ketika Saidina Umar dan para sahabat buntu fikiran memikirkan permulaan taqwim Islam, mereka minta pendapat Saidina Ali. Terus dijawabnya dengan lancar, “Tetapkan saja mulai hari hijrahnya Rasulullah SAW.” Itulah taqwim yang kita gunakan hingga ke hari ini.

Saidina Ali pernah berkata, “Seandainya semua orang Arab maju hendak menyerang aku, aku tak akan lari.” Kata-kata ini adalah untuk menunjukkan keperibadiannya yang sebenar, bukan bertujuan menunjuk-nunjuk. Begitu juga dengan katanya: “Tidak ada orang yang selamat berduel denganku.”

Setiap kali berduel (lawan pedang satu sama satu), beliau pasti akan menang. Tidak ada satu rekod pun menunjukkan yang beliau kalah menjadikannya ‘undefeated’. Terbunuhnya Saidina Ali hanyalah secara pukul curi pada waktu gelap.

Kekuatannya boleh dilihat dalam peristiwa beliau mencantas badan Ibnu Wudd (pendekar Quraisy) hingga terputus dua dengan sekali hayunan pedang sahaja sedangkan musuhnya ketika itu memakai baju zirah (besi). Begitu juga dengan Marhab (pendekar Yahudi) yang terbelah kepalanya terus ke rahang sedangkan dia memakai topi besi dengan sekali hayunan pedang. Ini membuatkan musuh-musuhnya begitu gentar kerana mereka tahu, dengan berbaju zirah dan bertopi besi pun tidak akan selamat jika lawan mereka Saidina Ali.

Marilah kita renungkan bagaimanakah kentalnya semangat juang Saidina Ali apabila beliau ditanya: “Apakah engkau tidak berhasrat untuk membeli seekor kuda pacuan (yang akan digunakan dalam peperangan?.” Jawabnya: ‘Aku tidak memerlukan kuda pacuan kerana aku tidak akan lari daripada menghadapi musuh yang menyerang dan tidak akan menyerang musuh yang lari.”

Pada zaman itu, pihak musuh akan merasa bangga sekiranya ada di kalangan ahli keluarga mereka yang terbunuh di tangan Saidina Ali kerana ini menunjukkan keberanian berhadapan dengan pendekar teragung Rasulullah SAW. Sebaliknya wajah mereka akan berubah apabila mendapat tahu yang ahli keluarga mereka terbunuh bukan di tangan beliau.

Bagaimanakah Saidina Ali boleh menjadi begitu kuat dan gagah lagi perkasa? Sebenarnya kegagahan beliau wujud sejak zaman bayi lagi. Apabila dibedung oleh ibunya, kain bedung akan terbuka. Kemudian dibedung pula dengan dua helai kain, pun terbuka juga. Akhirnya dia dibiarkan tidak berbedung.

Ketika berhijrah ke Madinah, Saidina Ali bersama dua orang lelaki membawa serombongan wanita yang semuanya bernama Fatimah.Tiba-tiba muncul lapan orang kafir Quraisy yang menunggang kuda. Hanya Saidina Ali saja yang berani mencabut pedang berhadapan dengan mereka. Salah seorang musuh menyerang lalu ditetak oleh Saidina Ali terus terbelah tubuhnya apabila pedang beliau tembus dari atas ke pelana kuda. Alangkah hebatnya! Ini membuatkan ketujuh-tujuh musuh lagi bertempiaran lari bersama kuda-kuda mereka.

Saidina Ali sangat kuat beribadah. Di dahinya ada kulit yang tebal kehitam-hitaman tanda beliau membanyakkan sujud kepada Allah SWT. Cucu beliau yang bernama Zainal Abidin solat seratus rakaat sehari tetapi sering mengeluh kerana belum lagi mencapai taraf ibadah datuknya.

