DzikirTariqatAhmadiah

[:>>>+-(*BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*ASSALAAMU'ALAIKUM*)-+<<<:]

[:>>>+-(*ASSALAAMU'ALAIKUM*)-+<<<:]

Halkerin.

Selamat MenZiarahi Ke Blog Halkerin.

BarangSiapa Yang BerKeMahuan+BerKePerluan Kopi+Pes (Juga MeLakukan Sedikit SeBanyak Modifikasi) IntiPati+IntiSari Yang TerKandung Di Sesawang Ini, Bisa Aja Terus DiLaksanakan, Enggak Butuh Mohon KeIzinan Dari Sang Empunya Blog Ini. Hak Cipta Non+TerPelihara.

Malah Kalian DiGalakkan Untuk BerKongsi Maklumat-Maklumat Yang Bisa KeDapatan Di Dalam Blog Ini Di Laman-Laman Peribadi Kalian Seperti FaceBook, Twitter, Blog, Web Dan Lain-Lain. Tiada Larangan Sama SeKali.

*DAN LAGI, BLOG HALKERIN INI MUNGKIN AKAN TERPADAM DARI ALAM ONLINE INI PADA BILA2 MASA. KALAU RASA BERMANFAAT, SILA COPY & SAVE, KALAU RASA BULL$H!+, SILA ABAI KAN.

Sekian Sahaja, PemBeriTahuan Yang Ingin hamba Khabarkan. Salam Gemilang, Cemerlang & Terbilang hamba Ucapkan Kepada Kalian. Semuga Kita Semua Senantiasa BerAda Di Dalam KeRahmatan Ilahi, DiBerkati ALLAH Dan BerWujud Di Dalam KeRedhaan-Nya.

JAZAKALLOOHU KHOIRON KATSIIROO, WABAAROKALLOOHU FIIKUM, WABILLAAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH, WASSALAAMU"ALAIKUM WAROHMATULLOOHI WABAROKAATUHU WAMAGHFIROTULLOOHU WARIDHOLLOOHI AJMA"IIN.

Followers.

Mesej Kepada Para PengIkut.

Jangan MengIkuti hamba. Ikutilah ALLOH + DriSenDri. Insya'ALLOH.....
IP

WORLD ISLAMIC NATION, WORLD ISLAMIC CHAMBER OF COMMERCE AND WORLD BAITUL MAL.

WORLD ISLAMIC NATION, WORLD ISLAMIC CHAMBER OF COMMERCE AND WORLD BAITUL MAL.

WICC&amp;WorldBaitulMal

HIMPUNAN 1001 ILMU BERGUNA.

HIMPUNAN 1001 ILMU BERGUNA.

Himpunan1001IlmuBerGuna

[:>>>+-(*CARIAN@SEARCH*)-+<<<:]

Isnin, April 30, 2012

Beramal Jariah@Soleh, Walau sesudah kita dijemput Malaikat Izrael a.s.


May 05, 2009. Utusan Online.

Derma Organ Selamatkan Nyawa.

MENDERMA atau memberi sedekah sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat negara kita. Bagaimanapun, bila ditanya tentang menderma organ, ramai yang skeptikal lebih-lebih lagi di kalangan umat Islam.Pelbagai persoalan bermain di fikiran terutama sama ada Islam benarkan atau tidak menderma organ? Antara sebabnya, pemindahan organ adalah satu kaedah rawatan yang tidak disebut secara spesifik di dalam al-Quran mahupun sunnah Rasulullah SAW.Bagaimanapun, pada tahun 1970, Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskan pendermaan organ daripada penderma kadaverik (selepas mati) kepada penderma hidup.

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto ZAKARIA IDRIS menemu bual Pakar Rujuk Pusat Sumber Transplan Nasional yang juga Pengarah Eksekutif Yayasan Ilmuwan, Shaikh Mohd. Saifuddeen Shaikh Mohd. Salleh bagi mengupas isu ini.

