
Kehidupan di bandar yang besar seperti Kuala Lumpur penuh dengan masalah dan rintangan. Dalam usaha menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandaraya yang sihat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengambil inisiatif mewujudkan pusat Kaunseling DBKL.
Penubuhan Pusat Tele-Kaunseling Kuala Lumpur ini bertujuan menyediakan perkhidmatan kaunseling bagi wargakota yang mempunyai masalah dan memerlukan khidmat kaunseling samada secara bersemuka, melalui talian telefon atau secara terus (online) khusus bagi wargakota yang terlalu sibuk dengan urusan kerja. Pusat Kaunseling ini akan beroperasi 24 jam, yang diseliakan oleh kaunselor berpengalaman. Perkhidmatan yang disediakan ini adalah percuma.
Perkhidmatan Tele-Kaunseling Kuala Lumpur ini akan turut diberikan kepada pengemis, penagih dadah, kuturayau dan sebagainya yang ditangkap di dalam operasi yang dijalankan oleh Direktorat Penguatkuasaan dengan agensi-agensi kerajaan yang lain tetapi dibebaskan semula kerana tiada agensi-agensi kerajaan yang mengambil kes mereka.
Apa itu kaunseling ?
Kaunseling adalah suatu proses menolong individu yang mempunyai tekanan jiwa atau masalah sosial. Ia yang melibatkan hubungan yang unik, dan rahsia di antara dua pihak, di mana satu pihak berpengalaman dan terlatih yang digelar sebagai kaunselor, manakala pihak kedua pula memerluan bantuan, iaitu klien.
Kaunselor akan membantu klien untuk membuat penyesuaian dan keputusan yang berkesan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien. Kaunselor juga bertindak sebagai fasilitator dalam menolong klien untuk memahami diri mereka dan dunia di sekeliling dengan lebih baik. Ini termasuk menolong mereka memahami perasaan, tingkahlaku, perhubungan dengan rakan-rakan, situasi tertentu, pilihan dan keputusan mereka.
Penyelesaian atau keputusan penting dan relevan di dalam perbincangan antara kedua pihak seharusnya dapat membantu individu tersebut untuk membangunkan diri mereka, matang dalam membuat pilihan hidup dan akan lebih bertanggungjawab dalam setiap tindakan yang melibatkan hubungan dengan masyarakat, keluarga, pelajaran, pekerjaan serta diri sendiri.
Apakah servis-servis yang diberikan ?
Kaunseling Bersemuka : Sesi kaunseling akan dijalankan dalam bentuk pertemuan secara langsung antara kaunselor dan klien. Klien boleh datang sendiri di pusat kaunseling kami untuk mendapatkan khidmat nasihat dari kaunselor-kaunselor yang bertugas selama 24 jam secara shif.
Tele-Kaunseling : Servis kaunseling ini adalah melibatkan kaunselor-kaunselor bertugas dan juga klien menerusi talian telefon. Terdapat 3 talian yang boleh dihubungi oleh klien untuk mendapatkan khidmat nasihat iaitu:
- Talian Bebas Tol : 1-800-88-2600
- Talian Terus : 03-26179905
- Talian Faksimili : 03-26947912
E-Kaunseling : Servis kaunseling ini merupakan servis kaunseling secara online yang mempunyai beberapa kemudahan dalam bentuk interaktif seperti forum dan juga ruang chat. Selain itu, di sini, kami juga menyediakan artikel-artikel dan informasi mengenai kaunseling, pemulihan imej kendiri dan lain-lain. Halaman web bagi E-Kaunseling adalah :
Siapa yang akan tahu ?
Sebagai kaunselor, kerahsiaan (confidentiality) adalah salah satu etika kaunseling yang mesti dipatuhi. Ini bermakna, segala maklumat sulit dan peribadi atau segala yang diperolehi sepanjang sesi kaunseling berlangsung, adalah kekal sebagai rahsia antara kaunselor dan klien.