Kata Khalifah Umar bin Abdul Aziz, khalifah dari Dinasti Umaiyah juga Mujaddid kurun pertama Hijrah: “Orang yang paling zuhud di dunia ialah Saidina Ali bin Abi Talib.” Menurut Ibnu Abbas, Saidina Ali mempunyai empat kelebihan:
1. Beliau adalah orang pertama yang solat bersama dengan Rasulullah SAW.
2. Sentiasa membawa panji Rasulullah SAW dalam pelbagai peperangan.
3. Orang yang paling banyak memberi perlindungan kepada Nabi SAW dalam peperangan.
4. Beliau memandikan dan memasukkan sendiri jenazah Rasulullah SAW ke dalam liang lahad.

Sebagai seorang pendekar yang terhormat, beliau tidak bersifat pendendam. Sebelum meninggal dunia, beliau berpesan supaya orang yang menikamnya dilayan dengan baik dan diberikan pengadilan yang sewajarnya. Jangan ganggu keluarga pembunuhnya.

Pernah seorang khawarij (musuh Saidina Ali dan Muawiyah) datang bertanyakan masalah syariat Islam kepada Ibnu Abbas. Dia mendapat jawapan yang sangat memuaskan hati lalu berkata: “Sesungguhnya aku belum pernah terjumpa orang yang lebih cerdas daripada engkau.” Jawab Ibnu Abbas: “Ya, tapi aku sendiri belum pernah melihat orang yang lebih cerdas daripada Saidina Ali.” Orang itu berlalu dengan muka yang masam.

Pernah juga seorang perempuan mengadu kepada Saidina Umar kononnya dia dirogol oleh seorang lelaki kacak dengan memberikan bukti air mani yang melekat di kain dan pahanya. Saidina Umar minta pendapat Saidina Ali lalu Saidina Ali menuangkan air panas kepada cairan tersebut. Cairan itu membeku dan ternyata ia adalah putih telur. Perempuan itu dihukum kerana memfitnah. Sabda Rasulullah SAW dalam hadith baginda: “Barangsiapa (yang menganggap) aku ini pemimpinnya, maka Ali adalah pemimpinnya (juga).” (Turmizi, Nasa’i, Ahmad dan lain-lain).

Saidina Ali juga merupakan model ‘sunnah’ yang paling utama memandangkan beliau tinggal bersama-sama Rasulullah SAW sejak kecil lagi.


*KEGAGAHAN SAIDINA ALI ABI TALIB KARAMALLAAHU WAJHAH.

Bukti kegagahan dan kependekaran Saidina Ali terlalu banyak untuk diriwayatkan. Di antaranya ialah beliau berjaya merempuh dan memecahkan pintu kubu Yahudi Bani Khaibar seorang diri sedangkan terdapat dua puluh orang musuh yang menahannya dari dalam. Lebih dahsyat lagi, sebelah pintu yang sebegitu besar dan berat itu dibuatnya perisai tangan.

Sewaktu pembukaan Kota Mekah, terdapat sebuah berhala yang besar di atas Ka’abah. Saidina Ali berjaya menolaknya jatuh sedangkan sepuluh orang pejuang yang berpadu tenaga gagal berbuat demikian sebelum itu.

Dalam satu peperangan lain, sebuah mata air tertindih dengan batu yang sangat berat. Tiada siapa pun yang dapat mengalihkannya kecuali Saidina Ali.

Sewaktu kanak-kanak, salah seorang rakannya telah terjatuh ke dalam lubang yang dalam. Saidina Ali mengangkat rakannya itu dengan menghulurkan sebelah kaki sahaja.

Dalam Perang badar, tujuh puluh orang musuh berjaya dibunuh oleh tentera Islam. Tiga puluh empat daripadanya maut di tangan Saidina Ali.

Dalam Perang Uhud pula, beliau menewaskan dua belas orang musuh dalam pertandingan satu sama satu sebelum peperangan bermula.

Dalam Peperangan Khandaq, seorang pahlawan Quraisy yang termasyhur bernama Amru Ibnu Abdi Wudd dengan niat mengejek melangkah parit seorang diri ke tempat tentera Islam. Dia meminta duel. Tiada seorang pun tentera Muslimin yang berani bersuara kerana mereka tahu betapa handalnya Ibnu Wudd.

Namun begitu sikap Saidina Ali amat berlainan. Tiga kali Ibnu Wudd mencanangkan duel tanpa jawapan tetapi setiap kali itulah pula Saidina Ali bergerak ke hadapan untuk menyahut cabarannya. Cuma dia dihalang oleh Rasulullah memandangkan Ibnu Wudd bukan calang-calang pendekar.

Setelah mendesak beberapa kali Rasulullah pun mengizinkan beliau pergi dengan hati yang berat. Sungguh di luar dugaan, Ibnu Wudd terputus dua badannya walaupun mereka baru berbalas beberapa kali tetakan. Terus luntur semangat musyrikin Quraisy.

Sungguhpun beliau pendekar segala pendekar, tetapi beliau tidak membina kekayaan sebagaimana pendekar moden hari ini. Saidina Ali tidak pernah tinggal di dalam rumah batu (sedangkan orang Arab lain biasanya berumah batu). Tidak pernah makan makanan yang lazat-lazat. Tidak pernah memakai pakaian yang halus dan mahal, semuanya kasar-kasar belaka.

Dalam usaha untuk menjadi seorang pejuang silat, ikutilah contoh kezuhudan, keberanian, kealiman, kebijaksanaan, ketaqwaan dan lain-lainnya sebagaimana yang ditunjukkan oleh Saidina Ali.

Akhirnya, kita menutup riwayat ringkas Saidina Ali r.a. ini dengan dua buah cerita menarik. Cerita pertama disampaikan oleh seorang pakar tempur dari Ipoh, Perak.

Tersebut dalam sebuah kitab lama, kononnya Saidina Ali pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah, adakah lagi pahlawan yang lebih handal bermain pedang daripada aku?” Jawab baginda: “Ya, ada”.

Saidina Ali begitu terkejut dengan jawapan tersebut lalu meminta Rasulullah menunjukkan pahlawan itu kepadanya agar dapat dia bertukar-tukar fikiran dan menguji kehandalan masing-masing. Rasulullah meminta Saidina Ali pergi saja ke suatu tempat terpencil keesokan harinya. Di sana dia akan menemui pahlawan yang dikatakan itu.

Saidina Ali pergi ke sana lalu terlihat seorang lelaki yang menutup wajahnya dengan kain (bertopeng) sedang berlatih jurus-jurus pedang seorang diri. Saidina Ali pun memperkenalkan dirinya dan menyatakan tujuan kedatangannya.

Pahlawan itu tidak keberatan lalu mereka pun berbalas tetakan dan tikaman pedang. Akhirnya Saidina Ali tewas. Saidina Ali akur bahawa memang ada lagi orang yang lebih handal daripada dirinya.

Sebaik-baik sahaja topengnya dibuka, ternyata pahlawan tersebut ialah Rasulullah SAW sendiri! Kisah ini bersesuaian sekali dengan riwayat para sahabat yang mengatakan Saidina Alilah orang yang paling banyak melindungi Rasulullah dalam peperangan. Namun begitu apabila keadaan terlalu mendesak, beliau sendiri pula turut berlindung di belakang Rasulullah.

Cerita kedua, yang saya yakin hanyalah mainan kata orang-orang tua dahulu kala disampaikan oleh seorang ustaz di Trong, Perak. Kononnya, asal biji buah gajus/ janggus/ jambu ketereh itu berada di luar buahnya adalah kerana terkejut dengan pekikan muktamad Saidina Ali lalu terus tersembul keluar sehinggalah ke hari ini. Wallahu'alam.

P/S:
Hamba ada terbaca dalam satu sumber Ilmiah (Maaf, hamba dah tak ingat dari mana) meriwayatkan bahawa, Saidina Ali k.w. & juga Saidina Hamzah r.a., ada berguru & menuntut Ilmu2 Seni & Kemahiran Peperangan & Pertempuran, dari Chief Malaikat, yakni Jibril a.s.

Jadi, tidak hairan & tidak mustahil mengapa tiada musuh yang selamat apabila bertempur "face to face" & "one on one" dengan kedua-dua Pahlawan Teragung ini.

Walaupun kedua-dua Pahlawan Terbilang ini seperguruan, & memiliki KEDERAT/KEKUATAN yang teramat sangat jauh melampaui kederat manusia normal, namun kenyataannya....... Walau segagah-gagah Saidina Ali k.w., perkasa lagi Saiyyidus Syuhada' (Penghulu@Chief Para Syuhada'), Saidina Hamzah r.a.

Gambaran Hasil Lukisan Saidina Ali k.w. (Wallahu'alam...)


Sumber Perolehan Ketahuan.
http://www.syedazahar.com/2008/04/lukisan-saidina-ali-ra.html

Wallahu'alam...

Isnin, Mei 04, 2009

PUSAT JAGAAN BAITUL UMMI (1558712-W).

PUSAT JAGAAN BAITUL UMMI (1558712-W).


Insya'ALLOOH, Kami Sedia Membantu & Memberi Khidmat Kaunseling Kepada Remaja & Wanita Yang Terlanjur & Hamil Yang Ingin Kembali Ke Pangkal Jalan. Kelas Bimbingan Agama (ISLAM) & Latihan Kemahiran Serta Asrama Turut Disediakan.


Lokasi Kami Di Cheras, Selangor Darul Ehsan.


Sebarang Masalah & Pertanyaan Lanjut, Sila Hubungi Puan Hajah Saripah di Talian:


019 - 665 2838 / 019 - 601 5338.

Sabtu, Mei 02, 2009

Hukum Kanak-Kanak Berada Bersama Saf Dewasa Waktu Solat Berjamaah.





HARUS bagi kanak-kanak untuk berada di dalam saf (orang dewasa), tidak kira samada di saf pertama, kedua atau sebagainya. Tidak menjadi satu kesalahan seandainya kita meletakkan mereka berada bersama-sama dengan golongan dewasa, sekalipun mereka belum berkhatan. Perkara ini adalah pendapat yang Mu'tabar, dalam Mazhab Syafi'iyah seperti yang dijelaskan oleh Profesor Dr Wabbah Az-Zuhaili di dalam 'Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu' (Jilid 1, Halaman 576). Menurutnya, najis yang ada pada kemaluan kanak-kanak di dalam keadaan tidak berkhatan adalah najis yang tidak kelihatan yang berlainan daripada tahi, darah & najis yang kelihatan.

Sebagai Dalil, Baginda Nabi Muhammad SAW telah meletakkan Abdullah Abbas di sebelahnya di dalam Solat Berjamaah dan Baginda SAW tidak pernah menempelak, menghalau & menengking anak yang sudah berada di dalam Saf (berada di dalam Saf hadapan, bersama orang dewasa), seperti yang kerap berlaku di kebanyakan Masjid di negara kita ini. Lebih menyedihkan lagi ialah sesetengah jemaah (orang dewasa) mencadangkan supaya kanak-kanak ditempatkan di dalam satu saf yang berlainan (lazimnya di bahagian belakang, agak jauh dari Saf bersama orang dewasa). Apa yang pasti ialah Baginda Rasulullah SAW sendiri menggalakkan kanak-kanak (anak-anak) mereka berada hampir dan bersama ibubapa atau penjaga mereka, supaya mereka tidak mengganggu Solat Berjamaah yang sedang dilakukan. Perkara ini disebutkan dengan jelas oleh Ulama' Hadis seperti Al-Manawi di dalam 'Faidhil Qadir' dan Az-Zailaghi di dalam 'Nasbur Rayah' (Jilid 2, Halaman 491).

Justeru, pendapat yang mengatakan Solat menjadi batal jika disebabkan kehadiran anak (kanak-kanak) yang belum berkhatan di dalam Saf (hadapan, bersama orang dewasa) adalah pendapat yang keterlaluan malah bathil (La Asla Lahu) seperti yang diperjelaskan oleh Ulama' hadis & ramai Ulama' Fiqh daripada kalangan Fuqaha terkenal. Pendapat yang mengatakan Solat batal disebabkan oleh perkara itu seperti yang dikatakan oleh ulama' dari kalangan Hanafiyah dalam 'Raddul Muhtar' tertolak kerana bertentangan dengan Hadis Sahih.

Wallahu'alam...

(Catatan dari Ustaz Aizam, Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya, Selangor. 18hb Jun 2004 / 29 Rabiulakhir 1425).

Selasa, April 28, 2009

Keajaiban Air Anugerah ALLAH.




Tahukah anda bahawa air meliputi 70 peratus daripada permukaan bumi. Air juga boleh berada dalam tiga bentuk iaitu pepejal (ais), cecair (air) dan gas (wap). Pada dasarnya setiap orang memerlukan air untuk terus hidup.

Banyak penyakit dapat disembuhkan melalui air. Oleh itu, kita digalakkan minum lapan gelas besar air setiap hari. Ini bukan sahaja membantu meyegarkan badan dari terhidrat malah menjadi sebab kesembuhan banyak penyakit.

Antara penyakit yang dapat disembuhkan ialah sakit kepala, haid yang tidak teratur, kegemukan, radang selaput lendir, gangguan jantung, sembelit, batuk dan banyak lagi. Dengan minum air yang banyak, usus akan bekerja dengan lebih efektif lagi dan membentuk darah baru.
Darah merupakan perkara yang terpenting dalam menyembuhkan penyakit dan memlihara kesihatan.

Air adalah anugerah ALLAH.

8 Keajaiban Air Kepada Manusia:

Menambahkan kekuatan tenaga.
Meningkatkan keupayaan mental dan fizikal.
Membuang toksin dan bahan-bahan yang tidak diperlukan badan.
Menyihatkan kulit dan membuatkannya berseri.
Melegakan sakit kepala.
Memperbaiki sistem pencernaan.
Menyeimbangkan pH badan.


Sabtu, April 25, 2009

Professional Swimming Training Class Course In Kuala Lumpur.




*Sabda Baginda Nabi Muhammad Rasulullah SAW, "Sesungguhnya, kebanyakan dari aktiviti waktu lapang umatku akan terbazir (disia-siakan) begitu sahaja, melainkan dengan 4 Perkara (Amalan), yakni bergaul mesra sesama Suami Isteri (bagi pasangan yang telah Selamat & Sah diAkad-Nikahkan & DiIjab-Kabulkan), Berlatih Memanah, Berkuda & BELAJAR BERENANG (MEMAHIRKAN DIRI BERENANG)." - Mafhum Hadis Sahih (Riwayat At-Tabrani).



*CONSIST CENTRE SDN. BHD. (Construction And Industrial Safety Training Centre Sdn. Bhd.).


Di Consist, kami menyediakan Kursus Kelas Latihan Kemahiran Berenang secara Profesional. Latihan bermula dari peringkat Asas, seterusnya peringkat Pertengahan & selanjutnya peringkat Advance. Setiap kali tamat Latihan & lulus sesi Ujian pada setiap peringkat, Sijil Pengiktirafan & Pengesahan Swimming Skills & Qualifications akan diberikan kepada para peserta yang lulus & berjaya.

*Kelas terbuka kepada semua golongan (lelaki & perempuan) seawal usia 5 tahun & ke atas.

*Kelas dikendalikan oleh tenaga Pengajar yang terlatih, profesional, bertauliah & diiktiraf oleh Badan-Badan Berkuasa yang berkaitan (DOSH, NIOSH & OSHA).

*Jadual Latihan adalah pada waktu sesi pagi, petang & malam sepanjang minggu.