MEGA: Apakah asas kepada pengharusan menderma organ oleh Islam?

SHAIKH MOHD. SAIFUDDEEN: Pada asasnya, memang tidak ada nas yang jelas tentang menderma organ di dalam al-Quran dan sunnah Nabi SAW. Bagaimanapun, hal ini diperhalusi oleh para ulama khususnya ahli fikah berdasarkan ijtihad dan juga qias.

Dalam Islam, kita dituntut untuk menjaga maqasid syariah (matlamat syariah) iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda. Apabila berlaku darurat atau sesuatu itu boleh mengancam nyawa, maka ketika itu kita diharuskan membuat pemindahan organ. Prinsip-prinsip syariah yang digunakan untuk mengeluarkan fatwa mengenai kaedah pemindahan organ ini termasuklah keperluan mengatasi larangan, memilih jalan yang paling kurang mudarat dan mudarat perlu dirawat dengan berikhtiar.Pada 23 Jun 1970, Majlis Fatwa Kebangsaan menggariskan empat syarat yang mesti diambil kira dalam menfatwakan hukum menderma organ sebagai harus:

• Pemindahan organ dibenarkan jika ia merupakan jalan terakhir untuk menyelamatkan nyawa seseorang yg mengalami kegagalan organ.

• Penderma organ mesti disahkan telah mati.

• Mendapat kebenaran dari keluarga penderma.

• Tidak melibatkan urusan jual beli. Dalam kata lain, organ tubuh bukan barang dagangan tetapi mesti dianggap sebagai derma.

Ulama kontemporari termasuk Dr. Yusuf Qaradawi sepakat menderma organ atau sel stem adalah harus dengan syarat-syarat berikut:

• Tidak ada unsur perdagangan.

• Terbukti ia boleh memanfaatkan atau meningkatkan kualiti hidup.
Perspektif Islam terhadap Pemindahan dan Pendermaan Organ.

Pemindahan Organ adalah satu kaedah rawatan yang tidak disebut secara spesifik di dalam Al-Quran mahupun Sunnah Rasulullah SAW kerana kaedah ini merupakan satu perkembangan baru dalam dunia perubatan. Satu daripada maqassid al-syariah (matlamat syariah) adalah untuk memelihara nyawa. Prinsip-prinsip syariah yang digunakan untuk mengeluarkan fatwa mengenai kaedah pemindahan organ ini termasuklah keperluan mengatasi larangan, memilih jalan yang paling kurang mudarat dan mudarat perlu dirawat dengan berikhtiar. Di Malaysia, fatwa mengenai keharusan pendermaan dan pemindahan organ telah dikeluarkan semenjak bulan Jun 1970 lagi. Dari perspektif Islam, pemindahan organ diharuskan dengan syarat tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit. Di samping itu, kaedah rawatan ini juga diharuskan sekiranya tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penerima organ atau penderma organ (sekiranya penderma masih hidup). Islam juga mensyaratkan pendermaan organ dilakukan secara ikhlas dengan niat untuk membantu orang lain semata-mata kerana ALLAH SWT dan bukannya bagi tujuan untuk mendapatkan ganjaran, habuan, populariti atau glamor. Organ dan tisu juga tidak boleh diperniagakan kerana Islam melihat jual beli organ dan tisu sebagai suatu perkara yang haram. Pendermaan Organ juga perlu mendapat izin dan persetujuan penderma, yakni pendermaan organ tidak boleh dilakukan kerana dipaksa.

Bagaimana untuk berdaftar sebagai Penderma Organ?