Pihak kami akan cuba memberi perkhidmatan yang terbaik dan segala pertanyaan serta perbincangan antara kaunselor bertugas dan anda akan kekal rahsia dan sulit. Tiada maklumat yang akan diberi kepada pihak lain kecuali anda sendiri menyatakan perintah tersebut secara bertulis kepada pihak kami.
Bolehkah saya turut serta ?
Perkhidmatan kaunseling ini dijalankan secara percuma kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan dan khidmat kaunseling. Ia tidak hanya tertakluk kepada penduduk Kuala Lumpur sahaja, malahan setiap individu sama ada warganegara Malaysia atau pun warga asing, tetap berpeluang untuk mendapatkan perkhidmatan ini.
Pihak kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam menyelesaikan setiap masalah yang anda kemukakan termasuk masalah remaja, dadah, keluarga, penderaan, percintaan, pekerjaan, peribadi dan lain-lain.
Saya berminat untuk turut serta, tapi bagaimana ?
Jika berminat bertemu dengan kaunselor bertugas untuk mendapatkan khidmat nasihat, anda boleh datang sendiri ke alamat:
Pusat Telekaunseling DBKL,
Tingkat 1, Bangunan DBKL,
Jalan Raja Laut, 50350,
Kuala Lumpur
Waktu berurusan: 24 jam
Untuk melihat peta lokasi kami, klik di sini.
atau
Pusat Telekaunseling DBKL,
Lot 3.28A, Tingkat 3,
Kompleks Pertama,
Jalan Tuanku Abdul Rahman,
Kuala Lumpur
Tel: 03-26945615
Waktu berurusan: 10.00 pagi hingga 6.00 petang
Untuk mendapatkan khidmat telekaunseling atau membuat sebarang pertanyaan berkenaan pusat ini, anda bolehlah menghubungi talian seperti berikut :
- Talian Bebas Tol : 1-800-88-2600
- Talian Terus : 03-26179905
- Talian Faksimili : 03-26947912
Apakah selanjutnya ?
Pada pertemuan pertama antara anda dan pihak kami, anda akan diminta untuk menerangkan serba sedikit latarbelakang anda dan apakah yang anda harapkan daripada sesuatu sesi kaunseling sebelum sesi kaunseling ini dijalankan. Ini memberi peluang kepada anda dan juga kaunselor untuk membuat keputusan sama ada pusat kaunseling kami adalah yang terbaik untuk membantu anda. Kemudian, anda boleh menentukan sama ada ingin meneruskan sesi kaunseling dan berjumpa dengan kaunselor atau pun sebaliknya.
Untuk menyertai perkhidmatan telekaunseling, anda bolehlah mendail salah satu nombor yang tertera di atas. Anda akan diminta untuk menerangkan sedikit latarbelakang diri anda dan kemudian bolehlah menceritakan sebarang masalah atau pertanyaan anda kepada kaunselor-kaunselor yang akan ditugaskan khas untuk melayan klien-klien menerusi talian telefon.
Assalamualaikum
BalasPadamSistem Pengurusan Kaunseling (SPK) telah mendapat tempat kedua dalam
pentandingan Aplikasi peringkat negeri Kelantan pada tahun 2004. Program ini
amat berguna untuk kaunselor menyimpan data maklumat klein atau mengesan
masalah klein berdasar borang yang disediakan.
Harga RM 25.00 ( termasuk harga pos)
Program di telah ditempah dan digunakan oleh beberapa buah sekolah terkenal
antaranya MRSM Kuala Krai.
jika berminat sila hubungi Cikgu Nik
cikgunik@yahoo.com
Wa'alaikumussalam w.b.t.
BalasPadamBagus ni.
Teruskan Usaha Murni Cikgu Nik.
Salam Selamat.
Boleh tak saya nak berhubung melalui email?
BalasPadamAssalamualaikum...
BalasPadamBolehkah sy mendapatkan khidmat kaunseling secara online? Terima kasih
Assalamualaikum...
BalasPadamBolehkah sy mendapatkan khidmat kaunseling secara online? Terima kasih
😤😤😤😤😤 tidak berfungsi... datang pun takde org...telefon pun tak angkat...
BalasPadam