*Syarat yang Fleksibel. Kelas Latihan boleh ditunda dan/atau diubah waktunya bergantung kepada keadaan Cuaca semasa & juga mengikut lain-lain sebab seperti kata sepakat rakan2 ahli sekelas yang barangkali kebanyakan/semua dari mereka agak sibuk & tidak dapat hadir pada jadual sesi latihan yang telah dirancang sebelumnya.

*Kelas Latihan Renang yang berlandaskan kepada Hukum Syarak & Syariat ISLAM. Pelajar Lelaki & Pelajar Perempuan diasingkan. Pelajar Lelaki akan diajar oleh Guru Instructor Lelaki, manakala pelajar Perempuan akan diajar oleh Guru Instructor Perempuan. Dan Kelas Latihan Pelajar Lelaki & Perempuan juga akan berjalan pada waktu, masa & hari yang berlainan (tiada clash training session & pertembungan antara pelajar Lelaki & Perempuan). Kami prihatin mengenai hak privasi setiap pelajar kami.

*Pakaian Renang yang sesuai & berpatutan wajib diguna-pakai semasa menjalani Kelas Latihan. Swimming Suit. Swimming boxes atau swimming track bottom, atau swimming full suit beserta cermin mata gogle & swimming cap (optional but prefered, bagi yang berambut panjang) bagi Pelajar Lelaki. Swimming suit full body covered highly prefered beserta cermin mata gogle & swimming cap (optional but prefered, bagi yang berambut panjang) bagi Pelajar Perempuan.

Alamat Ibu Pejabat:
Consist Head Office, Ground Floor, Bangunan Pro Centre, Batu 8, Lot 330, Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor.
Phone: 03 - 4108 9355
Fax: 03 - 4105 8578
Email:
hq@consist.com.my

Alamat Kompleks Latihan:
Lot 334, Batu 8, Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor.
Phone: 03 - 4106 4642
Fax: 03 - 4108 4115
Email:
tc@consist.com.my

Hubungi Pejabat Di Talian: 03 - 4108 9355


Guru Instructor Wanita: Pn Zalena (016 - 292 7240) / zalena@consist.com.my

Guru Instructor Lelaki: En Nazri (013 - 287 6516) / nazri@consist.com.my


Swimming Lesson WebPage

Main WebPage


https://consist.edu.my/



Facts About Swimming.

Swimming is one of the most beneficial form of exercise for human.

The benefits of exercise on our physical and mental health are innumerable. It is ideal to take up an exercise regimen that suits your lifestyle, your likes and your health conditions - after all you must enjoy the exercise! You could think of working out in a gymnasium, or might enjoy walking, or even take to a sport like basketball. If dance exercise or swimming is more your cup of tea, you can take to these aerobic exercise activities. Swimming can be an excellent aerobic activity that can work wonders on your body - Enjoy it and shed those extra pounds too!

Guide to Swimming Exercise.

It is amazing how a few laps up and down in a swimming pool can have a positive impact on your well being. Swimming improves your health and all round fitness. It can boost strength, suppleness and stamina as well. As a form of exercise, it a lot kinder to your body and injuries are minimal. In water we weigh only about 1/10th our original weight and the natural buoyancy keeps us afloat preventing hard knocks that could be injurious. Since weight is much lower when you are in water, it also helps in movement for those who are less fit. Therefore, swimming is a good choice for those who cannot take up weight bearing exercise, especially those with arthritis, back problems, weight problems or pregnancy.

Benefits of Swimming Exercise.

Swimming is a demanding exercise. It uses all the major muscle groups. The muscles used in swimming vary from stroke to stroke. However strokes like breaststroke, backstroke and free style uses all the major muscle groups - abdominal, biceps and triceps, gluteals, hamstrings and quadriceps. Apart from the use of the muscle groups, swimming also helps keep the joints flexible especially hip, neck, shoulders and limbs.

Swimming is categorized as an aerobic exercise because even a few laps take more than 3 minutes and the use of oxygen by the muscles is tremendous. Swimming has its benefits, which include a decrease in blood pressure, which reduces the risk of having a stroke. It reduces your resting heart rate and increases your cardiac input, which results in more blood being pumped by the heart to the rest of the body. It also reduces your resting respiratory rate, increases blood flow to the lungs and helps burn calories. When you're aerobically fit, your body makes use of oxygen to sustain movement more efficiently.

According to the U.S. Water Fitness Association (USWFA), water exercise offers many physical, social and mental benefits:

*Improved strength and flexibility.
*Better muscular endurance and balance (Many professional and amateur athletes cross-train in the water).
*A stronger heart.
*Enhanced physique or figure.
*Improved circulation.
*Rehabilitation therapy for used or healing muscles and recovery from accidents and injuries.
*Weight control.
*Relief from stress and tension.
*Increased energy.


There is a misconception that swimming is not a very great form of exercise as you do not actually 'sweat it out'. There are many different approaches to swimming and water exercise, be it lap swimming or water aerobics, that can benefit your heart, lungs and muscles. There are different types of exercises that can be done in water.

Water Walking and Jogging - Walking and jogging in water have similar benefits to walking and jogging on land but with lesser injuries. Walking and jogging in water can be done when you are waist or chest deep in water. Water provides resistance when you walk and jog making it all the more effective.

Water Aerobics - As mentioned earlier, this provides cardio-vascular movements. Aerobics normally involves rhythmic movement. The same can be done in water for about 20 minutes or so. The resistance by the water makes the workout more strenuous thereby more effective.

Water Yoga and Relaxation - Gentle and easy flowing movements are part of water yoga. The water proves to be a relaxing medium.

Flexibility Training - Full body movements and stretches are done for flexibility training.

Water Toning and Strengthening - Movement of the upper body and lower body. Sometimes equipment is used, though water resistance suffices. It aids in strengthening, firming and sculpting the muscles.

Deep water jogging and running - Here the feet do not touch the bottom of the pool. Jogging and running is done in deep water. Flotation belts and devices are used with various drills, methods and running styles.

Wall Exercises - The pool wall is used for support and separate parts of the body are exercised.

Stretching - Slow movements are done and held for a period of time after warm up and after each workout. This helps stretch the muscles that have been worked out and also helps in avoiding soreness.


Lap Swimming - This is a common form of swimming exercise. Lap swimming can be done using different strokes and is an option for fitness exercise. You can start off with one or two laps so that you can complete without straining. Gradually the number of laps can be increased.

Swimming Strokes.

A swimming stroke involves the movement of arms and legs, which in turn propels the swimmer forward. When swimming a stroke, the movement should be smooth and not jerky. Heavy splashes should be avoided when swimming using a particular stroke. Some of the popular swimming strokes are:

Free Style: This style does not limit itself to any particular technique. It is commonly called front crawl. Only 15 meters can be swim underwater.

BreastStroke: This style has a particular technique that must be strictly followed. The shoulders must be kept in line with the water; arm and leg movements must be pushed forward together and brought back under the surface of the water. It involves frog-kicking alternates with a simultaneous movement of the arms from a point in front of the head to shoulder level.

Butterfly: This stroke evolved from experiments with breaststroke. The stroke involves the dolphin kick with a windmill-like movement of both arms in unison. When swimming the butterfly stroke, the swimmers must keep their shoulders in line with the surface of the water, and make arm and leg movements together.

Backstroke: Swimmers remain on their back and this stroke involves alternate over-the-head arm strokes and a flutter kick in a supine position.

These are the four main strokes. There are others like trudgen, sidestroke and crawl.

Benefits of Swimming Strokes.

*Controlled breathing, which leads to developing your lung muscles and overall aerobic fitness. *Arm pull action which will build your triceps, shoulders, chest and back muscles, rolling torso that is vital in building the abdominal muscles.
*Building all leg muscles.