Anda boleh muat turun dan cetak
borang ikrar penderma di sini. Isikan maklumat diri anda dan pilihan organ atau tisu yang hendak didermakan, nama waris serta tandatangan anda. Borang yang telah diisikan dan ditandatangani boleh dihantarkan ke Pusat Sumber Transplan Nasional di alamat atau di nombor fax seperti dibawah; Alamat: Pusat Sumber Transplan Nasional, Hospital Kuala Lumpur, Jalan Pahang, 50586 Kuala Lumpur. Nombor Faks: 03 - 2615 6269. Anda juga boleh berhubung dengan Pusat Sumber Transplan Nasional melalui talian toll free 1-800-88-9080 untuk mendapatkan borang pendaftaran. Kad Penderma akan dihantar kemudian dan perlu diisi dan ditandatangani. Kad ini mesti disimpan bersama anda dengan kad pengenalan anda setiap masa.
Anda perlu memberitahu keluarga tentang pendaftaran anda sebagai pengikrar penderma organ supaya niat murni anda akan tercapai kelak. Ia memudahkan keluarga anda untuk membenarkan pendermaan organ dan tisu anda bila tiba masanya nanti selepas kematian. Mereka yang berumur dibawah 18 tahun perlu mendapat kebenaran bertulis daripada ibu-bapa atau penjaga untuk berdaftar sebagai pengikrar penderma organ. Pendaftaran untuk menjadi pengikrar penderma organ tidak melibatkan sebarang pembayaran atau pemeriksaan kesihatan.

Bagaimana Saya Boleh Menyumbang?

Sebagai tanda sokongan, anda digalakkan untuk membincangkan perkara yang berhubung dengan pendermaan organ bersama rakan, keluargan dan mereka yang berhubung rapat dengan anda bagi mengembangkan maklumat yang telah anda terima. Sebagai seorang pengikrar pendermaan organ, anda boleh turut serta menjayakan program yang dijalankan. Anda boleh membuat semakan setiap kempen yang kami jalankan di ruangan program terkini di halaman utama. Anda juga boleh menganjurkan kempen pendermaan organ di tempat kerja ataupun syarikat ditempat anda berkhidmat untuk mempromosikannya sebagai tanda sokongan anda. Bagi tujuan tersebut, anda boleh terus berhubung dengan kami melalui Pegawai Sumber Transplan yang bertugas di Pusat Sumber Transplan Nasional. Anda boleh menghubungi kami dinombor talian 03-26942705.

*Untuk maklumat & rujukan lanjut, sila layari laman ini:-
http://www.agiftoflife.gov.my/

Saranan: Sekiranya kita berhajat ingin menjadi seorang Penderma Organ, yang Terbaik & Paling Afdal ialah kita dermakan kesemuanya sekali, yakni tandakan pada 'A', iaitu kesemua organ & tisu, bukan pada 'B', iaitu derma organ-organ tertentu sahaja.









DOA......... "Bismillaahirrohmaanirrohiim. Allaahumma Solli 'Alaa Muhammad, Wa 'Alaa Ali Muhammad. Ya ALLAH Ya Tuhan kami, matikanlah kami dalam ISLAM, matikanlah kami dalam ISLAM, matikanlah kami dalam ISLAM, dalam Keimanan, dalam Kebaikan, dalam Kemuliaan, dalam keadaan yang Menyenangkan, dalam keadaan segala dosa-dosa kami sudah diampuni (samada dosa-dosa kami kepada-Mu mahupun dosa-dosa kami kepada sesama SeKalian makhluk ciptaan-Mu yang lain), dalam keadaan Bebas dari segala Hutang-Piutang dan dalam keadaan jasad kami yang tidak rosak, meskipun kami gugur sebagai Para Syuhada' (Terkorban di Medan Pertempuran+Peperangan Jihad Fisabilillaah, ALLAAHU AKBAR!!!),



mudah-mudahan dapat kami menjadi seorang Penderma Organ, serta akhirilah nafas kami yang terakhir ini dengan lafaz Kalimah Tauhid (LAA ILAA HA IL LALLAAH),



yang diucapkan melalui mulut dan dimaksudkan serta diyakini di dalam hati dengan sepenuh Keimanan.
Amiiinn Ya ALLAH, Amiiinn Ya ROHMAN, Amiiinn Ya ROHIM, YAA ROBBAL "AALAMIIINN."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan