[:>>>+-(*BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*ASSALAAMU'ALAIKUM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*ASSALAAMU'ALAIKUM*)-+<<<:]

Halkerin.

Selamat MenZiarahi Ke Blog Halkerin.

BarangSiapa Yang BerKeMahuan+BerKePerluan Kopi+Pes (Juga MeLakukan Sedikit SeBanyak Modifikasi) IntiPati+IntiSari Yang TerKandung Di Sesawang Ini, Bisa Aja Terus DiLaksanakan, Enggak Butuh Mohon KeIzinan Dari Sang Empunya Blog Ini. Hak Cipta Non+TerPelihara.

Malah Kalian DiGalakkan Untuk BerKongsi Maklumat-Maklumat Yang Bisa KeDapatan Di Dalam Blog Ini Di Laman-Laman Peribadi Kalian Seperti FaceBook, Twitter, Blog, Web Dan Lain-Lain. Tiada Larangan Sama SeKali.

Sekian Sahaja, PemBeriTahuan Yang Ingin hamba Khabarkan. Salam Gemilang, Cemerlang & Terbilang hamba Ucapkan Kepada Kalian. Semuga Kita Semua Senantiasa BerAda Di Dalam KeRahmatan Ilahi, DiBerkati ALLAH Dan BerWujud Di Dalam KeRedhaan-Nya.

JAZAKALLOOHU KHOIRON KATSIIRO, WABAAROKALLOOHU FIIKUM, WABILLAAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH, WASSALAAMU'ALAIKUM WAROHMATULLOOHI WABAROKAATUH.

Followers.

Mesej Kepada Para PengIkut.

Jangan MengIkuti hamba. Ikutilah ALLOH + DriSenDri. Insya'ALLOH.....

WORLD ISLAMIC NATION, WORLD ISLAMIC CHAMBER OF COMMERCE AND WORLD BAITUL MAL.

WORLD ISLAMIC NATION, WORLD ISLAMIC CHAMBER OF COMMERCE AND WORLD BAITUL MAL.

WICC&amp;WorldBaitulMal

HIMPUNAN 1001 ILMU BERGUNA.

HIMPUNAN 1001 ILMU BERGUNA.

Himpunan1001IlmuBerGuna

[:>>>+-(*CARIAN@SEARCH*)-+<<<:]

Memuatkan ...

Isnin, September 14, 2009

Rahsia Nombor Peribadi.



Orang Cina memang cukup taksub dengan nombor 8. Mereka percaya nombor 8 ada ong. Tapi ada juga kepercayaan dalam masyarakat India mempercayai bahawa nombor 8 adalah lambang kematian.

Hakikatnya, ramai orang percaya nombor boleh membawa keburukan dan kebaikan. Ramai yang mempercayai nombor mempunyai semangat atau tenaga semula jadi tertentu yang boleh membawa keburukan atau kebaikan kepada seseorang. Jadi, jangan terkejut kalau ada orang gunakan nombor tertentu untuk menjadikan dirinya bertuah.

Ada satu artikel yang menerangkan tentang peranan nombor dan hubung kaitnya dengan manusia. Menurut artikel itu, setiap orang dilahirkan bersama nombor yang ada pertalian dengan planet. Kedua-duanya akan mempengaruhi tingkah laku seseorang. Kalau seseorang tahu rahsia satu-satu nombor dan dapat menggunakan dengan betul, dia akan berjaya. Betulkah begitu?? Adakah anda percaya pada rahsia yang ada di sebalik nombor-nombor ini?

Berikut ini disenaraikan rahsia-rahsia dan hikmat-hikmat yang ada disebalik sesuatu nombor. Samaada mahu percaya atau tidak, terpulanglah kepada anda.


1 – Satu.
Lambang keunggulan Tuhan. Nombor kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan, keberanian dan kekuasaan. Rumah bernombor 1 akan sentiasa makmur. Tetamu suka datang kerana suasana yang tenteram, damai dan tenang. Kalau orang yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang berani. Mempunyai pendirian yang kukuh, memiliki kekuatan fizikal dan mental.

2 – Dua.
Nombor ini bersifat pasangan seperti sejuk lawannya panas. Ia simbol pengesahan, penyaksian, perkaitan, syarat menemukan jawapan semula jadi dan jodoh. Bagi seseorang yang sukar mendapat jodoh, berlindunglah di bawah nombor ini. Tidak perlu jumpa dukun atau mandi dibawah jambatan, cukup sekadar mengingati nombor itu. Untuk lebih mudah, ambil segelas air sejuk mentah atau air kelapa, lebih elok air zam-zam. Tuliskan nombor 2 di luar gelas, memadai menggunakan hujung jari. Kemudian minum, ingat nombor itu dan niatkan dalam hati untuk mendapat pasangan. Lakukan tujuh kali atau tujuh hari berturut-turut. Insha-Allah….tak sampai sebulan pasangan yang sesuai akan diperoleh.

3 – Tiga.
Rahsia akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan penindasan. Bernaung di bawah nombor ini menjadikan anda seorang yang pintar dan bijaksana. Biasanya apabila hendak melakukan sesuatu pekerjaan akal akan berkata-kata sama ada ia baik atau buruk. Boleh menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. Setelah melalui beberapa kegagalan baru menikmati kejayaan. Tapi kalau putus asa, habislah. Mudah memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya. Pintar menyelesaikan setiap masalah walaupun terlalu rumit. Seorang yang subur, mempunyai anak ramai dan ibu bapa yang baik. Paling penting mereka ini awet muda.

4 - Empat.
Nombor ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan kedudukan, kewangan dan kehidupan. Lambang kekuasaan, kestabilan dan lengkap. Ia stabil dan tidak mudah di ganggu-gugat atau dipengaruhi. Kekuatan mereka yang bernombor 4 ialah mampu melihat melalui daya imaginasi. Agakan mereka selalunya tepat dan kalau merancang, insha-Allah berhasil. Ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaung di bawah nombor ini.

5 – Lima.
Simbol kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana, pengkritik dan tahap intelekual yang tinggi. Kalau menjadi hakim, dia akan laksanakan tugas dengan bijaksana dan dapat menyelesaikan segala masalah, perbalahan, kerumitan dan kesusahan. Kekuatannya adalah pada kata-kata. Mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan. Pandai memujuk, merayu supaya pertelingkahan dapat dileraikan. Jika anda tidak mampu membuat keputusan, ingatkan 5, nescaya mudah semuanya.

6 – Enam.
Hati-hati dengan 6 jika anda lemah semangat, jangan gunakannya kerana syaitan dan iblis mudah merasuk. 666 adalah lambang syaitan – gandaan kelemahan bagi mereka yang lemah semangat. Tetapi 6666 pula adalah kekuatan dan kesempurnaan kerana ia adalah bilangan ayat Al-Quran. Kalau nombor peribadi anda 6, anda suka meramal dan boleh meramal dengan tepat. Mulut masin. Suka pada benda ghaib, boleh melihat dan menembusi alam ghaib. Bagi yang belum kahwin tetapi sudah mempunyai pasangan atau idaman hati cubalah ingatkan 6 dan niatkan pada air seperti nombor 2. Percayalah tidak sampai sebulan niat akan terlaksana.

7 – Tujuh.
Inilah nombor paling baik. Selain itu ia juga lambang pembalasan, memerintah, membangkitkan tenaga dalaman, pelindung, pemusnah dan penghalau hantu. Insya'ALLAH doa mereka dimakbulkan jika mengulangi 7 kali. Mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah dengan baik. Nombor ini digunakan untuk menghalau hantu yang meresap di dalam badan. Caranya mudah – palitkan nombor 7 dengan menggunakan kapur di tempat yang sakit. Ia hanya mujarab dilakukan pada malam 13, 14 dan 15 (bulan penuh). Ataupun pelindung ibu yang sedang sakit bersalin daripada dimasuki iblis.

8 –Lapan.
Orang Cina cukup suka nombor ini. Kebanyakan mereka sanggup bayar berpuluh ribu ringgit untuk mendapatkannya – untuk plat kereta atau rumah. Memanglah nombor itu mendorong ke arah menjadi semakin kaya tetapi sampai satu tahap jatuh bankrap. Sebabnya, kerana mereka tidak tahu 8 sebenarnya bermaksud penamat kehidupan.
Bagaimanapun nombor ini memang baik jika tahu rahsianya iaitu ia mendorong ke arah kekayaan, kemantapan, kehidupan, keadilan, sempurna, lengkap dan akhirnya kematian. Jika anda tidak tahu rahsia 8, jangan sesekali cuba menggunakannya. Dari segi sains oksigen terletak dalam atom 8. Sebab itulah jika tidak cukup oksigen orang akan mati.

9 – Sembilan.
Nombor ini lambang kebenaran. Kerana itu polis menggunakan 999? Ia juga lambang tenaga yang kuat. Sebab itulah ia disimbolkan sebagai perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. Bagaimanapun mereka yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur dalam perbuatan dan percakapan atau suka lepas cakap. Tapi, jangan bimbang, walaupun mudah terlanjur tetapi anda seorang yang cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan. Nombor ini boleh digunakan untuk mencari semula barang yang hilang. Ingat nombor 9, barang yang hilang akan jumpa semula, jika tersalah simpan!

10 / 0 - Sepuluh atau Kosong.
Sombol keabdian Yang Maha Mencipta, Maha Kuasa. Kebesaran yang tidak dapat diukur dengan apa sekali pun. Tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran – tiada penamat. Ia sentiasa akan berlingkar dalam pusingan yang sama tanpa ada titik akhir. Satu nombor yang cukup kuat, tidak mampu dikalahkan oleh segala ilmu yang ada. Tidak ada orang bernung dibawahnya. Hanya pencipta memilikinya.

Mengetahui rahsia dan hikmat nombor ini penting kerana melaluinya kita dapat mengenal diri. Hidup akan lebih teratur, sentiasa berwaspada ketika membuat perhitungan. Kita tidak perlu mencari tok dukun, tukang tilik, minyak cenduai Batin Yat atau bertemu bomoh fotostat bagi mencari barang hilang. Anda mampu meramal masa depan sendiri, menghalau hantu, mencari pasangan dan mendapat kekayaan. Semuanya boleh anda lakukan sekiranya anda tahu apakah rahsia nombor peribadi anda.

Nak tahu apakah nombor peribadi anda? Formulanya ringkas sahaja. Anda cuma perlu campurkan saja jumlah nombor tarikh lahir anda. Misalnya anda lahir pada 12-12-1969. Maka, campurkan sekali semua nombor yang ada pada tarikh lahir anda tersebut.
1+2+1+2+1+9+6+9 = 31 ( 3+1=4)
Jadi nombor peribadi anda adalah 4.

Perlu diingat di sini bahawa, semua rahsia dalam nombor ini bukanlah satu perkiraan dan fakta yang tepat. Sebaliknya ia hanyalah ramalan melalui pengalaman dan hasil kajian bijak pandai dahulu kala.

Hakikatnya, semua perkara yang berlaku adalah dalam ilmu dan perancangan ALLAH SWT yang Maha Berkuasa. Hanya ALLAH SWT sajalah yang Maha Mengetahui segala rahsia dan hikmat yang ada pada sesuatu benda/perkara. Sesungguhnya semua benda/perkara tidak akan mendatangkan sebarang manfaat atau mudarat tanpa izin daripada ALLAH SWT, Robb sekalian alam.

Wallahu'alam...

2 ulasan:

  1. salam... aku mintak kebenaran ngambil artikel ni dari sini...

    BalasPadam
  2. Salam Sabtu.

    Ya, enggak butuh diminta izin dr hamba, Tuan. Ambil aja, hamba x kisah.

    Salam Bersatu.

    BalasPadam